MINGGU 13BBM3203 - PowerPoint PPT Presentation

1 / 33
About This Presentation
Title:

MINGGU 13BBM3203

Description:

Title: MINGGU 13BBM3203 Author: FBMK Last modified by: Mior87_PAS Created Date: 7/7/2005 6:01:37 AM Document presentation format: On-screen Show (4:3) – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:126
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 34
Provided by: FBMK8
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: MINGGU 13BBM3203


1
MINGGU 13
Ayat Terbitan
2
OBJEKTIF
  • Pelajar dapat mengenal pasti dan menghuraikan
  • pengertian ayat terbitan
  • proses penerbitan ayat, iaitu dari aspek
  • gt pengguguran
  • gt penyusunan semula
  • gt peluasan

3
AYAT TERBITAN
  • Ayat terbitan ialah
  • ayat yang mengalami proses gramatis,
  • ayat yang menerapkan rumus transformasi
  • ayat yang merobah peraturan struktur ayat,
    dan
  • ayat yang memperluas sesuatu unsur dalam
    frasa, klausa dan ayat.

4
RUMUS TRANSFORMASI
  • Rumus dalam TTG yang menentukan tatacara
    penukaran satu pola tatabahasa kepada pola
    tatabahasa yang lain.
  • Rumus ini dapat merobah satu jenis ayat menjadi
    jenis ayat yang lain, dengan cara pengguguran
    atau penambahan unsur dalam untaian.
  • Contoh
  • Mahasiswa itu penyanyi
  • Penyanyikah mahasiswa itu?
  • (Ayat Penyata Ayat Tanya)

5
PROSES PENERBITAN AYAT
  • Proses pengguguran pengguguran subjek FN,
    pengguguran FPred, dan pengguguran FN yang
    mendahului FRelatif.
  • Proses penyusunan semula penyusunan FN sebagai
    subjek, penyusunan FN sebagai objek, dan
    penyusunan semula melalui ayat songsang.
  • Proses peluasan peluasan FN sebagai subjek,
    peluasan FPred, peluasan dengan kata hubung, dan
    peluasan melalui proses komplementasi.

6
PROSES PENGGUGURAN
  • Proses meninggalkan bahagian sesuatu binaan,
    iaitu pembuangan butir linguistik daripada
    untaian.
  • A B C menjadi A C apabila B digugurkan.
  • Unsur yang digugurkan itu tidak wujud lagi dalam
    untaian.

7
PENGGUGURAN FN SEBAGAI SUBJEK
  • Pengguguran KGN diri kedua dalam ayat perintah.
  • Contoh
  • Kamu diam. Diam.
  • Anda semua masuklah ke dalam dewan ini.
  • Masuklah ke dalam dewan ini.
  • Awak jangan datang lagi.
  • Jangan datang lagi.
  • Silalah anda jawab soalan ini.
  • Silalah jawab soalan ini.

8
PENGGUGURAN SUBJEK DALAM AYAT MAJMUK
  • Contoh
  • Mahasiswa itu kuat Mahasiswa itu berani
  • Mahasiswa itu kuat dan berani.
  • Baju ini mahal kerana baju ini diimport dari
    Itali.
  • Baju ini mahal kerana diimport dari Itali.
  • Mahasiswa itu mendapat Bacelor Sastera kelas
    pertama Mahasiswa itu gigih belajar.
  • Mahasiswa itu mendapat Bacelor Sastera kelas
    pertama kerana gigih belajar.

9
PENGGUGURAN FRASA PREDIKAT
  • Pengguguran seluruh FPred FK. Contoh
  • Halimah pensyarah di UPM Arbak pensyarah di
    UPM.
  • Halimah dan Arbak pensyarah di UPM.
  • Berlari dapat mengeluarkan peluh Berjalan
    dapat mengeluarkan peluh.
  • Berlari dan berjalan dapat mengeluarkan peluh.
  • Hantu berkeliaran Syaitan berkeliaran
  • Hantu dan syaitan berkeliaran.

10
PENGGUGURAN FRASA PREDIKAT
  • Pengguguran FPred FN. Contoh
  • Bunga raya lambang negara Tugu kebangsaan
    lambang negara.
  • Bunga raya dan tugu kebangsaan lambang negara.
  • Lelaki itu bukan suaminya Lelaki ini bukan
    suaminya
  • Lelaki itu dan lelaki ini bukan suaminya.
  • Kesantunan amalan kita Kebersihan amalan kita
  • Kesantunan dan kebersihan amalan kita.

11
PENGGUGURAN FRASA PREDIKAT
  • Pengguguran FPred FAdj. Contoh
  • Suami sangat amanah Isteri sangat amanah
  • Suami dan isteri sangat amanah.
  • Mahasiswa harus sabar Mahasiswi harus sabar
  • Mahasiswa dan mahasiswi harus sabar.
  • Perangainya amat unik minggu ini Sikapnya
    amat unik minggu ini.
  • Perangainya dan sikapnya amat unik minggu ini.

12
PENGGUGURAN FRASA PREDIKAT
  • Pengguguran FPred FSN. Contoh
  • Suami di Kelantan Isteri di Kelantan
  • Suami dan isteri di Kelantan
  • Dia akan ke Moscow Pekerjanya akan ke Moscow
  • Dia dan pekerjanya akan ke Moscow.
  • Kain ini untuk ibu Jam ini untuk ibu
  • Kain dan jam ini untuk ibu.

13
PENGGUGURAN BAHAGIAN PREDIKAT
  • Pengguguran oleh FN dalam ayat pasif. Contoh
  • Bola ditendang oleh Ali
  • Bola ditendang.
  • Taj Mahal telah dibina oleh Shah Jahan dalam
    masa 40 tahun.
  • Taj Mahal telah dibina.
  • Polis yang baru berkhidmat itu telah ditikam
    oleh pendatang asing.
  • Polis yang baru berkhidmat itu telah ditikam.
  • Murid itu telah dipukul oleh gurunya.
  • Murid itu telah dipukul.

14
PENGGUGURAN BAHAGIAN PREDIKAT
  • Pengguguran kata bantu. Contoh
  • Dia dapat memandu kereta Dia dapat memandu
    lori
  • Dia dapat memandu kereta dan lori.
  • Orang itu boleh berpantun Orang itu boleh
    bersyair
  • Orang itu boleh berpantun dan bersyair.
  • Anaknya belum dapat berjalan Anaknya belum
    dapat bertutur.
  • Anaknya belum dapat berjalan dan bertutur.

15
PENGGUGURAN BAHAGIAN PREDIKAT
  • Pengguguran FN sebagai objek. Contoh
  • Orang itu mengejar ayam Orang itu menangkap
    ayam
  • Orang itu mengejar dan menangkap ayam.
  • Dia menutup pintu Dia membuka pintu
  • Dia menutup dan membuka pintu.
  • Kami menyokong wawasan negara Mereka
    menentang wawasan negara
  • Kami menyokong tetapi mereka menentang
    wawasan negara.
  • Ayahnya menembak burung Anaknya memikat
    burung
  • Ayahnya menembak dan anaknya memikat
    burung.

16
PENGGUGURAN BAHAGIAN PREDIKAT
  • Pengguguran FN sebagai objek selepas KKJ yang
    bermakna adjektif. Contoh
  • Pemandangan itu amat mengagumkan kami.
  • Pemandangan itu amat mengagumkan.
  • Kekalahan itu sungguh memilukan pasukan Brazil.
  • Kekalahan itu sungguh memilukan.
  • Lakonannya itu sangat mempersonakan penonton.
  • Lakonannya itu sangat mempersonakan.
  • Saya pasti prestasinya tahun ini akan
    menghampakan anda.
  • Saya pasti prestasinya tahun ini akan
    menghampakan.

17
PENGGUGURAN FN YANG MENDAHULUI FRASA RELATIF
  • Pengguguran FN subjek. Contoh
  • Orang itu bapa Aminah Orang itu memakai
    kopiah
  • Orang yang memakai kopiah itu bapa Aminah.
  • Yang memakai kopiah itu bapa Aminah.
  • Puteri itu puteri bongsu Puteri itu cantik
    berseri
  • Puteri yang cantik berseri itu puteri bongsu.
  • Yang cantik berseri itu puteri bongsu.

18
PENGGUGURAN FN YANG MENDAHULUI FRASA RELATIF
  • Pengguguran FN Objek. Contoh
  • Imai membeli baju Baju itu merah
  • Imai membeli baju yang merah itu.
  • Imai membeli yang merah itu.
  • Mereka memilih hadiah Hadiah itu menarik
  • Mereka memilih hadiah yang menarik itu.
  • Mereka memilih yang menarik itu.

19
PENGGUGURAN KN INTI FN
  • Contoh
  • gt Pekerjaan bertani memerlukan teknologi moden.
  • gt Bertani memerlukan teknologi moden.
  • gt Sifat sopan tantun perlu wujud dalam kalangan
    pelajar.
  • gt Sopan santun perlu wujud dalam kalangan
    pelajar.
  • gt Amalan bersedekah amat dituntut oleh Islam.
  • gt Bersedekah amat dituntut (oleh) Islam.
  • gt Perbuatan merokok membahayakan kesihatan.
  • gt Merokok membahayakan.

20
PROSES PENYUSUNAN SEMULA
  • Bentuk kata dalam ayat asal diubah struktur.
  • Diterbitkan dalam struktur ayat gramatis yang
    baharu.
  • Melibatkan perubahan atau pengguguran kata
    tertentu, penggantian atau penambahan kata lain.
  • Tidak merobah makna ayat.

21
PENYUSUNAN SEMULA FN SEBAGAI SUBJEK
  • Contoh aktif kepada pasif
  • gt Pekerja itu mengecat kereta.
  • gt Kereta dicat (oleh) pekerja itu.
  • gt Isterinya memandu lori
  • gt Lori dipandu (oleh) isterinya.
  • gt Saya menembak burung.
  • gt Burung saya tembak.
  • gt Kamu membayar bil ini esok.
  • gt Bil ini kamu bayar esok.

22
TRANSFORMASI PASIF
  • Ayat yang mengalami transformasi pasif boleh
    disusun semula melalui proses penyongsangan.
    Contoh
  • Engkau petik buah setiap malam
  • Setiap malam engkau petik buah
  • Ayat di atas berasal daripada ayat pasif Buah
    engkau petik setiap malam. Dan ayat pasif ini
    berasal daripada ayat aktif Engkau memetik buah
    setiap malam.
  • Catatan
  • Ayat aktif bersifat ayat dasar yang
    mengandung kata kerja wajib berimbuhan
    meN.
  • Ayat yang mengandung kata kerja yang tidak
    berimbuhan meN ialah ragam ayat pasif.
  • Ayat aktif atau ayat pasif boleh
    disongsangkan.

23
PENYUSUNAN SEMULA FN SEBAGAI OBJEK
  • Penyusunan ini terjadi pada ayat yang mengandung
    dua objek, iaitu objek tepat dan objek sipi.
    Contoh
  • Suami menghadiahi isteri kain.
  • Suami menghadiahkan kain kepada isterinya.
  • Mahasiswi memberi mahasiswa bunga.
  • Mahasiswi memberikan bunga kepada mahasiswa.
  • Orang itu mengurniai isterinya anak.
  • Orang itu mengurniakan anak kepada isterinya.
  • Ismail mengirimi anaknya durian.
  • Ismail mengirimkan durian kepada anaknya.

24
PENYUSUNAN SEMULA MELALUI AYAT SONGSANG
  • Ayat yang mengandung keterangan tempat, masa,
    syarat, musabab dan sebagainya boleh juga
    disongsangkan jika keterangan itu dipentingkan.
    Contoh
  • Kami meletakkan hadiah itu di sana.
  • Di sana kami meletakkan hadiah itu.
  • Dia akan berpindah ke hutan.
  • Ke hutan dia akan berpindah
  • Akan berpindah ke hutan dia.
  • Tikus itu bergerak di dalam kain.
  • Di dalam kain tikus itu bergerak.
  • Bergerak di dalam kain tikus itu.

25
PROSES PELUASAN
  • Penambahan unsur tertentu dalam ayat baharu.
    Terdapat empat jenis peluasan, iaitu
  • gt Peluasan FN sebagai subjek
  • gt Peluasan frasa predikat
  • gt Peluasan dengan kata hubung
  • gt Peluasan melalui proses komplementasi

26
PELUASAN FN SEBAGAI SUBJEK
  • Proses relativisasi, iaitu proses pemancangan
    ayat ke dalam satu ayat lain sebagai frasa
    relatif kepada subjek ayat yang menerima
    pancangan.
  • Frasa relatif wujud melalui penggunaan kata
    relatif yang. Contoh
  • Mahasiswi itu buah hatiku.
  • Mahasiswi itu tersenyum.
  • Mahasiswi yang tersenyum itu buah hatiku.
  • Orang itu suaminya.
  • Orang itu memakai kopiah
  • Orang yang memakai kopiah itu suaminya.

27
SYARAT RELATIVISASI
  • Subjek FN sama. Jika subjek tidak sama,
    relativisasi tidak terjadi. Contoh Bangunan
    itu besar. Orang itu mengait buah. Bangunan
    yang mengait buah itu besar.
  • FN identiti sama dan berfungsi sebagai subjek.
    Jika tidak relativisasi tidak terjadi. Contoh
    Mahasiswi membaling meja. Mahasiswa membaling
    mahasiswi. Mahasiswi yang mahasiswa membaling
    meja.
  • Ayat 2 boleh direlativisasikan dengan syarat ayat
    itu diubah dalam bentuk pasif. Contoh Mahasiswi
    membaling meja.
  • Mahasiswa membaling mahasiswi. Mahasiswi
    dibaling (oleh) mahasiswa (pasif). Mahasiswi
    yang dibaling (oleh) mahasiswa itu membaling meja
    (relativisasi).

28
PELUASAN FRASA PREDIKAT
  • Peluasan frasa predikat boleh terjadi jika FN
    menjadi subjek dalam ayat yang dipancangkan.
    Contoh
  • Mastura menjolok buah itu. Buah itu bulat.
  • Mastura menjolok buah yang bulat itu.
  • Anaknya memanjat pokok ini. Pokok ini
    tinggi.
  • Anaknya memanjat pokok yang tinggi ini.
  • Isteri memukul suami. Suami nakal.
  • Isteri memukul suami yang nakal.

29
PELUASAN DENGAN KATA HUBUNG
  • Proses penggabungan dua konstituen yang sama
    dalam ayat dengan kata hubung seperti dan,
    tetapi, kerana, jika, walaupun Contoh
  • Mahasiswa ini bahagia. Mahasiswi itu
    kecewa.
  • Mahasiswa ini bahagian tetapi mahasiswi ini
    kecewa.
  • Emak pergi ke pasar. Ayah pergi ke pasar.
  • Emak dan ayah pergi ke pasar.
  • A mahu pergi ke bulan. B tidak mahu pergi
    ke bulan.
  • A mahu pergi ke bulan walaupun B tidak mahu
    pergi.

30
PELUASAN SECARA KOMPLEMENTASI
  • Proses yang merobah ayat menjadi satu FN, dan
    memancangkannya pada ayat yang lain. Contoh
  • Wanita itu melaporkan sesuatu suaminya
    kahwin lagi.
  • Wanita itu melaporkan bahawa suaminya kahwin
    lagi.
  • Struktur batin ayat di atas adalah seperti yang
    berikut
  • Wanita itu melaporkan suaminya kahwin lagi.
  • Komplementasi jenis ini terjadi dengan syarat FN
    subjek dalam ayat induk dan ayat kecil adalah
    sama.

31
TRANSFORMASI KOMPLEMENTASI FRASA KERJA
  • Ayat berikut terhasil daripada pelaksanaan
    transformasi komplementasi frasa kerja.
  • Contoh
  • Dia pergi menembak rusa.
  • Orang itu berdiri mengambil buku.
  • Perawan ini duduk termenung sepanjang hari.
  • Mahasiswa itu tidur berdiri.
  • Petani duduk mencangkung.

32
TRANSFORMASI KOMLEMENTASI FRASA KERJA
  • Ayat yang dipancangkan itu dikuasai oleh nod FK,
    bukannya FN. Ini demikian kerana FK dalam ayat
    induk ialah FKTT. Ayat tersebut tidak boleh
    dipasifkan.
  • Ayat di atas juga mungkin mempunyai struktur
    batin seperti contoh berikut
  • Perawan itu duduk sepanjang hari.
  • dan
  • Perawan itu termenung sepanjang hari
  • Setelah mengalami proses pengguguran kh dan FN
    yang sama, maka wujudlah ayat terbitan seperti
    yang terjelma pada struktur permukaan.
  • Perawan itu duduk termenung sepanjang hari.

33
KESIMPULAN
  • Ayat terbitan ialah ayat yang mengalami proses
    gramatis
  • Ayat terbitan mengalami proses pengguguran,
    penyusunan semula dan peluasan
  • Proses pengguguran merangkumi pengguguran FN
    sebagai subjek, pengguguran frasa predikat, dan
    pengguguran frasa relatif
  • Proses penyusunan semula melibatkan susunan aktif
    pasif, transformasi pasif, susunan objek, dan
    ayat songsang
  • Proses peluasan melibatkan FN sebagai subjek,
    frasa predikat, dan kata hubung dan proses
    komplementasi
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com