BAB 1 KONSEP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN - PowerPoint PPT Presentation

1 / 26
About This Presentation
Title:

BAB 1 KONSEP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Description:

KONSEP PENGAJARAN Aktiviti atau proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran Aktiviti ... proses meneroka dan mencari maklumat dan ... – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:238
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 27
Provided by: Aza60
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: BAB 1 KONSEP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


1
BAB 1KONSEP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
2
KONSEP PENGAJARAN
  • Aktiviti atau proses yang berkaitan dengan
    penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran
  • Aktiviti seperti perancangan, pengelolaan,
    penyampaian, bimbingan dan penilaian

3
THOMAS F. GREEN
  • Tujuan mengajar ialah menukar tingkah laku dan
    kelakuan pelajar melalui perolehan ilmu
    pengetahuan atau kepercayaan baru.
  • Aktiviti latihan atau pelaziman merupakan usaha
    untuk menukarkan tingkah laku pelajar, manakala
    teknik tunjuk ajar atau indoktrinasi adalah untuk
    menyebarkan ilmu pengetahuan dan kepercayaan baru.

4
PENGERTIAN PENGAJARAN
  • Sebagai perkataan pencapaian (An achievement
    word) ataupun perkataan tugasan (A task word).
  • Ertinya ialah sesuatu aktiviti yang meliputi
    pengajaran guru dan pembelajaran, ataupun
    pengajaran merupakan sesuatu tugasan.
  • Ahli falsafah di negeri China berpendapat
    pengajaran ialah sesuatu tugasan yang
    bertanggungjawab menyebarkan budaya dan ilmu
    pengetahuan, melatih tenaga kemahiran dan
    menjelaskan keraguan.

5
PERKEMBANGAN PENGERTIAN PENGAJARAN
  • 1. Pengajaran sebagai suatu proses
  • - konsep pengajaran boleh dihuraikan sebagai
    sesuatu proses yang berkaitan dengan penyebaran
    ilmu pengetahuan atau kemahiran supaya
    murid-murid dapat mempelajari dan menguasainya
    dengan berkesan
  • - proses pengajaran harus dilaksanakan
    secara sistematik mengikuti langkah-langkah yang
    sesuai seperti perancangan, pelaksanaan dan
    penilaian

6
  • 2. Pengajaran sebagai suatu bidang komunikasi
  • - kerana pengajaran meliputi aktiviti
    perhubungan dan interaksi di antara guru dengan
    murid.
  • - pengajaran hanya boleh berlaku apabila
    guru dapat berkomunikasi dengan murid secara
    langsung dalam bilik darjah (interaksi dua hala).

7
3. Pengajaran sebagai suatu bidang sains
  • - pengajaran yang berkesan hanya
  • boleh berlaku atas penggunaan
  • prinsip-prinsip dan kaedah-kaedah
  • yang telah dikaji dan diuji oleh pakar-pakar
    pendidik
  • - Segala aktiviti perancangan,
  • pengelolaan, penyampaian dan
  • penilaian dilaksanakan secara
  • sistematik

8
  • - Berlandaskan prinsip, teori dan kaedah
    mengajar yang disarankan oleh pakar-pakar
    pendidik.
  • - Berlandaskan hasil kajian atas psikologi
    perkembangan murid dari segi intelek dan emosi
    mereka.

9
  • 4. Pengajaran sebagai suatu bidang seni
  • - kerana ia melibatkan emosi, nilai dan
  • tingkah laku manusia.
  • - ini kerana setiap individu mempunyai
  • potensi intelek, emosi, rohani dan
  • jasmani yang tersendiri.
  • - guru harus mempunyai bakat atau seni
  • mengajar iaitu boleh mengubahsuai
  • model dan teori pengajaran-
  • pembelajaran sesuai dengan
  • kebolehan murid-murid yang berbeza.

10
PROSES PENGAJARAN
11
PENGAJARAN
  • DEFINISI
  • Tugasan dan aktiviti yang dilakukan bersama
  • oleh guru dan murid.
  • Di rancangkan oleh guru secara sistematik dan
    teliti
  • Di laksanakan menggunakan kaedah dan teknik yang
    sesuai.
  • Proses membimbing,menggalak dan memotivasikan
    murid supaya lebih inisiatif untuk belajar.

12
  • Ada rancangan mengajar, objektif pelajaran,
    tempat belajar, alat bantu mengajar, strategi,
    kaedah dan teknik mengajar.
  • Proses libatkan interaksi dua hala antara guru
    dan murid dalam aktiviti PP.
  • Strategi dan teknik pengajaran ada unsur sains
    dan seni.

13
KONSEP PEMBELAJARAN
  • Proses pembelajaran berlaku dari semasa ke
    semasa,secara formal atau tidak formal.
  • Berlandaskan kepada empat mazhab teori
    pembelajaran iaitu
  • Mazhab Behavioris
  • Mazhab Kognitif
  • Mazhab Sosial
  • Mazhab Humanis

14
Mazhab Behavioris
  • Parlov,Thorndike dan Skinner.
  • Pembelajaran berkait dengan perubahan tingkah
    laku.
  • Teori dihasilkan daripada pemerhatian dan ujian
    ke atas haiwan di dalam makmal.
  • Rangsangan dan gerak balas hasilkan perubahan
    tingkah laku.
  • Tingkah laku boleh diperhatikan,dikawal dan
    diramal.

15
Mazhab Kognitif
  • Kohler,Bruner,Gagne dan Ausubel.
  • Pembelajan adalah suatu proses dalaman yg berlaku
    dalam akal fikiran
  • Proses yang tidak dapat dilihat secara langsung
    daripada tingkah laku manusia.
  • Kajian terhadap pelbagai jenis pembelajaran dalam
    proses penyelesaian masalah dan celik akal
    mengikut peringkat umur dan kebolehan pelajar.
  • Dikenali juga sebagai Teori Gestalt
    (bentuk,pola,tatarajah)
  • Tertumpu kepada cara pembelajaran seperti
    pemikiran celik akal,penyelesaian
    masalah,penemuan,kategori pembelajaran dan
    resepsi.
  • Manusia mempunyai struktur kognitif,otak akan
    menyusun maklumat dalam ingatan sewaktu proses
    pembelajaran.

16
Mazhab Humanis
  • Pembelajaran manusia bergantun kepada emosi dan
    perasaannya.
  • Setiap individu ada cara belajar yang berbeza.
  • Strategi PP hendaklah mengikut kehendak dan
    perkembangan emosi pelajar.
  • Mengikut ahli mazhab humanis,termasuk Carl
    Rogers,individu mempunyai potensi dan keinginan
    untuk capai kecemerlangan kendiri.
  • Guru perlu menjaga kendiri pelajar dan beri
    bimbingan supaya potensi dapat dikembangkan
    ketahap optimum.

17
PENGERTIAN PEMBELAJARAN
  • BELAJAR memperoleh ilmu pengetahuan,kemahiran.(K
    amus Dewan 1992)
  • Manusia guna deria untuk dapat rangsangan dan
    ilmu pengetahuan dari persekitaran.
  • Deria akan memilih rangsangan yang sesuai untuk
    diproses di otak menjadi pengalaman _at_ilmu yg
    bermakna,seterusnya diamalkan mengikut situasi
    yang sepadan.

18
Proses Pembelajaran berlaku berperingkat-peringkat
4.Membentuk pengalaman atau ilmu pengetahuan
2.Pemilihan rangsangan yang sesuai oleh organ
deria
6.Perubahan tingkah laku.
1.Rangsangan- rangsangan
3.Pemikiran erti rangsangan dalam otak.
Mengamalkan dalam situasi yang sepadan
19
  • Mengikut mazhab behavioris,perubahan tingkah laku
    sebagai hasil proses pembelajaran kerana berlaku
    perhubngan stimuli (rangsangan)
  • Melalui proses pelaziman,perhubungan baru
    terbentuk hasil hubungkait stimuli dgn
    tindakbalasnya yang akhirnya hasilkan perbahan
    tingkah laku.
  • Wujud tindak balas terhadap rangsangan baru
    bermulanya pembelajaran.
  • Berterusan sekiranya terdapat motivasi.
  • Proses berakhir apabila tingkah laku dapat
    dibentuk dan dikekalkan.
  • Mazhab kognitif percaya proses kognitif hasilkan
    perubahan tingkah laku dalam pelajaran.
  • Berpendapat pembelajaranadalah proses kognitif
    untuk hubungkan perkara di persekitaran.

20
  • Berpendapat belajar bukan percubaan tetapi ada
    objektif dan motif tertentu.
  • Bukan saja melibatkan perhubungan stimuli-tindak
    balas,tetapi kefahaman terhadap keadaan dan
    perkara pokoknya.
  • Menurut mazhab kognitif,pembelajaran berlaku
    sekiranya pelajar ada cukup pengalaman yang
    berkaitan untuk pelajari pengalaman baru.
  • Pelajar juga perlu ada motif serta berinisiatif
    sendiri untuk jalankan aktiviti pembelajaran.

21
DEFINISI PEMBELAJARAN
22
DEFINISI PEMBELAJARAN
  • Definisi pembelajaran ialah proses dalaman yang
    dialami oleh individu atau seseorang pelajar
    melalui pengalaman, pengetahuan, dan kemahiran
    yang diberikan dan membawa perubahan kognitif dan
    tingkah laku secara kekal.

23
Terdapat pelbagai definisi yang ditafsirkan oleh
ahli-ahli psikologi. Antaranya ialah
Gage dan Berliner (1991) - pembelajaran sebagai
perubahan tingkah laku yang dihasilkan daripada
pengalaman
Bruner (1973), - pembelajaran sebagai proses
aktif iaitu membina idea baru atau konsep yang
berasaskan pengetahuan lalu dan sedia ada.
Ahli kognitif dan konstruktivisme -pembelajaran
sebagai proses meneroka dan mencari maklumat dan
membina kefahaman sendiri.
Ahli Behaviorisme - pembelajaran sebagai
perubahan dalaman yang mengubah tingkah laku
secara agak kekal.
Ramai ahli psikologi pada umumnya mentafsirkan
pembelajaran sebagai proses , melalui latihan
atau pengalaman seseorang individu atau pelajar
yang menghasilkan perubahan tingkah laku yang
kekal.
24
CIRI-CIRI PEMBELAJARAN
  • Merupakan suatu proses melalui peringkat secara
    sistematik.
  • Hasil pembelajaran ialah pembentukkan perubahan
    tingkah laku dari tahap yang rendah kepada yang
    lebih tinggi.
  • Perubahan tingkah laku selepas aktiviti adalah
    lebih stabil dan kekal.
  • Satu proses yang berterusan kecuali jika
    kehilangan motivasi dan motif yang sesuai.
  • Perubahan tingkah laku hendaklah terhasil
    daripada proses pemikiran dan penanggapan dan
    tidak dipengaruhi oleh pertumbuhan fizikal atau
    mental atau akibat pengaruh dadah atau penyakit.
  • Tanpa motif dan motivasi, proses pembelajaran
    akan terhenti.
  • Motif merupakan penggerak dalaman seperti
    sifat ingin belajar untuk
  • kemajuan sendiri. Motivasi pula sebagai penggerak
    luaran seperti dorongan ibu bapa atau guru.

25
PERHUBUNGAN PENGAJARAN DENGAN PEMBELAJARAN
Tujuan utama Pengajaran
  • Mewujudkan aktiviti pembelajaran.
  • Keberkesanan pengajaran bergantung kepada
  • penggunaan kemahiran mengajar.
  • Bertumpu kepada murid untuk
  • merangsang mereka belajar
  • Objektif pengajaran
  • - membawa hasil pembelajaran dengan membentuk
  • perubahan tingkah laku dari satu tahap rendah
    kepada tahap yang lebih tinggi.

26
  • Segala pendekatan, strategi kaedah dan teknik
    mengajar adalah berlandaskan kepada teori-teori
    dan ciri pembelajaran.
  • Proses yang dijalankan terus menerus
    berulang-ulang seumur hidup
  • Dengan adanya proses ini, murid akan mendapat
    manfaat dari pembelajaran dan guru pula
    memperoleh pengalaman tambahan dan dapat
    memperbaiki kelemahan yang terdapat dalam
    pengajarannya dalam aktivti pengajaran dan
    pembelajaran.
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com