Title: BAB 5
1BAB 5 KEKAYAAN EKONOMI SABAH MENARIK MINAT
SYARIKAT BORNEO UTARA BRITISH
5.1 SBUB Bertapak di Sabah
5.2 SBUB Mengukuhkan Kuasa di Sabah
5.3 SBUB Mengeksploitasi Hasil Bumi Sabah
5.4 Perubahan Sosial SBUB di Sabah
25.1 SBUB Bertapak di Sabah
- Sabah berada di bawah pengaruh Kesultanan Brunei
dan Kesultanan Sulu - Sabah menjadi tumpuan pedagang Barat kerana
kedudukan strategik dan kekayaan hasil bumi - 1704, Sultan Brunei telah menyerahkan pantai
timur dan utara Sabah kepada Sultan Sulu kerana
membantunya mematahkan pemberontakan di Sabah
3PERTAPAKAN SYARIKAT-SYARIKAT ASING DI SABAH
1865 Sultan Brunei memberi konsesi tanah di Sabah
kepada wakil Amerika Syarikat, C.L.Moses. Tempoh
penyewaan 10 tahun
C.L Moses menjual konsesi tersebut kepada The
American Trading Company yang diketuai oleh J.W.
Torrey dan T.B. Harris. Torrey gagal memajukan
penanaman kopi dan tebu di Kimanis. Torrey
menjual haknya kepada Von Overbeck
Overbeck menghadapi masalah modal. 1877, beliau
meminjam wang daripada Syarikat Alfred Dent dan
Edward Dent. Gabenor Labuan, W.H.Treacher
bersetuju membantu Overbeck memperbaharui tempoh
pajakan daripada Sultan Brunei dengan syarat
syarikat yang ditubuhkan diletakkan di
bawah Kekuasaan British
4Sultan Brunei, Sultan Abdul Mumein telah
memperbaharui pajakan dengan Overbeck dan Dent
melalui perjanjian yang telah ditandatangani pada
tahun 1877. Baginda menyerahkan tanah antara
Teluk Kimanis dan Sungai Sibuku
Oleh sebab sebahagian daripada wilayah Sabah
adalah di bawah pemerintahan Kesultanan Sulu,
Overbeck dan Dent telah menandatangani satu lagi
perjanjian dengan Sultan Jamalul Alam pada tahun
1878. Baginda menyerahkan kawasan dari Sungai
Pandasan hingga ke Sungai Sibuku
1880, Overbeck telah menjualkan semua haknya
kepada Alfred dan Edward Dent. Dent menubuhkan
Persatuan Sementara Borneo Utara British Berhad.
Saham syarikat itu telah dijual kepada rakyat
British bagi menambahkan modal perniagaan. Bagi
memperkukuh kedudukan dan memajukan
perniagaan, persatuan tersebut berusaha
mendapatkan Piagam Diraja daripada kerajaan
British.
5November 1881, kerajaan British telah
menganugerahkan piagam kepada Persatuan
Sementara Borneo Utara British Berhad. 1882,
syarikat itu dinamakan Syarikat Borneo Utara
British. Melalui piagam tersebut, SBUB mempunyai
kuasa mentadbir Sabah. Sir Rutherford Alcock
menjadi Presiden pertama. Alfred Dent dilantik
sebagai Pengarah Urusan.
- Kepentingan pemberian piagam
- British dapat memperluaskan pengaruhnya
- Menghalang kuasa Barat lain bertapak di Sabah
1888, SBUB menandatangani Perjanjian Perlindungan
Borneo Utara yang menjadikan Sabah negeri naungan
British
British bertanggungjawab terhadap hal ehwal luar
Sabah
6(No Transcript)
7(No Transcript)
8Sultan Abdul Mumein Sultan Jamalul Alam
- Apakah persamaan tindakan yang dilakukan oleh
- sultan-sultan di atas ?
- A Meluaskan pengaruh masing-masing di Sabah
- B Mempengaruhi orang Inggeris memajak tanah di
Sabah - C Mengukuhkan kuasa mereka di Sabah melalui
pelantikan wakil - D Menyerahkan hak mereka di Sabah kepada
Syarikat Overbeck - dan Dent
D