Title: ANJURAN :
1Kursus Pemantapan Pentaksiran Tasawwur Islam 2007
KURSUS TEKNIK MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN TASAWWUR
ISLAM SPM
ANJURAN BAHAGIAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM DAN
MORAL JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN
MORAL KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
2Tasawwur Islam SPM (5226)
Kata Kunci Soalan
Pendahuluan
Contoh Soalan SPM Kertas 2 2006
Pentaksiran Peperiksaan
Format SPM Kertas 1
Kelemahan Calon
Contoh Soalan Kertas 1 2006
Teknik menjawab yang baik
Format SPM Kertas 2
Renungan
Bentuk Soalan Kertas 2
Penutup
3Pendahuluan
- Pelajaran Tasawwur dalam Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah (KBSM) adalah merupakan satu
mata Pelajaran Elektif ( Pilihan) Pelajaran ini
ditawarkan kepada pelajar sekolah menengah atas. - Pelajaran ini selaras dengan matlamat Falsafah
Fendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Islam
yang menekankan perkembangan yang seimbang dan
bersepadu dari segi intelek, rohani, jasmani dan
emosi.
4Pendahuluan
- Mata pelajaran ini memberi peluang kepada
pelajar untuk mendapatkan pengetahuan dan
kefahaman yang lebih mendalam tentang Islam
sebagai cara hidup yang lengkap dan sempurna. - Kurikulum Tasawwur Islam ini bertujuan untuk
memperkembangkan Ilmu pengetahuan yang
menyeluruh dan bersepadu serta memperkembangkan
kemahiran pelajar dari segi berfikir,
berkomunikasi, berinteraksi dan melakukan
sesuatu aktiviti yang berfaedah dan diredai oleh
Allah Taala.
5Penilaian dan Peperiksaan
Matlamat peperiksaan untuk menilai sejauh mana
penguasaan pencapaian objektif mata pelajaran dan
mentafsir pengetahuan serta kemahiran berfikir
secara kreatif dan kritis.
Penilaian Tasawwur Islam di peringkat sekolah
dilaksanakan mengikut format Kendalian Sekolah
Menengah (PKSM) manakala peperiksaan awam
mengikut format Sijil Pelajaran Malaysia yang
diuruskan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.
6Pentaksiran SPM
OBJEKTIF PENTAKSIRAN (OP) MATA PELAJARAN
TASAWWUR ISLAM LEMBAGA PEPERIKSAAN
OP 1 Pengetahuan dan kefahaman tentang
pandangan hidup Islam. OP 2 Pengetahuan dan
kefahaman tentang perundangan Islam. OP
3 Pengetahuan dan kefahaman tentang kaedah
penyelesaian masalah dalam Islam. OP
4 Pengetahuan dan kefahaman tentang cara hidup
Islam. OP 5 Penghayatan tentang cara hidup
Islam. OP 6 Mempunyai sikap bertanggungjawab
kepada agama, bangsa dan negara. OP 7 Mempunyai
sikap sedia berkorban untuk agama,
bangsa dan
negara.
7Pentaksiran SPM
ARAS KESUKARAN ITEM
Item-item yang dikemukakan mempunyai tiga aras
Item yang mempunyai aras kesukaran rendah
Aras R
Item yang mempunyai aras kesukaran sederhana.
Aras S
Item yang mempunyai aras kesukaran yang tinggi.
Aras T
8FORMAT PENTAKSIRAN
Kertas satu berbentuk ujian objektif berstruktur
Kertas 1 (5226/1)
Kertas 2 berbentuk ujian subjektif
Kertas 2 (5226/2)
9PERINCIAN INSTRUMEN PENTAKSIRAN
BIL PERKARA KERTAS 1 KERTAS 2
1 Jenis Instrumen Ujian Objektif Ujian Subjektif
2 Jenis Instrumen Item Objektif Aneka Pilihan mudah Aneka Pilihan Kompleks Item Subjektif Item Respon Terhad Item Berstrukrtur
3 Bilangan Soalan Jenis Soalan (Jawab Semua) i. Bahagaian A 20 soalan Objektif (Aneka Pilihan ) ii. Bahagian B Soalan-Soalan Objektif Berstruktur 7 Soalan ( Jawab lima soalan sahaja, Soalan 1 wajib dijawab dan pilih mana-mana 4 soalan yang lain )
10PERINCIAN INSTRUMEN PENTAKSIRAN
BIL PERKARA KERTAS 1 KERTAS 2
4 Jumlah Markah 40 Markah 100 Markah
5 Tempoh Ujian 1 Jam 15 Minit 2 Jam 30 Minit
6 Wajaran Konstruk Pengetahuan - 50 Pemahaman 50 Pengetahuan 20 Pemahaman 40 Kemahiran 40
7 Cakupan Konteks Mengcakupi semua bidang pembelajaran tingkatan 4 dan 5 Mengcakupi semua bidang pembelajaran tingkatan 4 dan 5
8 Aras kesukaran Rendah R Sederhana S Tinggi T R 50 S 30 T 20 R 50 S 30 T 20
11KERTAS 1 ( 5226/1)
Jenis Instrumen Ujian Objektif 2 Bahagian A B
- Item Soalan
- Aneka Pilihan
- Berstruktur
- Masa
- 1jam 15 minit 75 minit.
- Soalan mengenai semua topik yang telah dipelajari
di tingkatan 4 dan 5
12KERTAS 1 ( 5226/1)
Bahagian A
- 20 Soalan dikemukakan 20 Markah
- Soalan Aneka Pilihan Pilihan A, B, C D
- Pilihan berdasarkan cadangan yang telah diberikan
- Pilihan berdasarkan gabungan beberapa jawapan
yang sesuai
Kertas 1 Bahagian B
13KERTAS 1 ( 5226/1)
14KERTAS 1 ( 5226/1)
15KERTAS 1 ( 5226/1)
16KERTAS 1 ( 5226/1)
Bahagian B ( 20 Markah Soalan 21 40 ) 1.
Tulis Istilah Yang Sesuai 2. Lengkapkan
Pernyataan 3. Lengkapkan Rajah / Carta /
Jadual 4. Tuliskan Hukum / Jenis Ibadat 5.
Benar atau salah 6. Padanan
Tip Untuk Kertas 1
17Lengkapkan Pernyataan
18Lengkapkan Rajah /Carta / Jadual
19Tuliskan Hukum / Jenis Ibadat
20Tandakan Betul atau Salah
21Padanan
22Tulis Istilah Yang Sesuai
23Tulis Istilah Yang Sesuai
24Tip Kertas 1
Bahagian B
Bil Kata Kerja Tahun Tahun Tahun
Bil Kata Kerja 2004 2005 2006
1 Tulis Istilah / Hukum/ Jenis Ibadat P P P
2 Lengkapkan Pernyataan P P
3 Lengkapkan Carta / Rajah / Jadual P P P
4 Padanan P
5 Betul salah P P P
Larangan
25Rumusan
Masa Ceraian Soalan Jenis soalan Jum Soalan Soalan dijawab Tajuk soalan
1 Jam 15 Minit (75 Minit) Bahagian A Soalan aneka pilihan 20 Semua Sukatan pelajaran di tingkatan 4 dan 5
1 Jam 15 Minit (75 Minit) Bahagian B Soalan objektif berstruktur 20 Semua Sukatan pelajaran di tingkatan 4 dan 5
26Larangan ( Kertas 1 )
1. Memberikan jawapan lebih daripada satu
Contohnya i. Menghitamkan lebih daripada
satu jawapan pada soalan yang sama ( A, B dan
sebagainya ) ii. Memberikan jawapan lebih
pada soalan bahagian B ( Objektif berstruktur
) iii. Memberikan jawapan yang berpola
contohnya 15 soalan ditanda A 15
soalan ditanda B
27Jawapan Berpola
Jawapan Berpola
Menghitam lebih daripada 1 jawapan
28Format Kertas 2 Tasawwur Islam S.P.M
- Masa
- 2jam 30 minit 150 minit.
- Item Soalan
- Respon terhad
- Soalan mengenai semua topik yang telah dipelajari
di ting 4 5
Bilangan Soalan 7 Soalan ditawarkan. Jawab 5
soalan sahaja. (Soalan 1 wajib dijawab dan pilih
mana-mana 4 soalan lain)
29Rumusan
Masa Ceraian Soalan Jenis soalan Jum Soalan Tajuk soalan
2Jam 30 Minit (150Minit) Bahagian A Soalan Respon terhad 7 soalan ( Jawab 5 sahaja) Soalan 1 wajib dijawab dan pilh mana-mana 4 soalan lain Sukatan pelajaran di tingkatan 4 dan 5
Sila baca dan ambil perhatian terhadap info
pintar dalam buku teks Ting 5 atau Info Bestari
dalam buku teks Ting 4
30Kata Kunci Yang Selalu Digunakan Dalam Soalan SPM
Kata Kunci 2004 2005 2006
Terangkan 9 10 13
Huraikan 3 3 4
Jelaskan 9 6 1
Berikan - 1 1
Apakah 1 1 2
Nyatakan 6 2 6
Senaraikan 1 2 5
Kemukakan 1 4 -
Bagaimanakah 1 -
Cadangkan - - 1
Jumlah 30 30 33
- Terangkan
- Huraikan
- Jelaskan
- Berikan
- Apakah
- Nyatakan
- Cadangkan
- Senaraikan
- Kemukakan
- Bagaimanakah
31Bentuk-bentuk soalan
Pernyataan
Huraian
Perbincangan
Perbandingan
Penerangan
Pengertian
32Pernyataan
Jawapan bagi soalan jenis pernyataan ini tidak
perlu terlalu panjang. Ia memerlukan fakta yang
tepat dan spesefik sahaja.
Contoh kata kunci soalan penyataan Mengapakah Kemu
kakan Senaraikan Nyatakan. Apakah Berikan
33Contoh Soalan Penyataan
( Mengapakah )
1 Penyelesaian masalah secara Islam
menghidupkan semangat daya juang kepada
individu. Mengapakah semangat daya juang penting
dalam mencapai kecemerlangan dalam akademik
- 1. Sebab semangat daya juang penting dalam
mencapai kecemerlangan akademik. - Menguatkan semangat menghadapi pelajaran
- Memberi keyakinan kepada diri sendiri untuk
berjaya. - Sentiasa gigih memperbaiki kelemahan diri dalam
pelajaran. - Sentiasa konsisten mengikut jadual pembelajaran.
34Contoh Soalan Penyataan
( Kemukakan )
2. Sumbang mahram merupakan perbuatan keji yang
masih berlaku dikalangan masyarakat hari
ini Kemukakan tiga langkah menangani perbuatan
tersebut
2. Tiga langkah menangani perbuatan tersebut
ialah 1. Melaksanakan hukuman mengikut hukuman
Islam / hukum hudud 2. Memberi didikan agama
yang sempurna 3. Menjaga batasan aurat antara
lelaki dan perempuan 4. Mengamalkan akhlak mulia
dalam rumahtangga dan pergaulan 5.
Menguatkuasakan undang-undang / tindakan tegas /
membuat laporan 6. Memberi kesedaran melalui
kempen / ceramah / dakwah 7. Memantapkan
iman 8. Melakukan amal soleh
35Pernyataan
( Senaraikan )
3. Islam melarang pencerobohan terhadap harta
orang lain Senaraikan empat contoh pencerobohan
tersebut
3. contoh pencerobohan terhadap harta 1 -
Mencuri 7 - Menyamun 2 - Monopoli 8 -
Meragut 3 - Riba 9 - Pecah amanah / mengambil
4 - Rasuah harta anak yatim 5
- Menipu / Gharar 10 - Enggan berzakat 6
Merompak 11 - Manipulasi.
36Pernyataan
( Nyatakan )
4. Nyatakan persoalan yang tidak mampu
difikirkan oleh manusia tanpa bimbingan wahyu
4. Persoalan yang tidak mampu difikirkan oleh
akal manusia tanpa bimbingan wahyu ialah 1.
Akal manusia tidak mampu memahami perkara
ghaib 2. Akal manusia tidak mampu memahami
perkara akidah 3. Akal manusia tidak mampu
memahami perkara samiyyat 4. Akal manusia tidak
mampu memahami hukum agama
37 Pernyataan
( Apakah )
5. Iman yang kukuh hasil penyelesaian masalah
secara Islam memberi kesan kepada jiwa dan
perlakuan seseorang. Apakah kesan tersebut ?
- 5. Kesan penyelesaian masalah secara Islam
kepada jiwa dan perlakuan seseorang ialah - Menambah keyakinan dan kepercayaannya kepada
Allah s.w.t. dan Rasul - Dapat memberi ketenangan jiwa.
- Dapat menanamkan sifat ikhlas dalam jiwa.
- Sentiasa reda dengan qada dan qadar daripada
Allah s.w.t.
38 Pernyataan
( Berikan )
6. Fahaman anti hadis boleh menggugat kesucian
agama Islam Berikan dua hujjah anda
6. Dua Hujjah fahaman anti hadis boleh menggugat
kesucian agama Islam 1. Fahaman tersebut boleh
menyebabkan hilangnya rasa hormat terhadap
Rasulullah s.a.w 2. Fahaman tersebut boleh
menyebabkan umat Islam akan berpecah kerana
perbezaan pendapat 3. Fahaman tersebut boleh
menyebabkan umat Islam tidak dapat memahami
ajaran al-Quran dengan terperinci 4. Penolakan
hadis membawa kepada penolakan al-Quran. 5. Fahama
n tersebut boleh membawa kepada ajaran sesat /
menyeleweng/rosak akidah / murtad
39Soalan Perbincangan
Perbincangan Jawapan bagi soalan jenis ini
memerlukan anda memberikan pandangan tentang
sesuatu isu. Anda mesti memberikan fakta serta
hujah yang menyokong pendapat anda
- Contoh Kata kunci
- Bincangkan
- Cadangkan
- Bagaimanakah
40Soalan Perbincangan
( Bincangkan )
1. Salah satu daripada matlamat perundangan
Islam ialah memelihara nyawa manusia. Bincangkan
1. Perundangan Islam memelihara nyawa manusia
kerana 1. Nyawa merupakan anugerah manusia kepada
manusia yang sangat bernilai. Islam menjamin hak
seseorang untuk hidup dan menjaga anggota tubuh
badan mereka. 2. Islam telah mensyariatkan hukum
Qisas bagi kesalahan yang melibatkan nyawa dan
anggota tubuh badan. 3. Islam telah mengharamkan
perbuatan membunuh diri.
41Soalan Perbincangan
( Cadangkan )
2. Anda sebagai seorang pelajar sekolah. Setiap
bulan ibu bapa anda memberikan wang untuk
menampung perbelanjaan sekolah sebanyak RM
50.00. Cadangkan cara anda memanfaatkan wang
tersebut.
- 2. Cara memanfaatkan wang tersebut untuk
menampung perbelanjaan sekolah - Membeli keperluan pembelajaran seperti pen, buku
dan sebagainya - Membayar yuran kelas tambahan.
- Membeli makanan dan minuman semasa di sekolah.
- Menabung untuk kegunaan masa hadapan.
42Soalan Perbincangan
( Bagaimanakah )
3. Perpecahan dan persengketaan di kalangan
masyarakat akan mengakibatkan huru hara dan
ekonomi negara menjadi mundur. Bagaimanakah
masalah di atas dapat dielakkan daripada berlaku
?.
3 . Masalah di atas dapat dielakkan daripada
berlaku dengan cara anggota masyarakat mestilah
1 Saling hormat menghormati antara satu sama
lain 2 Sentiasa bekerjasama dalam menjayakan
sesuatu aktiviti masyarakat seperti
gotong-royong / bantu membantu / tolong
menolong 3 Sentiasa mengamalkan toleransi di
kalangan masyarakat yang tidak menjejaskan akidah
/ bersikap terbuka 4 Sentiasa mengamalkan
kebebasan beragama tanpa menganggu ketenteraman
orang lain 5 Mengadakan aktiviti berbentuk
kempen / ceramah / media berkaitan perpaduan
43Huraian
Jawapan hendaklah mengandungi fakta dan
huraian. Huraiannya mestilah tepat dan ringkas
- Contoh kata kunci
- Buktikan
- Huraikan
- Penyelesaian masalah
44Huraian
( Buktikan )
1. Islam merupakan satu-satunya agama yang
diterima oleh Allah s.w.t yang mempunyai
keunggulannya yang tersendiri. Buktikan Islam
adalah agama yang unggul.
- 1. Bukti keunggulan Islam ialah
- Ajaran Islam meliputi setiap aspek kehidupan
manusia / Agama Islam adalah lengkap dan
sempurna. - Agama Islam adalah sesuai dengan fitrah
semulajadi manusia. - Ajaran Islam adalah adil dan saksama kepada semua
manusia tanpa mengira pangkat dan keturunan. - Ajaran Islam sesuai pada semua zaman, tempat,
masa dan keadaan.
45Huraian
Huraikan
2. Islam tidak menafikan hak wanita untuk keluar
bekerja.Huraikan tiga tuntutan Islam terhadap
wanita yang bekerja bagi mengekalkan keharmonian
keluarga.
- 2. Tuntutan Islam terhadap wanita yang bekerja
bagi mengekalkan keharmonian keluarga ialah - Sentiasa memelihara maruah diri dan menutup aurat
semasa bekerja. - Sentiasa menjaga maruah keluarga dan suami
semasa bekerja - Sentiasa menjaga batasan pergaulan dengan pekerja
lain. - Sentiasa melaksanakan tanggungjawab sebagai
hamba Allah s.w.t. dengan melakukan ibadat. - Sentiasa melaksanakan tanggungjawab sebagai ibu
dan seorang isteri walaupun sibuk bekerja
46Huraian
Penyelesaian Masalah
3. Ada remaja berfahaman bahawa mereka bebas
memilih cara hidup sendiri tanpa menghiraukan
kawalan ibu bapa. Apakah yang akan berlaku
sekiranya remaja bertindak berdasarkan fahaman
tersebut ?
- 3. Perkara yang akan berlaku sekiranya remaja
berfahaman sedemikian. - Remaja tidak akan menghormati orang tua / guru
- Wujudnya sikap derhaka kepada ibu bapa.
- Remaja akan terjebak dengan kegiatan jenayah
- Remaja akan rosak akidah
47PERBANDINGAN
Perbandingan ialah menyatakan persamaan dan
perbezaan antara dua perkara atau lebih Jawapan
bagi soalan jenis ini sebaik-baiknya dijawab
dalam bentuk kotak. Mesti terdapat perbezaan
antara kedua-dua bahagian. Jika menjawab dalam
satu ayat , mesti mempunyai ayat sendikata,
contohnya manakala, adapun, sedangkan dan
seumpamanya.
- Contoh kata Kunci
- Bandingkan
- Bezakan
48PERBANDINGAN
Perbandingan
1 . Jelaskan tiga perbandingan sikap orang yang
beriman dengan orang yang tidak beriman dalam
menghadapi ujian Allah mengenai harta
1. Perbandingan antara orang beriman dengan yang
tidak beriman dalam ujian harta.
Orang Beriman Orang yang tidak beriman
Menunaikan Zakat Mengabaikan zakat
Membanyakkan derma /sedekah /belanja harta kejalan Allah Membelanjakan harta ke jalan maksiat.
Sentiasa menunaikan ibadat Sering meninggalkan ibadat
49PERBANDINGAN
Perbezaan
2. Jelaskan tiga perbezaan antara sistem sosial
Islam dengan Sistem barat.
2. Perbezaan antara sistem sosial Islam dengan
Barat ialah
Sistem sosial Islam Sistem sosial barat
Berasaskan al-Quran Berasaskan pemikiran manusia
Berdasakan kepada ukhuwwah Berdasarkan warna kulit dan kedudukan
Mementingkan urusan dunia dan akhirat Mementingkan keduniaan dan kebendaan semata-mata
50PENERANGAN
Jawapan bagi soalan ini mestilah dalam bentuk
fakta yang spesifek dan tidak memerlukan huraian
yang terlalu panjang
- Kata Kunci
- Terangkan
- Jelaskan
51PENERANGAN
Terangkan
1. Terangkan dua daripada prinsip Syumuliyyah
1. Dua prinsip syumuliyyah ialah. 1
Kesempurnaan hanya milik Allah s.w.t / manakala
manusia lemah 2 Semua mahkluk terikat dengan
masa/tempat dan ruang / semua manusia perlu patuh
kepada perintah Allah s.w.t. 3 - Allah
menjadikan manusia sebagai khalifah untuk
mentadbir alam
52PENERANGAN
Jelaskan
2. Islam telah menetapkan beberapa syarat
untuk menjadikan aktiviti harian sebagai ibadat.
Jelaskan kepentingan ibadat dalam pembentukan
akhlak seorang muslim.
2. Kepentingan ibadat dalam pembentukan akhlak
seorang muslim. 1. Ibadat dapat menjadikan
jiwa seseorang menjadi tenang. 2. Ibadat dapat
mendekatkan seseorang dengan Allah s.w.t. 3.
Ibadat dapat menghilangkan sifat riak dalam diri
seseorang 4. Ibadat dapat mendidik seseorang
dengan sifat merendah diri.
53Pengertian
Terangkan
- Jawapan dalam bentuk ini memerlukan calon
memberikan keterangan yang singkat tetapi jelas
tentang makna sesuatu perkataan khusus, istilah
atau terminologi. Berikan contohnya sekali jika
ada
- Kata Kunci
- Apakah maksud
- Berikan pengertian
54Pengertian
Berikan Maksud
1. Ibadah terbahagi kepada ibadah khusus dan
ibadah umum. Apakah maksud ibadah-ibadah
tersebut
1. Maksud kedua-dua ibadah tersebut ialah
Maksud ibadat khusus 1 -Ibadat yang telah
ditetapkan oleh Allah cara pelaksanaan dan
ganjarannya. 2 - Ibadat yang menghubungkan
manusia dengan Allah/Tuhan 3 - Ibadat wajib
contohnya solat fardu Maksud ibadat umum 1 -
Perbuatan atau amalan manusia yang dilakukan
kerana Allah s.w.t. 2 - Ibadat yang menghubungkan
manusia sesama manusia contohnya bersedekah 3 -
Ibadat sunat
55Pengertian
Berikan Pengertian
2. Akal sangat penting kepada manusia.
Berikan pengertian akal
- 2. Pengertian akal ialah
- Anugerah Allah s.w.t kepada manusia untuk
berfikir/ alat untuk manusia berfikir
56Kelemahan yang perlu dihindari
- Butiran diri tidak ditulis dengan jelas
- Jawapan tidak lengkap / terlalu ringkas.
- Jawapan berbelit-belit
- Tidak cermat memilih dan memahami kehendak soalan
- Lemah dalam memahami sesuatu istilah
- Tidak dapat menulis istilah tertentu dengan betul
- Tidak mengikut panduan markah yang diberikan
- Isi jawapan yang berulang-ulang atau sama maksud
- Tertinggal ceraian jawapan
- Jawapan diberi tidak mengikut kehendak soalan
57Kelemahan yang perlu dihindari
- Jawapan yang diconteng dengan liquid paper dan
tidak ditulis semula - Tulisan yang tidak boleh dibaca dengan jelas
oleh pemeriksa - Tidak menyusun kertas jawapan mengikut urutan
yang sepatutnya. - Menggunakan bahasa pasar atau daerah.
- Jawapan terlalu ringkas / kurang daripada yang
diminta. - Tiada nombor soalan
- Tiada perenggan / ruang antara satu soalan dengan
soalan lain
58Saranan kepada calon
- Mengulangkaji semua tajuk yang telah dipelajari
di tingkatan 4 5 - Teliti dan fahami kehendak soalan dengan baik
- Menjawab soalan dengan struktur bahasa
penulisan yang boleh difahami - Elakkan daripada mengulangi maksud isi yang sama
- Elakkan daripada menjawab terlalu ringkas atau
meleret-leret
59Saranan kepada calon
- Sesuaikan jawapan dengan arahan dalam sesuatu
soalan - Memahami teknik dan cara menjawab yang betul
- Tumpukan lebih perhatian kepada buku teks dan
bahan rujukan hanya sebagai pelengkap sahaja. - Calon digalakkan memberi isi jawapan yang lebih
jika jawapan yang diberikan tidak begitu
menyakinkan. - Kuasai semua tajuk dalam sukatan pelajaran dan
elakkan daripada meramal tajuk-tajuk yang akan
keluar dalam peperiksaan.
60ISI JAWAPAN TIDAK LENGKAP
.
Terangkan dua sebab Islam menyuruh umatnya
memiliki sifat sabar.
Soalan
JAWAPAN TIDAK LENGKAP
- Menjadi tabah
- Mencapai kejayaan
JAWAPAN YANG LENGKAP
- Menjadi tabah ketika menghadapi sebarang cabaran
dan dugaan - Mencapai kejayaan dalam pekerjaan
- Sepatutnya isi jawapan mesti mengandungi
- dua aspek iaitu- PERKARA HURAIAN
61LEMAH UNTUK MEMAHAMI SESUATU ISTILAH-ISTILAH
TERTENTU
APAKAH MAKSUD ..
- Al-Bai bithaman ajil
- Hudud
- Atheis
- Kapitalisme
- Al-Waqiiyyah
- Al-Murunah
- Dan lain-lain
62TIDAK DAPAT MENULIS FAKTA ATAU ISTILAH
TERTENTU DENGAN BAIK DAN SEMPURNA
CONTOH Atheis dieja Artis Qias dieja Kias Qisas
dieja Kisas
63JAWAPAN YANG DIBERI
TIDAK MENEPATI KEHENDAK SOALAN
Soalan
Apakah akibat jika mengamalkan ilmu yang tidak
berasaskan wahyu?
JAWAPAN TIDAK LENGKAP
1.Ilmu tersebut tidak mendapat keredhaan Allah
s.w.t 2.Ilmu yang diperolehi tidak berkat
JAWAPAN YANG LENGKAP
- Hidupnya menghadapi kekeliruan dan kesesatan
- Boleh menyebabkan seseorang itu terpesong
akidahnya
64MENGHURAIKAN SEMULA FAKTA YANG SAMA
Soalan
NYATAKAN PERANAN IMAN DALAM KEHIDUPAN
MANUSIA
- Ia akan menambahkan iman yang kuat kepada Allah
- Kerana orang yang beriman sahaja akan dikasihi
oleh Allah - 3. Iman amat penting kerana tanpa iman
manusia akan berakhlak haiwan
65MENJAWAB ISI YANG SAMA MAKSUDNYA
Soalan
- Berikan dua sebab Islam melarang umatnya
bersikap sombong
Jawapan yang tidak tepat-
- Dibenci Allah
- Dimurkai Allah
- Tidak diredhai Allah
- Tidak disukai oleh Allah
- Mendapat balasan azab dari Allah
Jawapan yang tepat-
- Umat Islam akan dipandang hina oleh orang lain
- Boleh memecahbelahkan persaudaraan islam
66JAWAPAN YANG DIBERI TIDAK MENEPATI KEHENDAK SOALAN
Soalan
Apakah asas perpaduan mengikut pandangan Islam
JAWAPAN TIDAK LENGKAP
1. Bersatu padu 2. Tolong menolong antara satu
sama lain 3. Menjalinkan hubungan yang baik
antara satu sama lain
JAWAPAN YANG LENGKAP
- Beriman kepada Allah
- Berpandukan al-Quran dan Hadis
- Pegangan agama yang satu / agama yang diredai
Allah
67Strategi Menjawab soalan dengan baik
- Perhatikan jumlah markah untuk memastikan jawapan
yang sepatutnya anda berikan - Buat rangka jawapan dengan ringkas
- Mulakan menjawab soalan yang mudah dahulu
kemudian diikuti dengan jawapan yang susah - Pastikan aspek jawapan yang perlu diambil
perhatian ketika menjawab seperti bukan, tidak
benar dan sebagainya - Tulis nombor soalan dengan jelas dan teratur
- Jawapan untuk setiap bahagian perlu dibuat dalam
halaman yang berlainan
68Strategi Menjawab soalan dengan baik
- Jawapan sebaik-baiknya dalam bentuk nombor
(jangan dalam bentuk ayat yang berjela-jela) - Semak semula jawapan setelah selesai menjawab
semua soalan - Susun jawapan dan ikat mengikut urutan nombor
soalan - Tulis butiran diri dengan lengkap pada kertas
jawapan seperti Nombor kad pengenalan dan angka
giliran - Baca keseluruhan arahan yang terdapat diluar dan
didalam kertas soalan dengan baik dan cermat - Pastikan anda mendapat kertas soalan yang
sepatutnya - Tandakan soalan yang hendak dijawab dan mendapat
markah yang banyak - Baca arahan dengan teliti.
- Jawab semua soalan yang dipilih.
- Jawapan bentuk fakta berikan huraian.
69Strategi Menjawab soalan dengan baik
- Gunakan kertas helaian baru bagi setiap
no.soalan baru - Tinggalkan ruangan antara jawapan dengan jawapan
seterusnya. - Jawapan dalam bentuk poin bukannya esei atau
rencana - Sekiranya soalan perbezaan buatlah kotak
- Jenis huraian ,hendaklah menyatakan isi,huraian
dan contohnya. - Jawapan hendaklah ditulis di kertas jawapan yang
diberikan sama ada bahagian A atau B ( Untuk
Kertas 1 )
70Strategi Menjawab soalan dengan baik
- 10 minit Peruntukan (menyemak)
- Gunakan pen biru atau hitam
- Rangkakan jawapan dahulu
- Catatkan isi jawapan bagi mengelakkan fakta
tertinggal. - Pastikan Isi jawapan tidak berulang.
- Sila Jawab lebih dari soalan yang diminta.
- Soalan perbezaan, perlu dijawab dengan jelas.
- Pastikan semua dijawab sekalipun tidak dapat
menjawab dengan tepat.
71Memilih Soalan
Gariskan arahan atau perkataan penting
Baca soalan dengan teliti
Tandakan soalan yang boleh dijawab semasa
membacanya
Semak semua soalan yang ditanda
72Gunakan kertas helaian baru bagi setiap
no.soalan.
Sedapat mungkin, Tiap-tiap jawapan gunakan
sehelai kertas Jangan ada jawapan soalan
lain Sebaik-baiknya pada muka hadapan sahaja
Hindarkan bentuk arahan kepada pemeriksa untuk
mencari jawapan Maaf Tuan! Jawapan
tertinggal.. Jawapan ada di muka surat 5
. Sekali lagi maaf Tuan,
73Strategi Menjawab soalan dengan baik
- Hindarkan jawapan Menumpang
- 5.(a) (i) ...
- ...
- (ii) ..
- Jawapan Soalan no 3 (c) (iii)
-
- ......................................
.............................................. -
- (iii) .
- ....................................
...............................................
74Renungan
Ialah orang yang hari ini lebih baik daripada
semalam
Orang yang cemerlang
Ialah orang yang hari ini sama seperti semalam
Orang yang terpedaya
Ialah orang yang hari ini lebih buruk dari
semalam
Orang yang Celaka
Kejayaan boleh dilakukan oleh insan biasa yang
melakukan usaha secara yang luar biasa. Kejayaan
adalah suatu pengembaraan dan bukanlah suatu
destinasi
Sedarlah
Kejayaan terbesar bukanlah kerana kita tidak
pernah gagal, tetapi kita bangkit kembali menempa
kejayaan setiap kali kita gagal. Jangan cepat
berputus asa kerana kerapkali kunci yang terakhir
lah yang dapat membuka pintu
Sedarlah
Sedarlah
Tidak selalu orang yang pandai akan mendapat
kehidupan yang terbaik, Kerana hanya orang yang
sentiasa berusaha, banyak bersabar dan tidak
pernah berputus asa sahaja yang akan mencapai
kejayaan
Bukti
Kerjaya TI
75TERIMA KASIH
SELAMAT MAJU JAYA
Harap Maaf Jika terdapat sebarang Kesalahan dan
kesilapan
Jumpa lagi dilain masa
Salam Hormat dari Kami Jurulatih Utama Tasawwur
Islam