Title: MINGGU 9BBM3203
1MINGGU 09
Frasa Frasa Kerja dan Frasa Sendi Nama
2OBJEKTIF
- Pelajar dapat mengenal pasti dan menghuraikan
- Pengertian frasa kerja dan frasa sendi nama
- Unsur pengisi frasa kerja dan frasa sendi nama
- Binaan dan fungsi frasa kerja dan frasa sendi nama
3FRASA KERJA
- Tatabahasa Tradisional Sekumpulan kata yang
mempunyai fungsi sintaksis yang sama dengan kata
kerja tunggal. Contoh - Orang itu sedang melukis.
- Tatabahasa Transformasi Generatif Konstituen
ayat yang mengandung predikat atau pelengkap atau
adjung berbanding dengan frasa nama subjek.
Contoh -
- Mahasiswa mengelilingi Kuala Lumpur kelmarin.
4FRASA KERJA
- Unsur pengisi FK ialah kata kerja transitif atau
kata kerja tak transitif. - Kata kerja transitif perlu diikuti oleh objek
atau unsur lain. - Kata kerja tak transitif boleh wujud bersendirian
atau diikuti oleh unsur lain. - Binaan frasa kerja
- kb KKT Objek / AKomp Keterangan
- kb KKTT Pelengkap/AKomp / ? keterangan
5BINAAN FRASA KERJA TANPA OBJEK
- Kata kerja tak transitif
- tanpa pelengkap
- dengan pelengkap (berpelengkap)
- dengan KN sebagai penerang
6KATA KERJA TAK TRANSITIF TANPA PELENGKAP
- Kata kerja yang mempunyai makna lengkap. Oleh
itu, kata kerja ini tidak memerlukan pelengkap
untuk berfungsi dalam ayat. Contoh - Semua mahasiswa bangun
- Mereka akan pulang
- Buah hatinya menangis
- Permata idamannya hilang
- Bunga berguguran
- Monyet bergayutan
- Beliau berkorban (demi cinta sucinya)
- Mahasiswa ini menjeling (dengan jelingan
membunuh) - Kainnya terlucut
- Buah yang tergantung itu telah gugur
- Rambutnya memutih
7KATA KERJA TAK TRANSITIF DENGAN PELENGKAP
- Kata kerja tak transitif pelengkap adjektif
keadaan orang itu beransur sihat, tenaganya
menjadi lemah, seniman itu berbuat baik. - Kata kerja tak transitif pelengkap FSN
(tempat) pemuda itu tinggal di atas pokok,
isterinya berada di kampung, bapanya berumah di
tepi pantai, pelancong itu singgah di Bukit
Berapit, - perahunya membelok ke kiri
- Kata kerja tak transitif pelengkap KN rumah
Dara beratapkan genting, rumah Uda beratapkan
nipah, keluarganya ada kebun durian, padi Wan
Empok dan Wan Malini berdaunkan perak, berbuahkan
emas, dan berbatangkan suasa, anaknya menjadi
pramugari, Pak Kaduk berbajukan kertas
8KATA KERJA TAK TRANSITIF DENGAN KN SEBAGAI
PENERANG
- KN yang hadir selepas kata kerja tak transitif
bukanlah objek kerana KN itu tidak boleh
dijadikan subjek dalam ayat pasif, dan bukannya
pelengkap kerana jika ditinggalkan KN itu tidak
mencacatkan ayat, iaitu ayat tersebut masih boleh
dianggap lengkap. Contoh - Suaminya berkain batik
- Kegemaran isterinya berniaga rempah
- Ketiga-tiga isterinya berbaju kebaya
- Mahasiswa itu belajar bahasa Hindi
- Perahu kecil belayar malam
- Kegemarannya mengendap orang
- Kesukaannya berkebun ubi
- Keluarganya berkedai nasi kandar
9BINAAN FRASA KERJA DENGAN OBJEK
- Frasa kerja dengan objek
- Kata kerja transitif
- Frasa kerja dengan satu objek
- Frasa kerja dengan dua objek
10FRASA KERJA DENGAN OBJEK
- Kata kerja transitif sebagai kata inti, dan KN
sebagai objek. Contoh - Izati makan nasi mentah (aktif), Nasi mentah
Izzati makan (aktif songsang), nasi mentah
dimakan (oleh) Izati (pasif), dimakan (oleh)
Izati nasi mentah (pasif songsang). - Engkau menembak burung (aktif), Menembak
burung engkau (aktif songsang), burung engkau
tembak (pasif), engkau tembak burung (pasif
songsang). - Pemburu menikam harimau dengan lembing
(aktif), dengan lembing pemburu menikam harimau
(aktif songsang), harimau ditikam (oleh) pemburu
dengan lembing (pasif), dengan lembing, harimau
ditikam oleh pemburu (pasif songsang).
11FRASA KERJA SATU OBJEK
- Kata kerja transitif yang mengandung KN sebagai
objek, dan bilangan objek itu hanya satu. Contoh - Jamu itu dapat menguatkan tenaga (aktif), tenaga
dapat dikuatkan (oleh) jamu itu (pasif). - Zainuddin meminjamkan payung kepada Hayati
(aktif), payung dipinjamkan oleh Zainuddin kepada
Hayati (pasif). - Pemuda itu menyewa kereta (aktif), kereta disewa
(oleh) pemuda itu (pasif). - Isterinya mengambil semangkuk bubur (aktif),
semangkok bubur diambil (oleh) isterinya (pasif). - Mastura memetik bunga tanjung (aktif), bunga
tanjung dipetik (oleh) Mastura (pasif).
12FRASA KERJA DENGAN SATU OBJEK
- Kata kerja yang memerikan sifat sesuatu, iaitu
kata kerja yang berasal daripada kata adjektif.
Kata kerja ini boleh disertai kata penguat, dan
objeknya berupa pilihan, dan objek itu boleh
digugurkan jika objek itu ialah kata ganti diri
pertama. Contoh - Peristiwa malam itu amat menyeramkan (kami)
(aktif), amat menyeramkan (kami) peristiwa malam
itu (songsang). - Pemandangan itu amat mengasyikkan (saya)
(aktif), amat mengasyikkan (saya) pemandangan itu
(songsang). - Penderitaan yang dialaminya amat mengharukan
(saya), (aktif), amat mengharukan (saya)
penderitaan yang dialaminya (songsang).
13FRASA KERJA DENGAN DUA OBJEK
- Frasa kerja yang mengandung objek tepat dan objek
sipi. Objek tepat ialah penyambut secara
langsung, dan objek sipi ialah penyambut secara
tidak langsung. Contoh - Canselor menganugerahi graduan ijazah (aktif),
graduan dianugerahi canselor ijazah (pasif),
canselor menganugerahkan ijazah kepada graduan
(aktif), ijazah dianugerahkan canselor kepada
graduan (pasif). - Ibu membeli anaknya pakaian (aktif), anaknya
dibeli ibu pakaian (pasif), ibu membelikan
pakaian untuk anaknya (aktif), pakaian dibelikan
ibu untuk anaknya (pasif). - Contoh di atas menunjukkan bahawa objek tepat
sahaja yang dijadikan subjek dalam ayat pasif,
iaitu menjadi unsur yang diterangkan, sedangkan
objek sipi tidak boleh diberikan fungsi itu.
14FRASA KERJA DENGAN SEOLAH-OLAH DUA OBJEK
- Ayat berikut ada satu objek, walaupun seolah-olah
ada dua objek. Ini demikian kerana pelengkap pada
objek itu tidak dapat dijadikan objek tepat.
Contoh - Sang Nila Utama menamakan tempat itu Singapura
(aktif), tempat itu dinamakan Sang Nila Utama
Singapura (pasif), Sang Nila Utama menamakan
Singapura untuk tempat itu. (X) - Dia menganggap saya kekasih (aktif), saya
dianggapnya kekasih (pasif), dia menganggap
kekasih kepada saya (X). - Laksamana menamakan pedangnya Pasupati (aktif),
pedangnya dinamakan Laksamana Pasupati (pasif),
Laksamana menamakan Pasupati untuk pedangnya (X).
15FRASA KERJA DAN KATA BANTU
- Kata bantu dapat dibahagikan kepada dua, iaitu
kata bantu aspek dan kata bantu ragam. - Kata bantu aspek menerangkan waktu kata kerja,
dan kata bantu ragam menerangkan ragam perasaan
kata kerja. - Kata bantu aspek sudah bertunang, telah tidur,
pernah tewas, sedang mandi, masih beruntung,
belum mati, akan berkahwin, masih belum
berkhatan, sudah pernah pergi, masih sedang
mandi, telah pernah bersama - Kata bantu ragam hendak beristeri, mahu
berdamai, harus pergi, boleh masuk, dapat
memandu, mesti berdikari, harus mahu pergi, mesti
mahu bersama, mesti dapat memancing, harus hendak
berkelana, mesti boleh berenang
16KATA BANTU ASPEK
- Kata bantu aspek dapat dibahagikan kepada tiga
jenis mengikut masa, iaitu sudah (sudah, telah,
pernah), sedang (sedang, masih), dan belum
(belum, akan). Contoh - Rosini sudah berkahwin pada malam kelmarin,
Majapahit telah menyerang Melaka, Iraq pernah
menawan Kuwait, mahasiswa itu sedang
berangan-angan, pemuda itu masih bersembunyi,
bulan belum mengambang, orang tua itu akan
berhijrah ke Ipoh - Kata bantu aspek boleh juga berpasangan sesama
sendiri pada satu masa. Contoh - Yang merah itu masih belum berumah tangga,
orang itu belum pernah memanjat pokok, rombongan
pengantin masih belum tiba, dia sudah pernah
menangkap harimau, saya telah pernah pergi ke
bulan
17KATA BANTU RAGAM
- Kata bantu ragam hadir sebelum kata kerja untuk
menerangkan ragam atau suasana perasaan sesuatu
perlakuan itu, sama ada mesti, hendak, berupaya
atau tidak berupaya untuk melakukannya. Contoh - Kedua-dua remaja itu hendak bergusti, dia mahu
meningkatkan prestasi kerja, kami harus bergegas
ke sana, kamu boleh balik pada petang nanti,
anaknya dapat menyelam, kita mesti berkorban
untuk negara - Kata bantu ragam juga boleh berpasangan sesama
sendiri untuk mengungkapkan ragam atau suasana
perasaan mengikut konteksnya. Contoh - Mahasiswa itu harus mahu mengambil
peperiksaan, kedua-dua ibu bapanya harus dapat ke
Mekah tahun ini, suaminya mesti mahu berkahwin
lagi, kita mesti dapat mengambil buah yang
tergantung itu
18KEHADIRAN KATA BANTU DALAM AYAT
- Kata Bantu Aspek Kata Bantu Ragam
- kedua-duanya sedang hendak terjun ke jurang,
suaminya belum hendak mandi lagi, Ahmad akan
dapat mengambil hadiahnya pagi esok, yang biru
itu masih belum berumah tangga, saudara belum
boleh beristeri dua - Kata bantu ragam kata bantu aspek
- buah hatinya mesti akan merinduinya siang dan
malam, yang tersenyum itu harus sudah berpunya,
mahasiswa itu mesti sudah berkhatan, pemuda itu
harus telah pergi ke sempadan Thailand, mahligai
itu mesti telah roboh
19FRASA KERJA DAN AYAT KOMPLEMEN
- Frasa kerja yang mengandung inti kata kerja
transitif boleh menerima ayat komplemen untuk
membentuk ayat majmuk. - Frasa Kerja Transitif Ayat Komplemen
- gt Halim menafikan bahawa dia akan berkahwin
lagi. - gt Mahasiswa itu mengakui bahawa dialah yang
bersalah. - gt Menteri Besar mengumumkan bahawa kabinet
kerajaan negeri akan dibuburkan pada minggu
hadapan. - gt Pegawai itu memberitahu bahawa Perdana
Menteri akan melawat UPM tahun hadapan - gt Naib Canselor mengatakan bahawa pelajar yang
membakar bangunan akan dikenakan hukuman
berat. - gt Penceramah itu menegaskan bahawa siapa yang
makan cili, dialah yang terasa pedasnya.
20FRASA KERJA DAN AYAT KOMPLEMEN
- Frasa kerja yang mengandung inti kata kerja tak
transitif juga boleh menerima ayat komplemen
untuk membentuk ayat majmuk. - Frasa Kerja Tak Transitif Ayat Komplemen
- gt Orang itu gagal untuk menjawab akuan nikah.
- gt Beliau telah bersedia untuk menerima hukuman.
- gt Pekebun itu tahu bahawa banjir akan melanda
bila-bila masa. - gt Keempat-empat isterinya berhajat untuk
menimang cahaya mata pada tahun hadapan. - gt Mahasiswa berpendapat bahawa cuti semester
harus dipanjangkan. - gt Laila tahu. bahawa Majnum masih cinta padanya
- gt Pemuda itu tahu bahawa cintanya ada di
mana-mana.
21UNSUR KETERANGAN FRASA KERJA
- Unsur yang hadir sesudah kata kerja, dan
berfungsi sebagai penerang. Keterangan dalam
frasa kerja terdiri daripada frasa sendi nama,
frasa adjektif, dan frasa nama. - Frasa sendi nama angin bertiup dengan
sepoi-sepoi bahasa, mesyuarat akan berbincang
tentang perkara itu, banjir melanda dengan
tiba-tiba. - Frasa adjekjtif pakaiannya berbau amat busuk,
burung tempua terbang tinggi, makanannya berbau
tengik. - Frasa nama rombongan pengantin telah tiba
kelmarin, dia akan bertolak pagi ini, kapal
terbang akan berlepas esok.
22KEHADIRAN KETERANGAN DALAM FRASA KERJA
- kb KKT Obj Ket akan membina rumah di
pinggir bandar, akan memburu rusa di gunung
Kinabalu - kb KKT AKomp Ket hendak memperincikan
laporan seminar yang telah diadakan pada bulan
Januari 2004, telah menafikan bahawa perkara itu
adalah benar pada masa itu - kb KKTT Pelengkap Ket masih tinggal di
Terengganu dengan keluarganya, akan pergi ke
Kelantan pada minggu hadapan - kb KKTT AKomp Ket telah berjaya untuk
mendapat anugerah dalam pertandingan itu, belum
berusaha untuk mendapat restu daripada ibu
bapanya
23UNSUR KETERANGAN FRASA KERJA DARI SUDUT MAKNA
- Keterangan tempat dan arah
- Keterangan waktu
- Keterangan cara
- Keterangan tujuan atau harapan
- Keterangan alat
- Keterangan penyertaan
- Keterangan hal atau perkara
- Keterangan bagai/seperti/seumpama
24KETERANGAN FRASA KERJA DARI SUDUT MAKNA
- Keterangan tempat dan arah
- banyak orang bekerja di sawah, orang itu berasal
dari Turki, pandangan matanya kena pada jantung,
dia menerima berita daripada saudaranya,
bungkusan itu diberikan kepada adiknya - Keterangan waktu
- pementasan itu tamat pada pukul 11.00 malam, dia
pergi sejak 10 tahun dahulu, orang itu menunggu
anaknya hingga waktu senja, mahasiswa itu
menyelesaikan tugasnya dalam masa setengah jam,
mesyuarat MIC berakhir jam 3.00 pagi.
25KETERANGAN FRASA KERJA DARI SUDUT MAKNA
- Keterangan cara ditandai oleh kehadiran kata
adjektif yang menjadi frasa nama dengan
penambahan nya yang didahului oleh kata sendi
dengan. Dalam konteks ini, dengan dan nya boleh
digugurkan. Contoh - Bas persiaran itu bergerak (dengan) laju(nya),
bas persiaran itu bergerak laju. - Pelajar itu berpidato (dengan) lantang(nya),
pelajar itu berpidato lantang. - Sungai Pahang mengalir (dengan) tenang(nya),
sungai Pahang mengalir tenang. - Radio berbunyi (dengan) kuat(nya), radio
berbunyi kuat. - Dia membantah tindakan pegawai agama (dengan)
keras(nya), dia membantah tindakan pegawai agama. - Saya menendang bola itu (dengan) kuat(nya).
Saya menendang bola itu.
26KETERANGAN FRASA KERJA DARI SUDUT MAKNA
- Keterangan tujuan atau harapan
- pahlawan itu berjuang demi maruahnya, kebanyakan
mahasiswa bertindak untuk kepentingan diri,
rakyat harus berusaha untuk kemajuan negara,
kerajaan membina jambatan untuk kemudahan
rakyatnya, orang itu terkorban demi kemerdekaan
negara - Keterangan alat
- pekerja itu datang dengan keretanya, dia memukul
ular itu dengan tongkatnya, Panglima Awang telah
mengembara ke seluruh dunia dengan perahu layar,
orang itu mencucuk lidahnya dengan jarum, petani
itu membelah kayu dengan kapak
27KETERANGAN FRASA KERJA DARI SUDUT MAKNA
- Keterangan penyertaan
- presiden itu datang dengan rombongannya, dia
selalu pergi dengan setiausahanya, murid-murid
melawat zoo dengan gurunya - Keterangan hal/perkara
- kedua-dua orang itu sedang berbincang tentang
masa hadapan, menteri membuat pengumuman tentang
perkara itu, Ketua Polis Negara membuat kenyataan
tentang laporan itu - Keterangan bagai/seperti/umpama
- wajahnya berkedut umpama bulan kesiangan,
wajahnya berseri-seri bagai bulan purnama,
pasangan itu sedang merindu seperti pungguk rindu
akan bulan
28FRASA SENDI NAMA
- Unsur pengisi FSN ialah kata kata sendi dan kata
nama. - Unsur lain seperti kata nama arah, ayat komplemen
dan keterangan merupakan pilihan sahaja. - Kata sendi nama hanya hadir di hadapan kata
nama/frasa nama. - Rumus FSN (kb) KSN (KNA) FN (AKomp/Ket)
- Contoh di, ke, dari, daripada, pada, kepada,
untuk, akan, bagi hingga, oleh, dengan, tentang,
terhadap, sampai, dalam
29BINAAN FRASA SENDI NAMA
- KSN FN
- KSN (KNA) FN
- (kb) KSN (KNA) FN (AKomp)
- (kb) KSN (KNA) FN (Ket)
30BINAAN FRASA SENDI NAMA
- KS KN
- di rumah, ke bandar raya, dari Terengganu,
daripada UPM, kepada ibu bapa, hingga dini hari,
tentang persoalan itu, bagi orang seberang - KS (KNA) KN
- di dalam seluar, di luar kawasan, ke hadapan
menteri, dengan belakang cangkul, untuk manca
negara - (kb) KSN (KNA) KN (AKomp)
- mesti ke gunung Tahan untuk mencari calon
isteri, sudah di dalam bilik supaya dapat
mempersiap diri
31BINAAN FRASA SENDI NAMA
- (kb) KSN (KNA) KN (Ket)
- Susunan biasa
- gt sudah ke dalam kelambu sejak pukul 9 malam
- gt masih di pinggir kali sejak malam kelmarin.
- gt masih di atas pangkuan isterinya pada setiap
senja. - Susunan songsang
- gt Sejak pukul 9 malam, pengantin itu sudah ke
dalam kelambu. - gt Sejak malam kelmarin, mahasiswa itu masih di
pinggir kali. - gt Pada setiap senja, Ali di atas pangkuan
isterinya.
32KEDUDUKAN FRASA SENDI NAMA DALAM AYAT
- Dalam ayat, FSN berperanan sebagai
- Predikat
- Keterangan - keterangan frasa kerja
- -keterangan frasa adjektif
- -keterangan frasa nama
33FSN SEBAGAI PREDIKAT
- Pinjaman ini untuk pelajar miskin dan anak yatim.
- Ibunya daripada golongan aristokrat.
- Hadiah ini untuk saudaranya.
- Dia di seberang sungai.
- Orang itu dari India.
- Asal kapas daripada benang.
- Bilik itu untuk wanita sahaja.
- Ayahnya daripada keturunan bangsawan.
34FSN SEBAGAI KETERANGAN FRASA KERJA
- Bas MARA berlepas pada pukul 9 malam (waktu).
- Orang itu bercerita tentang kisah hidupnya (hal).
- Monyet berihat di atas pokok (tempat).
- Dia datang dengan buah hatinya (penyertaan).
- Perompak itu menembak polis dengan pistolnya
(alat). - Wanita itu berleter seperti murai (bandingan).
- Kita harus berusaha demi kebahagian hidup (tujuan)
35FSN SEBAGAI KETERANGAN FRASA NAMA
- Rumah pangsa di desa (tempat)
- Surat untuk kekasih (tujuan)
- Lukisan dari zaman bahari (asal)
- Novel oleh Hizairi (pengarang)
- Puisi oleh Dharmawijaya (pengarang)
- Pakaian pada zaman kesultanan Melaka (masa).
- Mutiara daripada siput (asal).
- Air dari hulu sungai (sumber)
36FSN SEBAGAI KETERANGAN FRASA ADJEKTIF
- Pemandangan itu indah laksana lukisan
(bandingan). - Mahasiswa itu cerdik dalam semua keadaan (hal).
- Mereka percaya pada mulanya (masa).
- Kita mesti cekap demi pencapaian wawasan 2020
(tujuan).
37PENGGUNAAN FSN SECARA UMUM
- Dua kata sendi setara boleh digabungkan dengan
kata hubung dan, atau. Penggunaan kata hubung
jenis ini sahaja yang boleh dihilangkan unsur
kata sendi kedua. Contoh - Biasiswa untuk mahasiswa lelaki dan (untuk)
mahasiswa perempuan. - Kain ini diperbuat daripada kapas dan (daripada)
sutera. - Ia pergi dengan A atau (dengan) B.
- Orang itu datang dari kiri, dan (dari) kanan
jalan. - Hadiah ini untuk guru lelaki dan (untuk) guru
perempuan. - Imai berjalan dengan Mariam atau (dengan) Rosini?
- Surat ini dikirimkan oleh isterinya atau (oleh)
kekasihnya? - Rumah boleh diperbuat daripada batu atau
(daripada) kayu.
38PENGGUNAAN FSN SECARA UMUM
- Apabila kata hubung lain, dan kata sendi ke yang
setara digunakan, unsur kedua tidak boleh
digugurkan. Contoh - Mereka bermain bukan di atas tetapi di bawah.
- Kita bekerja bukan untuk diri tetapi untuk
negara. - Dia bukan ke kampus tetapi ke taman bunga.
- Orang itu melihat ke kiri dan ke kanan jalan.
- Saudara hendak ke Kota Bharu atau ke Golok?
- Katakanlah ke bulan atau ke bintang?
39PENGGUNAAN FSN SECARA UMUM
- Kata sendi nama unsur kedua tidak boleh
digugurkan dalam frasa nama setara yang tidak
menggunakan kata hubung. Contoh - Tangannya melambai-lambai ke atas ke bawah
- Dia berlari dari rumah ke sekolah
- Ayat diubah daripada bentuk biasa kepada
bentuk songsang - Mahasiswi itu melenggang ke kiri ke kanan
- Dia melihat ke atas ke bawah.
- Orang itu bertukar daripada kategori A kepada
kategori B
40PENGGUNAAN FSN SECARA UMUM
- Kata sendi nama setara yang digabungkan dengan
kata hubung tetapi, perlu digunakan kata nafi
bukan. Contoh - Mereka tinggal bukan di atas pokok tetapi di
atas lori. - Dia pergi bukan dengan anaknya tetapi
(dengan) isterinya.
41PENGGUNAAN FSN SECARA UMUM
- Kata sendi nama dari dan ke tidak membenarkan
pengguguran bentuk se secara berasingan, tetapi
membenarkan pengguguran bentuk se secara
serentak. Contoh - Dia gelisah dari semasa ke semasa.
- Dia gelisah dari masa ke masa.
- Perasaannya terganggu dari sedetik ke
sedetik. - Perasaannya terganggu dari detik ke detik.
- Anaknya bertambah dari setahun ke setahun.
- Anaknya bertambah dari tahun ke tahun.
42PENGGUNAAN FSN SECARA KHUSUS
- Sendi nama di kata sendi nama di hadir di
hadapan kata nama/frasa nama untuk maksud tempat
atau arah. Contoh - Guru itu ada di sekolah, orang buta itu terjatuh
di kanan jalan, kekasihnya sesat di gunung
Kinabalu, bunga kembang di taman larangan, yang
berbaju merah itu di sana, tempat tinggal anda di
mana?, pilihlah salah satu di antara kebun ubi
dengan kebun durian. - Kata sendi nama di tidak boleh digunakan untuk
masa/waktu. - Contoh
- di kala itu, di suatu hari, di waktu senja, di
saat-saat genting, di masa itu, di zaman purba,
di kurun ke-20, di petang minggu
43PENGGUNAAN FSN SECARA KHUSUS
- Kata sendi nama ke hadir di hadapan KN/FN yang
menunjukkan tempat, arah, waktu, dan benda
konkrit (tidak bernyawa). Contoh - Aminah jatuh ke dalam parit, dia pergi ke bulan,
kaca dihempaskan ke batu, dia tersenyum ke saat
akhir, ke hari ini cintanya masih menyala - ke tidak boleh digunakan untuk manusia. Contoh
- Hadiah ini diberikannya ke Ali, surat itu tiba
ke isterinya, jangan berikan senyumanmu ke dia,
harta itu diwarisinya ke anak cucu - Perbedaan antara di dengan ke ialah di digunakan
untuk tempat yang bermaksud berada pada suatu
tempat, sedangkan ke bermaksud arah ke suatu
tempat. - ke juga dapat dilihat sebagai padanan atau lawan
kata sendi nama dari. Contoh - dari masa ke masa, dari hati ke hati, dari
mata ke hati
44PENGGUNAAN FSN SECARA KHUSUS
- Sendi nama pada sendi nama pada digunakan untuk
maksud menyatakan waktu, dan tempat perbuatan
kata kerja. Contoh - pada zaman batu, pada hari minggu, pada pukul 2
pagi, pada saat bahagia, diikat pada sebatang
kayu, bisikkan kata-katanmu pada hati, tanya pada
pokok, tersangkut pada bayangan mega - Kata sendi nama pada hadir selepas kata ada yang
bermaksud benda yang bernyawa. Contoh - ada pada saya, ada pada jururawat itu, ada pada
belakang unta - Kurang tepat jika dikatakan pada siapa hendak
kuserahkan jiwa raga, berikan buku ini pada dia
45PENGGUNAAN FSN SECARA KHUSUS
- Sendi nama kepada sendi nama kepada bermaksud
arah dan merujuk benda yang bernyawa sebagai
penanda arah. Sebagai pernanda arah, kepada tidak
boleh bertukar ganti dengan kata pada. Contoh - Berikan kasihmu kepadanya, Abu berkirim surat
kepada abangnya, luangkanlah masa emasmu kepada
anak yatim, dia melaporkan hasil kajiannya kepada
ketua jabatan
46PENGGUNAAN FSN SECARA KHUSUS
- Padanan daripada dengan kepada digunakan untuk
frasa yang merujuk manusia, dan frasa yang
merujuk institusi yang ada kaitan dengan manusia.
Contoh - daripada suami kepada isteri, daripada mahasiswa
kepada mahasiswi, daripada ketua kepada pekerja,
daripada raja kepada rakyat, daripada tuan kepada
hamba, daripada UKM kepada UPM, daripada RTM
kepada TV7, daripada Kerajaan Persekutuan kepada
Kerajaan Negeri - Kurang tepat jika dikatakan daripada kepas
kepada benang, daripada kucing kepada anjing,
daripada sebuah kapal kepada sebuah kapal,
daripada esei kepada kertas kerja
47PENGGUNAAN FSN SECARA KHUSUS
- Kata sendi nama dari sendi nama dari menyatakan
arah, tempat dan waktu. Contoh - Kamu datang dari mana?
- Dari hadapan hendak ke belakang.
- Dari saat ini, ubahlah tabiatmu.
- Khabar gembira itu datang dari langit.
- Kapal angkasa itu datang dari utara.
- Dari sawah turun ke kali.
48PENGGUNAAN FSN SECARA KHUSUS
- Kata sendi nama daripada sendi nama daripada
digunakan dengan pelbagai makna seperti
menyatakan manusia, unsur abstrak, perbandingan,
sumber/asal, perbedaan - Manusia sebagai punca atau tempat datangnya
sesuatu - Bungkusan ini datang daripada anaknya, saya amat
memerlukan kata putus daripadanya, tanyalah
rahsia itu daripada ketuanya - Unsur abstrak
- Ambillah teladan daripada kisah yang lalu,
kejayaannya itu ialah hasil daripada ketekunannya
selama ini, idea daripada orang itu telah
diterima guna oleh kerajaan
49PENGGUNAAN FSN SECARA KHUSUS
- Sendi nama daripada yang menyatakan
perbandingan., Contoh - Daripada berputih tulang lebih baik berputih
mata, daripada cempedak baiklah nangka, daripada
teruna baiklah duda, daripada dara baiklah janda,
saya lebih baik daripadanya, orang itu lebih baik
daripada orang ini, layanan mahasiswi ini lebih
lembut daripada mahasiswi itu - Sumber/asal asal benang daripada kapas, saya
mendapat ilham daripada lukisan itu, daripada
lembu kita mendapat susu, ubat itu daripada darah
ular, makanan ini daripada madu lebah - Perbedaan/kelainan daripada kakak lebih baik
adiknya, perangai A berlainan daripada perangai
B, kandungan buku ini berbeda daripada kandungan
buku ini
50PENGGUNAAN FSN SECARA KHUSUS
- Kata sendi nama akan hadir di hadapan kata nama
untuk manusia, dan jenis adjekitf yang bersifat
emotif. Contoh - Dia amat rindu akan anaknya.
- Semua orang sayang akan Aminah.
- Keluarganya benci benar akan Aminah.
- Aminah amat kasih akan keluarganya Aminah.
- Kalau kekanda kasih akan adinda.
- Bentuk seperti rindukan, sayangkan, cintakan,
kasihkan, bencikan merupakan bentuk lisan, dan
tidak diterima dalam bentuk tulisan.
51PENGGUNAAN FSN SECARA KHUSUS
- Kata sendi nama bagi, untuk kedua-dua kata sendi
nama ini bermaksud untuk, dan kedua-duanya boleh
bertukar tempat. Contoh - Tandas ini bagi / untuk orang perempuan.
- Kertas ini bagi / untuk pertimbangan Senat
UPM. - Filem ini bagi / untuk orang dewasa.
- Bunga ini bagi / untuk kumbang itu.
- Kata untuk yang hadir sebelum kata kerja tidak
boleh digantikan dengan kata bagi. Contoh - Senapang untuk menembak burung
- Simpati untuk menagih cinta
52PENGGUNAAN FSN SECARA KHUSUS
- Sendi nama oleh sendi nama oleh digunakan dalam
dua keadaan, iaitu hubungan pembuat, dan maksud
sebab. - Hubungan pembuat kepada perbuatan dalam ayat yang
berbentuk perbuatan pasif, iaitu di, ter, dan
kena. Contoh - Bola itu ditendang (oleh) Ali, kereta ini
terangkat olehnya, orang itu kena marah oleh
majikannya - Maksud sebab atau kerana, contoh
- perutnya buncit oleh (sebab) terlalu banyak
cacing, akhirnya ia binasa oleh (sebab) mengikut
rasa, oleh (sebab) semangatnya yang tinggi, ia
berjaya menjadi johan dalam pertandingan itu, dia
merana oleh (sebab) dadah, akhirnya ia gila oleh
(sebab) tekanan perasaan yang berat
53PENGGUNAAN FSN SECARA KHUSUS
- Kata sendi nama dengan sendi nama dengan
digunakan untuk maksud bersama, perbandingan,
padanan, kesan dan alat. - Bersama atau beserta dia berganding tangan
dengan kekasihnya, ia tinggal dengan abangnya di
Petaling Jaya, mahasiswa itu selalu studi dengan
kawannya, dia membawa diri dengan hati yang luka - Perbandingan bumi dengan langit, pipit dengan
enggang, anjing dengan kucing, kaca dengan
permata - Padanan/kesesuaian cincin dengan permata, isi
dengan kuku, Uda dengan Dara - Kesan atau cara dia menegur kekasihnya dengan
jelingan manja, orang itu marah dengan jelingan
mata - Alat Hamid menggali parit dengan cangkul, dia
menangkap buaya dengan jampi, orang itu memukul
ular dengan buluh
54PENGGUNAAN FSN SECARA KHUSUS
- Sendi nama hingga dan sampai kedua-dua kata
sendi ini mempunyai fungsi yang sama dan boleh
bertukar tempat, dan membawa maksud peringkat,
dan had masa. Contoh - Dia menangis hingga/sampai bengkak mata.
- Orang itu berjuang hingga/sampai titisan darah
terakhir. - Mereka berjaga hingga/sampai subuh.
55PENGGUNAAN FSN SECARA KHUSUS
- Sendi nama seperti, bagai, umpama ketiga-tiga
sendi nama ini menunjukkan perasaan atau
perbandingan. Contoh - Bagai tanduk bersendi gading
- Bagai dihiris dengan sembilu
- Hatinya keras seperti batu.
- Seperti pungguk merindukan bulan.
- Umpama kiambang di air
- Umpama bunga dedap, sungguh indah berbau
tidak. - Seperti golok kayu, ditetak tak makan, dijual
tak laku.
56PENGGUNAAN FSN SECARA KHUSUS
- Kata sendi nama tentang, terhadap kedua-dua kata
sendi ini membawa maksud rujukan sesuatu. Contoh - Pelajar itu berbincang tentang panduan lulus
peperiksaan. - Dua orang itu berbincang tentang masa hadapan
mereka. - Jangan kurang ajar terhadap guru.
- Kita mesti berlembut terhadap kaum wanita.
- Ali bersikap adil terhadap isteri-isterinya.
57PENGGUNAAN FSN SECARA KHUSUS
- Kata sendi tentang selalu juga digunakan secara
pilihan dengan kata mengenai. Kata mengenai
sebenarnya termasuk dalam golongan kata kerja,
seperti juga kata melalui yang juga kata kerja,
tetapi ada waktunya digunakan dalam posisi kata
sendi. Contoh - Bola yang ditendangnya itu mengenai palang gol
(KKJ) - Merujuk surat tuan mengenai perkara di atas
(KSN) - Saya melalui jalan itu dengan basikal (KKJ)
- Dia menerima berita gembira itu melalui
telefon (KSN)
58KESIMPULAN
- Pengertian frasa kerja dan frasa sendi nama boleh
dibuat berasaskan pendekatan tradisional dan
transformasi generatif - Rumus frasa kerja
- gt FKJ kb KKT Obj / AKomp Ket
- kb KKTT pel / AKomp Ket
- kb KKTT Ket
- Rumus frasa sendi nama
- gt FSN kb KSN (KNA) FN AKomp / Ket
- Unsur pengisi FKJ ialah KKT dan KKTT, dan unsur
pengisi FSN ialah KS dan KN. - FKJ dan FSN dapat dijelaskan dari aspek binaan
dan fungsinya.