MINGGU 11 - PowerPoint PPT Presentation

1 / 49
About This Presentation
Title:

MINGGU 11

Description:

Title: MINGGU 11 Author: FBMK Last modified by: cheibrahim Created Date: 6/22/2005 2:08:18 AM Document presentation format: On-screen Show (4:3) Other titles – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:139
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 50
Provided by: FBMK
Category:
Tags: minggu

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: MINGGU 11


1
MINGGU 11
MORFOLOGI
2
HASIL PEMELAJARAN
  • Pelajar dapat
  • gt merumuskan maksud morfologi
  • gt membandingkan morfologi dengan leksikografi,
    etimologi, dan sintaksis
  • gt mengenal pasti cara mengenal morfem
  • gt menghuraikan morfem dan jenisnya
  • gt membedakan kata dengan morfem
  • gt mengenal pasti kategori makna gramatikal

3
MORFOLOGI
  • Morfologi berasal daripada bahasa Latin, iaitu
    morf yang bermakna bentuk, dan logos yang
    bermakna ilmu
  • Ilmu yang mengkaji soal yang berhubungan dengan
    selok belok bentuk kata, kemungkinan adanya
    perubahan golongan kata (fungsi gramatik), dan
    kemungkinan perubahan makna kata akibat daripada
    perubahan bentuk kata (fungsi semantik)
  • Morfologi sesuatu bahasa ialah pembentukan
    katanya
  • Bahasa di dunia mempunyai persamaan dan perbedaan
    dalam pembentukan katanya, seperti penggunaan
    imbuhan atau gandaan (bahasa Melayu), atau
    penggunaan kaedah mengubah bentuk dalaman kata
    akar untuk menerbitkan kata baharu (bahasa Arab)
  • Atas dasar pembentukan kata berasaskan
    penggandaan, maka bahasa Melayu digolongkan
    sebagai bahasa aglutinatif

4
MORFOLOGI DAN LEKSIKOLOGI
Leksikologi ( lexicology )
Morfologi ( morphology)
Mengkaji struktur, bentuk dan golongan kata dan
makna yang wujud akibat peristiwa
gramatis Contoh runcing (KA) keruncingan
(KN) meruncingi (KKT) meruncingkan (KKT)
Mengkaji dan menganalisis kosa kata serta makna
dan evolusinya Contoh runcing berhujung
tajam keruncingan perihal runcing meruncingi
meraut meruncingkan membuat jadi runcing
5
Contoh lain
bermasak yang sudah masak bermasak-masak
sedang memasak lauk-pauk bermasakan /
bermasak-masakkan sedang masak ( buah-buahan
) memasak / mempermasakkan mengolah makanan
supaya masak memasak-masak membuat
pelabagai kuih masak-memasak hal / urusan
memasak makanan memasakkan memasak untuk
orang lain atau menjadi masak masakan
apa-apa yang dimasak pemasak orang
yang memasak pemasakan hal
memasak semasak selama masa yang perlu
6
MORFOLOGI DAN ETIMOLOGI
MORFOLOGI
ETIMILOGI
Mengkaji / menyelidik asal usul dan perkembangan
sesuatu kata secara khusus Contoh
kena-berkenan lupa-alpa lekuk-keluk cilik-kecil
saya-sahaya psikologi wisma
Menyelidik peristiwa / kejadian umum yang dapat
dikatakan sebagai sistem bahasa Contoh
melupakan-dilupakan melupai-dilupai memberi-dib
eri memberikan-diberikan kata-mengatakan nyata-men
yatakan
7
MORFOLOGI DAN SINTAKSIS
MORFOLOGI
SINTAKSIS
Mengkaji morfem dan kata Contoh Aminah akan
mengadakan Perjalanan jauh Aminah satu
morfem akan satu morfem mengadakan tiga
morfem meN- ada
kan perjalanan dua morfem
per.an jalan jauh satu
morfem unsur kean dengan tidak adil, tidak
mampu, tidak serasi
Mengkaji frasa, klausa, ayat dan wacana Contoh
Aminah akan mengadakan perjalanan jauh Aminah
subjek akan mengadakan predikat perjalanan
jauh frasa objek Hubungan kata tidak
dengan adil mampu serasi cukup
8
MORFOLOGI
FOKUS KAJIAN
STRUKTUR KATA Susunan bunyi ujaran / tulisan yang
menjadi unit bahasa yang bermakna
BENTUK KATA Rupa unit tatabahasa, sama ada
berbentuk tunggal atau terbitan daripada proses
pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan
PENGGOLONGAN KATA Penjenisan kata berasaskan
persamaan bentuk / rupa dan fungsi / peranan
dengan anggota lain dalam golongan yang sama
9
MORFEM
  • Unit tatabahasa / bentuk yang paling kecil
  • Bentuk yang bermakna leksikal atau fungsian
  • Tiada bentuk lain sebagai unsurnya

ditendang
di tendang ialah morfem kerana tiada lagi
bentuk lain yang lebih kecil daripada bentuk di
dan tendang
10
ALOMORF
baja membaja tadbir mentadbir asas mengasas
langgar melanggar had mengehad
meN
  • meN ialah morfem. Apabila meN ini hadir
    dengan bentuk
  • lain (morfem bebas), maka perubahan bentuk
    terjadi akibat
  • kehadiran fonem awal yang dilekatinya

11
  • Makna morfem ini tetap, walaupun bentuknya
    berubah, iaitu melakukan pekerjaan seperti makna
    kata dasar
  • Oleh itu, bentuk me, men, mem, meng dan menge
    merupakan anggota meN. Anggota morfem seperti
    ini disebut alomorf, dan setiap unsur itu
    disebut morf
  • Alomorf (allomorph) ialah anggota suatu moefem
    yang wujudnya berbeda, iaitu kelainan yang tidak
    distingtif tetapi mempunyai fungsi dan makna
    yang sama
  • Distingtif ialah sifat pembeda ciri sesuatu
    unit linguistik yang membedakan satu unit
    linguistik dengan unit linguistik yang lain

12
CARA MENGENAL MORFEM
  • Morfem dapat dikenali melalui prinsip tertentu
  • Salah satu prinsip yang popular ialah analisis
    konstituen terdekat, analisis unsur langsung
    atau IC ( Immediate Constituent ), iaitu

unsur yang secara langsung dapat membentuk
suatu bentuk yang lebih besar
13
  • Caranya, mencari bentuk yang satu tingkat lebih
    kecil daripada bentuk yang dianalisis,
    berasaskan penggunaannya oleh penutur jati
    bahasa itu
  • Misalnya bentuk kepanasan. Berasaskan
    paradigma, kita dapat
  • tentukan bahawa bentuk dasarnya ialah panas.
    Jika kita gunakan kaedah mencari, mungkin kita
    memperoleh bentuk satu tingkat lebih kecil,
    iaitu kepanas atau panasan
  • Oleh sebab bentuk ini tidak digunakan oleh
    penutur jati bahasa
  • Melayu, maka bentuk ini sewajarnya ditolak.
    Bentuk yang lebih
  • wajar ialah panas

14
  • Cara pembentukannya dapat digambarkan seperti
    berikut

ke
panas
an
kepanasan
  • Bentuk kepanasan mengandung dua morfem, iaitu
    ke.an
  • dan panas
  • Bentuk menjalankan mengandung dua
    morfem, iaitu menkan
  • dan jalan

jalan
men
kan
menjalankan
15
JENIS MORFEM
Morfem Bebas
Morfem yang dapat berdiri sendiri sebagai satu
kata, dan mempunyai makna yang tersendiri, serta
berfungsi dalam ujaran. Bentuk ini tidak
memerlukan kata lain. Contoh
ikan, meja, baju, kertas, manusia, jalan, wanita
Morfem Terikat
Morfem yang tidak boleh berdiri sendiri sebagai
kata, dan hanya wujud sebagai imbuhan yang
dilekatkan dengan morfem lain untuk membentuk
kata yang berfungsi dalam ujaran, seperti ber,
kan, kean, mem, per, an Contoh
ber jalan berjalan tulis kan tuliskan ke
tulang an ketulangan
16
Morfem Dasar
Morfem berfungsi sebagai dasar untuk membentuk
morfem yang lebih besar, iaitu kata terbitan.
Contoh
ber buru berburu buru ialah morfem dasar
untuk kata berburu ke adil an keadilan
adil ialah morfem dasar untuk kata keadilan
Morfem Kecuali
Morfem yang kehadirannya tidak menjejaskan morfem
dasar yang dilekatinya. Contoh
mem berangkat kan berangkat kan berangkat
Morfem mem dan kan ialah morfem kecuali
17
Morfem Wajib
Morfem yang perlu dilekatkan morfem lain untuk
membolehkannya berfungsi dalam ujaran. Contoh
juang daya juang berjuang memperjuangk
an perjuangan temu temu duga janji
temu temu janji bertemu menemukan
menemui kesejukan kesejuk sejukan ke dan
an tidak berfungsi jika salah satunya tiada
18
Morfem Tidak Wajib
Morfem yang tanpa kehadirannya, morfem lain masih
boleh berfungsi dalam ujaran. Contoh
di dimakan
Morfem Tertutup
Morfem yang tidak menerima morfem lain untuk
membentuk kata yang berfungsi dalam ujaran.
Contoh
yang dan bahawa berkepemimpinan berkesudahan
19
Morfem Terbuka
Morfem yang masih memungkinkan morfem lain untuk
melekat pada morfem itu, dan dapat menerbitkan
makna lain. Contoh
kesudahan gt berkesudahan pemimpin gt
kepemimpinan banyak gt kebanyakan
bersih gt kebersihan indah gt keindahan gt
memperindah
Morfem Unik
Morfem yang kehadirannya terhad pada morfem
tertentu sahaja. Contoh
kering kontang pucat lesi merah menjahang hitam
legam
Kontang, lesi, menjahang dan legam tidak dapat
digabungkan dengan unsur lain
20
Morfem Intonasi
Pola intonasi yang membedakan pelbagai jenis
ujaran. Contohnya intonasi menaik dalam ayat
tanya tanpa kata tanya. Contoh
Sudah bertunang ? Anda hendak makan ?
Morfem Terbahagi
ke ada an gt keadaan mem besar
gt membesar mem besar kan gt
membesarkan mem per besar gt memperbesar pe
pimpin gt pemimpin ke pe pimpin
an gt kepemimpinan meng ubah gt mengubah Meng
ubah kan gt mengubahkan me tunjuk kan gt
menunjukkan
21
Morfem Kosong
Morfem yang berubah fungsi tatabahasa dengan
tidak mengubah bentuk. Contoh
deer deer rusa sheep sheep kambing
biri-biri saudara saudara
Deer dan sheep tunggal atau jamak sama sahaja.
Begitu juga saudara yang bermaksud tunggal
dengan saudara yang bermaksud jamak. They hit me.
Kata hit sama untuk kini dan kini
Morfem Tunggal morfem yang terdiri daripada satu
morfem. Contoh
duduk, bangun, makan, minum, jatuh
Morfem Kompleks
Morfem yang terdiri daripada dua morfem atau
lebih. Contoh
temu duga, perjalanan, ketua polis negara
22
IMBUHAN
  • Unit/unsur tertentu (morfem terikat) yang
    ditambah/dilekatkan pada unsur/bentuk lain, sama
    ada bentuk dasar atau bentuk akar kata untuk
    mewujudkan satu kata lain, yang berfungsi dalam
    ujaran, serta mengakibatkan perubahan makna
    ketatabahasaan kata baharu yang terhasil itu
  • Jenis imbuhan dapat diasaskan kepada tiga
    kriteria, iaitu posisi, keproduktifan, asal
  • Berasaskan posisi, imbuhan dapat dibahagikan
    kepada lima, iaitu awalan, akhiran, sisipan,
    apitan, dan gabungan

23
  • Awalan ialah imbuhan yang diletakkan pada awal
    kata akar atau
  • kata dasar untuk membentuk kata

ber tambah gt bertambah ter
senyum gt tersenyum mem bantu gt membantu pe
laksana gt pelaksana per sada gt persada
  • Akhiran ialah imbuhan yang diletakkan pada akhir
    kata akar atau kata dasar untuk
    membentuk kata yang berfungsi dalam ujaran.
    Contoh

lari an gt larian gemar i gt gemari sejuk
kan gt sejukkan butir an gt butiran awas
i gt awasi mandi kan gt mandikan
24
  • Sisipan ialah imbuhan yang diletakkan pada
    tengah kata akar atau kata dasar (morfem dasar
    yang dimulai konsonan) untuk membentuk kata yang
    berfungsi dalam ujaran. Contoh

er gigi gt gerigi em guruh gt gemuruh el
gegar gt gelegar in sambung gt
berkesinambungan
  • Apitan ialah imbuhan yang terdiri daripada
    gabungan serentak awalan dan akhiran untuk
    mengiringi kata akar atau kata dasar
  • (pengimbuhan serentak) untuk membentuk kata yang
    berfungsi dalam ujaran. Contoh

ke aib an gt keaiban pe laksana an
gt pelaksanaan me tunjuk kan gt menunjukkan
me wujud kan gt mewujudkan ke silap an
gt kesilapan
25
  • Gabungan ialah imbuhan yang terdiri daripada dua
    atau lebih imbuhan
  • yang tidak perlu hadir serentak untuk
    membentuk kata yang berfungsi
  • dalam ujaran. Contoh

mem per lebar gt memperlebar mem per
indah gt memperindah di per luas gt
diperluas
  • Berasaskan keproduktifan, imbuhan dilihat dari
    sudut produktif dan
  • nonproduktif. Imbuhan produktif ialah imbuhan
    yang mempunyai
  • keupayaan untuk dilekatkan pada morfem lain
    untuk membentuk kata
  • yang berfungsi dalam ujaran

meN me ledak gt meledak men ternak
gt menternak mem bawa gt membawa meng galas gt
menggalas menge ram gt mengeram di di jual
gt dijual di guna kan gt
digunakan an lapis an gt lapisan suku
an gt sukuan
26
  • Imbuhan nonproduktif ialah imbuhan yang tidak
    berkeupayaan untuk
  • dilekatkan pada morfem lain. Contoh

el tunjuk gt telunjuk, em gilang gt
gemilang, er gigi gt gerigi
  • Berdasarkan asalnya, imbuhan dapat dibahagikan
    kepada dua, iaitu
  • imbuhan asli dan imbuhan pinjaman.
  • Imbuhan asli ( jati ) ialah imbuhan yang berasal
    daripada bahasa ibunda
  • penutur. Contoh dalam bahasa Melayu ialah

ber rantai gt berantai me nanti gt
menanti ter cinta gt tercinta per tapa
gt pertapa pe laris gt pelaris di
sunting gt disunting hangat kan gt
hangatkan akhir i gt akhiri ed gebuk gt
gedebuk ke gelap an gt kegelapan
27
  • Imbuhan asing ialah imbuhan yang belum berupaya
    keluar daripada
  • lingkungan bahasa imbuhan itu. Contoh

hadir in gt hadirin, hadir at gt hadirat,
muslim in gt muslimin, muslim at gt muslimat,
ustaz ah gt ustazah
  • Imbuhan serapan ialah imbuhan yang berasal
    daripada bahasa lain
  • (yang bukan bahasa penutur) tetapi imbuhan
    ini sudah dianggap sebati
  • dengan bahasa penutur, iaitu imbuhan ini
    sudah berupaya keluar daripada
  • lingkungan bahasa asal.

budaya wan gt budayawan seni man gt
seniman karya wan gt karyawan seni wati gt
seniwati harta wan gt hartawan derma
wan gt dermawan
28
KATA
  • Kata mempunyai ciri yang berikut
  • satuan bebas yang paling kecil
  • dua satuan bebas, iaitu satuan fonologi dan
    satuan gramatis
  • mempunyai makna lengkap
  • dapat berdiri sendiri dalam ayat
  • Satuan fonologi bermaksud kata terdiri daripada
    satu atau beberapa suku kata, dan suku kata itu
    sendiri terdiri daripada satu atau beberapa fonem
    yang wujud sebagai unsur atau konstituen dalam
    ayat. Contoh

ber ma lam gt 3 suku kata ber gt 3 fonem
/b/, /e/, /r/ ma gt 2 fonem /m/, /a/ lam gt 3
fonem /i/, /a/, /m/ bermalam gt 8 fonem
29
  • Satuan gramatis bermaksud kata terdiri daripada
    satu atau beberapa
  • morfem yang wujud sebagai unsur atau
    konstituen dalam ayat. Contoh

bermalam gt 2 morfem ber
malam kemalaman gt 2 morfem kean
malam berkepemimpinan gt 4 morfem ber,
ke.an, pe pimpin
  • Satuan fonologi dan satuan gramatis ini
    menunjukkan bahawa definisi
  • kata berdasarkan kriteria
  • makna
  • fonologi (tanda sebagai gabungan arbitrari
    antara representasi
  • fonologi yang utuh dan distingtif dengan
    makna)
  • - fungsi sebagai unsur minimum yang bebas

30
  • Pokok kata bermaksud satuan yang tidak dapat
    berdiri dalam ujaran
  • biasa, dan secara gramatis tidak bersifat
    bebas
  • Satuan ini tidak termasuk dalam golongan imbuhan
    kerana satuan ini
  • mempunyai sifat tersendiri, dan dapat
    dijadikan bentuk dasar. Contoh

temu gt bertemu juang gt pejuang,
berjuang tawa gt ketawa ambil gt ambilan,
mengambil main gt bermain, mainan jabat gt
jabatan, pejabat baca gt membaca,
bacaan sandar gt penyandar, bersandar alir gt
aliran
31
  • Berikut ialah contoh kata satuan bebas

kertas, baju, mentah, nasi, jagung, kenegaraan,
warganegara, tanggungjawab, tamadun,
ketidakadilan, kebahagiaan, kesedihan,
kesepakatan, berdarmawisata, sabun, dirgahayu,
kesinambungan, toksid, abstrak, tekal, lestari,
matra, citra, matahari, bulan,bintang, dewa,
raja, menteri, sultan, sabut, indah, cantik,
menawan, buku, almari, berkelah, menghadap,
bertanya, pintu, belakang, hadapan, pagar,
rumah, batu, anjung, bumbung, tangga, kereta api,
alat tulis
32
  • Berikut ialah contoh kata yang bukan satuan
    bebas, tetapi bersifat satuan
  • bebas. Oleh itu, dianggap satuan bebas

dari, daripada, sangat, amat, paling, nian,
begitu, kepada, kerana oleh, sebagainya, juga,
sungguhpun, sekalipun, namun, pada,
paling, walau, bagaimana, dapat, boleh, ialah,
adalah, maka, al-kisah, memang, biar, jika,
jikalau
  • Berikut ialah contoh dua satuan bebas

jatuh hati, masuk hantu, rampas kuasa, tumbuk
rusuk, luar musim, racun serangga, luar negara,
rumah sakit, rumah putih
33
BENTUK KATA
  • Dari segi bentuknya, kata dapat dibahagikan
    kepada kata akar, kata dasar, kata selapis, kata
    terbitan, kata ganda dan kata majmuk
  • Kata akar ialah kata yang tidak menerima apa-apa
    imbuhan, gandaan dan yang bukan unsur kata
    majmuk. Contoh meja, kerusi, orang, makan,
    tendang, adil, bahagia
  • Kata dasar ialah kata akar yang menjadi dasar
    kepada sesuatu kata, iaitu apabila kata akar itu
    diberikan imbuhan atau digandakan. Kata dasar
    mungkin berupa kata, pokok kata, frasa, kata
    kata, kata pokok kata, dan pokok kata pokok
    kata

34
  • Contoh bentuk kata dasar

Bentuk akar / dasar Bentuk dasar Bentuk dasar
pakai sudah oleh tua pakaian kesudahan peroleh ketua ke tepi anak tiri berpakaian berkesudahan pemerolehan pengetua mengetepikan dianaktirikan

35
KATA SELAPIS
  • Kata selapis ialah kata yang tidak perlu
    diberikan imbuhan, walaupun digunakan dalam
    bahasa formal
  • Kata ini juga dikenali dengan nama kata tunggal.
    Contoh pergi, datang, tidur, bangun, mandi
  • gt orang itu telah pergi ke seberang
  • gt dia datang sejak awal pagi
  • gt anaknya telah bangun
  • gt isterinya mandi di sungai

36
KATA BERIMBUHAN
  • Kata yang dihasilkan daripada proses memberikan
    salah satu imbuhan kepada kata dasar, iaitu kata
    yang mengalami perubahan bentuk akibat kehadiran
    imbuhan pada awal, tengah atau akhir, sama ada
    secara gabungan atau apitan. Contoh
  • me tarik gt menarik
  • ber temu gt bertemu
  • el getar gt geletar
  • masak kan gt masakkan
  • ke adil an gt keadilan
  • ke sesak an gt kesesakan

37
pertapaan
AKAR
daratan pengeposan
TUNGGAL
KATA DASAR YANG MENERIMA IMBUHAN
keberkesanan keberuntungan
TERBITAN
berdaya serap keibubapaan
MAJMUK
ketidaksempurnaan ketidakmampuan
RANGKAI KATA
38
KATA GANDA
  • Kata ganda ialah kata yang terbentuk daripada
    kata yang diulang
  • atau digandakan sebahagian atau seluruhnya
  • Berdasarkan ini, kata ganda dapat dibahagikan
    kepada empat jenis,
  • iaitu
  • Penggandaan seluruh, sama ada kata selapis atau
    kata terbitan.
  • Contoh

pohon-pohon, kuda-kuda, kejadian-kejadian,
kegiatan-kegiatan, fikiran-fikiran Terdapat juga
kata ganda penuh yang unsur dasarnya tidak
digunakan secara sendirian mata-mata, rama-rama,
anai-anai, paru-paru, ubun-ubun, kisi-kisi,
kuda-kuda, langit-langit, labah-labah, agar-agar,
layang-layang, kura-kura (kata dalam golongan
ini tidak dapat dianggap sebagai kata ganda)
39
  • Penggandaan separa atau penggandaan suku kata
    pertama yang
  • terjadi pada kata nama dua suku kata.
  • Contoh

tetangga, tetamu, leluhur, tetirah, lelaki,
tetuan, jejari, pepohon, tetikus
Penggandaan berirama, berlaku pada seluruh kata.
Yang mengalami perubahan ialah suku kata salah
satu unsur penggandaan, yang mewujudkan kesan
rima pada aliterasi vokal atau konsonan. Contoh
gerak-gerik, bukit-bukau, huru-hara, sayur-mayur,
batu-batan, lauk-pauk
40
  • Penggandaan kata dasar terjadi pada kata kerja
    terbitan, kata adjektif, kata nama dan kata
    bilangan. Imbuhan tidak diulang sama sekali.
  • Contoh

bermanja-manja, tarik-menarik, melihat-lihat,
terkebil-kebil, dibelek-belek, sedalam-dalam,
setinggi-tinggi, seadil-adil, tanam-tanaman
(tanaman-tanaman), tumbuh-tumbuhan
(tumbuhan-tumbuhan), berdua-dua, keempat-empat
41
KATA MAJMUK
  • Kata yang dibentuk daripada penggabungan dua kata
    atau lebih untuk memberikan makna baharu.
    Contohnya jam tangan ialah kata majmuk yang
    terdiri daripada kata jam dan tangan. Makna jam
    tangan berbeda daripada makna jam dan tangan yang
    menjadi komponennya
  • Kata majmuk boleh berfungsi sebagai kata nama
    majmuk (matahari), kata kerja majmuk (mengemas
    kini), kata adjektif majmuk (sunyi sepi), kata
    sendi majmuk (daripada), kata penghubung majmuk
    (bagaimanapun), adverba majmuk (begini, begitu)
  • Kata majmuk boleh dibentuk daripada kelas kata
    yang sama atau kelas kata yang berbeda. Contoh
  • KN KN (janji temu, tali leher), KN KK (air
    terjun, beg galas),
  • KA KN (setiausaha, perdana menteri), KK KK
    (lalu lintas, ambil alih),
  • KK KN (reka bentuk, uji kaji), KN KA (temu
    janji, urus setia)

42
MORFOFONEMIK
  • Kajian tentang peristiwa perubahan fonem akibat
    pertemuan morfem
  • dengan morfem yang menghasilkan kata, dan kata
    dengan kata yang
  • menghasilkan frasa
  • Morfofonemik dapat dibahagikan kepada dua, iaitu
  • morfofonemik kata
  • morfofonemik frasa
  • Morfofonemik kata ialah perubahan fonem akibat
    pertemuan morfem
  • yang mewujudkan kata. Contoh

me tari menari me tulis menulis me
sayang menyayang me suci menyuci
43
  • Morfofonemik frasa ialah perubahan fonem akibat
    satu
  • kata yang diikuti kata lain yang mewujudkan
    frasa
  • Contoh

putito telur mohutodu busuk putitaa
mohutodu telur busuk
44
MORFEM DAN MAKNA GRAMATIKAL
  • jumlah Banyak bahasa yang membedakan kategori
    tunggal dengan jamak (BI) dan kategori dualis
    (BA). Contohnya student (students), class
    (classes), muslimun (seorang muslim),
    muslimani (dua orang muslim), muslimuna
    (orang-orang muslim)
  • jenis Imbuhan pada kata nama atau kata adjektif
    menunjukkan kategori maskulin atau feminin.
    Contohnya (BA), kabirun (besar)- maskulin,
    kabiratun (feminin), jadidun (baru)
    maskulin, jadidatun (feminin). (BS) la mujer
    buena (wanita itu baik), el hombre bueno (pria
    itu baik). (BP) le chapeau (topi) maskulin, la
    chapeau (topi) feminin, noir (hitam) maskulin,
    noire (hitam) feminin)

45
MORFEM DAN MAKNA GRAMATIKAL
  • milik Milik dinyatakan dengan afiks. (BM)
    terdapat penanda milik ku, kau, mu, dan nya.
    Contohnya rumahku, kasutmu, bukunya Milik
    juga dinyatakan dalam bentuk yang lain seperti
    kasut emak, susu adik, bank negara
  • kala Waktu terjadinya suatu perbuatan, lampau
    atau akan datang. (BI) dinyatakan dengan afiks.
    Contohnya walk/walks, walked, have walked, be
    walking talk/talks, talked, have talked, be
    talking (BJ) berjalan arukimasu (sekarang),
    arukimasita (lampau), pergi ikimasu
    (sekarang), ikimasita (lampau), datang kimasu
    (sekarang), kimasita (lampau), masuk hairimasu
    (sekarang), hairimasita (lampau)

46
MORFEM DAN MAKNA GRAMATIKAL
  • aspek Kategori makna seperti kontinuatif
    (perbuatan terus berlangsung), progresif
    (perbuatan sedang berlangsung), inseptif
    (perbuatan baru bermula), sesatif (perbuatan
    sudah selesai), repetitif (perbuatan
    berulang-ulang). (BM) memukuli, mencubiti,
    menembaki, menciumi, berguguran
  • diatesis Hubungan antara pelaku dengan
    perbuatan. Aktif (jika subjek yang melakukan
    perbuatan), pasif (jika subjek menjadi tumpuan
    perbuatan), refleksif (jika subjek berbuat atas
    dirinya sendiri), resiprokal (jika subjek lebih
    daripada satu berbuat berbalasan), kausatif
    (jika pelaku menjadi penyebab perbuatan),
    transitif (jika perbuatan bertujuan), dan
    songsang (jika predikat atau bahagian predikat
    dipentingkan). Contohnya (BM) mencukur,
    memotong dicukur, dipotong, bercukur, berhias,
    berpelukan, memasuki, memasukkan

47
MORFEM DAN MAKNA GRAMATIKAL
  • orang Kategori makna seperti orang pertama
    (pembicara), orang kedua (lawan bicara atau
    pendengar), orang ketiga (yang dibicarakan).
    Contoh bahasa Swahili (Afrika Timur)
    menggunakan afiks, wamempiga (mereka telah
    memukulnya), tumempiga (kami telah
    memukulnya), nimempiga (saya telah
    memukulnya), umempiga (kamu telah memukulnya),
    amempiga (Ia telah memukulnya)
  • modus Suasana psikologi suatu perbuatan seperti
    yang ditafsirkan oleh pembicara. Modus
    indikatif atau deklaratif (sikap objektif atau
    neutral), optatif (harapan), interogatif
    (pertanyaan), kondisional (persyaratan), dan
    imperatif (perintah). (BM) sila, jangan, usah
    (bahasa Jawa) tulisen (tulislah), bakaren
    (bakarlah), simpenen (simpanlah), ajaren
    (ajarlah), sapunen (sapulah), jaganen (
    jagalah), tatanen (aturlah), godhanen
    (godalah)

48
KESIMPULAN
  • Morfologi ialah ilmu yang mengkaji soal yang ada
    hubungannya dengan selok belok bentuk kata,
    fungsi gramatik dan fungsi semantik
  • Morfologi berbeda dengan leksikografi, etimologi
    dan sintaksis
  • Morfem dapat dikenal pasti menerusi ciri tertentu
  • Antara jenis morfem ialah morfem bebas, terikat,
    dasar, wajib, tidak wajib, terbuka, intonasi, dan
    kosong
  • Imbuhan terbahagi empat, iaitu awalan, sisipan,
    akhiran dan apitan
  • Dari segi bentuk, kata terdiri daripada kata
    akar, kata dasar, kata selapis, kata terbitan,
    kata ganda dan kata majmuk
  • Makna gramatikal bermacam-macam bergantung pada
    perbedaan bahasa dan warna makna, pemilihan
    sarana atau alat pengungkap makna, dan lainnya

49
KATA BIJAK PANDAI
KEBAHAGIAAN TIDAK BERGANTUNG PADA SIAPA ANDA, DAN
APA YANG ANDA MILIKI, MELAINKAN BERGANTUNG PADA
APA YANG ANDA FIKIRKAN
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com