MINGGU 4BBM3203 - PowerPoint PPT Presentation

About This Presentation
Title:

MINGGU 4BBM3203

Description:

... kerjasama / bekerjasama, tanggungjawab / bertanggungjawab ... A - Bola yang ditendangnya itu mengenai palang gol - Isteri mengikut perintah suami. – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:163
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 100
Provided by: FBM7
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: MINGGU 4BBM3203


1
MINGGU 04
Golongan Kata Kata Kerja
2
OBJEKTIF
  • Pelajar dapat mengenal pasti
  • Elemen kata kerja
  • Ciri kata kerja
  • Jenis kata kerja
  • Pembentukan kata kerja

3
KATA KERJA
  • Kata yang menjadi inti bagi binaan atau
    konstruksi frasa kerja, dan dapat mewakili
    seluruh frasa kerja.
  • Perilaku Morfologi kehadiran imbuhan kan, i,
    meNkan, meNi, meN, per, perkan, peri, ber,
    di, memper, beran, berkan, memperkan,
    memperi
  • Perilaku Sintaksis - dapat disertai kata nafi
    tidak
  • - kata kerja tidak berimbuhan tidak disertai
    penguat
  • - dapat disertai kata pembantu, penyambut
    (objek),
  • pelengkap, penerang dan ayat komplemen
  • - dapat diperluas dengan urutan kata dengan
    kata adjektif
  • Perilaku Semantik - bermakna kejadian, gerak
    atau perlakuan, proses dan keadaan
  • - menunjukkan perbuatan atau keadaan
    melakukan sesuatu

4
KATA KERJA
  • KATA KERJA TAK TRANSITIF KATA
    KERJA TRANSITIF
  • BERPELENGKAP TANPA PELENGKAP
  • AYAT AKTIF AYAT PASIF

5

GOLONGAN KATA KERJA
  • Kata Kerja
  • Transitif Tak Transitif
  • aktif pasif
    berpelengkap
  • tanpa pelengkap
  • Halimah mengajarkan Bahasa Urdu kepada Husin
  • Bahasa Urdu diajarkan (oleh) Halimah kepada Husin
  • Isterinya menjadi pramugari
  • Burung itu terbang

6
KATA KERJA TAK TRANSITIF TANPA PELENGKAP
  • Ciri Sempurna maknanya, dapat berdiri sendiri,
    tidak memerlukan objek, dan satu bentuk
    paradigma inti.
  • Kata Dasar bangun, pulang, tidur, pergi, duduk,
    tumbuh, runtuh, lupa, lari, kembali
  • Berawalan ber bermain, bersenam, bertani,
    berbincang, bermenung, berenang, berjimat,
    bersila, bercakap, berjalan
  • Berawalan meN mengalir, menangis, melecur,
    melamun, melalak, merayu, meraba, meratap,
    menyesal, menguap
  • Berawalan ter terbatuk, tersilap, terlupa,
    termenung, tercengang, ternganga, terjatuh,
    terjaga, terkejut, tertidur, terpegun

7
KATA KERJA TAK TRANSITIF BERPELENGKAP
  • Ciri Prosesnya produktif, ayat tidak boleh
    dipasifkan, perlu pelengkap untuk kesempurnaan
    ayat, dan maujud yang merupakan sejenis atau yang
    digunakan sebagai pangkal nama.
  • Kata Adjektif berbuat baik, bertambah gigih,
    beransur sihat, menjadi tegang, tinggal miskin,
    bersuara lantang, bercita-cita tinggi, berbunyi
    bising, berjalan laju
  • Kata S. Nama tinggal di Bangi, berada di
    Terengganu, membelok ke kiri, berjumpa
    dengannya, singgah di pasar, bermain dengan ibu,
    bekerja di kilang, berdiri di tangga,
    bersekolah di Kelantan, berjemur di pantai
  • Kata Nama menjadi guru, ada hadiah,
    berselimutkan embun, menganggap sahabat,
    mendarah daging, beratapkan nipah, berkajangkan
    mengkuang layu, bersenjatakan pistol,
    menghilang diri, beristerikan wanita Arab

8
KATA KERJA TRANSITIF
  • Boleh dipasifkan
  • Frasa nama (FN) sebagai objek
  • Tidak dapat berdiri sendiri tanpa objek
  • Kata Kerja Transitif Aktif Kata Kerja Transitif
    Pasif
  • memetik dipetik
  • membincangkan dibincangkan
  • menuruni dituruni
  • terlanggar basikal terlanggar oleh
  • tertembak harimau tertembak oleh

9
KATA KERJA
  • Kata Kerja Tak Transitif
  • berfikir tentang
  • bercerita tentang
  • berharap akan
  • ingat akan
  • faham akan
  • duduk di
  • mati dengan
  • gugur di
  • Kata Kerja Transitif
  • memikirkan perkara
  • menceritakan perihal
  • mengharapkan sinar
  • mengingatkan kisah lama
  • memahami keadaan
  • menduduki posisi penting
  • mematikan dirinya
  • menggugurkan namanya

10
PEMBENTUKAN KATA KERJA
  • KATA KERJA TUNGGAL KATA KERJA TURUNAN/JADIAN
  • KATA KERJA TERBITAN
  • KATA KERJA MAJMUK
  • KATA KERJA GANDA

11
KATA KERJA TUNGGAL
  • Dasar Bebas Tak Transitif ada, balik, lulus,
    naik, turun,
  • pecah, pulang, wafat
  • lt FN (FS) gt
  • Transitif makan, minum, nampak
  • lt FN FN gt
  • Dasar Terikat juang, temu, selenggara
  • Akronim berdikari, hakis, pulihara

12
KATA KERJA TERBITAN
  • Awalan meN, beR, teR, di, mempeR, dipeR
  • Akhiran kan, i
  • Apitan meNkan, beRkan, beRan, meNi, dii,
  • memperkan, memperi, kean, diperkan,
    diperi
  • Sisipan el, er, em

13
BENTUK AWALAN meN
  • Kata dasar yang dirangkaikan dengan awalan meN
    akan mengalami proses sengauan.
  • Bunyi sengau itu perlu serasi dengan fonem awal
    kata dasar.
  • Apabila fonem awal kata dasar ialah konsonan
    bersuara, maka fonem itu tidak gugur. Sebaliknya,
    fonem itu akan mengalami perubahan apabila fonem
    awal kata dasar itu ialah konsonan tidak
    bersuara. Contoh
  • basuh - membasuh
  • ganas - mengganas
  • pulas - memulas
  • kagum - mengagum

14
KEKECUALIAN
  • Terjadi pada fonem /c/ (tidak bersuara), iaitu
    tidak mengalami perubahan apabila bergabung
    dengan meN. Contoh
  • cinta mencintai, cuci mencuci, cantas
    mencantas,
  • cangkul mencangkul, cangkung mencangkung
  • Kata lain, terutama kata yang berasal daripada
    kata bahasa serumpun atau bahasa asing. Contoh
  • terjemah menterjemah, peduli mempedulikan,
    propaganda mempropaganda, tadbir mentadbir,
    subsidi mensubsidi, tertawa mentertawa,
    ternak menternak
  • Kata yang sudah mendapat awalan. Contoh
  • memperdalam, memperindah, mempercepat,
    memperbaiki, memperhalus, mempersuntingkan

15
AWALAN meN
  • me memaki, menanah, menyunyut, mengiang-ngiang,
    meraut, melaung, mewangi, menyuci
  • mem membuli, membara, memproses, memfitnah,
    mempraktikkan, membuat, membanting
  • men mencuci, mendahagi, mendulang, menjahang,
    menzeroks, mensyaratkan
  • meng mengganggu, menggagau,mengingat, menggatal,
    menghubungi, mengikut
  • menge mengekod, mengepos, mengeram, mengehad,
    mengepin, mengebom

16
AWALAN meN
  • meN Kata Nama mengapak, melaut, mengepin,
    melangit, melutut
  • meN Kata Adektif menipis, mengecil, mewangi,
    menghijau
  • meN Kata Kerja
  • Transitif menggunakan, membuka, memburu,
    menendang, menembak
  • meN Kata Kerja
  • Tak Transitif melecur, menangis,
    mengancam, meninggal, meledak

17
JENIS KATA KERJA BERAWALAN meN
  • Kata Kerja Transitif tanpa Akhiran
  • melukis, memberi, membuka, mengecat,
    memandu, membuat, menembak, menendang
  • Kata Kerja Transitif Berakhiran
  • memerahkan, menganugerahkan, menganugerahi,
    mengajarkan, melalui, memaklumi, memaklumkan,
    mengajari
  • Kata Kerja Tak Transitif
  • mendarat, mengantuk, menangis, menyala,
    membanjir, memberontak

18
FUNGSI AWALAN meN Membentuk kata kerja
transitif atau kata kerja tak transitif
  • MAKNA AWALAN meN
  • meN Kata Kerja Tak Transitif
  • Melakukan sesuatu perbuatan atau gerakan
  • menari, menyanyi, mengembara, mendidik,
    merangkak, meraba, melompat, menerkam
  • Mewujudkan atau membuat sesuatu hal/perkara
  • menguak, mengaum, merangkul, menyalak

19
MAKNA AWALAN meN
  • meN Kata Kerja Tak Transitif
  • Jika kata dasarnya menyatakan tempat, maka
    wujudlah makna menuju ke arahmenepi, menyisi,
    meminggir, merantau, mengiri, melaut
  • Berbuat seperti, berlaku seperti atau menjadi
    seperti kata dasar membabi buta, membuta,
    menyemak, membatu, membayang
  • Jika kata dasarnya kata adjektif atau kata
    bilangan, maka wujudlah makna menjadi meninggi,
    memanjang, memendek, mendua, merendah, menyakiti,
    menyayangi
  • Variasi lain untuk meN kata bilangan ialah
    melakukan untuk kali ke?
  • menujuh hari, menujuh kali, meniga hari, meniga
    kali

20
MAKNA AWALAN meN
  • meN Kata Kerja Transitif
  • Melakukan sesuatu perbuatan
  • menulis, membaca, mengira, mencium, menyiksa,
    membuang, menangkap, mengetuk
  • Mempergunakan apa-apa yang terkandung dalam kata
    dasar
  • menyabit, memarang, menyapu, mengapak, merotan
  • Mewujudkan apa-apa yang terkandung dalam kata
    dasar
  • menyambal, menyundal, menggulai, memanggil

21
CATATAN
  • Dalam penggunaan harian, terdapat kata yang
    meragukan dari segi pewujudan imbuhan awalan meN.
  • Perhatikan ayat berikut
  • A - Bola yang ditendangnya itu mengenai palang
    gol
  • - Isteri mengikut perintah suami.
  • B - Mengenai masalah di atas, saya
  • - Mengikut berita terkini, Osama bin Ladin
  • - Menjelang subuh, kami akan berangkat ke
    bulan.
  • Ayat dalam kelompok A jelas menunjukkan bahawa
    meN ialah imbuhan awalan kerana boleh dipisahkan
    antara meN dengan kata dasar dengan tidak
    merosakkan makna dan fungsinya.
  • Ayat dalam kelompok B tidak boleh dipisahkan
    antara meN dengan kata dasar, dengan tidak
    merosakkan makna dan fungsinya.

22
BENTUK AWALAN beR
  • Awalan beR dirangkaikan dengan kata dasar tanpa
    perubahan bentuk.
  • ber kereta berkereta
  • ber jalan berjalan
  • ber sawah bersawah
  • ber malam bermalam
  • ber lagu berlagu
  • ber macam bermacam
  • ber kasih berkasih
  • ber istirahat beristirahat
  • ber sabun bersabun
  • ber kuda berkuda

23
AWALAN beR
  • Apabila kata dasar yang dirangkaikan itu bermula
    dengan fonem /r/, maka wujudlah bentuk be.
    Contoh
  • beratu, berakit, beracun, beragam, berasa,
    berantai, berentak, berumah, berongga,
    berentetan
  • Kekecualian terjadi pada beberapa kata seperti
    bekerja, beterbangan, bepergian, becermin
  • Fonem /r/ boleh menjadi fonem /l/ akibat proses
    disimilasi, iaitu pada kata belajar.
  • Variasi bentuk beR menjadi be atau bel disebabkan
    oleh lingkungannya. Bentuk variasi ini dinamakan
    alomorf.

24
AWALAN beR
  • Kata Kerja Tak Transitif
  • ber bergadai, berdaya, berfokus, berjaya,
    berladang, berlagu, berpacaran, berpelukan,
    berlaga, bertiga, bergerak, berbunyi, berkokok,
    bertiup, berlalu
  • be beraja, berenang, bekerja, berentak,
    berentatan, berakit, beriwayat, berongga,
    berunding, berahsia, beracun, berambu,
    berangkat, berasa
  • bel belajar, belunjur

25
AWALAN beR
  • Kata Nama (KN) bertudung, berbasikal,
    berhabuk, berbulu, berbahasa, bersekolah
  • Kata Kerja (KK) bertukar, berubah/berobah,
    berlakon, bertutup, bersapu
  • Kata Adjektif (KA) berbahagia, berlapar,
    berbahaya, berbaik, berjahat, berjauh
  • Kata Tugas (KT) beroleh, beserta, bersahaja,
    bersungguh, beribu, berlalu

26
JENIS AWALAN beR
  • KKTT tanpa Pelengkap berlari, bernyanyi,
    bergurau, bergasak, telah bersatu, berdiri,
    berfikir, bersolek, bersabun, berumah
  • KKTT Berpelengkap berbuat baik, berdendang
    sayang, berganding bahu, berdatang sembah,
    bersatu padu, beransur sihat, berdayung
    sampan, beristeri empat, berbalas tembak,
    bertambah anggun
  • Isterinya sedang bersolek.
  • Pakaiannya bertambah anggun.
  • Dia beristeri empat.

27
FUNGSI AWALAN beR
  • Fungsinya yang utama untuk membentuk kata kerja.
  • Berdasarkan bentuk frasa, kata kerja dapat
    diperluas dengan frasa dengan kata adjektif.
    Contoh berjalan dengan laju,
  • berteriak dengan kuat, bercakap dengan perlahan,
    bersiul dengan nyaring, berbahas dengan hebat
  • Terdapat juga sejumlah kata yang tidak dapat
    diterapkan dengan cara ini. Contoh berbapa baik,
    berbaju merah
  • Apabila awalan beR itu diertikan sebagai
    mempunyai/memiliki, barulah kata itu dapat
    diperluas dengan frasa yang kata adjektif.
    Contoh berbapa yang baik, berbaju yang merah

28
MAKNA AWALAN beR
  • Mengandung makna mempunyai/memiliki.
  • bernama, beristeri, berbaju, beribu, bertanah,
    berumah
  • Mempergunakan sesuatu yang disebut dalam kata
    dasar.
  • berkereta, bergunting, berkaca mata, berseluar,
    berbasikal
  • mengerjakan sesuatu yang dinyatakan dalam kata
    dasar.
  • bersawah, bertani, bertukang, berkebun,
    berkedai, bertanam
  • Memperoleh sesuatu seperti yang dinyatakan dalam
    kata dasar.
  • berhujan, bertelur, beruntung, bersuami,
    berpanas, berlapar, beranak, beristeri

29
MAKNA AWALAN beR
  • Berada dalam situasi seperti yang dinyatakan
    dalam kata dasar.
  • bermalas, beramai-ramai, bergegas-gegas,
    bersakit-sakit, bersenang-senang
  • Jika kata dasarnya jenis kata bilangan atau kata
    ukuran, maka beR bermakna himpunan.
  • bersatu, berlima, berbatu-batu, bertahun-tahun
  • Menyatakan perlakuan yang tak transitif.
  • berjalan, berkata, berdiri, berubah/berobah

30
MAKNA AWALAN beR
  • Menyatakan perlakuan yang mengenai diri sendiri
    (refleksi).
  • berhias, bercukur, berlindung
  • Menyatakan perlakuan berbalasan.
  • berkelahi, bertumbuk, berdebat, bertinju,
    bergusti
  • Jika dirangkaikan dengan kata majmuk, maka
    wujudlah makna mempunyai pekerjaan itu.
  • berkedai nasi, bermain mata, berjual bunga
  • Kata berniaga berasal daripada kata Sanskrit
    vanijjya, banijjya, dan banyaga. Melalui proses
    adaptasi suku kata, ba berobah menjadi ber, dan
    mewujudkan kata berniaga.

31
AWALAN teR
  • Awalan teR juga mempunyai beberapa alomorf, iaitu
    ter, te, tel
  • terasuk, tertusuk, teranum, terayap
  • Pada beberapa kata memang terdapat proses
    asimilasi sehingga ter menjadi tel
  • terlanjur (telanjur), terlantar (telantar),
    terlentang (telentang),
  • terpegun (tepegun)
  • Semua bentuk ini (telanjur, telantar, telentang
    dan tepegun)
  • dianggap variasi dialek.

32
AWALAN teR
  • ter terbawah, terbatuk, tercatat, terduduk,
    terfasak, tergabung, termanis, terlama,
    terkejam, termabuk, terancam, terolah, terikut,
    terbesar, terhambur, terubat, terbabit,
    terkubur, tertendang, tersayang, tergantung
  • te terampas, teragut, terendam, terakus,
    teramah, terangkai, teranum, terayap, teranggi,
    terangkum, terasa, teranap, teramping, teramai,
    terasuk, terancak, terancang, terugi, terangsang,
    terimbun, teraba

33
AWALAN teR
  • Kata Kerja Transitif
  • terminum, termakan, terberi, tertendang,
    tergoreng, tertutup, terpijak, tersusun
  • Kata Kerja Tak Transitif
  • terkejut, terdaki, terbangun, tercukur,
    terlebur, terdedah, terjaga, ternganga
  • Kata Nama
  • terantai, terpenjara, terpaku, terkata,
    terbentuk, ternama

34
JENIS AWALAN teR
  • Kata Kerja Transitif
  • Aktif tertendang bola, terangkat batu, terjual
    kasut, terpotong tangan, tertembak kawan,
    terambil hadiah, tersarung kain
  • Pasif tertendang oleh, terangkat oleh, terjual
    oleh, terpotong oleh, tertembak oleh, terambil
    oleh, tersarung oleh
  • Kata Kerja Tak Transitif
  • tergelak apabila, terjatuh ke, tertunduk ke,
    tersenyum apabila, terlucut apabila, terlupa
    akan, tertinggal di

35
FUNGSI AWALAN teR
  • Terdapat dua fungsi awalan teR, iaitu
  • i. Menyatakan aspek perbuatan tertentu
  • - perbuatan yang sudah selesai
  • - perbuatan yang berterusan
  • - perbuatan spontan
  • - perbuatan yang menyatakan kesanggupan
  • - perbuatan yang menyatakan perulangan
    peristiwa
  • ii. Membentuk atau menyatakan perbandingan

36
MAKNA AWALAN teR
  • Menyatakan perbuatan yang sudah selesai
  • terikat, terhunus, tersarung, tersangkut,
    terpijak, tersimpan,
  • tersorot
  • Menyatakan perbuatan yang berterusan
  • terpasang, terapung, tertolong,
    terkenang-kenang, termenung,
  • ternanti-nanti
  • Menyatakan perbuatan yang spontan dan tidak
    disengajakan
  • terlena, tertelan, terkejut, teringat,
    tertidur, terminum, ternampak

37
MAKNA AWALAN teR
  • Menyatakan perbuatan yang bermaksud sanggup atau
    berupaya
  • terangkat, terkait, terpikul, terdaya
  • Menyatakan perbuatan yang bermaksud perulangan
    peristiwa atau kesangatan
  • terbawa-bawa, tergesa-gesa, terbayang-bayang,
    terkenang- kenang, tertunggu-tunggu
  • Menyatakan tingkat perbandingan yang paling
    tinggi
  • terbesar, terendah, teragung, termahal,
    tercantik, terburuk,
  • terkenal

38
CATATAN
  • Terdapat sebahagian kata yang berawalan teR
    dimasukkan dalam
  • kategori kata tugas, seperti kata terlalu,
    tertentu, terjadi, ternyata,
  • terlampau
  • Terdapat sebahagian kata yang berawalan teR
    dimasukkan dalam kategori kata adjektif seperti
    kata tertarik, terharu, terpegun, tersayang,
    tercinta
  • Terdapat sebahagian kata yang seolah-olah awalan
    teR, tetapi bukan. Ini disebabkan oleh proses
    penggandaan dan pelemahan vokal sesudah fonem
    /t/, seperti tetamu, tetangga, tetupai, tetuju
  • Demikian juga kata terjemah yang berasal daripada
    kata bahasa Arab tarjamah. Ini terjadi hasil
    daripada proses adaptasi. Oleh itu, teR dalam
    kata terjemah bukanlah awalan.

39
AWALAN di
  • Dalam kebanyakan bahasa di dunia, awalan di wujud
    dalam bentuk pasif. Bentuk pasif selalu dikaitkan
    dengan bentuk aktif.
  • Bentuk aktif bermaksud subjek (FN) menjadi pelaku
    (agen) sesuatu tindakan. Bentuk pasif pula
    bermaksud subjek (FN) menderita akibat daripada
    tindakan.
  • Dalam bahasa Melayu, pelbagai bentuk pasif
    digunakan
  • Pencuri kutangkap / aku tangkap
  • pencuri kautangkap / engkau tangkap
  • pencuri itu ditangkap (oleh) Hassan
  • pencuri itu ditangkap olehnya
  • pencuri itu dia tangkap
  • pencuri itu ditangkap (oleh) saya
  • pencuri itu ditangkap (oleh) engkau tidak
    gramatis

40
AWALAN di
  • Kata Kerja Transitif Aktif
  • mengajar
  • memanjat
  • menampar
  • menggoreng
  • menghukum
  • menjahit
  • memasak
  • menatap
  • memanah
  • merayu
  • melamar
  • Kata Kerja Transitif Pasif
  • diajar
  • dipanjat
  • ditampar
  • digoreng
  • dihukum
  • dimasak
  • ditatap
  • dipanah
  • dirayu
  • dilamar

41
AWALAN di
  • Tugas Penanda Kata Kerja dalam Ayat Pasif
  • diambil (oleh)nya, dikejar (oleh) anjing,
  • dihisap (oleh) kumbang, dimakan (oleh) adik,
  • dicium (oleh)nya, dibom (oleh) Amerika
  • Makna Perbuatan Pasif Diri Ketiga
  • ditendang (oleh) Ahmad, dijeling (oleh) Aminah,
  • disunting (oleh) mahasiswa, dihisap (oleh) adik
  • ditawan (oleh) Iraq

42
AWALAN mempeR
  • peR sebagai awalan dapat membentuk kata kerja,
    seperti perbudak, perhamba, perdewa, perkuli,
    persetan
  • Awalan peR juga mengalami variasi bentuk menjadi
    pe, terutama pada kata dasar/akar yang bermula
    dengan fonem /r/, seperti peruncing, perebut
  • Awalan peR juga dapat digabungkan dengan awalan
    mem dengan ketentuan bahawa fonem /p/ tidak
    digugurkan, seperti mempertinggi, memperpanjang,
    mempererat, memperkuda, memperlancar,
    memperhebat

43
AWALAN mempeR
  • mempe cermin becermin mempecermin
  • mempel ajar belajar mempelajari
  • memper isteri beristeri memperisteri
  • suami bersuami mempersuami
  • oleh beroleh memperoleh
  • Aktif Pasif
  • memper diper
  • memperluas diperluas
  • memperbesar diperbesar
  • memperlebar diperlebar
  • memperhebat diperhebat
  • memperindah diperindah

44
AWALAN memper
  • Kata Nama (KN) memperalat, mempecermin,
    memperisteri,
  • mempersunting, mempersuami, memperkuda,
  • memperbudak, memperhamba, memperdaya
  • Kata Adjektif (KA) memperbesar, memperlebar,
    mempercepat,
  • mempererat, mempermurni, mempercantik,
  • memperpanjang, memperkemas
  • Kata Tugas (KT) memperoleh, memperdua,
    mempelbagai,
  • mempertidak
  • Semua kata berawalan memper akan membentuk Kata
    Kerja Transitif Aktif

45
MAKNA AWALAN memper
  • Kata Nama (KN) memperlakukan sebagai
  • memperalat,mempecermin, mempersunting,
    memperkuda,
  • memperisteri, mempersuami, memperdewa,
    mempertuan
  • Kata Adjektif (KA) menjadikan lebih
  • mempermoden, mempercantik, memperdalam,
    memperkaya, mempertajam, memperharum,
    memperlebar...
  • Kata Tugas (KT) mendapat sesuatu atau
    membahagikan
  • memperoleh, mempertiga, mempelbagai

46
AWALAN dipeR
  • dipe dipecermin
  • dipel dipelajari
  • diper diperalat, diperpanjang, diperempat,
    diperoleh, diperdewa, dipersunting, dipermain,
    dipermudah, dipersulit, dipergiat

47
AWALAN dipeR
  • Kata Kerja Transitif Pasif Diri Ketiga
  • Kata Nama (KN) diperalat, dipersuami.
    diperhamba, diperbudak, diperkuda, dipertuan
  • Kata Adjektif (KA) diperbesar, diperluas,
    diperindah,
  • diperpendek, dipererat, diperdalam
  • Kata Tugas (KT) diperoleh, diperdua,
    dipersatu, dipertidak,
  • diperkanan

48
AWALAN dipeR
  • Kata Nama (KN) diperalat, dipersuami,
    diperisteri, diperhamba, diperbudak,
    dipersunting
  • Kata Adjektif (KA) diperluas, diperindah,
    diperpendek, dipererat,
  • dipermurni, diperlebar
  • Kata Tugas (KT) diperoleh, diperdua,
    dipertidak, diperboleh,
  • diperlima
  • Kata yang berawalan dipeR akan membentuk Kata
    Kerja Transitif Pasif diri ketiga

49
MAKNA AWALAN dipeR
  • diper Kata Nama (KN)diperlakukan sebagai
  • diperbudak, diperkawan, dipertuan,
  • dipersunting, dipersuami,
    diperisteri
  • diper Kata Adjektif (KA) dijadikan lebih
  • diperkemas, diperbanyak, diperkaya,
  • diperkukuh, diperpanjang
  • diper Kata Tugas (KT) terdapat sesuatu atau
    bermaksud dibahagikan
  • diperoleh, diperempat, dipersatu

50
IMBUHAN AKHIRAN kan
  • Bentuk imbuhan akhiran kan tidak berubah, di
    mana-mana posisi pun tetap kan.
  • Fungsi imbuhan akhiran kan untuk membentuk kata
    kerja sahaja.
  • Imbuhan akhiran kan dapat digunakan dengan semua
    golongan kata utama bahasa Melayu, iaitu Kata
    Nama, Kata Kerja, Kata Adjektif, dan Kata Tugas.

51
AKHIRAN kan
  • Kata Nama kan ceritakan, institusikan,
    failkan, hadiahkan,
  • sekolahkan, pasarkan, bukukan
  • Kata Kerja kan lukiskan, jualkan, gorengkan,
    bincangkan,
  • berikan, gugurkan, mendapkan, mandikan
  • Kata Adjektif kan merahkan, rendahkan,
    cerdikkan, dalamkan, hijaukan, panaskan
  • Kata Tugas kan tidakkan, sertakan, sudahkan,
    benarkan,
  • satukan, jangankan, dahulukan

52
JENIS AKHIRAN kan
  • Kata Ganti Nama Orang Pertama dan Orang Kedua
    dalam Ayat Pasif
  • awak hantarkan, saya tendangkan, kaugantungkan,
    kamu katakan,kukenangkan, engkau pendamkan, beta
    anugerahkan, hamba diamkan
  • Suruhan/Larangan
  • masukkan, pejamkan, tidurkan, matikan,
    kejutkan, mandikan, basuhkan, keluarkan,
    biarkan, tutupkan, bukakan, hantarkan,
    perlahankan, turunkan, pelukkan
  • Dengan Beberapa Imbuhan lain
  • memperisterikan, memperlahankan, menantikan,
    meningkatkan, berselimutkan, membesarkan,
    mempertahankan, mendekatkan, menghadiahkan,
    memasukkan, menaikkan, memajukan, dihadiahi,
    diselimuti, dianugerahkan

53
MAKNA AKHIRAN kan
  • Menyatakan maksud kausatif, iaitu membuat,
    menyebabkan sesuatu berlaku, atau menjadikan
    sesuatu menerbangkan, melemparkan,
    menyeberangkan, mengandangkan, mengemukakan,
    menyakitkan, mengeratkan, membukukan
  • Menyatakan variasi daripada maksud kausatif,
    iaitu menggunakan objek sebagai alat, atau
    membuat sesuatu dengan menggunakan kapak,
    menikamkan keris, memukulkan tongkat
  • Melakukan sesuatu perbuatan untuk faedah orang
    lain membelikan buku, meminjamkan kain,
    menajamkan pensil

54
CATATAN
  • Bentuk kan yang hadir dengan kata adjektif
    sebenarnya bentuk singkatan kata akan sayangkan
    (sayang akan), mengharapkan (mengharap akan),
    kasihkan (kasih akan), cintakan (cinta akan),
    takutkan (takut akan).
  • Bentuk akhiran kan dan i mempunyai fungsi yang
    sama, iaitu membentuk kata kerja, yang berbeda
    hanyalah objeknya.
  • Objek kan berada dalam keadaan bergerak, dan
    objek i berada dalam keadaan tidak bergerak
    mengahwinkan Salmiah, mengahwini Salmiah,
    menempatkan rumah itu, menempati rumah itu,
    menaikkan basikal, menaiki basikal, membelakangi
    Ahmad, membelakangkan Ahmad

55
AKHIRAN i
  • Kata Nama i garami, hujani, kotai, kebuni,
    akhiri, jalani,
  • contohi, namai, airi, belakangi
  • Kata Kerja i fahami, menangi, mungkiri,
    bantui, naiki,
  • turuni, renungi, tangisi, duduki, kahwini,
    sirami
  • Kata Adjektif i adili, curigai, halusi,
    kasihi, cintai, kotori,
  • dalami, dekati, jauhi
  • Kata Tugas i sertai, sudahi, atasi, bawahi,
    dapati

56
JENIS AKHIRAN i
  • Ayat Pasif Orang Pertama dan Kedua
  • saya hindari, kaumasuki, kamu selidiki, anda
    belakangi, engkau culiki, saya kagumi
  • Ayat Suruhan/Arahan
  • sayangilah, marahilah, teladanilah, jauhilah,
    cintailah, ceburilah
  • Dengan Beberapa Imbuhan lain
  • melewati, menghendaki, menyayangi,
    disembahyangi, disakiti, dijelingi, disimbahi,
    melimpahi

57
MAKNA AKHIRAN i
  • Kata Kerja Transitif
  • Menyebabkan wujud besarilah, halusilah, sudahi,
    kasihi, akhiri, ingati, renungi, nasihati,
    ulangilah, ekori, limpahi, sirami, hujani,
    jalani, marahi, hadiri, sinari
  • Unsut tempat bersihi lantai, naiki tangga, jauhi
    sungai, harungi paya, masuki hutan, diami rumah,
    turuni bukit, duduki bangku, lompati parit,
    tanami ladang, tutupi lubang, terangi bilik,
    hiasi rumah

58
PERBEDAAN AKHIRAN kan DENGAN i
  • gt Fungsi sama, iaitu pembentuk Kata Kerja
    Transitif
  • gt Makna sama, iaitu bermaksud kausatif
    rendahkan/rendahi,
  • basahkan/basahi, sudahkan/sudahi,
    baikkan/baiki, bersihkan/bersihi
  • gt Makna berbeda, iaitu bermaksud lokatif
    pinjamkan, hadiahkan,
  • masuki, jauhi
  • gt Makna meNkan objek bergerak dan meNi objek
    tidak bergerak mendekatkan meja, meminjamkan
    wang, membelikan kereta, mendatangkan pasukan,
    menanamkan benih, mendekati meja, membului ayam,
    menguliti kambing, menguliti buku, menyusui anak,
    mengelilingi kota, mendatangi pegawai

59
APITAN meNkan
  • mekan melukiskan, merawatkan, mewartakan,
    mematikan merendahkan
  • memkan membelikan, membenarkan, membimbangkan,
    membawakan, membuangkan
  • menkan mencucikan, mentadbirkan, mendorongkan,
  • menterbalikkan, menjadikan, menjanjikan
  • mengkan menggantungkan, menggantikan,
    menggugurkan,
  • menghasilkan, menggusarkan
  • mengekan mengeramkan, mengehadkan, mengepinkan,
  • mengeposkan, mengelapkan

60
APITAN meNkan
  • Kata Nama mewartakan, menyekolahkan,
    mengepinkan, mencalonkan
  • Kata Adjektif meninggikan, mencantikkan,
    mewangikan, memerahkan
  • Kata Kerja mengajarkan, menunjukkan,
    memakaikan, menolakkan, memasukkan,
    menidurkan, menjatuhkan, menyampaikan
  • Kata Tugas membanyakkan, mendahulukan,
    menyatukan, membiasakan, menidakkan

61
JENIS APITAN meNkan
  • Satu Objek Subjek Kata Kerja Objek -
    mendalamkan parit, menganugerahkan ijazah,
    menghadiahkan bunga
  • Dua Objek Subjek Kata Kerja Objek1 Objek2
    - memberi ibu wang, mencarikan Ali isteri,
    menghadiahi buah hatinya bunga
  • Objek 1 sahaja yang boleh dipasifkan, sedangkan
    objek 2 tidak boleh dipasifkan. Jika Objek 2 mahu
    dipasifkan juga, maka objek 2 itu perlu dijadikan
    objek 1. Keadaan ini akan mewujudkan struktur
  • Subjek Kata Kerja Objek (baharu)
    untuk/kepada Kata Nama
  • Ibu mencarikan isteri untuk Ali

62
MAKNA APITAN meNkan
  • Berbuat sesuatu membangunkan kawasan,
    menenggelamkan taman, memusnahkan hutan,
    mencemarkan bahasa
  • Menjadikan/menyebabkan sesuatu membenamkan
    tubuh, memantulkan cahaya, menaburkan benih,
    melucutkan kain, membersihkan bilik
  • Bermanfaat mendapatkan hadiah, menghadiahkan
    senyuman, memberikan bunga, mencantikkan rumah,
    melebarkan jalan

63
APITAN beRkan
  • Kata Kerja Tak Transitif
  • ber kata dasar berasaskan, berbantalkan,
    beristerikan, berbapakan, bertanyakan,
    beratapkan,bersenjatakan, berpandukan,
    berpagarkan, berbajukan, berjudulkan,
    berpedomankan, beribukan
  • be kata dasar berajakan, berakitkan,
    berumahkan, berakamkan, berangkapkan
  • Akhiran kan ialah kependekan KS akan yang dapat
    mewakili KS yang lain seperti dengan, pada, dan
    tentang
  • Oleh itu, KS tidak boleh wujud selepas kata yang
    berapitan beRkan
  • berdasarkan pada, bertanyakan tentang,
    bersenjatakan dengan, berpandukan pada
  • tidak gramatis

64
APITAN beRkan
  • Kata Nama bersuamikan, beratukan, bertuhankan,
    beralaskan,
  • berbumbungkan, berpagarkan, beribukan,
    berjudulkan,
  • berkajangkan
  • Kata Kerja berdatangkan, bermandikan,
    bertutupkan, berbancuhkan, berbantukan,
    berhiburkan, berharapkan, bermuntahkan,
    bertanyakan
  • Pelengkap beratukan maharani, bertuhankan
    iblis, bermandikan peluh, berbantukan
    komputer, berbumbungkan langit, beralaskan
    tikar, bertanyakan khabar, berbancuhkan kopi,
    berdatangkan sembah, berkajangkan mengkuang
    layu

65
MAKNA APITAN beRkan
  • Menjadikan sesuatu itu seperti makna kata dasar
  • beratukan maharani menjadikan maharani sebagai
    ratu
  • bertuhankan iblis menjadikan iblis sebagai
    tuhan
  • bermandikan peluh menjadikan peluh sebagai air
    mandi
  • berbantukan komputer menjadikan komputer
    sebagai alat
  • bantu
  • beralaskan tikar menjadikan tikar sebagai alas
  • berbumbungkan langit menjadikan langit sebagai
    bumbung
  • berbajukan kertas menjadikan kertas sebagai
    baju

66
APITAN beRan
  • Kata Kerja Tak Transitif
  • beran berciciran, berdampingan, berguguran,
    bertaburan, bergelimpangan, berkesinambungan,
    berpacaran, berpeleseran, berselerakan,
    berduaan, bertepatan, berkasihan, bertempiaran,
    berkesudahan, berterusan, bercakaran dan
    berbunuhan
  • bean berebutan, beterbangan, bepergian,
    berentetan, beratapan, berembatan, berendaman,
    berantakan, berapatan, berasukan, berayapan,
    berebutan, berejaman, berenjisan

67
APITAN beran
  • Kata Kerja bertiupan, bertolakan, berpijakan,
    berciciran, berdatangan, berhinggapan,
    berjatuhan, bergelimpangan,beterbangan,
    berkejar-kejaran
  • Kata Nama bertalian, bermaafan, berduan,
    bertombak- tombakan
  • Kata Adjektif berpanjangan, berkasihan,
    bertepatan, berkilauan, berkenalan, bercintaan
  • Kata Tugas bersungguhan, beribuan, berdapatan,
    berjutaan

68
MAKNA APITAN beRan
  • Banyak yang berbuat/berlaku bergayutan,
    berciciran,
  • berguguran, berlarian, bergelimpangan
  • Berlaku merata-rata / ke mana-mana berhamburan,
    berkaparan, beterbangan, bepergian, berpeleseran
  • Dalam keadaan tertentu antara dua pihak
    bertumbukan, berasingan, berdekatan, berjauhan
  • Saling melakukan sesuatu berasak-asakan,
    beratas-atasan, berdakap-dakapan,
    berpeluk-pelukan, bercium-ciuman,
    berbunuh-bunuhan, berpandang-pandangan,
    berhadap-hadapan

69
APITAN dikan
  • Apitan dikan ialah bentuk pasif daripada bentuk
    aktif meNkan
  • Bentuk Aktif meNkan membesarkan, mengizinkan,
    menuliskan, meneguhkan, menemukan, memproseskan,
    menyanyikan, melagukan, memulihkan,
    memaksimumkan, menggambarkan, memikirkan,
    meramalkan, memasukkan, melahirkan,mengambilkan,
    memerlukan
  • Bentuk Pasif dikan dibesarkan, diizinkan,
    dituliskan, diteguhkan, ditemukan, diproseskan,
    dinyanyikan, dilagukan, dipulihkan,
    dimaksimumkan, digambarkan, difikirkan,
    diramalkan, dimasukkan, dilahirkan, diambilkan,
    diperlukan

70
APITAN meNi
  • mei melepasi, melupai, merenangi, merenungi,
    menyakiti, meneladani
  • memi mempunyai, membebani, membasahi,
    membaharui, membantui, membakari
  • meni menjuarai, mencintai, menduduki,
    mendapati, mencumbui, mendasari
  • mengi mengakhiri, menggerami, menghalangi,
    menghakimi, menghubungi, menghantui

71
APITAN meNi
  • Kata Nama mendepani, membintangi, menghadiahi,
    menggarami, membatui, mengongkosi
  • Kata Adjektif mencintai, memerahi, mengecewai,
    memanjai, memenuhi, menghormati
  • Kata Kerja menghinggapi, melalui, mencampuri,
    menjatuhi, mencernai, memaklumi, memudiki,
    mengalami
  • Kata Tugas memadai, menyertai, menidaki,
    menyungguhi

72
APITAN meNi
  • Apitan meNi dapat membentuk kata kerja transitif
    daripada kata lain dalam pelbagai kelas.
  • Awalan meN pada kata yang berapitan meNi
    bertugas sebagai penanda ayat aktif.
  • Akhiran i pada kata yang berapitan meNi bertugas
    untuk menggantikan kata sendi akan, atas, di,
    Contoh
  • mengakui mengaku akan/tentang
  • mempercayai percaya kepada
  • Oleh sebab itu, KS tidak boleh wujud selepas kata
    yang berapitan meNi mempercayai pada,
    menguasai akan, mencurangi akan,
  • menghadiri di/dalam, meragui terhadap,
  • tidak gramatis

73
JENIS APITAN meNi
  • Kata Kerja Transitif
  • Subjek Kata Kerja Objek Dia tidak mengakui
    kesalahannya.
  • Siapakah yang meniduri tilam ini?
  • Lumpur mengotori bajunya.
  • Subjek Kata Kerja Objek 1 Objek 2 Dia
    memberi ibu wang.
  • Objek 1 sahaja yang boleh dipasifkan. Jika objek
    2 ingin dipasifkan, maka objek 2 itu mestilah
    dijadikan objek 1 terlebih dahulu
  • Dia memberi ibu wang Ibu diberi wang olehnya
  • Dia memberikan wang kepada ibu Wang diberikannya
    kepada ibu

74
MAKNA APITAN meNi
  • meNi Kata Nama
  • Mengadakan / memberikan / membubuh sesuatu di
    atau pada objek
  • membatui jalan, mengilhami penyair, menggulai
    kopi, menganugerahi graduan, menghutangi nelayan,
    mengongkosi aktiviti, menggarami gulai
  • Menjadi seperti maksud kata dasar terhadap objek
  • mengetuai fakulti, menggurui Ahmad, meracuni
    fikiran, membanjiri sawah, merajai Melaka,
    memagari kebun
  • Meniadakan / mengadakan sesuatu pada objek
  • menguliti kambing, menguliti buku, membului
    ayam, merumputi ladang

75
MAKNA APITAN meNi
  • meNi Kata Kerja
  • Melakukan perbuatan seperti kata dasar
  • mendatangi kota, melalui jalan berliku, meniduri
    tilam, menduduki bangku, mengetahui cerita,
    menumbuhi halaman rumah
  • Melakukan perbuatan berulang-ulang atau objeknya
    banyak
  • menutupi jendela, melempari batu, menghalangi
    demonstrasi, mencabuti rumput, memukuli suami
  • Menyebabkan objek mendapat kesan perbuatan kata
    dasar
  • mencucuri kita dengan rahmat, menanami kebun
    dengan buah-buahan, menjatuhi orang itu hukuman,
    mengirimi ibu hadiah
  • Menjadikan objek dalam keadaan seperti kata
    dasar
  • menghiasi rumah dengan bunga, melindungi kereta
    dengan kain, menenggelami jalan

76
MAKNA APITAN meNi
  • meNi Kata Adjektif
  • Mengalami sifat seperti kata dasar
    akan/kepada/terhadap
  • mencurigai kekasihnya, mengasihi anak, meragui
    guru, menyukai durian, mencintai negara,
    menggemari muzik, mengagumi pemimpin, menghormati
    orang tua
  • Memiliki dan memberikan sifat kata dasar kepada
    objek
  • mengeringi lantai, menyejuki bilik, memutihi
    baju, memerahi bibir, menghijaui kampus, memenuhi
    impian
  • Memperlakukan objek dengan sifat tertentu
  • melembuti isteri, mencurangi pasangan,
    membengisi orang gaji, mengerasi pekerja,
    mengasari pelanggan

77
APITAN dii
  • Kata Kerja Transitif
  • Aktif melalui, menemui, memanjai, membatasi,
    memarahi, mengatasi, memperingati, mencintai,
    menemani
  • Pasif Diri Pertama
  • kulalui, saya temui, kumanjai, saya batasi,
    kumarahi, kuatasi, saya ingati, kucintai, aku
    temani
  • Pasif Diri Kedua
  • kaulalui, kautemui, kaumanjai, kaubatasi,
    engkau marahi, kamu atasi, kauingati, awak
    cintai, kautemani
  • Pasif Diri Ketiga
  • dilalui (oleh)nya, ditemui (oleh) Ali, dimanjai
    (oleh) ibu, dibatasi (oleh) hakim, dimarahi
    (oleh) guru, diatasi (oleh) orang itu, diingati
    (oleh) kekasihnya, dicintai (oleh) maharani,
    ditemani (oleh) buah hatinya

78
APITAN mempeRkan
  • Kata Kerja Transitif
  • mempekan mempecerminkan, memperumahkan
  • mempelkan mempelbagaikan, mempelajarkan
  • memperkan memperlakukan, mempertidakkan,
    memperhambakan, memperbudakkan,
    mempersuamikan, memperisterikan,
    mempertunangkan, mempersuakan
  • KKTT yang berawalan beR menjadi sumber
    terbentuknya KKT
  • berhati-hati memperhatikan
  • berjuang memperjuangkan
  • bersatu mempersatukan
  • berlaga memperlagakan

79
APITAN mempeRkan
  • Kata Kerja Transitif
  • Kata Nama memperduakan, mempersetankan,
    memperkudakan, memperagakan, memperkatakan,
    memperanginkan, mempermadukan
  • Kata Kerja mempergunakan, memperbedakan,
    memperjuangkan, mempertaruhkan,
    memperhentikan
  • Apitan mempeRkan memerlukan objek
  • Memperagakan pakaian, memperumahkan Salmah,
    memperduakan isteri, memperkatakan sesuatu,
    memperjuangkan kemerdekaan

80
MAKNA APITAN mempeRkan
  • Kata Nama menjadikan objek berlaku seperti
    kata dasar
  • memperanginkan, mempertunangkan,
    mempermadukan, mempersatukan
  • Kata Kerja menjadikan objek berlaku seperti
    kata dasar
  • mempersuakan, mempelajarkan, memperlarikan,
    memperjumpakan
  • - menjadikan objek sebagai punca/sebab
  • memperdebatkan, mempertengkarkan,
    memperkatakan, mempertikaikan
  • - menyebabkan objek dapat diperlakukan
  • memperkenalkan, mempertontonkan,
    memperdengarkan, memperlihatkan

81
CATATAN
  • Terdapat beberapa perkataan berapitan mempeRkan
    dan berawalan mempeR yang sama kata dasar tetapi
    berbeda makna
  • mempersuami menjadikan seseorang suami
  • mempersuamikan menjadikan seseorang itu
    bersuami
  • memperhamba menjadikan seseorang hamba
  • memperhambakan menjadikan seseorang mempunyai
    hamba
  • memperanak menjadikan seseorang anak
  • memperanakkan menjadikan seseorang beranak
  • Halimah mempersuami Hassan. Hassan mempersuamikan
    Halimah
  • Dia telah memperanak Ali. Dia telah memperanakkan
    isterinya

82
APITAN mempeRi
  • Kata Kerja Transitif
  • mempeR penanda kata kerja transitif
  • memperkawani, mempersuami, memperisteri,
    mempelajari, memperhambai, mempersenjatai,
    memperingati, mempersetujui
  • i pengganti kata sendi yang menyertai KKTT
  • berkawan dengan, bersuami akan, beristeri akan,
    belajar tentang, berhamba kepada, bersenjata
    akan, beringat akan, bersetuju akan
  • Apitan mempeRi membentuk kata kerja transitif
    daripada kata yang umumnya kata kerja tak
    transitif.
  • mempeR pada kata berapitan mempeRi menjadi
    penanda kata kerja untuk ayat aktif.

83
MAKNA APITAN mempeRi
  • Kata Nama - menjadikan objek beroleh sesuatu
  • memperongkosi, mempersenjatai
  • - menjadi seperti maksud kata dasar kepada
    objek
  • mempertuani, memperhambai
  • - menjadi objek seperti maksud kata dasar
  • memperkebuni, memperladangi
  • Kata Kerja - berbuat seperti maksud kata dasar
  • mempelajari, memperingati
  • Kata Adjektif - menjadikan objek memperoleh
    semula sifat kata dasar
  • memperbaiki, memperbaharui, memperdalami,
    memperhiasi

84
APITAN kean
  • Makna Kata Kerja Pasif
  • Kata Kerja keguguran, kecurian, kehabisan,
    kehilangan, kejatuhan, kemasukan, kelupaan,
    ketiduran, kematian, kedatangan
  • Kata Nama kebanjiran, keairan, kehujanan,
    keracunan, kesiangan, ketulangan
  • Kata Adjektif kedinginan, keberatan, kelaparan,
    keletihan, kemalangan, kepanasan, kesejukan,
    kesempitan, kesusahan, ketakutan

85
MAKNA APITAN kean
  • Kata Nama - Dikenai atau ditimpa akibat
    sesuatu
  • keracunan, ketulangan, kesiangan
  • Kata Adjektif - Dikenai atau ditimpa rasa
    seperti kata dasar
  • kesempitan, ketakutan, keberatan
  • Kata Kerja - Dikenai atau ditimpa akibat
    berlaku keadaan seperti kata dasar
  • kehabisan, kematian, kemasukan,
    keguguran, kehidupan

86
APITAN kean
  • Kata Nama
  • Kata Nama kedutaan, kementerian, kepresidenan,
    kerajaan, kesultanan, keagamaan, kebahasaan,
    kebangsaan, kebendaan, kebudayaan, kedoktoran,
    kehakiman, kerakyatan, ketuhanan
  • Kata Adjektif keangkuhan, kebaikan, kecantikan,
    kegigihan, kehalusan, keindahan, kejujuran,
    kekosongan, kelemahan, kepercayaan,
    kebanggaan, kebencian, kegemaran, keinginan,
    keperluan, kesayangan, kesukaan
  • Kata Kerja kediaman, kedudukan, ketiduran,
    kedatangan, kehadiran, kejatuhan, kekalahan,
    kemenangan, kepergian

87
MAKNA APITAN kean
  • Kata Nama - tempat bertugas/daerah
  • kedutaan, kementerian, kepresidenan,
    kerajaan, kesultanan
  • - hal tentang sesuatu
  • keagamaan, kebahasaan, kebangsaan,
    kebendaan, kebudayaan, kedoktoran,
    kehakiman, kemanusiaan, kerakyatan,
    ketuhanan, kenabian

88
MAKNA APITAN kean
  • Kata Adjektif - keadaan sifat kata dasar
  • keangkuhan, keanggunan, keceriaan,
    kecantikan, kemesraan, kegigihan,
    kehalusan, keindahan, kejujuran,
    kekosongan, kelemahan
  • - sesuatu/seseorang yang diperlakukan
    dengan kata kerja pasif berawalan di yang
    terbit daripada kata dasar
  • kesukaan, kebanggaan, keperluan,
    kesayangan, kebencian, kegemaran,
    keinginan, kepercayaan

89
MAKNA APITAN kean
  • Kata Kerja - tempat yang diperlakukan seperti
    yang tersebut pada kata dasar yang disertai
    awalan di
  • kediaman, kedudukan, ketiduran
  • - perihal yang tersebut pada kata dasar
  • kedatangan, kehadiran, kejatuhan,
    kekalahan, kemenangan, kepergian

90
APITAN dipeRkan
  • Kata Kerja Pasif
  • Kata Nama dipertuankan (oleh), diperjodohkan
    (oleh), dipersuamikan (oleh), diperdagangkan
    (oleh), kupertuankan, kauperjodohkan, kamu
    persuamikan, daku perdagangkan
  • Kata Kerja diperturunkan (oleh),
    diperhitungkan (oleh), aku perturunkan,
    engkau perhitungkan
  • Apitan dipeRkan membentuk kata kerja pasif.
  • Awalan di pada apitan dipeRkan menjadi penanda
    pasif diri ketiga.
  • Bentuk apitan dipeRkan terhasil daripada
    perubahan bentuk transitif aktif mempeRkan
    kepada bentuk transitif pasif dipeRkan.

91
MAKNA APITAN dipeRkan
  • Kata Nama - Dijadikan sesuatu mengikut kata
    dasar
  • diperdagangkan, dipercabangkan,
    diperabangkan, diperjodohkan,
    diperisterikan, dipertuankan
  • Kata Kerja - Menyebabkan sesuatu perbuatan
    seperti maksud kata dasar
  • dipertontonkan, diperdengarkan,
    dipertemukan, diperhitungkan,
    diperlakukan

92
CATATAN
  • Awalan dipeR kata adjektif untuk menunjukkan
    lebih atau dijadikan bertambah diperkuat,
    diperkemas, diperhalus, diperbesar, diperpanjang
  • Apitan dipeRkan kata nama atau dipeRkan
    kata kerja membawa maksud dijadikan sesuatu
    mengikut kata dasar, dan menyebabkan sesuatu itu
    dilakukan oleh orang lain diperbudak,
    diperlucutkan
  • Diper dan dipeRkan membawa maksud yang berbeda
    dipersuami/dipersuamikan, diperisteri/diperisterik
    an, diperhamba/diperhambakan
  • Kata nama berikut hanya menerima awalan diper
    bukannya apitan diperkan diperalat, diperdaya,
    diperkacang

93
APITAN dipeRi
  • Kata Kerja Pasif
  • Kata Nama diperongkosi (oleh), dipersenjatai
    (oleh), dipertuani (oleh), diperhambai (oleh),
    diperkebuni (oleh, kuperongkosi,
    kaupersenjatai
  • Kata Kerja dipelajari (oleh), diperingati
    (oleh), dipertontoni (oleh), kupelajari,
    kauperingati
  • Kata Adjektif diperbaiki (oleh), diperbaharui
    (oleh), dipersakiti (oleh), kuperbaiki, engkau
    perbaharui
  • Apitan dipeRi membentuk kata kerja pasif
  • Awalan di pada apitan dipeRi menjadi penanda
    pasif diri ketiga
  • Bentuk apitan dipeRi terhasil daripada perubahan
    bentuk transitif aktif mempeRi kepada bentuk
    transitif pasif dipeRi

94
SISIPAN KATA KERJA
  • el getar, bergeletar, menggeletar, gabah,
    bergelabah, menggelabah, gembung, bergembung,
    menggelembung, serak, berselerak, menyelerakkan,
    tekan, menekan, menelekan, jajah, berjelajah,
    menjelajah
  • er gigi, gerigi, begerigi, sabut, serabut,
    berserabut, ketap, keretap,
  • berkeretap, godak, gerodak, bergerodak
  • em kuncup, kemuncup, berkemuncup, guruh,
    gemuruh, bergemuruh, kuning, kemuning,
    berkemuning, gerlap, gemerlap, bergemerlap,
    sebab, semerbak, bersemerbak
  • ed debuk, gedebuk, bergedebuk
  • in sambung, sinambung, berkesinambungan
  • Tiada sisipan yang membentuk kata kerja. Namun,
    kata nama dan kata adjektif yang bersisipan dapat
    membentuk kata kerja melalui proses pengimbuhan.

95
KATA KERJA MAJMUK
  • Kata Kerja beritahu, terima kasih, tolak ansur,
    hapus kira, kenal pasti, lalu lalang
  • Kata Kerja Awalan/Akhiran/Apitan
  • berlatarbelakangkan, mengenalpastikan,
    menyatupadukan, berurus niaga, kenal
    pastikan, bekerjasama, bertanggungjawab,
    mengemaskinikan,
  • memecahbelahkan

96
KATA KERJA MAJMUK
  • Kata Kerja beritahu, terima kasih, tolak ansur,
    kenal pasti
  • Kata Kerja
  • Awalan/Apitan memberitahu, mengemaskinikan,
    mereka bentuk, diuji kaji, berterima kasih,
    bertolak ansur, mengenal pasti, berurus niaga
  • Dalam bahasa Melayu, kata kerja majmuk terhad
    bilangannya.
  • Kata kerja majmuk kebanyakannya terbentuk
    daripada kata nama melalui proses pengimbuhan
    latar belakang / berlatar belakangkan, satu padu
    / menyatupadukan, kerjasama / bekerjasama,
  • tanggungjawab / bertanggungjawab

97
KATA KERJA GANDA
  • Penggandaan Penuh ada-ada, baring-baring,
    duduk-duduk, makan- makan, tidur-tidur,
    gelak-gelak
  • Penggandaan Separa - gandaan kata dasar belakang
  • berjalan-jalan, berada-ada, terkebil-kebil,
  • meminta-minta
  • - gandaan kata dasar hadapan
  • bantu-membantu, kalah-mengalah,
  • kasih-mengasihi, tari-menari
  • Penggandaan Berentak bolak-balik, cerai-berai,
    kumat-kamit, lalu- lalang, mandi-manda
  • Terdapat kata kerja, apabila digandakan berubah
    kelas katanya
  • jemput (KK), jemput-jemput (KN), layang (KK),
    layang-layang (KN)

98
MAKNA KATA KERJA GANDA
  • Melakukan perbuatan untuk bersantai duduk-duduk,
    baring-baring, berehat-rehat, berjalan-jalan
  • Sering atau berkali-kali tergelak-gelak,
    bolak-balik, mandi-manda, menggaru-garu,
    pindah-randah, terhendap-hendap, ulang-alik,
    kumat-kamit
  • Perbuatan yang berlarutan berangan-angan,
    bercita-cita, tergila-gila, mengada-ada
  • Perbuatan yang bersungguh-sungguh
    bertungkus-lumus, bercerai-berai
  • Perbuatan saling berbalasan berpeluk-pelukan,
    bercinta-cintaan, bersalam-salaman,
    berkasih-kasihan

99
KESIMPULAN
  • Kata kerja ialah kata yang menjadi inti bagi
    binaan atau konstruksi frasa kerja, dan dapat
    mewakili seluruh frasa kerja.
  • Ciri kata kerja dapat diperincikan melalui bentuk
    morfologi, perilaku sintaksis dan perilaku
    semantik.
  • Kata kerja bahasa Melayu dapat dibahagikan kepada
    dua, iaitu kata kerja transitif dan kata kerja
    tak transitif.
  • Kata kerja boleh dibentuk berasaskan kriteria
    kata kerja tunggal dan kata kerja turunan/jadian,
    iaitu kata kerja yang mengalami proses
    pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan.
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com