SYARIKAT BERHAD - PowerPoint PPT Presentation

About This Presentation
Title:

SYARIKAT BERHAD

Description:

Pembentukan Syarikat Di daftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia ... Tatawujud Syarikat Dokumen yg mengandungi perkara penting mengenai penubuhan syarikat ... – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:672
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 19
Provided by: shah65Edu
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: SYARIKAT BERHAD


1
SYARIKAT BERHAD
2
PENDAHULUAN
  • Perniagaan yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat
    1965.
  • Berhad bermaksud liabiliti pemegang saham
    terhad kepada jumlah modal yang disumbangkan
    sahaja.

3
Pembentukan Syarikat
  • Di daftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  • 2 dokumen penting yang perlu disediakan untuk
    mendaftar sesebuah syarikat berhad.

4
2 Jenis dokumen yang perlu disediakan
  • Tatawujud Syarikat
  • Tataurus Syarikat
  • Dokumen yg mengandungi perkara penting mengenai
    penubuhan syarikat berhad.
  • Dokumen yang mengandungi peraturan-peraturan
    pengurusan dalaman dan pengendalian dari segi
    pengurusan dan pentadbiran sesebuah syarikat.

5
Tatawujud syarikat
  • Nama syarikat dengan diakhiri perkataan berhad.
  • Alamat berdaftar syarikat.
  • Tujuan syarikat ditubuhkan.
  • Jenis perniagaan dijalankan.
  • Kenyataan liabiliti ahli-ahli adalah terhad.

6
Tataurus syarikat
  • Kuasa, tanggungjawab dan hak lembaga pengarah.
  • Cara perlantikan lembaga pengarah dan bayaran
    pengarah.
  • Pembahagian keuntungan dan vara pembayaran
    dividen.
  • Pengurusan dan pentadbiran.
  • Atur cara mesyuarat agung tahunan dan hak mengundi

7
Modal Syarikat Berhad
  • Modal diperolehi daripada terbitan saham yang
    terdiri daripada unit-unit saham.
  • Unit-unit saham ini akan dijual kepada orang
    ramai mengikut nilai par/tetap seperti yang
    tercatat dalam Tatawujud Syarikat.

8
Jenis-jenis Modal
  • Modal dibenarkan/berdaftar/nominal
  • Modal maksimum yang boleh diterbitkan
  • oleh sesebuah syarikat dan dinyatakan dalam
    tatawujud syarikat.
  • Modal diterbitkan/terbitan
  • Sebahagian modal dibenarkan yang diterbitkan
    kepada orang awam.

9
  • Modal belum diterbitkan
  • Bahagian modal dibenarkan yang belum
    diterbitkan kepada orang awam.
  • Modal belum diterbitkan Modal dibenarkan
    Modal terbitan

10
  • Modal berbayar
  • Amaun yang telah dibayar penuh oleh pemegang
    saham atau saham yang diterbitkan yang telah
    dilanggan sepenuhnya.

11
Saham
  • Akta Syarikat 1965 membenarkan syarikat berhad
    mengeluarkan dua jenis saham iaitu
  • Terbahagi kepada 2
  • i) Saham Biasa
  • ii) Saham Keutamaan

12
Perbezaan
  • Saham Biasa
  • Saham Keutamaan
  • Kadar Dividen tidak tetap
  • Dividen dibayar selepas pemegang Saham keutamaan.
  • Mempunyai hak utk. Mengundi dan mengurus syarikat
  • Tuntutan boleh dibuat selepas pemegang saham
    keutamaan.
  • Kadar dividen tetap
  • Dividen dibayar sebelum pemegang Saham Biasa.
  • Tidak mempunyai hak utk mengundi dan mengurus
    syarikat
  • Diberi keutamaan sebelum tuntutan pemegang saham
    biasa.

13
Terbitan Saham
  • Syarikat mesti mendapat kebenaran daripada SSM
    sebelum menerbitkan saham.
  • Syarikat berhad boleh menerbitkan sahamnya pada
    nilai tara, premium atau diskaun.

14
Dividen
  • Sebahagian keuntungan yang diagihkan oleh
    syarikat kepada pemegang saham.
  • dibayar sekiranya syarikat memperoleh
    keuntungan.
  • Dibayar ke atas modal berbayar.
  • Kadar dividen diberi dalam bentuk peratus ke atas
    nilai tara.

15
Dividen Interim
  • Dividen yang dibayar dalam tempoh perakaunan
    semasa
  • Pembayaran dividen interim dibuat berdasarkan
    prestasi keuntungan syarikat sebelum tempoh
    perakaunan berakhir.

16
Dividen Akhir
  • Diisytiharkan selepas keuntungan syarikat
    diketahui.
  • Pembayaran dibuat selepas tempoh perakaunan
    semasa.

17
Ekuiti pemilik dalam Kunci Kira-Kira
  • Kunci Kira-Kira yang disediakan
  • adalah tertakluk kepada syarat dan peraturan
    dalam Akta Syarikat 1965.

18
Kunci Kira-Kira pada 31 Disember 2007

  • Ekuiti Pemilik

  • Modal dibenarkan

  • 100 000 unit 5 s.k. _at_RM1 RM100 000

  • 50 000 unit s.b. _at_ RM 1
    50 000


  • 150 000



  • Modal terbitan dan berbayar

  • 80 000 unit 5 s.k. _at_RM1 RM 80 000

  • 40 000 unit s.b. _at_ RM 1
    40 000


  • 120 000
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com