Dr Nooraida Yakob - PowerPoint PPT Presentation

About This Presentation
Title:

Dr Nooraida Yakob

Description:

Title: PowerPoint Presentation Author: user Last modified by: user Created Date: 1/1/1601 12:00:00 AM Document presentation format: On-screen Show (4:3) – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:151
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 42
Provided by: weeblyCom
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: Dr Nooraida Yakob


1
PERKEMBANGAN dan PEMBENTUKAN IDENTITI REMAJA
  • Dr Nooraida Yakob
  • 29 Oktober 2012

2
Perkembangan identiti
  • Pembentukan identiti merupakan suatu proses dalam
    perkembangan personaliti individu.
  • Perkembangan identiti bersifat kompleks dan
    melibatkan pelbagai aspek kognitif, emosi dan
    fizikal
  • Proses perkembangan identiti lebih mudah difahami
    jika dikaitkan antara satu sama lain yang
    melibatkan perubahan-perubahan cara seseorang
    mempersepsikan dirinya dengan mengambil kira
    pandangan umum

3
Perkembangan identiti
  1. Konsep kendiri
  2. Harga kendiri/imej kendiri
  3. Mengenali diri

4
Pengukuhan identiti
  • Kesempurnaan kendiri - menekankan potensi diri
    yang membina dan positif serta mengenepikan
    halangan-halangan hidup
  • remaja perlu dibimbing untuk mencapai
    kesempurnaan kendiri dari segi ciri-ciri atau
    model individu yang telah mencapainya
  • Identifikasi bermaksud kemunculan nilai dan
    tujuan hidup kendiri.
  • Remaja tidak seharusnya membuat identifikasi
    dengan orang lain secara keterlaluan dan diluar
    keupayaan dirinya
  • Remaja perlu sedar keunikan dirinya sendiri

5
  • Kecemerlangan dan pencapaian
  • kecemerlangan dan pencapaian merupakan desakan
    dalaman yang dapat membantu remaja menentukan
    arah kendirinya, membuat keputusan sendiri dan
    mencapai tujuan hidupnya.
  • 4. Identiti merujuk kepada perasaan seseorang
    yang berbeza dengan orang lain
  • Identiti ego- remaja boleh membuat keputusan
    sendiri tentang kerjaya dan boleh membentuk set
    kepercayaan agama dan nilainya
  • Krisis identiti- remaja mengalami konflik dan
    bergelut dengan persoalan tentang diri dan
    hidupnya dan menentukan kerjaya, kepercayaan dan
    nilai yang ingin di capai

6
  • Pembentukan identiti remaja lelaki
  • memerlukan elemen-elemen seperti komunikasi yang
    mesra dan responsif, disiplin yang jelas dan
    konsisten
  • Pembentukan identiti remaja perempuan
  • memerlukan elemen-elemen seperti perhubungan
    mesra, ganjaran untuk menjadikannya berdikari,
    konflik kecil untuk mendorong mereka membuat
    penilaian moral

7
Krisis Identiti
  • Adakah anda pasti peranan anda dalam kehidupan?
  • Adakah anda rasa seperti anda tidak tahu diri
    'sebenar anda?
  • Jika anda menjawab ya kepada soalan-soalan
    diatas, anda mungkin mengalami krisis identiti.
  • Erik Erikson - percaya bahawa ia adalah satu
    konflik yang paling penting dalam perkembangan
    setiap individu

8
Krisis Identiti
  • Perkembangan kognitif
  • Idealistik bingung dengan teori dan praktikal
  • Egosentrik- bangga dengan keupayaan intelek yang
    baru diperoleh dan berangan-angan untuk membuat
    perubahan kepada dunia menyebabkan berlaku
    percanggahan antara sifat ego dengan penerimaan
    orang lain disekeliling
  • Percanggahan rasa rendah diri- merasa rendah diri
    apabila tidak berupaya untuk mengubah golongan
    dewasa/ibubapa.
  • Ketidakupayaan ini menyebabkan remaja
    menggantikannya dengan tingkahlaku dan rasa
    cemerlang yang palsu

9
Krisis Identiti
  • Krisis psikososial oleh Erik Erikson
  • 8 peringkat
  • Krisis psikososial oleh James Marcia
  • 4 peringkat
  • Krisis psikososial oleh Bingham dan Stryker
  • 5 peringkat

10
Pembentukan identiti oleh Erickson
  • Percaya lawan tidak percaya (0-1)
  • Autonomi lawan Malu/ragu (2-3)
  • Inisiatif lawan Rasa bersalah (4-5)
  • Industri lawan Inferioriti (6-12)
  • Identiti lawan Keliru peranan (13-19)
  • Intimasi lawan Isolasi (20-24)
  • Generatif lawan Tidak produktif (25-64)
  • Integriti ego lawan Kesedihan (65 ke atas)

11
Percaya lawan Tidak percaya (0-1)
  • Kanak-kanak membangunkan rasa amanah apabila
    penjaga menyediakan kebolehpercayaan, penjagaan,
    dan kasih sayang.
  • Satu kekurangan ini akan membawa kepada
    kesangsian.
  • Nilai - harapan

12
Autonomi lawan Malu/ragu (2-3)
  • Kanak-kanak perlu memperkembangkan perasaan
    kawalan diri ke atas kemahiran fizikal dan
    perasaan berdikari keyakinan diri
  • Kejayaan menyebabkan adanya rasa autonomi
  • Kegagalan menyebabkan perasaan malu dan keraguan.
  • Nilai - daya fikiran

13
Inisiatif lawan Rasa bersalah (4-5)
  • Kanak-kanak mula menegaskan kawalan dan kuasa ke
    atas persekitaran.
  • Banyak melakukan sesuatu yang baru bagi memenuhi
    naluri ingin tahu
  • Kejayaan di peringkat ini membawa kepada adanya
    rasa inisiatif terhadap apa yang dilakukan
  • Kanak-kanak yang cuba untuk menggunakan kuasa
    terlalu banyakdan berlakukanya penolakan/kritikan
    dari orang dewasa mengakibatkan kanak-kanak rasa
    bersalah.
  • Nilai - Matlamat

14
Industri lawan Inferioriti (6-12)
  • Kanak-kanak belajar melakukan perkara-perkara
    yang baik atau betul dan dibandingkan dengan
    standard yang ada.
  • Perlu menguasai kemahiran asas seperti membaca
  • Kanak-kanak perlu berdepan dengan tuntutan sosial
    dan permintaan akademik.
  • Kejayaan membawa kepada rasa kemampuan untuk
    melakukan sesuatu, yakin dan tekun
  • Kegagalan menyebabkan perasaan rendah diri,
    ketidakupayaan
  • Nilai - kecekapan

15
Identiti lawan Keliru peranan (13-19)
  • Mula mencari identiti dan persepsi diri dan
    memiliki pemikiran dan keinginan sendiri
  • Kejayaan membawa kepada pembentukan identiti
    berdasarkan keupayaan diri dalam merancang masa
    depan yang memuaskan dan selamat
  • Kegagalan membawa kepada kekeliruan peranan dan
    rasa lemah diri, rasa tersisih dan sukar membuat
    keputusan.
  • Nilai - kesetiaan

16
Intimasi lawan Isolasi (20-40)
  • Membina keupayaan untuk memberi dan menerima
    kasih sayang mula membuat komitmen jangka
    panjang terhadap sesuatu hubungan yang bermakna.
  • Kejayaan membawa kepada satu hubungan yang kuat
    serta mencapai kemesraan dan kerapatan
  • Kegagalan menyebabkan kesepian, putus asa, kecewa
    dan keterasingan dalam hidup.
  • Nilai - kasih sayang

17
Generatif lawan Tidak produktif (40-64)
  • Dewasa perlu untuk mencipta atau memupuk
    perkara-perkara yang yang berfaedah untuk tempoh
    yang lama
  • Contoh - mempunyai anak atau mewujudkan
    perubahan positif yang memberi manfaat kepada
    orang lain.
  • Kejayaan membawa kepada rasa puas hati kerana
    beruapay membantu anak-anak menjadi dewasa yang
    berguna
  • Kegagalan membawa kepada perasaan kecewa dan
    kurang puas hati yang mengakibat rasa tidak
    produktif dan mementingkan diri.
  • Nilai - prihatin

18
Integriti ego lawan Kesedihan (65 ke atas)
  • Membina perasan penerimaan diri iaitu refleksi
    diri
  • Mengingat kembali kejayaan dan kegagalan diri
    yang dialami.
  • Kejayaan membawa kepada perasaan integriti,
    kejayaan
  • Kegagalan membawa kepada penyesalan , kegagalan ,
    putus asa dan kekecewaan.
  • Nilai - Kearifan

19
Identiti Status (James Marcia)
  • Identiti difusi, identiti foreclosure, identiti
    moratorium identiti pencapaian.
  • Identiti status adalah cara untuk menyelesaikan
    masalah krisis identiti dan mewujudkan satu
    komitmen terhadap identiti yang dibina.
  • Istilah krisis satu tempoh bagi remaja membina
    pengalaman dalam membina pelbagai identiti dan
    kemudian memilih.
  • Komitmen adalah keputusan yang dibuat oleh remaja
    tentang apa yang dipilih.
  • Komitmen termasuk pekerjaan, agama, falsafah,
    peranan jantina, atau standard peribadi tingkah
    laku seksual.

20
Status identiti (James E. Marcia,1980)
  • Identiti pencapaian
  • krisis yang membawa kepada komitmen
  • Identiti Foreclosure
  • Komitmen tanpa krisis
  • Identiti Difusi
  • Tiada krisis dan tiada komitmen
  • Identiti Moratorium
  • mengalami krisis tiada komitmen

21
Identiti Moratorium
  • adalah tempoh marginal di mana remaja itu berada
    di ambang krisis identiti tetapi tidak membuat
    sebarang komitmen.
  • Moratorium merujuk kepada tempoh kelewatan di
    mana seseorang tidak lagi membuat keputusan
    kerana mereka ingin mengalami peranan yang
    berbeza.
  • Dalam tempoh ini, mereka melihat peluang kerjaya
    yang berbeza, meneroka falsafah dan sebagainya.
  • Mereka berhadapan dengan konflik nilai dan
    berhadapan dengan situasi yang tidak boleh
    dijangkakan
  • Ciri pemarah, pening, ada sifat bersaing,
    bimbang dan berada dalam keadaan konflik

22
Identiti Foreclosure
  • Remaja telah ada komitmen, namun mereka tidak
    mempunyai krisis identiti.
  • Remaja tidak mempunyai apa-apa peluang untuk
    mengalami alternatif.
  • Menerima rancangan orang lain untuk diadaptasikan
    ke dalam hidup mereka tanpa memikirkan sendiri
    apakah pilihan-pilihan yang wujud.
  • Ciri-ciri
  • sentiasa gembira dan berpuashati, cenderung ke
    arah autoritarian, memerlukan pengiktirafan
    daripada orang lain
  • Sebagai contoh, jika bapa adalah mekanik dan
    memiliki perniagaan sendiri, maka anaknya akan
    menjadi mekanik dan mengambil alih perniagaan.

23
Identiti Difusi
  • Individu yang belum mengalami sebarang krisis dan
    tidak membuat sebarang komitmen.
  • Mereka meneroka alternatif yang bermakna dan
    mereka masih belum membuat apa-apa komitmen.
  • Dalam status ini, remaja tidak menunjukkan minat
    dalam pilihan pekerjaan atau ideologi.
  • Ciri-ciri
  • remaja yang mengalami situasi di ditolak dan di
    abai, keluarga yang tidak mengambil berat tentang
    anak-anak,
  • remaja ini kebarangkalian besar terlibat dalam
    gejala ponteng, ketagihan dadah, dan bersikap
    tidak serius/membuat kerja sambil lewa

24
Identiti Pencapaian
  • status terakhir di mana individu telah melalui
    identiti moratorium dan telah membuat keputusan.
  • Telah mengambil langah-langkah yang sesuai untuk
    mengatasinya serta komited dengan identiti
    tertentu yang dipilihnya .
  • Remaja ini telah menerokai peranan dan peluang
    yang berbeza dan membuat kesimpulan dan keputusan
    sendiri.
  • Ciri-ciri
  • kekuatan dalaman yang fleksibel, periang,
    harga-kendiri yang tinggi, berdikari, matlamat
    hidup yang realistik, dapat mengawal diri dalam
    keadaan tegang, bebas dapat membina perhubungan
    intim dan terbuka kepada idea-idea baru

25
Teori Bingham dan Stryker
  • 5 peringkat
  • Personaliti Hardy (0-8)
  • Pembentukan identiti sebagai pemenang (9-12)
  • Kemahiran dalam membina keyakinan diri (13-16)
  • Strategi untuk sara diri (Emosi - kewangan)-
    19-22
  • Kepuasan dalam kerja dan cinta (22 ke atas)

26
Personaliti Hardy (0-8)
  • Mengawal kehidupan sendiri, komited kepada
    aktiviti-aktiviti tertentu, tidak sabar untuk
    menghadapi cabaran dan peluang bagi tujuan
    perkembangan sosioemosi
  • Berasaskan kepada kawalan, komitmen dan cabaran
  • Pembinaan personaliti ini adalah melalui 8
    kemahiran
  • bertolak ansur dengan kebimbangan dan tindakan
  • Angan-anagan dipisahkan dari realiti dan
    menangani realiti
  • Tetapkan matlamat dan membina keutamaan
  • Merancang masa depan dan memahami bagaimana
    pilihan hari ini mempengaruhi masa depan
  • Mendiskriminasi dan membuat pilihan yang
    konsisten dengan matlamat dan nilai-nilai
  • menetapkan sempadan dan had
  • Membuat penegasan untuk kehendak dan keinginan
  • Mempercayai diri dan mempunyai persepsi sendiri

27
Pembentukan identiti sebagai pemenang (9-12)
  • Membina kestabilan diri sebagai seorang individu
    yang mampu mencapai kejayaan dalam pelbagai
    bidang
  • contohnya, intelek, fizikal, sosial, kerjaya yang
    berpotensi

28
Kemahiran membina keyakinan diri (13-16)
  • Mempunyai rasa layak, layak melakukan apa sahaja
    dan berhak untuk menegaskan keperluan dan
    kehendak
  • berkeyakinan dan berkeupayaan untuk menghadapi
    kehidupan

29
Strategi Sara diri (Emosi Kewangan ) 19-22
  • Mempunyai rasa tanggungjawab untuk menjaga diri
    sendiri dan, keluarga berdasarkan rasa autonomi

30
Kepuasan kerja dan cinta (22 ke atas)
  • Menghadapi kepuasan dalam pencapaian peribadi dan
    hubungan sosial atau peribadi

31
Perbandingan antara Teori Erikson dan Bingham
dan Stryker
  • Erikson
  • berdasarkan kanak-kanak lelaki dan lelaki dewasa
  • Bingham dan Stryker
  • kanak-kanak perempuan dan wanita
  • Perbezaan interaksi sosial
  • Kanak-kanak perempuan lebih banyak menyatakan
    persetujuan dan sangat bergantungan yang
    mempengaruhi perkembangan sosioemosi mereka
  • Perbezaan umur pada setiap peringkat
  • Krisis identiti bagi Erikson
  • diperingkat awal dewasa intimasi lawan isolasi
  • Krisis identiti Bingham dan Stryker
  • di peringkat remaja dan awal dewasa sara diri
    emosi-kewangan

32
Perbandingan antara Teori Erikson dan Bingham
dan Stryker
  • Jangkaan peranan jantina
  • Lelaki dijangka untuk mudah berdikari
  • krisis lelaki adalah salah mewujudkan keintiman.
  • Wanita dijangka mudah mewujudkan hubungan
  • krisis wanita adalah autonomi dari segi menjaga
    diri iaitu masalah emosi dan kewangan.

33
Perbandingan antara Teori Erikson dan Bingham
dan Stryker
  • Personaliti hardy didapati mempunyai persamaan
    dengan
  • Percaya lawan tidak percaya
  • Autonomi lawan malu/ragu
  • Inisiatif lawan rasa bersalah

34
Perbandingan antara Teori Erikson dan Bingham
dan Stryker
  • Persamaan antara
  • industri lawan inferioriti dengan pembentukan
    identiti sebagai pemenang
  • Terdapat sedikit persamaan antara
  • Generativiti dan tidak produktif dengan kepuasan
    dalam kerja dan cinta

35
Pengaruh sosial dalam pembentukan identiti remaja
  • Ibubapa - gaya bimbingan autokratik,
    autoritatif, permisif, tidak terlibat
  • remaja yang mengalami status difusi mempunyai
    ibubapa yang bersifat menolak atau mengabai dan
    menjauhkan diri daripada anak (Waterman,1982)
  • remaja yang berstatus moratorium mempunyai
    ibubapa yang mesra, penyayang, memberi peluang
    kepada remaja menyatakan pandangan mereka
    (Campbel et al. 1984). Mereka juga hormatkan
    ibubapa walaupun kadang-kadang tidak bersetuju
    dengan ibubapa
  • Remaja yang berstatus foreclosure/mempunyai
    hubungan yang rapat dengan ibu bapa tetapi
    mempunyai peluang yang sedikit untuk berpisah

36
Gaya Bimbingan Ibu bapa
37
Pengaruh sosial dalam pembentukan identiti remaja
  • Rakan sebaya
  • Hubungan dengan rakan mendedahkan remaja dengan
    pelbagai idea dan nilai
  • Kawan baik selalunya memberi emotional support
    dan membantu dalam memilih identiti
  • Bersama dalam mencari pembentukan identiti

38
Pengaruh sosial dalam pembentukan identiti remaja
  • Sekolah dan Masyarakat
  • Pelbagai peluang dalam pembentukkan identiti
  • Sekolah membantu dalam meningkatkan konsep
    kendiri dan keyakinan diri

39
Pengaruh sosial dalam pembentukan identiti remaja
  • Budaya
  • Budaya mempunyai pengaruh yang kuat dalam
    pembentukkan identiti
  • Golongan masyarakat minoriti
  • Hanya untuk golongan yang tertentu
  • Sangat sensitif terhadap maklum balas sosial
  • Menjadi target kepada masalah dikriminasi dan
    ketidakadilan.

40
Reflection
  • For yesterday is a dream and tomorrow only a
    vision. But today, well lived, makes every
    yesterday a dream of happiness, and every
    tomorrow a vision of hope. Look well, therefore,
    to this day.
  • (Ahmad Rafsanjani, 2010)

41
  • Thank You
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com