RAHSIA RASMI - PowerPoint PPT Presentation

1 / 90
About This Presentation
Title:

RAHSIA RASMI

Description:

... .. individu atau organisasi yang mempunyai pendapat yang melampaui batas perlembagaan negara mengenai perkara-perkara politik, agama dan ras; ... – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:897
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 91
Provided by: abc273
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: RAHSIA RASMI


1
CGSO
KESELAMATAN PEJABAT DAN PENGURUSAN DOKUMEN
TERPERINGKAT
OLEH PEJABAT KETUA PEGAWAI KESELAMATAN KERAJAAN
MALAYSIA NEGERI MELAKA JABATAN PERDANA MENTERI
2
AGENDA
  • Objektif Taklimat
  • Latar Belakang
  • Bentuk Ancaman
  • Keselamatan Fizikal
  • Keselamatan Dokumen
  • Isu-Isu keselamatan
  • Implikasi Keselamatan
  • Pelan Tindakan Memperkasakan Keselamatan
  • Penutup

1
3
OBJEKTIF
  • Memupuk kesedaran berkaitan Keselamatan
    Perlindungan di kalangan penjawat awam
  • Menjelaskan Isu-isu keselamatan perlindungan di
    Jabatan-jabatan Kerajaan.
  • Mengesyorkan tindakan memperkasakan keselamatan
    perlindungan di Jabatan dan Agensi Kerajaan.

4
LATAR BELAKANG
  • Pejabat KPKK bertanggungjawab untuk merancang,
    merumus, menyelaras dan melaksanakan sistem
    kawalan keselamatan perlindungan meliputi aspek
    keselamatan fizikal, dokumen dan peribadi.
  • Jabatan Kerajaan juga menjadi sasaran (soft
    target) ancaman pelanggaran keselamatan dan
    dilaporkan di dalam media.

5
DASAR DAN PELAKSANAAN SISTEM
  • Pejabat KPKK di beri kuasa menasihati,
    menjalankan pemeriksaan dan penyiasatan
    keselamatan secara bebas bagi memastikan
    pematuhan dan pelaksanaan mengikut
  • Arahan Keselamatan
  • Akta Rahsia Rasmi 1972
  • Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959
  • Surat-surat Pekeliling Keselamatan berkaitan

6
KESELAMATAN PERLINDUNGAN(Protective Security)
  • Keselamatan Perlindungan merujuk kepada
    langkah-langkah untuk kawalan atau melindungi
    aset kerajaan termasuk bangunan, pepasangan,
    dokumen, maklumat, mekanisme ICT dan modal insan
    daripada sebarang ancaman, kemusnahan, kerosakan
    dan pencerobohan.

7
PELANGGARAN KESELAMATAN DI JABATAN KERAJAAN YANG
DILAPORKAN MEDIA
8
PELANGGARAN KESELAMATAN DI JABATAN KERAJAAN YANG
DILAPOR MEDIA
9
PELANGGARAN KESELAMATAN DI JABATAN KERAJAAN YANG
DILAPORKAN MEDIA
10
ARAHAN KESELAMATAN
  • Peraturan kawalan keselamatan perlindungan untuk
    semua Kementerian/Jabatan/Badan Berkanun/Agensi
    Kerajaan
  • Kawalan kerahsiaan kerajaan secara maksima dan
    berkesan
  • Ketua Jabatan dipertanggungjawabkan keberkesanan
    pelaksanaannya di Jabatan masing-masing
  • Pejabat KPKK sebagai kuasa pusat berkaitan
    Keselamatan Perlindungan

11
Arahan Keselamatan meliputi
KESELAMATAN FIZIKAL KESELAMATAN DOKUMEN
KESELAMATAN PERIBADI
12
TUJUAN
Untuk memastikan aset yang mana kerajaan
bertanggungjawab sama ada di dalam atau di luar
kerajaan, diberi perlindungan keselamatan
daripada sebarang ancaman atau dikompromi.
13
Aset
Dokumen, maklumat, bahan, peralatan, barang
berharga, wang tunai, dan sistem
pengoperasian merupakan sebahagian daripada
aset Jabatan/Agensi Kerajaan .
14
Nilai Aset
Aset yang paling berharga kepada
Kerajaan adalah maklumat yang
dilindungi. Apabila nilai kepada maklumat
yang dilindungi meningkat,
ancaman terhadapnya pasti meningkat.
15
ESPIONAJ
SUBVERSIF
SABOTAJ
ANCAMAN KESELAMATAN
KELEMAHAN MANUSIA
PELAMPAU
16
SABOTAJ
  • Perbuatan atau omitan bertujuan menyebabkan
    kerosakan fizikal untuk kepentingan sesebuah
    kuasa asing atau sesuatu tujuan politik yang
    subversif.

17
SUBVERSIF
Subversif ialah kegiatan yang dijalankan oleh
pertubuhan-pertubuhan atau orang perseorangan di
dalam atau di luar Malaysia tidak sampai kepada
perbuatan peperangan yang bermaksud menghancur
dan membinasakan ketenteraman yang ada
dengan cara-cara yang salah di sisi
undang-undang atau yang bertentangan dengan
perlembagaan.
18
ESPIONAJ
  • Kegiatan untuk memperolehi rahsia atau perkara
    terperingkat dengan cara tersembunyi atau salah
    di sisi undang-undang bagi tujuan-tujuan yang
    memudaratkan keselamatan atau kepentingan Malaysia

19
PELAMPAU
.. individu atau organisasi yang mempunyai
pendapat yang melampaui batas perlembagaan negara
mengenai perkara-perkara politik, agama dan ras
dan dalam memperjuangkannya bersedia menjalankan
kegiatan yang melanggar undang-undang untuk
membangkitkan semangat tentangan rakyat,
memecahbelahkan perpaduan kaum dan menggugat
keamanan negara.
20
KESELAMATAN FIZIKAL
  • Memastikan keselamatan fizikal bangunan,
    premis atau tempat termasuk yang digunakan
    bagi mengurus perkara-perkara terperingkat dan
    sensitif

21
TUJUAN
  • UNTUK MENGAWAL EKSES SUPAYA TERHAD KEPADA YANG
    MEMPUNYAI KEBENARAN
  • UNTUK MENGHALANG EKSES KEPADA DOKUMEN RASMI
    KERAJAAN
  • UNTUK MENGHALANG KEGIATAN SABOTAJ KE ATAS
    PERALATAN ATAU KELENGKAPAN PENTING
  • UNTUK MENGHAD PERGERAKAN PENCEROBOH BAGI TEMPOH
    YANG PENDEK.

22
Konsep Keselamatan Pejabat
  • DETER (Pencegahan)
  • DELAY (Melambatkan)
  • DETECT (Mengesan)
  • DETERMINE (Mengenalpasti)
  • DEPLOY/RESPONSE (Tindakan)
  • DEDUCE (Pemantauan Petugas)

23
KESELAMATAN PEJABAT
  • Mewartakan Kawasan Larangan dan Tempat Larangan
  • Ketua Jabatan melaksanakan langkah keselamatan
    dengan merujuk Pegawai Keselamatan Kerajaan

24
KAWALAN
  • Hadkan jalan keluar masuk
  • Mengadakan Kaunter
  • Memperkukuh tingkap dan pintu dengan dilengkapkan
    dengan kunci keselamatan
  • Memperkukuh dinding dan siling
  • Memasang alat-alat pengalisan bunyi, penggera
    ceroboh
  • Sediakan tempat atau bilik khas pelawat
  • Mewujudkan perkhidmatan pengawal keselamatan

25
BANGUNAN KERAJAAN
  • Cadangan pembinaan, pengubahsuaian, pembelian
    bangunan kerajaan, penempatan dan pemindahan
    pejabat hendaklah dirujuk kepada Pegawai
    Keselamatan Kerajaan

26
KAWALAN KELENGKAPAN
  • Cadangan pembelian, kegunaan, kawalan dan
    keselamatan kelengkapan hendaklah dirujuk kepada
    KPKK

27
KELENGKAPAN
Sambungan
  • Teknik, mekanik, elektrik, elektronik
  • Kunci keselamatan
  • Pagar dan lampu
  • Perakam kad ekses
  • Penggera
  • Televisyen litar tutup
  • Peti keselamatan
  • Pengalisan bunyi
  • Mesin perincih
  • Komputer
  • Mesin cetak dan penyalin

28
KELENGKAPAN
Sambungan
  • Bukan teknik, mekanik, elektrik dan elektronik
  • Matawang
  • Kad pengenalan
  • Kertas peperiksaan
  • Sijil, watikah, skrol ijazah
  • Mikrofilem, pita komputer
  • Permit, buku akaun
  • Peta, mohor, meteri
  • Borang dan dokumen hasil

29
KUASA PUSAT PAS KAD (AK Para 24)
  • Pejabat Ketua Pegawai keselamatan kerajaan adalah
    menjadi kuasa pusat mengenai dasar dan
    pengeluaran
  • - Pas Keselamatan
  • - Kad Pengenalan Jabatan
  • - Kad Kuasa
  • - Kad Pelantikan
  • - Tetap
  • - Sementara
  • - Pelawat

Jenis Pas Keselamatan
30
KAWALAN KUNCI
  • Memberi kawalan rapi.
  • Mengeluarkan arahan-arahan keselamatan yang
    berkaitan.
  • Tanggungjawab Ketua Jabatan terhadap kunci
    keselamatan

31
PERATURAN KAWALAN
  • Pegawai Keselamatan Kerajaan (PKJ)
    dipertanggungjawab ke atas semua kunci
  • PKJ perlu menyelenggara, membuat audit dan
    mengemaskini buku daftar

32
  • Penjawat awam yang diamanahkan kunci jabatan atau
    keselamatan perlu bertanggungjawab keatasnya
  • Peti keselamatan digunakan untuk menyimpan anak
    kunci yang tidak dipakai dan pendua

bersambung
33
  • Anak kunci tidak boleh dilabel atau ditanda nama
    dan alamat
  • Anak kunci tidak boleh dirangkai bersama anak
    kunci persendirian
  • Anak kunci pendua tambahan tidak boleh dibuat
    tanpa kebenaran

bersambung
34
  • Sistem kunci induk dan kunci induk kecil boleh
    diwujudkan di jabatan-jabatan tertentu
  • Anak kunci pendua bagi peti besi dan bilik kebal
    hendaklah disimpan mengikut Arahan Perbendaharaan
    135

bersambung
35
  • Penjawat awam yang menggunakan peti-peti
    keselamatan yang dipasang dengan kunci tatakira
    perlu mengambil tindakan
  • Menukar nombor
  • setahun sekali
  • bila orang yang mengetahui bertukar atau tamat
    perkhidmatan
  • syak nombornya dikompromi

bersambung
36
  • Nombor ditulis dan dimasukkan kedalam sampul yang
    dimeteri dan ditanda Rahsia Besar
  • Nama dan Jabatan pengguna serta tarikh kertas
    dimasukkan ke dalam satu sampul surat lagi

bersambung
37
  • Nombor hendaklah dihantar kepada KPKK untuk
    disimpan
  • Lain-lain rekod berkenaan tidak boleh dibuat

bersambung
38
  • Penjawat awam yang bertukar hendaklah menyerah
    balik semua anak kunci

39
KEHILANGAN ANAK KUNCI
  • Dilaporkan kepada Ketua Jabatan untuk membuat
    taksiran bahaya
  • Peti keselamatan atau pejabat tersebut dianggap
    tidak selamat dan kunci perlu diganti kecuali
    jika dapat dipastikan bahawa kunci tersebut tidak
    jatuh ke tangan orang lain
  • Laporan kepada polis jika berlaku jenayah ekoran
    dari kehilangan tersebut.

40
IMPLIKASI KEHILANGAN
  • Jika terbukti hilang, Ketua Jabatan hendaklah
    membuat pertimbangan untuk

41
KESELAMATAN DOKUMEN
  • Keselamatan Dokumen bermaksud kawalan ke
    atas dokumen rahsia rasmi dan dokumen
    rasmi daripada pendedahan tanpa kebenaran. Dalam
    pepasangan komputer, dokumen
    termasuk pita magnet dan lain-lain bentuk
    di mana maklumat boleh diproses,
    disimpan dan dihantar.

42
TUJUAN KESELAMATAN DOKUMEN
  • menentukan orang yang tidak mendapat kebenaran
    daripada mempunyai ekses kepada dokumen rasmi
    atau rahsia rasmi kerajaan
  • mencegah dan menghalang orang yang mempunyai
    ekses daripada mengkomprominya dan
  • membantu siasatan dalam kegiatan espionaj,
    kebocoran dan pelanggaran keselamatan.

43
PIHAK-PIHAK YANG INGINKAN DOKUMEN KERAJAAN
Pengintip Pembangkang Kakitangan yang
tidak beramanah Orang awam yang
mempunyai kepentingan
44
RAHSIA RASMI
  • Apa-apa suratan yang dinyatakan dalam Jadual
    dan apa-apa maklumat dan bahan
    berhubungan dengannya dan termasuklah
    apa-apa suratan rasmi, maklumat dan bahan
    lain sebagaimana yang boleh dikelaskan
    sebagai Rahsia Besar, Rahsia, Sulit atau
    Terhad, mengikut mana yang berkenaan, oleh
    seorang Menteri, Menteri Besar atau Ketua
    Menteri sesuatu Negeri atau mana-mana
    pegawai awam yang dilantik di bawah seksyen
    2B Akta Rahsia Rasmi 1972.

45
PERKARA DALAM JADUAL
  • Suratan, rekod keputusan dan pertimbangan
    Jemaah Menteri termasuklah juga suratan, rekod
    keputusan dan pertimbangan jawatan-jawatankuasa
    Jemaah Menteri
  • Suratan, rekod keputusan dan pertimbangan
    Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri termasuklah
    juga suratan, rekod keputusan dan
    pertimbangan jawatankuasa- jawatankuasa Majlis
    Mesyuarat Kerajaan Negeri
  • Suratan berkenaan dengan keselamatan
    negara, pertahanan dan perhubungan antarabangsa.

46
PERINGKAT DOKUMEN RAHSIA RASMI
RAHSIA BESAR Jika terdedah akan menyebabkan
kerosakan yang amat besar kepada
Malaysia RAHSIA Membahayakan keselamatan
negara dan menyebabkan kerosakan besar kepada
kepentingan dan martabat Malaysia atau memberi
keuntungan besar kepada kuasa asing SULIT
Didedahkan tidak membahayakan keselamatan, tetapi
memudaratkan kepentingan atau martabat atau
kegiatan kerajaan atau orang perseorangan atau
memalukan atau kesusahan kepada pentadbiaran atau
memberi keuntungan besar kepada negara
asing. TERHAD Maklumat-maklumat/dokumen-dokume
n rasmi/bahan-bahan yang lain daripada yang
diperingkatkan dengan peringkat yang lebih tinggi
tarafnya tetapi berkehendakan juga diberi satu
tahap perlindungan keselamatan.
47
Pengurusan Kawalan Keselamatan Meliputi
Menerima Memproses Menyimpan
dan Menghantar
48
PENGURUSAN DOKUMEN TERPERINGKAT
  • satu sistem bagi menerima, memproses,
  • menyimpan dan menghantar dokumen terperingkat
  • perlu diwujudkan (Pendaftaran Rahsia)
  • diselia oleh seorang penjawat awam yang
    berjawatan
  • tetap (Pendaftar Rahsia)
  • menyelengara satu sistem pergerakan fail
  • terperingkat dan membuat audit fail berkala
  • bertanggungjawab sepenuhnya kepada Ketua
  • Jabatan tentang keselamatan Pendaftaran
    Rahsia
  • termasuk penyimpanan

49
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENDAFTAR RAHSIA
- menyimpan satu rekod yang peringkat tidak
rendah daripada SULIT - menerima dan memproses
dokumen terperingkat dan mengedar kepada
pegawai - menghantar dokumen terperingkat
dengan selamat dan diterima bersambung...
50
  • PERINGKAT KESELAMATAN
  • peraturan bagi melindungi keselamatan maklumat
  • adalah ditetapkan mengikut tafsiran semua
    perkara
  • terperingkat
  • - peraturan memperingkatkan dokumen
  • a) peringkat dokumen bergantung kepada
  • kandungan dan tidak kepada peringkat
  • fail. Dokumen di atas perkara yang sama
  • tidak semestinya diberi peringkat yang
  • sama dengan peringkat dokumen yang
  • terdahulu

bersambung...
51
b) peringkat bagi dokumen tidak bergantung
kepada perkara utama. Sesuatu dokumen yang
tidak terperingkat mungkin mengandungi
maklumat yang perlu diperingkatkan c)
maklumat terkumpul yang diperolehi daripada
beberapa dokumen memerlukan peringkat yang
lebih tinggi daripada peringkat sesuatu
dokumen
d) peringkat dokumen yang mempunyai lampiran
mestilah diperingkatkan dengan peringkat dengan
peringkat lampiran yang tertinggi e) pemula
dokumen hendaklah menentukan kesan sekiranya
dokumen dikompromi, sebelum memberi sesuatu
peringkat kepada sesuatu dokumen
52
f) penggunaan peringkat keselamatan yang betul
amat penting agar semua peraturan-peraturan
dalam penyelenggaraan dan penggunaannya tidak
membebankan setiap orang yang terlibat g)
peringkat bagi sesuatu fail tidak boleh rendah
daripada peringkat dokumen yang tertinggi
sekali yang terkandung dalam sesuatu fail.
Peringkat fail perlu lebih tinggi daripada
peringkat dokumen jika maklumat di dalamnya
memerlukan peringkat yang lebih tinggi.
53
Seksyen 2B
Pengelasan - Perlantikan pegawai awam untuk
mengelaskan suratan rasmi, dsb.
Seseorang Menteri, Menteri Besar atau
Ketua Menteri sesuatu Negeri boleh melantik
mana-mana pegawai awam melalui suatu perakuan di
bawah tandatangannya untuk mengelaskan apa-apa
suratan rasmi, maklumat atau bahan sebagai
Rahsia Besar, Rahsia, Sulit atau
Terhad, mengikut mana yang berkenaan
54
PERDANA MENTERI MALAYSIA
AKTA RAHSIA RASMI 1972 PERLANTIKAN DI BAWAH
SEKSYEN 2B Pada menjalankan kuasa-kuasa
yang diberi oleh Seksyen 2B Akta Rahsia
Rasmi 1972 (Akta 88), saya Dr. Mahathir bin
Mohamad, Perdana Menteri Malaysia dengan ini
melantik Mohd Ismail bin Ahmad Pegawai
Keselamatan Kerajaan Negeri Melaka Jabatan
Perdana Menteri seorang pegawai awam untuk
mengelaskan apa-apa suratan rasmi, maklumat atau
bahan sebagai Rahsia Besar, Rahsia, Sulit
atau Terhad. (DR. MAHATHIR BIN
MOHAMAD) Bertarikh 21 Februari 1998 PM (R)
10308/3
55
TANDA KESELAMATAN
1. Dokumen Kekal Terjilid - ditanda dengan
huruf cerai/dicap huruf besar (7mm) disebelah
luar kulit hadapan belakang, dimuka tajuk,
di mukasurat pertama penghabisan, Tanda
di penjuru kiri atas penjuru kanan bawah setiap
mukasurat yang bertulis, bercetak/bercap. 2
. Dokumen Tidak Kekal Terjilid - dicap, ditaip
atau ditulis huruf besar di penjuru kiri atas
penjuru kanan bawah setiap mukasurat yang
bertulis, bercetak/bercap.
3. Lukisan, Tekapan, Negatif Foto Gambar Foto
- perlu ditanda pada setiapnya agar dapat
dilihat pada salinan yang dibuat
daripadanya. Ditanda juga pada sebelah belakang
gambar foto. 4. Nombor Rujukan Tajuk Fail -
peringkat keselamatan ditanda disebelah luar
kulit hadapan belakang. Nombor rujukan
fail ditulis disebelah luar kulit fail tajuknya
disebelah dalam kulit hadapan. Hanya tajuk
fail TERHAD dicatatkan diluar kulit
hadapan.
56
Warna Kulit Fail
Muka Hadapan
Muka Belakang
57
Warna Kulit Fail
Muka Belakang
Muka Depan
58
Warna Kulit Fail
59
  • PENYIMPANAN SELAMAT
  • RAHSIA BESAR/RAHSIA - DALAM PETI BESI DENGAN
    KUNCI KOMBINASI
  • RAHSIA UNTUK SIMPANAN SEMENTARA BOLEH DALAM
    KABINET KELULI LENGKAP DENGAN PALANG DAN
    BERKUNCI MANGGA
  • SULIT/TERHAD DALAM KABINET/ALMARI KELULI
    SEBAIK-BAIKNYA LENGKAP DENGAN PALANG DAN BERKUNCI
    MENGGA
  • SULIT/TERHAD UNTUK SIMPANAN SEMENTARA DALAM BEKAS
    BERKUNCI YANG DIBENARKAN

60
MEMBAWA DOKUMEN KELUAR DARI PEJABAT Rahsia Besar
Rahsia - kebenaran bertulis daripada Ketua
Setiausaha Kementerian/ Setiausaha Kerajaan
Negeri Sulit Terhad - kebenaran bertulis
daripada Ketua Jabatan
61

PENGHANTARAN KELUAR
  • sedia slip akuan terima dan rekod dalam daftar
    surat keluar
  • daftar suratan rahsia rasmi dalam Daftar 492 atau
    492A sewajarnya
  • melalui peti atau beg berkunci menggunakan satu
    lapis sampul surat
  • dua lapis sampul surat jika tidak menggunakan
    peti/beg berkunci
  • penghantaran dengan pos secara berdaftar A.R.
  • penghantaran keluar negara dibuat melalui Wisma
    Putra supaya dibuat menggunakan Diplomatic Bag

PKK L1
62
PELEPASAN PERKARA TERPERINGKAT ke negara lain
tidak boleh sama sekali tanpa kebenaran
Kerajaan kepada orang yang bukan dalam
perkhidmatan kerajaan - secara lisan -
prinsip lihat dan kembalikan
63
Kaedah-kaedahnya- _at_ perkara terperingkat yang
minimum sahaja dilepaskan _at_ penerima boleh
dipercayai dan diberi kesedaran serta
kepentingan menjaga maklumat terperingkat _at_
penerima mempunyai persediaan yang cukup
untuk menyimpan dengan selamat
64
siaran akhbar - tidak sekali-kali boleh
disampaikan kepada akhbar - penjawat awam
tidak dibenarkan menyampaikan maklumat
terperingkat tanpa kebenaran Ketua Jabatan
65
PEMUSNAHAN DOKUMEN TERPERINGKAT
Dokumen terperingkat termasuk buangan, draf,
bahan-bahan lain, disket, filem, pelan dsbnya
hendaklah dirincih atau dibakar ditempat yang
dibenarkan dan selamat.
66
  • KEHILANGAN
  • cari dengan segera
  • lapor pada PKJ atau Ketua Jabatan
  • siasat dan laporan taksiran bahaya terhadap
  • keselamatan kepada PKK dalam masa 24 jam
  • pemula dokumen hendaklah diberi maklum
  • tindakan tatatertib boleh diambil atau tindakan
    dibawah Akta Rahsia Rasmi 1972
  • laporkan kepada balai polis jika jenayah disyaki
    berlaku

67
ISU-ISU KESELAMATAN DI JABATAN-JABATAN KERAJAAN
  • Hasil inspektorat keselamatan perlindungan telah
    mengenalpasti beberapa perkara dan isu utama yang
    menjadi faktor penyumbang ketidakakuran dan
    kelemahan keselamatan yang perlu diberikan
    perhatian di Jabatan dan Agensi Kerajaan di
    Negeri Melaka

68
(No Transcript)
69
STATISTIK KETIDAKPATUHAN KESELAMATAN DI
JABATAN/AGENSI KERAJAAN DI NEGERI MELAKA TAHUN
2008
Bil. Perkara Utama Ketidakpatuhan Arahan dan Peraturan keselamatan Peratus
1. Tiada Senarai Jawatan Keselamatan Berjadual (JKB) (17) 42.5
2. Tiada Tapisan Pekerja Penyelenggaraan/Vendor ICT dll (24) 60
3. Belum hadiri Kursus PKJ (26) 65
4. Tidak menyelenggarakan Buku Daftar Suratan Rahsia Rasmi (20) 50
5. Belum Menukar Nombor Kunci Kombinasi (19) 47.5
70
STATISTIK KETIDAKPATUHAN KESELAMATAN DI
JABATAN/AGENSI KERAJAAN DI NEGERI MELAKA TAHUN
2008
Bil. Perkara Utama Ketidakpatuhan Arahan dan Peraturan keselamatan Peratus
6. Tiada Sistem Pegawai Bertugas (17) 42.5
7. Kaedah Penyimpanan Fail/dokumen tidak mematuhi perenggan 58 (9) 22.5
8. Tiada Buku Daftar bagi penggunaan mesin fotostat/faks (17) 42.5
9. Tiada Buku Daftar Kunci/Audit Kunci (14) 35
10. Belum Tandatangani Perakuan ARR (4) 10
71
STATISTIK KETIDAKPATUHAN KESELAMATAN DI
JABATAN/AGENSI KERAJAAN DI NEGERI MELAKA TAHUN
2008
Bil. Perkara Utama Ketidakpatuhan Arahan dan Peraturan keselamatan Peratus
11. Tiada Pelantikan Pegawai Pengelas 2B 50
12. Tidak Memiliki Buku Daftar Suratan Rahsia Rasmi (20) 50
13. Penyelenggaraan Buku Daftar Suratan Rahsia Rasmi tidak teratur (26) 65
14. Tiada Melantik PKJ (3) 7.5
15. Tiada Melantik PPKJ (11) 27.5
72
INSPEKTORAT KESELAMATAN KE ATAS JABATAN AGENSI
KERAJAAN DI NEGERI MELAKA TAHUN 2008
TAHAP Baik 7 (17.5) Memuaskan
11(27.5) Tidak Memuaskan 22(55
) JUMLAH 40

73
ISU-ISU KESELAMATAN .
  • Tiada Pelantikan Pegawai Keselamatan Jabatan
    (PKJ) dan Penolong PKJ
  • Setiap jabatan perlu melantik PKJ dan PPKJ
    sebagai penyelaras .
  • Perlu hadiri Kursus PKJ
  • Penting bagi memastikan keselamatan perlindungan
    di Jabatan/Agensi sentiasa berada pada tahap yang
    baik.

74
ISU-ISU KESELAMATAN (2)
  • 2. Kawalan Kunci Keselamatan
  • melabelkan anak kunci keselamatan.
  • menyimpan anak kunci di bekas simpanan yang tidak
    selamat.
  • Syor Ketua Jabatan bertanggungjawab memastikan
    kawalan rapi diberikan terhadap kunci-kunci
    keselamatan.

75
ISU-ISU KESELAMATAN (3)
  • 3. Penukaran Nombor Kunci Kombinasi
  • masih gunakan nombor asal.
  • tidak menukar nombor kombinasi
  • salinan nombor kombinasi tidak dihantar ke
    Pejabat KPKK (para 31 AK).
  • Perlu patuhi peruntukan perenggan 30 33 Arahan
    Keselamatan supaya kurangkan risiko pelanggaran
    keselamatan.

76
ISU-ISU KESELAMATAN (4)
  • Belum laksanakan Sistem Pegawai Bertugas
  • mudahkan penyelarasan dan pemantauan secara
    berterusan melalui penggiliran tugas dan letakkan
    soal keselamatan tanggungjawab bersama.

77
ISU-ISU KESELAMATAN (5)
  • 5. Kawalan Ekses longgar
  • Pintu utama belum dipasang kunci berciri
    keselamatan
  • Belum punyai sistem elektronik
  • Sistem halangan fizikal belum mencukupi.
  • Syor
  • kawalan keselamatan fizikal dan ekses perlu
    dilaksanakan mengikut keperluan analisis risiko.

78
ISU-ISU KESELAMATAN (6)
  • 6. Tiada Pelantikan Pegawai Pengelas Sek. 2B
    ARR
  • Tidak melantik Pegawai Pengelas
  • Tidak mengelaskan dokumen rahsia rasmi
  • Penting bagi mengelakkan kewibawaan kerajaan
    dipertikaikan dan mengalami kekalahan apabila kes
    berkaitan status dokumen rahsia rasmi dibawa dan
    dicabar di mahkamah.

79
ISU-ISU KESELAMATAN (7)
  • Mewujud dan Menyelenggara Buku Daftar Suratan
    Rahsia Rasmi AM492, AM492A dan AM492B
  • Perlu bagi memastikan kesahihan peringkat dokumen
    dari aspek peraturan keselamatan.
  • Tentukan tindakan undang-undang boleh diambil
    sekiranya berlaku pelanggaran keselamatan.

80
ISU-ISU KESELAMATAN (8)
  • 8. Kaedah Penyimpanan Dokumen Terperingkat
  • Belum mematuhi sepenuhnya spt. Perenggan 58 - AK.
  • Kekurangan bekas-bekas keselamatan utk. menyimpan
    dengan selamat khususnya suratan Jemaah Menteri,
    Kertas MMKN serta dokumen terperingkat dan
    bernilai.

81
ISU-ISU KESELAMATAN (9)
  • 9. Tiada Sistem Pendaftaran Rahsia
  • Belum dilaksanakan sepenuhnya spt. Perenggan 42
    dan 43 - AK.
  • Pendaftar Rahsia perlu selenggarakan sistem
    pergerakan fail terperingkat dan diaudit secara
    berkala bagi tentukan kedudukan fail-fail
    terperingkat.

82
ISU-ISU KESELAMATAN (10)
  • Tiada Senarai Jawatan Keselamatan Berjadual (JKB)
  • Belum menyenarai atau menyelenggarakan fail
    senarai lengkap dan kemaskini mengenai semua JKB.
  • Untuk kenalpasti penjawat awam yg. menguruskan
    perkara, maklumat, bahan, dokumen terperingkat
    Rahsia dan Rahsia Besar.

83
ISU-ISU KESELAMATAN (11)
  • 11. Perakuan Penjawat Awam Berkenaan ARR 1972
  • Belum menandatanganinya sebagai suatu peringatan
    akan kepentingan menjaga kerahsiaan dokumen dan
    maklumat yang diurus dan diketahui.
  • Peringatan supaya tidak dedahkan atau sampaikan
    dengan sewenang-wenangnya.

84
ISU-ISU KESELAMATAN (12)
  • Rekod Tapisan Keselamatan Pekerja Penyelenggaraan
  • Tapisan keselamatan utk. pekerja penyelenggaraan,
    pengawal keselamatan, pencuci pejabat, vendor ICT
    dan pakar perunding.
  • Jabatan punyai rekod terkini.

85
IMPLIKASI KETIDAKPATUHAN
  • Mendatangkan ancaman pencerobohan
  • Menjadi sasaran (soft target) sabotaj, espionaj,
  • kecurian, kemusnahan aset.
  • Menyebabkan kehilangan, kebocoran maklumat,
    pemalsuan dll.
  • Menjejaskan imej Jabatan Kerajaan
  • Jabatan menanggung kerugian
  • Menimbulkan ketidakpercayaan orang awam ke atas
    sistem pengurusan kerajaan.

86
PELAN TINDAKAN
  • Rancang bajet keselamatan dalam belanjawan
    tahunan
  • Giatkan usaha tingkatkan tahap kesedaran
    keselamatan melalui kursus/taklimat/bengkel.
  • Pastikan Penjawat awam menguruskan dokumen
    terperingkat hadiri Kursus Keselamatan.
  • Wujudkan jawatan Kader Pegawai dan Penolong
    Pegawai Keselamatan.
  • Pupuk Budaya Selamat di kalangan 1.2 juta
    Penjawat awam.

87
Jawatan Adalah Tanggungjawab
88
PENUTUP
  • Pematuhan kepada Arahan dan peraturan keselamatan
    perlindungan penting bagi menghalang pelanggaran
    keselamatan dan pendedahan maklumat rasmi atau
    rahsia rasmi kepada mereka yang tidak mendapat
    kebenaran.
  • Pematuhan Keselamatan Perlindungan penting bagi
    memastikan ekonomi negara, pertahanan,
    keselamatan, perjalanan fungsi dan imej kerajaan
    tidak terjejas.

89
SILA HUBUNGI .
  • Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan
    Malaysia Negeri Melaka
  • Jabatan Perdana Menteri
  • Tingkat 10, Bangunan Graha Maju
  • Jalan Graha Maju,
  • 75300 MELAKA
  • Tel06 -2819915
  • Web site www.cgso.gov.my
  • Emel mrosli_at_cgso.gov.my

90
RAHSIAKAN RAHSIA NEGARA
Sekian Terima Kasih
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com