3. Reka Bentuk Kurikulum - PowerPoint PPT Presentation

1 / 15
About This Presentation
Title:

3. Reka Bentuk Kurikulum

Description:

Title: PowerPoint Presentation Last modified by: user04 Created Date: 1/1/1601 12:00:00 AM Document presentation format: On-screen Show Other titles – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:139
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 16
Provided by: vodpplUp
Category:
Tags: bentuk | injil | kurikulum | reka

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: 3. Reka Bentuk Kurikulum


1
3. Reka Bentuk Kurikulum
  • Sumber-Sumber Reka Bentuk Kurikulum
  • Setelah diperolehi perincian bagi setiap komponen
    kurikulum di atas, pendidik seharusnya
    menyusunkan kesemuanya agar menjadi satu entiti
    yang menyelesaikan isu yang ingin diselesaikan.
  • Ketika memilih reka bentuk sesebuah kurikulum
    itu, seorang perancang kurikulum itu akan
    dipengaruhi oleh pegangan falsafahnya juga. Oleh
    itu, anda sebagai seorang penggubal kurikulum
    atau program di sekolah harus menjelaskan kepada
    diri anda sendiri apa sebenarnya pegangan
    falsafah dan pandangan anda berhubung masyarakat
    dan diri individu pelajar atau apa yang
    dipanggil sebagai sumber-sumber bagi sesebuah
    kurikulum.

2
Sumber-Sumber Reka Bentuk Kurikulum
  • Sains sebagai sumber reka bentuk kurikulum
  • Seseorang individu yang melihat sains sebagai
    sumber reka bentuk kurikulum akan akan bergantung
    sepenuhnya kepada kaedah sains sebagai jalan
    mencari kebenaran.
  • Mereka memilih dan menyusun di dalam kurikulum
    itu realiti atau kebenaran yang boleh dilihat dan
    dikuantitikan.
  • Reka bentuk berdasarkan mata pelajaran merupakan
    satu contoh reka bentuk kurikulum yang mengambil
    sains sebagai sumbernya.

3
Sumber-Sumber Reka Bentuk Kurikulum
  • Masyarakat sebagai sumber reka bentuk kurikulum
  •  Pereka bentuk kurikulum yang menyukai masyarakat
    sebagai sumber reka bentuk kurikulumnya
    berpandangan sekolah sebagai satu agen
    masyarakat.
  • Oleh yang demikian, sekolah harus mengambil
    pemikiran berhubung kurikulum daripada analisis
    yang dilakukan ke atas situasi sosial.
  • Ini bermaksud reka bentuk kurikulum yang
    dijalankan di sekolah haruslah dapat memperbaiki
    masyarakat

4
Sumber-Sumber Reka Bentuk Kurikulum
  • Tuhan dan agama sebagai sumber reka bentuk
    kurikulum
  •  Pereka bentuk kurikulum yang menyakini Tuhan dan
    agama sebagai sumber reka bentuk kurikulum
    berpandangan Tuhan dan agama sebagai satu sumber
    yang memberikan cara terbaik untuk membangunkan
    dan mengembangkan manusia.
  • Reka bentuk kurikulum dengan yang demikian
    seharusnya didasarkan kepada kitab-kitab agama
    seperti al-Quran, Injil dan sebagainya.

5
Sumber-Sumber Reka Bentuk Kurikulum
  • Ilmu sebagai sumber reka bentuk kurikulum
  • Seorang pereka bentuk kurikulum yang menyakini
    ilmu sebagai sumber reka bentuk kurikulum
    berpandangan bahawa jika ilmu diambil sebagai
    sumber reka bentuk kurikulum maka tidak akan ada
    isi kandungan yang tertinggal daripada apa yang
    seharusnya di pelajari oleh pelajar.
  • Pereka bentuk ini biasanya menyedari bahawa ilmu
    sebenarnya tersusun dalam bentuk-bentuk yang
    khusus. Untuk ilmu yang berdisiplin seperti
    contohnya Fizik, ia mempunyai struktur konsepsual
    dan proses yang unik.

6
Sumber-Sumber Reka Bentuk Kurikulum
  • Sesetengah ilmu yang tidak berdisiplin seperti
    ekonomi rumahtangga, ia tidak mempunyai struktur
    konseptual dan proses yang unik, sebaliknya isi
    kandungannya diambil daripada pelbagai disiplin
    lain dan diubahsuai untuk tujuan kursus itu.
  • Berdasarkan fahaman ini pereka bentuk kurikulum
    yang menjadikan ilmu sebagai sumber reka bentuk
    kurikulum akan menjadikan struktur disiplin yang
    merangkumi struktur konseptual dan proses yang
    unik bagi setiap disiplin itu sebagai isi
    kandungan yang seharusnya dipelajari oleh
    pelajar.

7
Sumber-Sumber Reka Bentuk Kurikulum
  • Pelajar sebagai sumber reka bentuk kurikulum
  • Sesetengah pereka bentuk kurikulum
    menyakini bahawa tabii pelajar seharusnya
    menjadi sumber reka bentuk kurikulum. Bagaimana
    pelajar belajar dan membentuk sikap,
    mengembangkan minat dan nilai merupakan
    sebahagian daripada tabii pelajar.
  • Pendidik dan pereka bentuk kurikulum yang
    menyakini falsafah progresivism berminat untuk
    mereka bentuk kurikulum berpusatkan pelajar. Ini
    kerana mereka beranggapan pelajar sebagai sumber
    reka bentuk kurikulum.

8
Dimensi Kurikulum
  • Sebagai yang telah diketahui sebelum ini, reka
    bentuk kurikulum merupakan satu penyataan yang
    menunjukkan perkaitan antara komponen-komponen
    sesebuah kurikulum.
  • Ketika usaha mendapatkan penyataan itu pereka
    bentuk kurikulum haruslah mereka bentuk kurikulum
    dengan mengambil kira beberapa dimensi kurikulum
    (1) skop (2) penyepaduan (3) urutan dan (4)
    kesinambungan dan (5) keseimbangan

9
Skop
  •  Ketika mereka bentuk kurikulum, seseorang itu
    harus mengambil kira tentang keluasan dan
    kedalaman isi kandungan yang ingin disampaikan.
    Inilah yang dimaksudkan dengan skop.
  • J. Galen Saylor mendefinisikan skop sebagai
    keluasan, kepelbagaian dan jenis-jenis pengalaman
    pembelajaran yang disediakan untuk pelajar alami
    ketika mereka menjalani program pendidikan di
    sekolah. Apakah isi kandungan yang seharusnya
    disampaikan melalui program ini?. Apakah
    aktiviti-aktiviti pembelajaran yang seharusnya
    disediakan?. Sejauhmana komponen-komponen (isi
    kandungan dan aktiviti) ini harus dirancangkan?.

10
Penyepaduan
  •  Penyepaduan yang ideal menekankan perkaitan yang
    bermakna di antara isi kandungan daripada satu
    subjek atau bidang dengan subjek atau bidang yang
    lain. Dengan kata lain, penyepaduan menekankan
    perkaitan horizontal di antara pelbagai topik dan
    tema.
  • Jika idea dan konsep digunakan sebagai benang
    asas yang menunjukkan perkaitan-perkaitan,
    penyepaduan dapat dicapai dengan menunjukkan
    bagaimana isi kandungan dapat diajarkan merentas
    subjek atau kurikulum sekolah secara
    keseluruhannya. Penyepaduan juga merujuk kepada
    mengaitkan isi kandungan dengan pengalaman dan
    aktiviti pembelajaran pelajar agar keperluan
    pelajar dapat dipenuhi.

11
Urutan
  • Apabila mengambil kira urutan sesebuah kurikulum,
    pereka bentuk kurikulum dicabar untuk
    mengorganisasikan komponen-komponen kurikulum
    secara berkesan agar dapat mewujudkan
    pembelajaran yang terkumpul dan berterusan di
    kalangan pelajar atau apa yang dikenali sebagai
    perkaitan vertical di antara bidang-bidang
    dalam sesebuah kurikulum.
  • Bidang-bidang yang dimaksudkan di sini merangkumi
    isi kandungan dan kemahiran-kemahiran juga proses
    yang diperlukan bagi memperoleh isi kandungan
    tersebut. Ini bermakna isi kandungan, kemahiran
    dan proses perlu diorganisasikan secara berkesan
    agar organisasi itu dapat mengujudkan
    pembelajaran yang terkumpul dan berterusan dalam
    kalangan pelajar.

12
Urutan
  • Lazimnya ketika mengorganisasikan isi kandungan,
    proses dan kemahiran dalam sesebuah kurikulum,
    seseorang pereka bentuk itu akan
    mengorganisasikannya berdasarkan prinsip-prinsip
    psikologi yang diambil daripada kefahaman tentang
    bagaimana manusia berkembang dan belajar.
  • Contohnya penyelidikan yang dijalankan oleh
    Piaget dapat memberi garis panduan tentang
    bagaimana seharusnya disusunkan isi kandungan dan
    aktiviti pembelajaran agar kanak-kanak dapat
    mencapai perkembangan kognitif menurut
    tahap-tahap perkembangan mereka

13
Kesinambungan
  • Kesinambungan mengambil kira tentang manipulasi
    dan pengulangan komponen-komponen kurikulum
    secara vertical.
  • Ini bermaksud kesinambungan kurikulum menerangkan
    tentang pengulangan ide dan kemahiran-kemahiran
    utama yang dirasakan oleh pereka bentuk kurikulum
    sebagai yang diseharusnya difahami oleh pelajar
    secara meluas dan mendalam dalam masa yang
    ditentukan.

14
Kesinambungan
  • Kesinambungan sangat jelas ditunjukkan dalam
    kurikulum spiral yang dianjurkan oleh Bruner.
    Konsep kurikulum spiral ini bukan sahaja
    menekankan perkaitan secara vertical malah
    perkaitan secara horizontal juga ia itu yang
    menambahkan keluasan sesebuah kurikulum.
  • Jika seseorang pendidik itu ingin memperbaiki
    perkaitan antara topik dalam sesuatu mata
    pelajaran atau sesuatu bidang ilmu itu, ia
    dikatakan sebagai perkaitan vertical. Jika
    pendidik itu ingin memperbaiki perkaitan antara
    mata pelajaran atau pengalaman, itu dikatakan
    sebagai perkaitan secara horizontal.

15
Keseimbangan
  •  Kurikulum yang seimbang ialah kurikulum yang
    menyediakan pelajar peluang untuk menguasai ilmu
    dan mencernakan juga menggunakannya secara sesuai
    untuk perkembangan diri, sosial dan
    intelektualnya.
  • Oleh kerana kurikulum boleh dilihat daripada
    bingkai rujukan yang berbeza iaitu sama ada
    daripada bingkai rujukan mata pelajaran, minat
    pelajar, pengalaman pelajar atau nilai,
    komponen-komponen kurikulum yang perlu
    diseimbangkan wujud dalam pelbagai bentuk dan
    dimensi. Namun, tanpa mengira apa jenis reka
    bentuk itu, kesemua komponen kurikulumnya
    mestilah seimbang.
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com