Title: BUDAYA KERJA CEMERLANG
1BUDAYA KERJA CEMERLANG
2KECEMERLANGAN
- Kecemerlangan merupakan satu matlamat yang
diimpikan bukan sahaja oleh individu tertentu
tetapi juga oleh sesuatu organisasi yang
berwawasan. - Kecemerlangan memerlukan pengorbanan, dedikasi,
kesungguhan, kesabaran, iltizam, kepimpinan, dan
pelbagai lagi sikap dan sahsiah yang positif. - Amalan budaya kerja cemerlang mampu menghasilkan
perkhidmatan yang berkualiti.
3KECEMERLANGAN
- Biasa dikaitkan dengan peningkatan kualiti dan
produktiviti. - Merupakan satu matlamat yang diimpikan bukan
sahaja oleh individu tetapi juga oleh organisasi. - Kecemerlangan membawa implikasi maju kehadapan,
bersifat dinamik, gemilang, menerima sanjungan,
dan menjadi role model kepada masyarakat. - Budaya kerja cemerlang yang hendak dibentuk
hendaklah menggambarkan komitmen pengurusan
meningkatkan kualiti dan produktiviti.
4KECEMERLANGAN
- YAB Dato Seri Dr. Mahathir b. Mohamad ada
menegaskan bahawa - Kualiti adalah satu keadaan yang cemerlang
tetapi ia tidak terhad kepada satu tahap sahaja.
Apabila kita mencapai kualiti, ada lagi kualiti
yang lebih baik yang mesti dikejar. - Kenyataan Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid (1995)
- Perlumbaan kepada peningkatan kualiti
sebenarnya adalah dua perlumbaan.Satu untuk
kehadapan dan satu lagi sentiasa dihadapan.
5NILAI ETIKA DALAM TUGAS
KETRAMPILAN DIRI
BUDAYA KERJA TINGGI (HEALTHY ORGANISATION)
MEMAHAMI RAKAN TINGKAHLAKU
KECEMERLANGAN INDIVIDU ORGANISASI
BELAJAR DARI MAKLUMBALAS
KOMUNIKASI YANG BERKESAN
MENANGANI KONFLIK
KEPIMPINAN YANG BERKESAN
PASUKAN (TORI) T - TRUST O - OPENESS R -
REALIZATION I - INDEPENDENCE
HUBUNGAN INTERPERSONAL YANG BAIK
6ELEMEN ASAS KECEMERLANGAN
- NILAI
- MAKSUD Tanggapan dan penerimaan individu dari
sudut pemikiran masing-masing. - Melaksanakan sesuatu keputusan perlu berdasarkan
pemuafakatan secara - Pr- Problem (Kenalpasti masalah)
- O- Objective (Menetapkan objektif)
- A- Alternatives (Menyenaraikan pilihan)
- C- Consequences (Mengenalpasti kesan dan
natijah satu-satu pilihan) - T- Trade-Off (Mengenalpasti kos melepas
berdasarkan satu-satu pilihan)
7ELEMEN ASAS KECEMERLANGAN
- NORMA
- MAKSUD Nilai-nilai atau peraturan-peraturan
hidup dan amalan yang diterima dalam sesebuah
masyarakat. - SIKAP
- MAKSUD Kesediaan seseorang dari segi mental dan
fizikal untuk bertindak terhadap sesuatu. - Merupakan peranan penting sebagai pendorong dalam
tindakan manusia samada untuk menerima atau
menolak sesuatu.
8ELEMEN ASAS KECEMERLANGAN
- ETIKA
- MAKSUD Prinsip-prinsip yang terbentuk daripada
gabungan unsur nilai, norma dan sikap yang
dikongsi bersama dalam kumpulan. - Juga disebut sebagai falsafah moral, disiplin
yang memberi penekanan kepada apakah yang baik
atau buruk, benar atau salah dari segi moral.
Istilah yang juga digunakan kepada sebarang
sistem atau teori prinsip atau nilai moral - Ensiklopedia Britannica,(2001)
9UNSUR KECEMERLANGAN
- Menghayati matlamat (ada misi dan visi)
- Terfokus dan spesifik
- Dapat diukur pencapaiannya
- Boleh dicapai
- Realistik
- Sabar (masa)
- Perancangan yang rapi
- Penilaian terhadap kekuatan, kelemahan, peluang
dan halangan dari pelbagai aspek (material,
jasmani, sosial, emosi, rohani dan intelek)
10UNSUR KECEMERLANGAN
- Ketrampilan (intangible)
- Berfikir
- Komunikasi
- Pengurusan masa
- Pemantauan
- Pentadbiran(governan)
- Polisi
- Matlamat
- Tatacara dan prosedur
- Kaedah
11UNSUR KECEMERLANGAN
- Adab dan akhlak (etika) yang terpuji yang
membangun jati diri, sahsiah dan peribadi. - Adab Perlakuan yang betul yang dilakukan sesuai
dengan masa, ketika dan suasana - Akhlak terpuji Mengamalkan segala sifat
mahmudah dan menjauhi segala sifat mazmumah
12BUDAYA KERJA CEMERLANG
- PRA-SYARAT
- Mewujudkan mind-set yang berorientasikan
kecemerlangan. - Supaya kakitangan lebih komited kepada pencapaian
matlamat dan mempunyai kesedaran yang tinggi
terhadap dasar kualiti organisasi. - Agar kakitangan bersedia untuk berubah dan
menyesuaikan keadaan dalam menghadapi perubahan
di sekitarnya melalui anjakan paradigma demi
mencapai kecemerlangan.
13BUDAYA KERJA CEMERLANG
- PRA-SYARAT
- Penerimaan hakikat bahawa usaha mewujudkan
kecemerlangan dalam organisasi bukan pelaksanaan
yang mudah dan boleh diperolehi dengan sekelip
mata. - Usaha untuk mencapai kecemerlangan adalah suatu
usaha yang berterusan tanpa ada had masa yang
ditetapkan. - Pihak pengurusan perlu peka tentang ruang-ruang
yang boleh diperbaiki dari masa ke semasa bagi
menampung kelemahan-kelemahan yang masih ada.
14- Jangan masukkan sampah sarap dalam otak kita.
Kalau kita sangka kita malas maka Malaslah kita.
Kalau kita sangka kita lembab, maka lembab lah
kita.Kalau kita fikir kita mangkuk maka
mangkuklah kita tetapi Kalau kita fikir
kecemerlangan itu mudah, maka mudahlah untuk kita
jadi cemerlang - Orang yang cemerlang menunjukkan hasil. Orang
yang gagal memberikan alasan.
15PENGURUSAN PERUBAHAN
Peningkatan Produktiviti
Penerapan dan pengamalan proses penambahbaikan
secara berterusan
Kuantiti, Kualiti, Masa, Kos
Pengetahuan, Sikap, Kemahiran,Kesihatan,Rohani
Kerajianan,Displin,Kegigihan,Daya Cipta, Semangat
Bekerjasama/Berpasukan,Mementingkan Kualiti
GERAKAN BUDAYA KERJA CEMERLANG
16NILAI-NILAI TERAS BUDAYA KERJA CEMERLANG
- Benar
- Jujur dalam melaksanakan tanggungjawab
- Bercakap benar dan menepati janji
- Cermat dan berhemah dalam membuat keputusan
- Bertindak berasaskan profesionalisme
- Memberikan arahan yang jelas dan tepat
- Patuh dan setia dalam melaksanakan tugas
- Sanggup menerima teguran dan nasihat
17NILAI-NILAI TERAS BUDAYA KERJA CEMERLANG
- Amanah
- Berdedikasi dan sentiasa bersedia menerima tugas
dan tanggungjawab - Komited dan tekun melaksanakan tugas ke tahap
yang terbaik - Berusaha meningkatkan kualiti dan hasil kerja
- Berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan dan
kemahiran sepanjang masa - Bertanggungjawab ke atas hasil kerja, tindakan
dan keputusan yang dibuat
18NILAI-NILAI TERAS BUDAYA KERJA CEMERLANG
- Bijaksana
- Berilmu dan berkemahiran
- Minda yang sentiasa aktif dan badan yang sihat
- Terbuka dan responsif kepada perubahan, idea,
pengetahuan - Pertimbangan teliti sebelum bertindak atau
keputusan - Bertindak atau membuat keputusan dengan segera
dan cekap - Tertib dalam bertindak dan membuat keputusan
- Menegakkan kebenaran dan menegur kesilapan
- Melaksanakan keputusan muktamad
- Kreatif, inovatif dan proaktif, bersabar
menangani tekanan
19NILAI-NILAI TERAS BUDAYA KERJA CEMERLANG
- Telus
- Mengamalkan kaedah syura dalam apa tindakan dan
keputusan yang hendak dibuat - Bersikap terbukan dalam memberi buah fikiran dan
pendapat serta yakin dalam menegakkan kebenaran - Memaklumkan tindakan dan keputusan kepada
pihak-pihak yang berhak mengetahuinya, samada
pihak-pihak dalam organisasi atau di luar
organisasi - Menepati piawai kualiti perkhidmatan.
20NILAI-NILAI TERAS BUDAYA KERJA CEMERLANG
- Besyukur
- Menghargai dan berkongsi kejayaan bersama
- Menghargai kejayaan orang lain dan memberi
pengiktirafan kepada yang layak - Sabar dan tenang menghadapi masalah
- Bersederhana dalam meraikan kejayaan
- Berterima kasih atas bantuan
- Bersyukur, bersungguh-sungguh, bersedia menabut
bakti ke tahap optimum
21NILAI-NILAI TERAS BUDAYA KERJA CEMERLANG
- Adil
- Membuat penilaian secara objektif dan profesional
- Menerima pandangan dan bersedia membuat
pertimbangan semula apabila mendapat maklumat dan
fakta yang lebih lengkap dan tepat - Kritikal dalam membuat pertimbangan menggunakan
kaedah yang betul - Menghargai hak dan keperluan setiap invidividu
dan kumpulan serta bertindak dengan penuh
bertimbang rasa - Memberi peluang yang saksama kepada pembangunan
diri dan kemajuan kerjaya - Seimbang pembawaan dan adil kepada diri sendiri
serta adil terhadap ketua, orang bawahan dan
rakan sekerja
22NILAI-NILAI KEMBANGAN BUDAYA KERJA CEMERLANG
- Bertanggungjawab
- Tanggungjawab bererti sesuatu kerja, tugas atau
janji yang mesti ditunaikan dan seseorang yang
diberi tanggungjawab handaklah melaksanakan tugas
yang telah diamanahkan dengan bersungguh-sungguh. - Berdedikasi
- Berdedikasi bermaksud kesungguhan seseorang bagi
melaksanakan tugas dengan sempurna dan sanggup
melaksanakan kerja lebih daripada yang diharapkan.
23NILAI-NILAI KEMBANGAN BUDAYA KERJA CEMERLANG
- Berdisiplin
- Merupakan satu sifat yang mengawal diri seseorang
untuk sentiasa berperilaku berlandaskan
undang-undang, peraturan, prinsip dan nilai
mulia. - Berkerjasama
- Saling tolong-menolong untuk kebaikan dalam
menjadikan kerja yang berat menjadi lebih ringan
dan dapat disiapkan dalam masa yang singkat.
Merupakan elemen yang penting kepada peningkatan
kualiti dan produktiviti.
24NILAI-NILAI KEMBANGAN BUDAYA KERJA CEMERLANG
- Bersih
- Adalah nilai yang melambangkan sifat suci
daripada kekotoran rohani dan jasmani di dalam
menjalani kehidupan. Seseorang yang bersih akan
terjelma pada perawakan dan pembawaannya yang
bersih dan kemas dari segala sudut
(pemakaian,tempat kerja dan tempat tinggal) - Berbudi Mulia
- Merupakan satu nilai yang ada pada seseorang yang
mudah memberi kesenangan atau menolong orang lain
tanpa disuruh dan tanpa mengharap apa-apa balasan.
25NILAI-NILAI KEMBANGAN BUDAYA KERJA CEMERLANG
- Ikhlas
- Bermaksud hati yang bersih dan suci dalam
melaksanakan tanggungjawabnya dengan penuh
keredhaan dan berusaha membuat yang terbaik
secara berterusan. - Tekun
- Bermaksud bersungguh-sungguh, komited, sabar dan
teliti dalam melaksanakan sesuatu tugas.
Ketekunan akan menghasilkan output yang
berkualiti dan mencapai sasaran yang ditetapkan.
26NILAI-NILAI KEMBANGAN BUDAYA KERJA CEMERLANG
- Sederhana
- Merupakan sifat yang menolak keterlaluan atau
berlebihan melalui kebijaksanaan dalam membuat
pertimbangan. - Sabar
- Adalah sifat kekuatan dan ketahanan diri dalam
menerima kesusahan atau halangan dengan
menganggap tekanan dan kesukaran tugas adalah
dugaan dari Tuhan.
27- Manusia tidak merancang untuk gagal, tapi mereka
gagal untuk merancang - Kecemerlangan sebenar adalah apabila anda
dihentam sehingga bertekuk lutut, tetapi mampu
melantun kembali - Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang
ingin sentiasa melakukan yang terbaik