PENDEKATAN DALAM PENDIDIKAN MORAL - PowerPoint PPT Presentation

1 / 40
About This Presentation
Title:

PENDEKATAN DALAM PENDIDIKAN MORAL

Description:

Cara Pelaksanaan Cara melaksanakan pendekatan ini ialah seperti yang berikut: Simulasi Perbincangan Sesi refleksi permainan Dalam menggunakan pendekatan ini, ... – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:1226
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 41
Provided by: ppdhlNetk3
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: PENDEKATAN DALAM PENDIDIKAN MORAL


1
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
  • PENDEKATAN DALAM PENDIDIKAN MORAL
  • (KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH)
  • oleh
  • Selvarju Benedict

TRANFORMASI
2
Definisi
  • PENDEKATAN APPROACH
  • Jalan yang diambil - A way to
  • Means of reaching
  • A way of considering/dealing with
  • e.g. a problem a new approach

3
PENGENALAN
  • Pendekatan dalam Pendidikan Moral telah
    diperkenalkan sejak 1960an.
  • Digunakan secara meluas di seluruh dunia.
  • Sesuai jika diubahsuaikan mengikut konteks budaya
    negara kita.
  • Menggabung beberapa pendekatan dan menggunakan
    pendekatan Pendidikan Moral secara eklektik.

4
Fokus Pendidikan Moral
5
GABUNGAN PENDEKATAN
  • Pendekatan memberi beberapa alternatif dalam
    pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral
    yang seharusnya merangkumi ketiga-tiga dimensi
  • 1. penaakulan/pemikiran moral, - kognitif
  • 2. perasaan/emosi moral dan - afektif
  • 3. perlakuan/ tindakan moral. - psikomotor

6
SATU MALAYSIA
  • NILAI-NILAI 1  MALAYSIA
  • Terdapat lapan nilai yang diterapkan dalam konsep
    1 Malaysia. Nilai-nilai murni ini diharap dapat
    menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran
    dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat
    iaitu untuk negara. 
  • 1. Budaya kecemerlangan2. Ketabahan3. Rendah
    hati4. Penerimaan5. Kesetiaan6. Meritokrasi7. 
    Pendidikan8. Integriti

7
PENDEKATAN YANG DICADANGKAN
  1. Pendekatan Penyiasatan Sosial
  2. Pembelajaran Koperatif
  3. Pemupukan Nilai
  4. Analisis Nilai
  5. Penyayang/ Kepedulian (Caring)
  6. Penjelasan Nilai
  7. Berasaskan Kemahiran
  8. Perkembangan Kognitif
  9. Refleksi Kendiri

EKLEKTIK Menggabungkan pelbagai pendekatan
PILIHAN
8
1. PENDEKATAN PENYIASATAN SOSIAL
  • Pendekatan ini membantu murid melibatkan diri
    secara aktif sebagai anggota masyarakat. Melalui
    pendekatan ini, rasa prihatin dan
    bertanggungjawab terhadap sesuatu isu menjadi
    lebih mudah untuk diutarakan kerana murid akan
    merasakan dirinya berada dalam situasi tersebut.

9
Matlamat
  • Pendekatan penyiasatan sosial bermatlamat
  • (a) membolehkan murid berinteraksi dengan orang
    lain,
  • (b) Menggalakkan murid menyiasat suasana sosial
    yang baru

10
Cara Pelaksanaan
  • (a) Penyiasatan terbuka mengembangkan
    interaksi murid dan gurumeningkatkan peluang
    murid berinteraksi dengan murid lain dan juga
    orang dewasa. Murid juga menyiasat interaksi
    sosial dalam suasana baru serta menyelesaikan
    masalah sosial yang dihadapi,
  • (b) Penyiasatan terbimbing oleh guru
    menyiasat aktiviti atau situasi sosial yang baru,
    meransang interaksi dengan orang yang belum
    dikenali dan dalam situasi yang baru untuk
    menyesuaikan diri serta menyelesaikan masalah.

11
  • Antara teknik PP yang sesuai digunakan adalah
    seperti projek, khidmat sosial, lawatan, kajian
    tindakan dan aktiviti yang melibatkan
    pembelajaran berasaskan pengalaman.

12
2. PENDEKATAN KOPERATIF
  • Pendekatan pembelajaran secara koperatif akan
    mewujudkan suasana pembelajaran yang saling
    pengantungan positif di mana pelajar akan bekerja
    dan belajar bersama-sama untuk mencapai sesuatu
    matlamat yang tertentu.

13
Ciri-ciri Pembelajaran Koperatif
  • Pembelajaran koperatif mempunyai ciri-ciri yang
    tertentu yang membezakan daripada aktiviti di
    mana murid berkumpul untuk melakukan sesuatu
    aktiviti seperti yang digambarkan dalam jadual
    yang berikut

14
Pembelajaran Berkumpulan Secara Koperatif
Pembelajaran Berkumpulan SecaraTradisional
  • Tidak saling pengantungan positif
  • Tidak ada akauntabiliti individu
  • Kumpulan yang homogenoues
  • Seorang pemimpin sahaja yang dilantik
  • Bertanggungjawab terhadap diri sahaja
  • Penekanan kepada tugas
  • Kemahiran sosial diajar secara implisit dan
  • kadang kala diketepikan
  • Guru tidak mementingkan fungsi kumpulan
  • Tidak ada proses berkumpulan
  • Saling pengantungan positif
  • Akauntabiliti individu
  • Kumpulan yang heterogenous
  • Bersama-sama memimpin
  • Bersama-sama bertanggungjawab
  • Penekanan kepada tugas dan proses
  • Kemahiran sosial diajar secara langsung
  • Guru memerhati dan membimbing
  • Kumpulan menilai keberkesanan kendiri

15
  • Pendekatan pembelajaran secara kooperatif dapat
    mewujudkan kepekaan terhadap perasaaan dan
    pandangan ahli kumpulan lain dan seterusnya
    kesefahaman dan saling hormat antara satu sama
    lain untuk kebaikan bersama.
  • Segala konflik yang dihadapi oleh kumpulan juga
    akan dapat ditangani secara bekerjasama dan
    bertanggungjawab bersama untuk memastikan bahawa
    kumpulan berjaya.
  • Pendekatan ini amat digalakkan dalam pengajaran
    dan pembelajaran pendidikan moral.

16
3. PENDEKATAN PEMUPUKAN NILAI
  • Fokus utama dalam pemupukan nilai ialah
    menanamkan set nilai budaya masyarakat ke dalam
    diri individu supaya menjamin kesinambungan
    budaya masyarakat tersebut. Set nilai ini
    dianggap sebagai standard tingkah laku moral yang
    patut diamalkan dalam kehidupan harian, sama ada
    secara peribadi atau dalam hubungannya dengan
    orang lain.

17
Cara Pelaksanaan
  • Pendekatan pemupukan nilai boleh dilaksanakan
    melalui cara yang berikut
  • (a) Melalui contoh teladan daripada tokoh-tokoh
  • tempatan, negara dan luar negeri.
  • (b) Pengukuhan perlakuan positif kepada tingkah
    laku
  • yang baik dan dendaan yang sesuai
    bila berlaku
  • nya tingkah laku negatif.
  • (c) Memberi keterangan serta memanipulasi
    keadaan
  • atau pengalaman yang dialami oleh
    pelajar supaya
  • mereka menerima dengan baik sesuatu
    nilai yang
  • dikehendaki.

18
  • Pendekatan pemupukan nilai tidak boleh dikaitkan
    dengan pendekatan indoktrinasi atau propaganda
    yang hanya menekankan penerimaan sesuatu doktrin
    tanpa mengambil kira pemikiran yang rasional.
    Pendekatan pemupukan nilai memberi peluang kepada
    pelajar memahami, menganalisis sesuatu nilai
    sebelum menerima and menghayati nilai tersebut
    yang berlandaskann kepada prinsip moral. Walaupun
    pendekatan ini mudah digunakan, ia lebih
    cenderung kepada pemusatan guru dalam pengajaran
    dan pembelajaran pendidikan moral. Oleh itu,
    guru perlu menggunakan pendekatan lain yang
    memberi peluang yang lebih kepada pelajar
    melibatkan secara aktif dalam pengajaran dan
    pembelajaran pendidikan moral.

19
4. PENDEKATAN ANALISIS NILAI
  • Fokus utama pendekatan analisis nilai ialah
    memberi kemahiran pemikiran yang logik dan
    sistematik dalam penyelesaian sesuatu isu nilai
    seperti isu berkaitan dengan polisi awam (seperti
    keselamatan negara, dadah), hak individu dan alam
    sekitar.
  • Pendekatan ini memerlukan seseorang mengumpul dan
    menimbangkan fakta yang releven sebelum membuat
    sesuatu keputusan.

20
Cara Pelaksanaan
  • Cara melaksanakan pendekatan analisis nilai
    ialah seperti yang berikut.
  • (a) Kenal pasti dan menjelaskan soalan/isu
    nilai
  • (b) Mengumpul fakta/bukti untuk membuat
    pertimbangan nilai
  • (c) Menilai fakta yang relevan dan membuat
    keputusan tentatif
  • (d) Menguji keputusan tentatif dengan situasi
    yang berbeza, meletakkan diri ke dalam situasi
    sebenar atau berdasarkan kepada prinsip moral
    yang sejagat

21
  • Pendekatan ini akan melibatkan pelajar secara
    aktif dalam proses menganalisis nilai secara
    objektif yang berasaskan kepada fakta yang
    relevan. Oleh kerana pendekatan ini menekankan
    kepada lebih kepada aspek kognitif berbanding
    dengan aspek emosi/afektif dalam proses analisis
    nilai, maka guru disarankan agar juga menggunakan
    pendekatan lain dalam pengajaran dan pembelajaran
    pendidikan moral.

22
5. PENDEKATAN PENYAYANG /
KEPEDULIAN (CARING)
  • Pendekatan penyayang/kepedulian atau caring
    dalam pendidikan moral berasaskan kepada kritikan
    pendekatan yang memberi tumpuan kepada konsep
    saling pergantungan dan prihatin dalam sesuatu
    perhubungan dan pertalian dengan orang lain.
  • Pendekatan penyayang ini bertujuan untuk mengekal
    dan mengekuhkan amalan penyayang di dalam diri
    sendiri dan sesiapa sahaja seorang individu itu
    mempunyai perhubungan. Ini bermaksud bahawa
    perkembangan penyayang seorang individu adalah
    sesuatu yang dalaman.

23
Cara Pelaksanaan
  • Cara melaksanakan pendekatan penyayang ialah
    melalui empat aspek yang berikut.
  • (a) Modeling - tumpuan harus diberika kepada
    perkembangan pelajar sebagai seorang yang memberi
    sayang ( carer) dan menerima sayang ( cared for
    ). Melalui teladan, maka konsep penyayang dapat
    ditunjukkan dalam tingkah laku yang mereka boleh
    memerhati dan mengikuti.

24
  • (b) Dialog - diadakan dengan pelajar tentang
    konsep penyayang dengan membimbing pelajar
    membuat refleksi dan menganalisis perlakuan dan
    reaksinya sebagai seorang yang dapat memberi
    sayang (carer) dan perhubungannya dengan orang
    yang memberikan sayang (cared for).

25
  • (c) Amali - mengadakan amali dalam
    menjalankan usaha penyayang bersama dengan model
    dewasa seperti melibatkan dalam khidmat sosial
    atau komuniti.
  • (d) Pengesahan - mengesah dan menggalakkan
    the best in others dalam perhubungan antara
    individu.

26
  • Pendekatan penyayang ini mengembangkan tingkah
    laku moral yang mengekalkan prihatin/penyayang
    dalam masyarakat dengan cara caregiving bukan
    caretaking. Oleh kerana pendekatan ini lebih
    mengutamakan prinsip penyayang ( care) , maka
    guru disarankan supaya menggabungkan pendekatan
    yang mengembangkan prinsip keadilan dalam
    pengajaran dan pembelajaran pendidian moral.

27
6. PENDEKATAN PENJELASAN NILAI
  • Pendekatan penjelasan nilai membimbing pelajar
    menyedari dan kenal pasti tentang perasaan dan
    nilai peribadi dan orang lain serta berkomunikasi
    secara terbuka nilainya kepada orang lain.
  • Pendekatan ini melibatkan penggunaan pemikiran
    rasional dan kesedaran emosi diri dan orang lain
    dalam pembentukan sesuatu set nilai peribadinya.

28
Cara Pelaksanaan
  • Cara melaksanakan pendekatan penjelasan nilai
    merangkumi tiga proses menjelaskan nilai kendiri
    seseorang individu seperti yang berikut
  • a. Proses memilih
  • (i) memilih secara bebas
  • (ii) dari pelbagai pilihan yang sedia ada
  • (iii) menimbangkan kesan-kesan ke atas setiap
  • pilihan

29
Cara Pelaksanaan
  • b. Proses menghargai
  • (i) mengharagi setiap keputusan yang telah
  • diambil
  • (ii) menyatakan secara terbuka
  • c. Proses bertindak
  • (i) bertindak ke atas keputusan yang telah
  • diambil
  • (ii) sentiasa mengamalkan nilai yang
    dipilih
  • secara berterusan dalam kehidupannya

30
  • Dalam mengendalikan pendekatan penjelasan nilai,
    guru berperanan sebagai seorang fasilitator atau
    pembimbing. Guru perlu menerima segala keputusan
    yang telah diambil oleh pelajar tanpa memihak
    kepada mana-mana pelajar . Masalah akan timbul
    sekiranya keputusan pelajar bertentangan dengan
    nilai murni masyarakat Malaysia. Untuk mengatasi
    masalah ini, guru perlu peka dan menggabungkan
    pendekatan ini dengan pendekatan lain (seperti
    analisis nilai) supaya lebih membimbing pelajar
    membuat keputusan yang lebih menepati aspirasi
    masyarakat dan negara.

31
7. PENDEKATAN BERASASKAN KEMAHIRAN
  • Pendekatan ini memberikan keutamaan kepada
    proses sensitiviti beretika, pertimbangan
    beretika, motivasi beretika dan tindakan beretika.

32
Cara Pelaksanaan
  • Cara melaksanakan pendekatan ini ialah
    seperti yang berikut
  • Simulasi
  • Perbincangan
  • Sesi refleksi
  • permainan

33
  • Dalam menggunakan pendekatan ini, seorang guru
    harus menerima pendapat pelajar dengan fikiran
    terbuka dan membimbing mereka mempertingkatkan
    tahap penaakulan moral mereka. Yang menjadikan
    fokus dalam pendekatan ini ialah proses
    (struktur) bukan keputusan (kandungan)Penaakulan/p
    ertimbangan.
  • Oleh kerana pendekatan ini lebih memokuskan
    kepada aspek kognitif moral, maka guru perlu
    menggunakan pendekatan lain supaya aspek emosi
    moral dan perlakuan moral diberikan penekanan
    yang setara.

34
8. PENDEKATAN KOGNITIF
  • Pendekatan perkembangan moral kognitif ini
    bertujuan untuk membimbing seseorang
    mengembangkan pertimbangan moral secara peringkat
    iaitu
  • a. peringkat mematuhi peraturan moral kerana
    takut hukuman oleh pihak yang berautoriti
  • b. peringkat berautonomi di mana keputusan moral
    ialah berasaskan kepada prinsip moral yang
    sejagat.

35
Cara Pelaksanaan
  • Cara melaksanakan pendekatan perkembangan
    moral kognitif ialah seperti yang berikut
  • Mengemukakan satu dilema moral dan soalan
  • probe untuk seseorang berfikir tentang
    beberapa alternative dalam dilemma tersebut.
  • Membuat pilihan moral dan memberi sebab ke
  • atas pilihan tersebut.
  • Berdasarkan kepada sebab yang diberikan
  • tentukan peringkat pertimbangan moral
  • Tambah soalan probe untuk meningkatkan tahap
    pemikiran moral murid.

36
  • Pendekatan ini diasaskan oleh Bebesu, Rest dan
    Narvaez (1999)

37
9. REFLEKSI KENDIRI
  • Pendekatan refleksi kendiri membolehkan murid
    merenung, mereflek dan membuat timbang tara
    tentang sikap serta perlakuan sendiri samada
    diterima atau tidak dalam masyarakat.

38
Cara Pelaksanaan
  • Cara melaksanakan ialah seperti yang berikut
  • Refleksi
  • Simulasi
  • Main peranan
  • dsb

39
  • Pendekatan refleksi kendiri ini penting untuk
    murid mengenali dan membri peluang kepada diri
    sendiri.
  • Murid juga dapat menentukan nilai mereka dalam
    mengenal pasti dan menyelesaikan sesuatu masalah
    moral.

40
KESIMPULAN
  • Pendekatan dalam pendidikan moral yang
    dibentukkan adalah berasaskan kepada pelbagai
    teori yang berkaitan dengan perkembangan moral
    dan pembentukan sahsiahindividu. Dengan
    menguasai pendekatan-pendekatan ini, guru dapat
    memilih teknik pengajaran dan pembelajaran yang
    sesuai untuk mengembang ketiga-tiga aspek dalam
    pendidikan moral iaitu pemikiran moral, perasaan
    moral dan amalan moral. Selain daripada itu,
    seorang guru harus mewujudkan satu suasana atau
    iklim moral dalam pembelajaran dan pembelajaran
    pendidian moral. Iklim atau suasana moral akan
    wujud jika adanya amalan nilai-nilai murni di
    kalangan pelajar dan guru sendiri.
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com