WACANA - PowerPoint PPT Presentation

About This Presentation
Title:

WACANA

Description:

Wacana boleh terdiri daripada satu ayat yang dikaitkan dengan konteks dan fungsi penggunaanya. ... PENANDA WACANA PENANDA WACANA Bermaksud kata, ... – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:412
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 39
Provided by: oem165
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: WACANA


1
BAHASA MELAYU
  • WACANA

2
1. DEFINISI
2. CIRI- CIRI
3. PENANDA WACANA
4. KEUTUHAN
3
  • Unit bahasa yang mempunyai kesatuan fikiran yang
    utuh dan melebihi batas ayat.
  • Dalam hierarki bahasa, wacana terletak pada
    tingkat yang tertinggi, iaitu hadir selepas
    tingkat ayat.
  • Fonem Morfem Kata Frasa
    Klausa Ayat Wacana
  • Wacana terdapat dalam bentuk lisan atau tulisan.
  • Contoh wacana dalam bentuk lisan ialah pidato,
    ucapan, khutbah, dan dialog.

4
  • Dalam bentuk tulisan pula terdiri daripada
    laporan, surat, rencana, cerpen, novel, dan puisi.
  • Wacana boleh terdiri daripada satu ayat yang
    dikaitkan dengan konteks dan fungsi penggunaanya.
  • Contoh ayat Mengapa bising sangat
  • Daripada segi struktur merupakan ayat tanya
  • Dalam konteks di bilik darjah, ayat ini ialah
    ayat perintah, iaitu seorang guru dengan tegas
    memerintahkan pelajarnya supaya senyap.
  • Oleh hal yang demikian, huraian bahasa sewajarnya
    dilanjutkan hingga tahap wacana. Sehubungan
    dengan itu, kemampuan menghasilkan wacana menjadi
    kayu ukur terhadap kecekapan berbahasa seseorang.

5
CIRI-CIRI
  • WACANA

6
CIRI-CIRI WACANA
  • Mempunyai tema
  • Bermotif
  • Gaya bahasa
  • Kohesi dan koherens
  • Tiada ayat tautologi
  • Elemen-elemen yang logikal dan realistik
  • Terdiri daripada andaian (subjek) dan inferensi
    (komen/aseri)

7
1. MEMPUNYAI TEMA
  • Pengarang atau penulis berkesempatan menentukan
    etika dan prosedur penghasilan penulisan.

8
2. BERMOTIF
  • Penulisan bertujuan untuk pebaca menilai dan
    mengenalpasti hubungan hasil bacaan dengan
    pembaca.

9
3. GAYA BAHASA
  • Karya menggunakan gaya bahasa yang sesuai kepada
    para pembaca. Adakalanya, gaya bahasa yang
    digunakan mampu menimbulkan kesan dialek sosial
    (laras bahasa biasa) dalam pertuturan.

10
4. KOHESI DAN KOHERENS
  • Ayat-ayat dihubungkan dengan menggunakan penanda
    wacana agar ayat-ayat tersebut berkohesi (makna
    tautan) dan koherens (logik).

11
5. TIADA AYAT TAUTOLOGI
  • Ayat tautologi (ayat yang sudah dinyatakan
    sebelumnya) tidak perlu diulang.

12
6. ELEMEN-ELEMEN YANG LOGIKAL DAN REALISTIK
  • Hasil penulisan perlu bersifat kenyataan, logik
    dan realistik, bukanlah rekaan individu
    semata-semata.

13
7. TERDIRI DARIPADA ANDAIAN (SUBJEK) DAN
INFERENSI (KOMEN)
  • Kucing Parsi itu comel.

ANDAIAN
INFERENSI
Kebiasaannya satu ayat hanya mempunyai satu
inferensi sahaja.
Tetapi adakalanya andaian dapat ditentukan oleh
pembaca tanpa ditulis.
Contoh Keluar!
14
PENANDA
  • WACANA

15
PENANDA WACANA
Bermaksud kata, rangkai kata atau frasa yang
menunjukkan pertalian hujah dan buah fikiran.
Digunakan untuk memantapkan lagi keutuhan wacana
bagi mengaitkan perenggan dengan perenggan.
16
CONTOH PENANDA WACANA
Tambahan Selanjutnya, seterusnya, selain itu, di
samping itu, tambahan lagi, demikian juga,
begitu juga
Tambahan dan Penegasan Lebih-lebih lagi, tambahan
pula, malah, malahan, bahkan, lagipun
Sebab, Kesan atau Lanjutan Oleh sebab itu, dengan
itu, dengan demikian, jadi, sebagai akibatnya,
sebagai hasilnya
17
Pertentangan Namun begitu, namun demikian,
bagaimanapun, walaupun, akan tetapi, sungguhpun
begitu
Perkaitan Sehubungan dengan itu, dalam hal ini,
berhubung dengan, dari segi, sejajar dengan,
selaras dengan, merujuk kepada
Waktu Sebelum itu, kini, pada masa ini, sementara
itu, kemudian, pada waktu yang sama,
lama-kelamaan, akhirnya
18
Tempat Disini, di sana, di samping, berhampiran
dengan, bersebelahan dengan, bertentangan dengan
Perbandingan Dalam hal yang demikian,
sebagaimana, seperti juga, serupa dengan, sesuai
dengan, sama juga dengan
Contoh Misalnya, sebagai contoh, contohnya
19
Pernyataan semula Yakni, dengan kata lain
Urutan Pertama, kedua, selepas itu, kemudian,
akhirnya
Tujuan dan Maksud Untuk tujuan ini, hal ini
bermaksud, hal ini bererti, hal ini membawa
pengertian, maksudnya
20
Harapan Semoga, moga-moga, mudah-mudahan
Pendahuluan Sebagai pendahuluan, sebagai
permulaan, mulanya, pertamanya, sebagai mukadimah
Rumusan Kesimpulannya, akhir kata, sebagai
penutup, sebagai rumusan, secara keseluruhannya.
21
Singkatan Ringkasnya, pendek kata, secara
ringkasnya
Generalisasi Pada umumnya, secara amnya, secara
umumnya
Penekanan atau Penegasan Sesungguhnya,
sebenarnya, sememangnya,tentulah, Pastilah,
jelaslah, tidak dapat dinafikan
22
Bahasa Klasik Hatta, maka, syahadan, adapun,
alkisah, kalakian, Sebermula, sekali peristiwa,
arakian
23
KEUTUHANWACANA
24
KEUTUHAN WACANA
Terhasil daripada wujudnya susunan yang berurutan
atau teratur dalam sesuatu wacana
Ciri ini sangat penting kerana cirri inilah yang
menentukan sesuatu ujaran atau tulisan itu wacana
atau hanya merupakan kumpulan ayat yang tidak
teratur.
25
Terdapat dua aspek penting yang menghasilkan
wacana yang utuh, iaitu terdapatnya runtuhan
atau koheren, (kesinambungan idea yang menjadikan
wacana itu suatu teks yang bermakna dan dapat
difahami) dan wujudnya tautan atau kohesi,
(keserasian hubungan antara suatu unsur
linguistik dengan unsur linguistik yang lain).
Seterusnya, keutuhan wacana dapat dianalisis
daripada wujudnya hubungan daripada aspek
semantik, leksikal, dan gramatikal antara
bahagian dalam sesuatu wacana.
26
Hubungan Wacana daripada Aspek Semantik.
MAKSUD
Bermaksud hubungan daripada aspek kepaduan makna
yang wujud dalam sesuatu wacana. Kepaduan makna
ini dapat dilihat antara bahagian wacana,
keseluruhan wacana, situasi sesuatu wacana, dan
unsur-unsur paralinguistik yang terdapat dalam
wacana.
27
Hubungan Semantik
Hubungan sebab dan akibat
Lelaki itu terbabit dalam pengedaran dadah. Dia
dijatuhi hukuman gantung sampai mati
Contoh
Hubungan sebab dan hasil
Pelajar itu rajin berusaha. Dia mencapai
keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan STPM.
Contoh
Hubungan latar dan kesimpulan
Contoh
Halaman rumah Cikgu Mohamad sentiasa hijau dengan
pokok-pokok bunga yang menyegarkan. Rupa-rupanya
isteri beliau yang pandai menanam dan mengurus
tanaman
28
Hubungan syarat dan hasil,
Contoh
Rakyat harus tekun bekerja. Ketekunan rakyat
menentukan kemajuan negara
Hubungan perbandingan
Soalan analisis ayat susah. Soalan analisis
wacana lagi susah
Contoh
Hubungan memperkuat isi atau hubungan penjelasan
Contoh
Bencana Tsunami sungguh dasyat. Ombak besar itu
mengorbankan ratusan ribu nyawa manusia serta
banyak memusnahkan harta benda
29
Hubungan semantik antara bahagian wacana juga
dapat ditimbulkan oleh unsur-unsur fonologi dalam
sesuatu wacana. Antaranya termasuklah hentian,
intonasi, dan nada suara.
CONTOH
Ayat Ibu bapa Ali telah meninggal dunia
mengandung ketaksaan makna, bergantung pada
hentian atau kesenyapan suara yang berlaku.
Sekiranya kesenyapan suara berlaku selepas
perkataan Ali, maka ayat ini membawa maksud
kedua-dua ibu bapa Ali telah meninggal dunia.
Akan tetapi, sekiranya kesenyapan suara berlaku
selepas perkataan Ibu dan perkataan Ali, maka
ayat ini bermaksud nenek Ali telah meninggal
dunia.
Begitu juga halnya dengan intonasi yang
berbeza. Misalnya, dengan tingkat nada yang
meninggi di akhir ayat, ayat penyata Ali menulis
surat akan menjadi ayat tanya Ali menulis surat?
Seterusnya, ayat minimal duduk, sekiranya
diucapkan dengan nada yang lembut, maka ayatnya
ialah silaan. Tetapi, jika diucapkan dengan nada
yang keras, ayat ini merupakan ayat suruhan yang
membawa perasaan marah.
30
Hubungan Wacana daripada Aspek Leksikal
Hubungan ini dapat dilihat daripada aspek
wujudnya pertalian antara perkataan dalam sesuatu
wacana. Hubungan leksikal antara bahagian dalam
wacana tercapai dengan cara memilih kosa kata
yang serasi. Terdapat beberapa cara untuk
memperoleh hubungan leksikal. Antara caranya
termasuklah, pertama, dengan mengulang kata yang
sama,
CONTOH
Semalam dia termenung. Hari ini dia termenung
lagi. Tampaknya dia memang gemar termenung.
31
Dengan menggunakan sinonim
CONTOH
Sindrom bahasa rojak kini menular dalam
masyarakat kita. Gejala ini sungguh membimbangkan
para pencinta dan pejuang bahasa Melayu.
Dengan menggunakan antonim
CONTOH
Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
Dengan menggunakan hiponim
CONTOH
Terdapat pelbagai jenis ikan diternak di dalam
kolam itu. Antaranya termasuklah keli, haruan,
tilapia dan puyu.
32
Dengan menggunakan kolokasi
CONTOH
Kawasan hutan digondolkan untuk pembangunan.
Kini gajah dan harimau kehilangan habitat semula
jadi.
Dengan memanfaatkan unsur bersambut
CONTOH
Guru mengemukakan soalan. Pelajar memberikan
jawapan.
33
  • Hubungan Wacana daripada Aspek Gramatikal.
  • Hubungan daripada aspek gramatikal ialah hubungan
    wacana yang berkaitan dengan tatabahasa.
  • Antara penanda gramatikal yang mewujudkan
    keutuhan wacana ialah penanda rujukan, penanda
    penggantian, elipsis dan penanda penghubung.

34
  • Penanda Rujukan.
  • Penanda rujukan menggunakan kata ganti nama diri
    orang dan kata ganti nama diri tunjuk.
  • Penanda rujukan digunakan untuk perkaitan antara
    bahagian dalam wacana.
  • Berikut adalah contoh penanda rujukan yang
    menggunakan kata ganti nama diri orang. Kata
    ganti nama diri orang yang digunakan sebagai
    penanda rujukan dalam contoh ini ialah mereka,
  • Wanita sekarang bukan seperti wanita dahulu.
    Dahulu mereka lebih banyak membantu suami di
    rumah tetapi sekarang mereka telah tampil ke
    hadapan untuk memberikan sumbangan dalam
    pembangunan negara.

35
  • Yang berikut ini pula ialah contoh penanda
    rujukan yang menggunakan kata ganti nama tunjuk
  • Ini kampung saya. Saya telah tinggal di sini
    sejak empat puluh tahun yang lalu.
  • Penanda Penggantian.
  • Penanda penggantian merujuk kepada proses
    menggantikan unsur bahasa dengan unsur lain.
  • Penggantian dalam bahasa Melayu dapat bersifat
    kata nama (nominal), kata kerja (verbal), dan
    klausa.
  • Ini ialah contoh penggantian yang bersifat kata
    nama atau nominal
  • Jiran kami membeli sebuah kereta baru. Kami juga
    membeli sebuah.

36
  • Penanda Penghubung.
  • Penanda penghubung berfungsi menjalinkan kata
    dengan kata, frasa dengan frasa, klausa dengan
    klausa, dan ayat dengan ayat.
  • Perhatikan contoh ayat ini untuk mengetahui
    bagaimana penanda penghubung menjalin semua yang
    dinyatakan itu
  • Gejala bahasa rojak turut menular melalui
    rancangan-rancangan hiburan.
  • Dalam hal ini, rancangan yang paling ketara
    banyak merojakkan bahasa Melayu ialah drama dan
    siri komedi tempatan yang sengaja merojakkan
    bahasa Melayu dengan alasan untuk memperlihatkan
    realiti masyarakat Malaysia.

37
  • Sebagai contoh, dlam siri komedi tempatan, kita
    sering mendengar kata-kata atau ungkapan
    ungkapan seperti
  • Cuba terai, You ni teruk la, Saya contact
    awak nanti,
  • You dah lunch?, I nak pergi shopping, dan
    sebagainya.
  • Ungkapan-ungkapan seperti ini memberikan kesan
    negatif terhadap penggunaan bahasa anak-anak muda
    kerana merekalah golongan yang kerap menonoton
    rancangan hiburan seperti ini.

38
TAMAT
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com