PENGURUSAN MPSP - PowerPoint PPT Presentation

About This Presentation
Title:

PENGURUSAN MPSP

Description:

Title: PowerPoint Presentation Author: husna Last modified by: NorhayatiS Created Date: 8/19/2004 7:17:54 AM Document presentation format: On-screen Show – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:187
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 43
Provided by: hus148
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: PENGURUSAN MPSP


1
PENGURUSAN MPSP
Taklimat Untuk Ahli Majlis Tahun 2006 Di Pulau
Langkawi, Kedah Darul Aman
Oleh Zainol Abidin Md. Noh Setiausaha
Perbandaran MPSP
2
Pengenalan
  • Tahun Peristiwa
  • Ordinan Perbandaran yang membolehkan Kerajaan
    Negeri membuat undang-undang bagi mengendalikan
    hal ehwal awam diperkenalkan
  • Majlis Bandaran Butterworth dan Bukit Mertajam
    serta Majlis Luar Bandar Utara, Tengah dan
    Selatan ditubuhkan
  • Tiga (3) Majlis Daerah merangkumi daerah utara,
    tengah dan selatan ditubuhkan
  • Ketiga-tiga Majlis Daerah disatukan di bawah
    Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan
  • 1976 Melalui pemakaian Akta Kerajaan Tempatan
    1976, Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan
    dinaiktaraf kepada Majlis Perbandaran Seberang
    Perai (MPSP)

3
Maklumat Am Seberang Perai
KELUASAN 738.41 kilometer persegi
PENDUDUK Dianggarkan 736,306 orang (mengikut
bancian tahun 2000)
4
BIL. HARTA BERKADAR
Profail harta dalam Senarai Nilaian dan cukai
yang dikenakan sehingga 31.12.2005 adalah seperti
berikut-
Jenis Jenis Bilangan Nilai Tahunan (RM) Cukai (RM) Peratusan ()
Industri 4,857 419,115,240 41,454,171.48 40.92
Perdagangan 24,548 328,282,441 30,154,343.85 29.77
Kampung 57,521 69,067,920 166,533.36 0.16
Skim 131,448 374,188,629 24,696,872.80 24.38
Tanah 20,367 254,147,010 4,827,028.08 4.77
JUMLAH 238,741 1,444,801,240 101,298,948.57 100.00
5
Pejabat Pentadbiran MPSP
MPSP mempunyai pejabat pentadbiran di ketiga-tiga
daerah di Seberang Perai iaitu-
  1. Pejabat cawangan di Jalan Datuk Haji Ahmad Said,
    Butterworth, SPU
  2. Pejabat Cawangan di Bukit Mertajam, SPT(Tiada
    Perkhidmatan Kaunter)
  3. Pejabat Cawangan di Sungai Jawi, SPS
  4. Ibu Pejabat MPSP di Jalan PERDA Utama, Bandar
    PERDA, Bukit Mertajam.

6
Pengisian Jawatan di MPSP
KUMPULAN WUJUD TETAP KONTRAK
Pengurusan Tertinggi 1 1 -
Pengurusan Profesional 36 35 4
Sokongan I 597 545 87
Sokongan II 1,374 1,158 68
JUMLAH 2,008 1,739 159
Sehingga Feb06
7
Kuasa-KuasaMajlis Perbandaran Seberang Perai
8
Akta - Akta Yang Ditadbirkan
AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976    Tarikh mula
kuatkuasa 15 Disember 1976  AKTA JALAN PARIT
DAN BANGUNAN 1974    Tarikh mula kuatkuasa 1
Januari 1980    AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA
1976    Tarikh mula kuatkuasa 1 Januari 1985
9
Akta - Akta Yang Ditadbirkan
AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987     Tarikh mula
kuatkuasa 1 Januari 1987 ENAKMEN HIBURAN DAN
TEMPAT-TEMPAT HIBURAN, 1998 Tarikh mula
kuatkuasa 10 Jun 1998 Perlantikan Pegawai
Pelesen 1 Sept 2001 AKTA ZON BEBAS 1990   
Tarikh mula kuatkuasa 5 September 1991
10
Undang-undang Kecil Yang Telah Diwartakan Dibawah
Akta Kerajaan Tempatan 1976
  • Undang-undang Kecil Kedai Makanan Dan Kedai Kopi
    Kerajaan   Tempatan Seberang Perai, 1974
  • Undang-undang Kecil Perniagaan Yang Merbahaya,
    Tidak   Sihat   Atau Yang Mengganggu Dan
    Setal-Setal, Kerajaan Tempatan, Seberang Perai
    1974
  • Undang-Undang Kecil Mencegah Kekotoran, Kerajaan
    Tempatan Seberang Perai, 1975
  • Undang-undang Kecil (Larangan Merokok Dalam
    Panggung) Seberang Perai, 1978
  • Undang-undang Kecil (Rumah Urut) Majlis
    Perbandaran Seberang Perai, 1978

11
Undang-undang Kecil Yang Telah Diwartakan Dibawah
Akta Kerajaan Tempatan 1976
  • Undang-undang Kecil Bayaran Lesen Majlis
    Perbandaran Seberang Perai, 1980
  • Undang-Undang Kecil Kawalan Anjing Majlis
    Perbandaran Seberang Perai , 1982
  • Undang-Undang Kecil Kerajaan Tempatan (Iklan
    Pilihanraya) Majlis Perbandaran Seberang Perai
    1990
  • Undang-undang Kecil Haiwan Merayau (Majlis
    Perbandaran Seberang Perai) 1990
  • Undang-Undang Kecil Pengendali Makanan (Majlis
    Perbandaran Seberang Perai ) 1991
  • Undang-Undang Kecil Penjaja (Majlis Perbandaran
    Seberang Perai)1991

12
Undang-undang Kecil Yang Telah Diwartakan Dibawah
Akta Kerajaan Tempatan 1976
  • Undang-Undang Kecil Taman (Majlis Perbandaran
    Seberang Perai) 1992
  • Undang-Undang Kecil Vandalisme (Majlis
    Perbandaran Seberang Perai) 1993
  • Undang Undang Kecil Tandas Awam (Majlis
    Perbandaran Seberang Perai) 1993
  • Undang Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan Dan
    Pelupusan Sampah Sarap (Majlis Perbandaran
    Seberang Perai) 1994
  • Peraturan-Peraturan Pegawai Awam Majlis
    Perbandaran Seberang Perai (Kelakuan
    Tatatertib), 1995
  • Undang-Undang Kecil Iklan (Majlis Perbandaran
    Seberang Perai) 2001

13
Undang-undang Kecil Yang Telah Diwartakan Dibawah
Akta Jalan Parit Dan Bangunan 1974
  • Undang-undang Kecil Bayaran Pelan, 1981
  • Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1986
  • Undang-Undang Kecil Kerja Tanah (Majlis
    Perbandaran Seberang Perai) 1992

14
Pembahagian TugasMengikut Fungsi
15
Pembahagian TugasMengikut Fungsi
  1. Jabatan Khidmat Pengurusan
  2. Jabatan Undang-undang
  3. Jabatan Perbendaharaan
  4. Jabatan Penilaian Pengurusan Harta
  5. Jabatan Bangunan
  6. Jabatan Kejuruteraan
  7. Jabatan Perkhidmatan Perbandaran Kesihatan
  8. Jabatan Pelesenan
  9. Jabatan Kemasyarakatan
  10. Jabatan Perancang Bandar Pengindahan

16
JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN
  • Menjalankan tugas-tugas pentadbiran am Majlis dan
    memberi perkhidmatan urusetia kepada
    Jawatankuasa-jawatankuasa Penasihat serta Majlis
    Penuh.
  • Bertanggungjawab mengendalikan semua tugas yang
    berkaitan dengan perkhidmatan dan perjawatan
    serta kebajikan kakitangan.
  • Bertanggungjawab menguruskan perolehan, bekalan
    dan perkhidmatan yang diperlukan oleh semua
    jabatan dalam Majlis.
  • Menyelaraskan dan memastikan kelancaran
    pelaksanan projek ahli majlis dan menjadi
    urusetia peruntukan KADUN.
  • Menguruskan warden lalu lintas sekolah.
  • Pengendalian Kaunter Berpusat MPSP .

17
JABATAN UNDANG-UNDANG
  • Memberi nasihat perundangan
  • Menguatkuasakan undang-undang yang diterimapakai
    oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai.
  • Meminda, menggubal dan memansuhkan Undang-undang
    Kecil, Peraturan, Perintah dan kaedah.
  • Menyedia dan menyemak surat perjanjian serta
    instrumen mengenai pindah milik dan sewa harta
    Majlis.
  • Memilih panel peguam yang ditetapkan dan
    merekomenkan bayaran fee dan kos guaman.
  • Mengkompaun kesalahan.
  • Menyemak kerja-kerja pra tindakan mahkamah.
  • Menguatkuasakan perintah mahkamah.
  • Menjalankan pendakwaan di mahkamah.

18
JABATAN PERBENDAHARAAN
  • Menguruskan punca-punca pendapatan Majlis
  • Menguruskan tanggungan kewangan Majlis
  • Menyediakan maklumat kewangan dan belanjawan
    Majlis
  • Melaksanakan peraturan kewangan yang
    diterimapakai
  • Membangun dan menyenggara sistem kewangan Majlis
  • Memberi pandangan terhadap pengurusan kewangan
    Majlis.

19
JABATAN PENILAIAN PENGURUSAN HARTA
a) Penilaian untuk tujuan Kadaran
  • Menentukan nilai tahunan bagi semua harta yang
    berada di dalam kawasan MPSP untuk tujuan
    pengenaan kadar.
  • Menentukan nilai tahunan bagi semua harta-harta
    Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan
    badan-badan Berkanun untuk tujuan Caruman
    membantu Kadar.
  • Mengemaskini Senarai Penilaian.
  • Membuat penilaian semula sekali setiap lima tahun.

20
b)Penilaian untuk Penentuan Nilai Modal
  • Membuat penilaian bagi tujuan penentuan pampasan
    bagi kes-kes pengambilan tanah untuk projek MPSP
  • Membuat penilaian harta-harta MPSP bagi tujuan
    perakaunan.
  • Membuat penilaian harta bagi tujuan pembelian dan
    penjualan dalam keadan MPSP adalah pihak yang
    terlibat .
  • Menentukan nilai modal sesuatu harta untuk
    sesuatu kajian yang dibuat oleh MPSP.
  • Menetukan nilaian caruman meletak kereta.

c) Penilaian Sewa
  • Menentukan nilaian sewa pasaran bagi
    harta-harta MPSP

21
d) Pengurusan Harta Majlis
  • Pengurusan sewaan/pajakan harta-harta MPSP
  • Pengurusan penggunaan tanah-tanah lapang
    kepunyaan MPSP

22
JABATAN BANGUNAN
  • Menerima, memproses dan memperakukan untuk
    kelulusan Pelan-pelan Cadangan Pembangunan
    menurut seksyen 70(1) Akta Jalan, Parit dan
    Bangunan 1974 dan Undang-undang Kecil Bangunan
    Seragam 1984
  • Menerima, memproses dan memperakukan untuk
    kelulusan Permohonan Sijil Kelayakan Menduduki
    bangunan
  • Memprose pengeluaran Pelan-pelan Rumah Kediaman
    Setara yang disediakan oleh Majlis dan Pelan
    Setara tangki najis.
  • Memproses Pelan-pelan Teknikal Kerangka Bangunan
    dan Pelan Pemasangan Alat-alat Kebersihan
    Dalaman.
  • Bertindak mengawasi dan menguatkuasa tindakan ke
    atas pembinaan tanpa kebenaran.
  • Memproses pengeluaran nombor patil bangunan.

23
JABATAN KEJURUTERAAN
  • Kawalan dan pengawasan sistem lalu lintas.
  • Kawalan kerja tanah.
  • Melaksanakan dan menyelenggara projek-projek
    majlis.
  • Menyelenggara jalan-jalan Taman Perumahan.
  • Mentadbir kawasan Zon Perindustrian Bebas.

24
JABATAN PERKHIDMATAN PERBANDARAN DAN KESIHATAN
  • Menyediakan perkhidmaan memungut, mengangkut dan
    melupus sampah
  • Mengekalakan nilai estetik melalui pembersihan
    parit, jalan dan merumput
  • Mengamalkan pelupusan sampah sarap secara
    pengemburan tanah sanitari (sanitary landfill)
  • Memberikan perkhidmatan kawalan vektor dan
    menghapuskan tempat pembiakan.
  • Kawalan dan pelesenan ladang ternakan, rumah
    sembelih, penetasan dan penjaja daging.
  • Kawalan haiwan merayau.
  • Pemusnahan anjing liar, gagak dan tikus.

25
JABATAN PELESENAN
  • Memproses permohonan lesen perniagaan, industri,
    penjaja dan hiburan sementara/tetap.
  • Memproses permit sementara/tetap untuk perniagaan
    dan penjaja.
  • Memproses permohonan iklan (banner/streamers).
  • Menguatkuasakan Undang-undang kecil Lesen kepada
    premis perniagaan/ industri / penjaja dan
    lain-lain perniagaan tanpa lesen.
  • Menguruskan pasar awam dan kompleks penjaja MPSP.

26
JABATAN KEMASYARAKATAN
  • Menyelia dan menyelenggara kompleks sukan dan
    dewan di bawah pentadbiran MPSP termasuk
    kemudahan-kemudahan yang disediakan.
  • Mengendalikan Biro Pengaduan Awam
  • Menguruskan permohonan cenderamatan dan
    penggunaan bilik mesyuarat.
  • Menerbitkan laporan tahunan, buletin dan
    risalah-risalah berkaitan dengan Majlis dan
    kalendar tahunan.
  • Mengendalikan Sistem Keratan Akhbar.

27
JABATAN PERANCANG BANDAR PENGINDAHAN
Memproses permohonan kebenaran merancang. Memproses permohonan pelan pecah sempadan dan cantuman serta penyerahan dan pemberian milik semula tanah. Merancang dan mengawal corak pembangunan di kawasan Seberang Perai. Menyelaras Kajian Rancangan Struktur (Pengubahan). Menyelaras Kajian Rancangan-Rancangan Tempatan. Memproses permohonan penamaan taman, jalan dan bangunan
28
Jenis Pendapatan Majlis
Hasil Cukai
Hasil Bukan Cukai
Terimaan Bukan Hasil
  • Cukai Kadaran Bangunan
  • Cukai Kadaran Tanah
  • Caruman Bantu Kadar
  • Lesen permit
  • Perkhidmatan bayaran perkhidmatan
  • Perolehan dari jualan barang
  • Sewaan
  • Faedah dari pelaburan
  • Denda hukuman
  • Pelbagai terimaan
  • Pulangan balik perbelanjaan
  • Terimaan dari agensi kerajaan

29
Perbandingan Diantara Pendapatan, Perbelanjaan,
Surplus / Deficit Kumpulan Wang1990 - 2008
30
Bajet MPSP 1997 - 2006
Tahun Pendapatan Perbelanjaan Defisit
RM RM RM
1997 69,812,599 89,196,261 19,383,662
1998 84,968,646 101,460,088 16,491,442
1999 91,738,023 111,979,480 20,241,457
2000 102,754,689 151,595,429 48,840,740
2001 116,222,669 172,257,735 56,035,066
2002 116,330,439 172,111,962 55,781,523
2003 122,017,355 177,396,024 55,378,669
2004 2005 2006 130,388,106 137,901,493 143,843,226 190,060,640 211,983,780 177,160,602 59,672,534 74,082,287 33,317,376
31
Pendapatan Perbelanjaan Sebenar MPSP 1997 - 2005
Tahun Pendapatan Perbelanjaan Lebih / (Defisit)
RM RM RM
1997 1998 108,278,024 124,855,360 62,490,236 71,563,258 45,787,788 53,292,102
1999 112,786,783 90,116,174 22,670,609
2000 108,187,293 113,245,596 (5,058,303)
2001 109,963,370 141,530,031 (31,566,661)
2002 113,073,683 149,739,601 (36,665,918)
2003 2004 2005 109,624,073 122,976,622 126,262,474 148,665,349 171,914,589 179,327,608 (39,041,276) (48,937,967) (53,065,134)
32
(No Transcript)
33
(No Transcript)
34
(No Transcript)
35
Isu-isu Semasa
36
Isu-isu Dalam Pengurusan Kewangan
  1. Kekurangan punca pendapatan baru
  2. Pertambahan bilangan pegangan yang meningkatkan
    perbelanjaan Majlis
  3. Kurangnya program untuk memberikan pendidikan
    berkaitan cukai kadaran kepada penduduk setempat

37
Isu-isu Tukarguna Premis Kediaman
  • Masalah tukarguna premis-premis kediaman kepada
    perniagaan berlaku terutamanya di jalan-jalan
    utama dan kawasan taman-taman perumahan.
  • Pihak jabatan dari masa kesemasa mengambil
    tindakan dengan menghantar notis kepada
    premis-premis yang terlibat supaya memberhentikan
    aktiviti tersebut.

38
  • Bagaimanapun masalah ini berterusan kerana
    terdapat premis-premis yang mengemukakan rayuan
    dan campur tangan ahli politik.
  • Disamping itu proses untuk tindakan makhamah juga
    sedang diambil tetapi mengambil masa yang panjang
    kerana terikat dengan prosedur tertentu yang
    perlu diikuti secara terliti dan teratur

39
Isu-isu Penyelenggaraan Parit Banjir
  • Parit tersumbat
  • Parit Rosak
  • Jadual penyelenggaraan yang kurang konsisten
  • Penambunan tanah yang tidak mengikut spesifikasi
    untuk kawasan pembangunan yang baru

40
Isu-isu Penjaja
  • Penjaja tanpa kebenaran (haram)

SPU SPT SPS JUMLAH
705 770 117 1590
41
  • Aktiviti penguatkuasaan adakalanya terpaksa
    ditangguh kerana campurtangan dan tekanan dari
    golongan berikut -
  • Parti-parti Politik Pro Kerajaan dan pembangkang
  • Persatuan-persatuan Penjaja bagi pelbagai kaum
  • Peranan akhbar dan media masa dalam menyebelahi
    sesuatu pihak, terutamanya membela penjaja dan
    peniaga kecil
  • Pelanggan-pelanggan penjaja yang tidak
    berpuashati.

42
SEKIAN, TERIMA KASIH
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com