1..PRINSIP-PRINSIP PEROLEHAN - PowerPoint PPT Presentation

1 / 47
About This Presentation
Title:

1..PRINSIP-PRINSIP PEROLEHAN

Description:

... Bahan/barangan keluaran tempatan hendaklah memenuhi Standard Malaysia (MS) ... (bekalan) - SIRIM QAS Sdn. Bhd. * PEROLEHAN BARANG-BARANG IMPORT i) ... – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:145
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 48
Provided by: Bppk
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: 1..PRINSIP-PRINSIP PEROLEHAN


1
1.. PRINSIP-PRINSIP PEROLEHAN
  • a) Akauntabiliti awam (public accountability)
  • b) Diuruskan secara telus (transparent)
  • c) Nilai faedah terbaik (best value for money)
  • d) Saingan terbuka (open competition)
  • e) Adil dan saksama (fair dealing)

2
2.. OBJEKTIF PEROLEHAN
  • i) menguruskan perolehan secara cekap, berkesan
    dan paling menguntungkan bagi mencapai matlamat
    perolehan tersebut
  • ii) mendapatkan harga yang paling menguntungkan
    dan berpatutan dengan mengambil kira kualiti,
    kuantiti dan tempoh penyerahan/siap yang
    ditetapkan
  • iii) menggalakkan pertumbuhan industri tempatan
    dan penggunaan bahan/barangan/perkhidmatan
    tempatan

3
  • iv) menggalakkan pemindahan teknologi yang
    bersesuaian dengan kehendak semasa sektor
    industri negara
  • v) sebagai alat untuk mencapai dasar-dasar
  • nasional

4
3. DASAR-DASAR PEROLEHAN KERAJAAN
  • i) menggalakkan pertumbuhan industri tempatan
    melalui penggunaan bahan/barangan tempatan dan
    penggunaan
  • sektor perkhidmatan tempatan
  • ii) mempertingkatkan keupayaan industri tempatan
    melalui pemindahan teknologi
  • iii) menggalakkan penglibatan usahawan
    Bumiputera
  • iv) memelihara dan mempertahankan kepentingan
    dasar perolehan kerajaan bagi mencapai objektif
    nasional dalam menghadapi cabaran globalisasi dan
    liberalisasi

5
STRATEGI DAN KAEDAH PELAKSANAANDASAR PEROLEHAN
KERAJAAN
6
PENDAFTARAN PEMBEKAL/KONTRAKTOR
  • Semua pembekal dan kontraktor yang ingin
    berurusan dengan kerajaan perlu berdaftar dengan
    kerajaan seperti berikut

Bekalan/ Perkhidmatan - Kementerian Kewangan
Kerja - Pusat Khidmat Kontraktor (PKK), Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)
7
Objektif Pendaftaran
  • i) untuk memastikan hanya syarikat/kontraktor
    yang berkemampuan sahaja turut serta di dalam
    perolehan kerajaan
  • ii) memudahkan agensi Kerajaan untuk
    mengenalpasti syarikat/kontraktor yang berdaftar
    dalam kepala, sub kepala, bidang atau kategori
    yang ditetapkan
  • iii) membolehkan pemantauan ke atas prestasi
    kontraktor yang terlibat di dalam perolehan
    kerajaan. Tindakan tatatertib akan dikenakan
    terhadap kontraktor yang melakukan kesalahan dan
    gagal memenuhi obligasi kontrak
  • iv) membantu kerajaan dalam menggubal dasar
    perolehan

8
FAEDAH-FAEDAH PENDAFTARAN
  • a) Faedah kepada syarikat/kontraktor
  • i) membolehkan syarikat/kontraktor mengambil
    bahagian dalam urusan perolehan Kerajaan
  • ii) syarikat/kontraktor yang berdaftar
    dikecualikan dikenakan deposit dalam urusan
    tender Kerajaan
  • iii) syarikat/kontraktor yang berdaftar dengan
    bidang dan bertaraf pembuat akan mendapat
    keutamaan harga berbanding dengan ejen/pengedar
  • iv) syarikat/kontraktor yang berdaftar berpeluang
    memasarkan barangan/perkhidmatan yang ditawarkan

9
  • Faedah kepada agensi
  • i) selaras dengan ePerolehan, agensi akan mudah
    mendapat maklumat mengenai barang-barang dalam
    pasaran
  • ii) memudahkan agensi mengenal pasti syarikat/
    kontraktor tempatan
  • iii) memudahkan agensi membuat kajian pasaran
  • iv) membantu mengurangkan barangan import

10
PENGGUNAAN BAHAN/BARANGAN/ PERKHIDMATAN TEMPATAN
(SPP 7/2002)
  • a) Semua perolehan bekalan dan perkhidmatan
    hendaklah diperolehi secara tempatan
  • b) Bahan/barangan keluaran tempatan hendaklah
    memenuhi Standard Malaysia (MS) atau standard
    antarabangsa yang diiktiraf
  • c) Agensi wajib menggunakan bahan/barangan/perkhid
    matan keluaran tempatan yang dinyatakan di dalam
    senarai-
  • bahan binaan tempatan (kerja) - IKRAM QA Services
    Sdn. Bhd.
  • barangan keluaran tempatan (bekalan) - SIRIM QAS
    Sdn. Bhd.

11
PEROLEHAN BARANG-BARANG IMPORT
  • i) Bahan/barangan import melebihi RM50,000 perlu
    mendapat kelulusan MITI
  • ii) Bahan/barangan yang bernilai melebihi
    RM200,000 bagi satu kontrak hendaklah
    dilaksanakan secara Free On Board (FOB)
  • iii) Menggunakan syarikat perkhidmatan
    pengangkutan tempatan
  • iv) Perlindungan insurans melalui KWIBK

12
PEMINDAHAN TEKNOLOGI UNTUK INDUSTRI TEMPATAN (SPP
2/1995)
  • i) Membantu institusi dan industri tempatan dalam
    mempertingkatkan kepakaran dalam pelbagai bidang
    terutamanya yang berteknologi canggih dan terkini
  • ii) Lazimnya dilaksanakan melalui program offset
    dengan kerjasama industri tempatan terutama
    sekali bagi perolehan strategik dan berteknologi
    tinggi

13
KEUTAMAAN SYARIKAT BUMIPUTERA DALAMPEROLEHAN
KERAJAAN (SPP Bil. 4/95)
  • Syarikat yang diiktiraf sebagai syarikat
    Bumiputera sekurang-kurangnya 51 dikuasai
    Bumiputera (Saham, Lembaga Pengarah dan
    Pengurusan)
  • Sijil dikeluarkan oleh
  • Kementerian Kewangan - bekalan/perkhidmatan
  • Pusat Khidmat Kontraktor - kerja

14
a) Keutamaan Bumiputera Bagi Perolehan Bekalan
Dan Perkhidmatan
  • Melebihi RM10,000 hingga RM100,000 hendaklah
    diperolehi daripada kalangan syarikat Bumiputera
    yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan sahaja
  • Melebihi RM100,000 keutamaan harga kepada
    syarikat Bumiputera

Nilai Perolehan Keutamaan
melebihi RM100 ribu RM500 ribu 10
melebihi RM500,000 RM1.5 juta 7
melebihi RM1.5 juta RM5 juta 5
melebihi RM5 juta RM10 juta 3
melebihi RM10 juta RM15 juta 2.5
melebihi RM15 juta Tiada
(Keutamaan harga ini adalah berdasarkan kepada
nilai tawaran terendah dan boleh diterima dari
syarikat Bukan Bumiputera)
15
Formula pengiraan
  • Langkah 1
  • Harga Tawaran Pembekal Bumiputera (B)
  • Harga Tawaran Pembekal Bukan Bumiputera (BB)
  • Perbezaan Harga (RM)

Langkah 2 Peratus Perbezaan () Perbezaan
Harga x 100 Harga Tawaran BB
16
Formula pengiraan
Langkah 3 Bandingkan Perbezaan dengan
Keutamaan yang telah ditetapkan
Nilai Perolehan Keutamaan
melebihi RM100 ribu RM500 ribu 10
melebihi RM500,000 RM1.5 juta 7
melebihi RM1.5 juta RM5 juta 5
melebihi RM5 juta RM10 juta 3
melebihi RM10 juta RM15 juta 2.5
melebihi RM15 juta Tiada
Perbezaan lt Keutamaan pilih pembekal
bumiputera Perbezaan gt Keutamaan pilih
pembekal bukan bumiputera
17
Contoh 1
  • Langkah 1
  • Harga Tawaran Pembekal Bumiputera
    (B) RM10,700,000
  • Harga Tawaran Pembekal Bukan Bumiputera
    (BB) RM10,500,000
  • Perbezaan Harga (RM) RM 200,000

Langkah 2 Peratus Perbezaan () 200,000 x
100 10,500,000 1.9
18
Contoh 1
Langkah 3 Bandingkan Perbezaan dengan
Keutamaan yang telah ditetapkan
Nilai Perolehan Keutamaan
melebihi RM100 ribu RM500 ribu 10
melebihi RM500,000 RM1.5 juta 7
melebihi RM1.5 juta RM5 juta 5
melebihi RM5 juta RM10 juta 3
melebihi RM10 juta RM15 juta 2.5
melebihi RM15 juta Tiada
Perbezaan lt Keutamaan pilih pembekal
bumiputera (1.9) (2.5)
19
Contoh 2
  • Langkah 1
  • Harga Tawaran Pembekal Bumiputera (B) RM
    5,100,000
  • Harga Tawaran Pembekal Bukan Bumiputera
    (BB) RM 4,900,000
  • Perbezaan Harga (RM) RM 200,000

Langkah 2 Peratus Perbezaan () 200,000 x
100 4,900,000 4.08
20
Contoh 2
Langkah 3 Bandingkan Perbezaan dengan
Keutamaan yang telah ditetapkan
Nilai Perolehan Keutamaan
melebihi RM100 ribu RM500 ribu 10
melebihi RM500,000 RM1.5 juta 7
melebihi RM1.5 juta RM5 juta 5
melebihi RM5 juta RM10 juta 3
melebihi RM10 juta RM15 juta 2.5
melebihi RM15 juta Tiada
Perbandingan berdasarkan harga tawaran pembekal
Bumiputera (RM5.1 juta)
Perbezaan gt Keutamaan pilih pembekal bukan
bumiputera (4.08) (3)
21
b) Keutamaan Pembuat/Pengilang Bumiputera
  • Memberi keutamaan kepada syarikat yang bertaraf
    pembuat/pengilang Bumiputera
  • ii) Sekiranya perolehan bekalan dilaksanakan
    secara terbuka di kalangan pembuat tempatan,
    keutamaan harga hendaklah diberi kepada pembuat
    Bumiputera

Nilai Perolehan Keutamaan
sehingga RM10 juta 10
melebihi RM10 juta RM100 juta 5
melebihi RM100 juta 3
(Keutamaan harga ini adalah berdasarkan kepada
nilai tawaran terendah dan boleh diterima dari
pembuat Bukan Bumiputera)
22
c) Keutamaan Bumiputera Untuk Kontrak Kerja
  • i) Kerja-kerja bernilai kurang RM100,000
    dikhaskan kepada Bumiputera
  • ii) Sekurang-kurangnya 50 bagi projek bernilai
    RM100,000 hingga RM350,000 dikhaskan untuk
    ditandingi di kalangan Bumiputera
  • 30 dari peruntukan tahunan untuk kerja,
    dikhaskan kepada Bumiputera
  • (tidak termasuk kerja-kerja kurang RM100,000)

23
Keutamaan Kerja Prime Cost Sum
Keutamaan kepada syarikat Bumiputera bagi kerja
Prime Cost Sum/Mekanikal/Elektrikal/Pakar
Nilai Perolehan Keutamaan
melebihi RM100 ribu RM500 ribu 10
melebihi RM500,000 RM1.5 juta 7
melebihi RM1.5 juta RM5 juta 5
melebihi RM5 juta RM10 juta 3
melebihi RM10 juta RM15 juta 2.5
melebihi RM15 juta Tiada
(Keutamaan harga ini adalah berdasarkan kepada
nilai tawaran terendah dan boleh diterima dari
syarikat Bukan Bumiputera)
24
Prime Cost Sum Jumlah wang yang diperuntukkan
bagi kerja yang akan dilaksanakan oleh
Subkontraktor Dinamakan atau bagi bahan/barang
yang akan didapatkan daripada Pembekal Dinamakan
25
TATACARA/KAEDAH PEROLEHAN
26
KATEGORI PEROLEHAN
  • Bekalan
  • Perkhidmatan
  • Kerja

27
KAEDAH PEROLEHAN
  • Panjar Wang Runcit
  • Kontrak Pusat
  • Pembelian Terus
  • Requisition (untuk perolehan kerja)
  • Sebut Harga
  • Tender
  • Perolehan Darurat
  • Pelaksanaan Projek Kecil Secara Gotong Royong
  • Perolehan melalui Jabatan Teknik (JKR JPS)
  • Perolehan Perkhidmatan Perunding

28
PEROLEHAN MELALUI PANJAR WANG RUNCIT (SPP Bil. 2
Tahun 2002)
  • Untuk kegunaan segera
  • Tidak melebihi RM500.00
  • Tiada dokumen pembelian diperlukan
  • (cukup dengan resit sahaja)

29
PEROLEHAN MELALUI KONTRAK PUSAT (AP 178.1)
  • Barang-barang gunasama
  • Perlu rujuk kepada Pekeliling Kontrak
    Perbendaharaan (PKP)
  • Guna pesanan Kerajaan sebagai dokumen pembelian

30
  • Contoh item Kontrak Pusat
  • Kabinet, rak, gerobok besi
  • Perabut pejabat (kerusi berasaskan kain)
  • Wardrobe
  • Alatulis
  • Sampul surat
  • Bas 40 penumpang berhawa dingin
  • Alatganti jentera berat

31
PENGGUNAAN KONTRAK JABATAN LAIN (AP 178.2)
  • mendapat persetujuan daripada agensi yang
    mengikat kontrak
  • kontrak masih berkuatkuasa
  • tiada tambahan kuantiti kepada kontrak asal
  • tertakluk kepada baki kuantiti yang masih ada dan
    belum digunakan oleh agensi utama

32
PEMBELIAN TERUS (SPP Bil. 8 Tahun 2004)
  • Bekalan/Perkhidmatan
  • (i) Sehingga RM50,000 setahun bagi setiap jenis
    item pembelian terus dari mana-mana pembekal yang
    berdaftar atau tidak dengan Kementerian
    Kewangan,sama ada bertaraf Bumiuputera atau
    tidak.
  • (ii) Melebihi RM10,000 hingga RM50,000 setahun
    bagi setiap jenis item pembelian terus daripada
    pembekal/syarikat Bumiputera yang berdaftar
    dengan Kementerian Kewangan

33
  • Pembelian Terus bagi PTJ yang telah ePerolehan
    enabled
  • Proses pembelian bagi RM10,000 RM50,000
    hendaklah melalui sistem ePerolehan
  • Daripada pembekal/syarikat Bumiputera yang
    berdaftar dengan Kementerian Kewangan di negeri
    berkenaan yang telah eP enabled
  • Sekiranya tiada, Pegawai Pelulus boleh
    membenarkan pembelian dibuat daripada
    pembekal/syarikat Bumiputera yang eP enabled
    dari negeri-negeri berdekatan
  • Bagi perolehan tertentu yang tiada
    pembekal/syarikat eP enabled pembelian daripada
    pembekal/syarikat Bumiputera yang berdaftar
    dengan Kementerian Kewangan. Proses pembelian
    secara offline.

34
  • Pembelian Terus bagi PTJ yang belum ePerolehan
    Enabled
  • Daripada pembekal/syarikat Bumiputera yang
    berdaftar dengan Kementerian Kewangan di dalam
    negeri berkenaan
  • Sekiranya tiada, Ketua PTJ/Pemegang Waran diberi
    kuasa meluluskan pembelian dibuat daripada
    pembekal/syarikat Bumiputera dari negeri-negeri
    berdekatan
  • Pesanan Pembelian Tempatan hendaklah
    ditandatangani oleh Ketua PTJ/Pemegang Waran atau
    pegawai-pegawai yang telah diberi kuasa secara
    bertulis

35
  • Kerja
  • Tidak melebihi RM20,000 boleh dibuat secara
    lantikan terus di kalangan kontraktor kelas F
    tempatan yang berdaftar dengan Pusat Khidmat
    Kontraktor (PKK) di bawah kepala dan sub-kepala
    berkaitan
  • Gunakan pesanan Kerajaan atau inden sebagai
    dokumen pembelian/perolehan mengikut mana yang
    berkaitan

36
REQUISITION (AP 180 dan SPP Bil.2 Tahun 2001)
  • kerja-kerja kecil dan pembaikan yang tidak
    mengubah struktur asal
  • nilai kerja melebihi RM20,000 hingga RM100,000
  • menggunakan Jadual Kadar Kejuruteraan Awam dan
    Bangunan
  • pelawaan kontraktor kelas F di bawah kepala dan
    sub kepala berkaitan secara undian atau pusingan
    atau sebut harga
  • gunakan Inden Kerajaan

37
PEROLEHAN MELALUI SEBUT HARGA (AP 170.1 dan SPP
Bil. 2 Tahun 2001)
  • Bekalan/Perkhidmatan
  • - Melebihi RM50,000 hingga RM200,000 setahun
  • i) Melebihi RM50,000 hingga RM100,000 dipelawa di
    kalangan pembekal bertaraf Bumiputera yang
    berdaftar dengan Kementerian Kewangan
  • ii) Melebihi RM100,000 hingga RM200,000 terbuka
    kepada pembekal Bumiputera/Bukan Bumiputera yang
    berdaftar dengan Kementerian Kewangan.
  • Kerja
  • - Melebihi RM20,000 hingga RM200,000 setahun yang
    tidak menggunakan Jadual Kadar Kejuruteraan
    Awam dan Bangunan

38
  • Pelawaan dibuat kepada sekurang-kurangnya kepada
    5 pembekal/syarikat
  • Dokumen seperti di Lampiran Q (AP) digunakan
  • Diproses seperti tender
  • Setuju terima Jawatankuasa Sebut Harga

39
PEROLEHAN MELALUI TENDER (AP 171.1, dan SPP Bil.
2 Tahun 1995)
  • Bekalan/Perkhidmatan/Kerja
  • - Melebihi RM200,000 setahun
  • Iklan
  • - Tender tempatan min. 1 akhbar berbahasa
    Melayu
  • - Tender antarabangsa min. 1 akhbar berbahasa
    Melayu dan 1 akhbar berbahasa Inggeris
  • Tempoh Iklan
  • - Tender tempatan min. 21 hari
  • - Tender antarabangsa min. 56 hari

40
  • diterima dalam sampul surat berlakri
  • peti tender yang berkunci disediakan
  • dibuka oleh Jawatankuasa Pembuka Tender
  • dinilai oleh Jawatankuasa Penilaian Tender
  • ditimbang dan diluluskan oleh Lembaga Perolehan
  • Surat Setuju terima tender

41
PEROLEHAN DARURAT (AP 173.2)
  • tidak melebihi keperluan semasa
  • prosidur biasa perolehan dikecualikan
  • kemukakan laporan terperinci kepada Pegawai
    Pengawal dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh
    perolehan untuk dihantar kepada Perbendaharaan
    bagi tujuan penyiasatan dan audit

42
PELAKSANAAN PROJEK KECIL SECARA GOTONG ROYONG
(SPP Bil. 4 Tahun 2004)
  • Kriteria bagi menentukan projek secara gotong
    royong
  • had maksimum kewangan atau peruntukan sebanyak
    RM100,000
  • tidak memerlukan kepakaran khusus seperti
    mekanikal dan elektrikal
  • boleh dilaksanakan sendiri oleh Pihak Peneraju
    Projek
  • Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung
    (JKKK)
  • Jawatankuasa Kemajuan Mukim
  • Badan/Pertubuhan/Persatuan atau Badan-badan Bukan
    Kerajaan (NGO) yang melibatkan masyarakat
    setempat

43
  • bebas daripada semua halangan seperti
    pemilikan tapak projek dan sebagainya
  • melibatkan tenaga penduduk tempatan dan bercorak
    kemasyarakatan
  • tempoh pelaksanaan tidak melebihi 14 hari kerja
    berturut-turut atau 14 hari dalam tempoh maksimum
    3 bulan

44
PEROLEHAN MELALUI JABATAN TEKNIK (AP 182)
  • semua jabatan bukan teknik hendaklah merujuk
    kepada jabatan teknik bagi perolehan kerja yang
    melibatkan perubahan struktur bangunan ataupun
    kerja letrik
  • sekiranya jabatan teknik tidak berkemampuan,
    perolehan melalui perkhidmatan perunding
    hendaklah dilaksanakan
  • sesalinan as built drawing hendaklah
    dikemukakan kepada jabatan teknik
  • kerja-kerja yang melibatkan tambahan atau
    pengubahsuaian
  • bangunan Kerajaan Persekutuan kelulusan Bahagian
    Pengurusan Hartanah, Jabatan Perdana Menteri
  • bangunan sewa kebenaran tuan punya bangunan

45
PEROLEHAN PERKHIDMATAN PERUNDING (AP 186, SPP
Bil. 3 Tahun 1995 SPP Bil.15 Tahun 2001)
  • rujuk projek kepada Jabatan Teknik terlebih
    dahulu. Sekiranya Jabatan Teknik mengesahkan
    tidak berkemampuan, agensi boleh melantik
    perunding mengikut tatacara yang berkuat kuasa
  • hendaklah mendapat kelulusan Jawatankuasa
    Pemilihan dan Pelantikan Perunding (JPPP) atau
    Jawatankuasa Perunding Peringkat Agensi (JPPPA)
    yang berkenaan
  • kelulusan bayaran perkhidmatan perunding
    hendaklah diperolehi dari Perbendaharaan atau
    Lembaga Perolehan atau JPPPA mengikut mana yang
    berkenaan

46
  • Perunding dilantik hendaklah menguruskan
    perolehan bagi pihak Jabatan berkenaan mengikut
    tatacara perolehan Kerajaan yang berkuatkuasa
  • Perolehan perkhidmatan perunding bagi perolehan
    kerja yang kurang RM30 juta, Lembaga Perolehan
    Kementerian adalah diberikuasa melantik perunding
  • Laporan prestasi perunding kendaklah dikemukakan
    kepada Perbendaharaan dan JPPP yang berkenaan

47
 PEMATUHAN KEPADA PERATURAN KEWANGAN YANG
DITETAPKAN
  • Agensi hendaklah mematuhi semua peraturan
    kewangan yang ditetapkan oleh Kementerian
    Kewangan termasuk
  • - Arahan Perbendaharaan (AP)
  • - Pekeliling Perbendaharaan (PP)
  • - Surat Pekeliling Perbendaharaan (SPP)
  • - Pekeliling Kontrak Perbendaharaan (PKP)
  • Pengecualian daripada mana-mana peraturan
    kewangan yang ditetapkan hendaklah terlebih
    dahulu mendapat kelulusan bertulis daripada
    Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau Pegawai
    Kewangan Negeri, mengikut mana yang berkenaan

48
Terima kasih
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com