KAJIAN TINDAKAN - PowerPoint PPT Presentation

About This Presentation
Title:

KAJIAN TINDAKAN

Description:

kajian tindakan membina kabel rangkaian berasaskan hukum alam oleh zulkifli bin othman smk seri tanjong, 45000 kuala selangor. menu alam abstrak 1.0 refleksi ... – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:1271
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 22
Provided by: Zulkifl
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: KAJIAN TINDAKAN


1
KAJIAN TINDAKAN
  • MEMBINA KABEL RANGKAIAN
  • BERASASKAN
  • HUKUM ALAM
  •  
  • OLEH
  •  
  • ZULKIFLI BIN OTHMAN
  • SMK SERI TANJONG, 45000 KUALA SELANGOR.

2
MENU ALAM
Bahan Utama
  • Abstrak
  • 1.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu
  • 2.0 Isu Keperihatinan
  • 3.0 Objektif Kajian
  • 4.0 Kumpulan Sasaran
  • 5.0 Pelaksanaan Kajian
  • 6.0 Cadangan Untuk Kajian Seterusnya
  • 7.0 BIBLIOGRAFI

3
PROPOSAL
  • Abstrak
  • 1.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu
  • 2.0 Isu Keperihatinan
  • 3.0 Objektif Kajian
  • 4.0 Kumpulan Sasaran

4
LAPORAN
  • 5.0 Pelaksanaan Kajian
  • 6.0 Cadangan Untuk Kajian Seterusnya
  • 7.0 BIBLIOGRAFI

5
Abstrak
  • Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah
    yang dihadapi oleh murid Tingkatan 4 ICT di dalam
    subtopik Cable Crimping and Testing Membina
    Kabel Rangkaian dan Membuat Pengujian.
  • Seramai 30 orang murid Tingkatan 4 ICT, SMK Seri
    Tanjong, Kuala Selangor dan seorang guru
    terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah
    dilaksanakan melalui ujian pra, ingatan susunan
    warna bagi kabel T568A dan T568B.

6
Abstrak
  • Hasil ujian pra menunjukkan kebanyakan murid
    tidak dapat mengingati susunan warna bagi kabel
    T568A dan T568B.
  • Ada yang membuat susunan secara terbalik dan
    ramai juga yang menyusun sesuka hati sahaja
    walaupun proses Cable Crimping and Testing
    Membina Kabel Rangkaian ini telah dibuat sebelum
    menjawab ujian pra.

7
Abstrak
  • Perancangan tindakan difokuskan kepada teknik
    meningkatkan daya ingatan melalui keadaan
    persekitaran manusia Hukum ALAM (Matahari,
    Angin, Rumput, Tanah).
  • Murid didedahkan kepada Hukum ALAM selama 80
    minit sebelum ujian pos di jalankan dan kajian
    ini telah diselesaikan dalam tempoh 2 minggu.

8
Abstrak
  • Keputusan ujian pos telah menunjukkan peningkatan
    prestasi murid.
  • Dapatan soal selidik murid pula menunjukkan murid
    lebih mengingati, memahami dan seronok belajar
    subtopik Cable Crimping and Testing Membina
    Kabel Rangkaian dan Membuat Pengujian melalui
    Hukum ALAM.

9
HUKUM ALAM


Matahari Angin (Langit) Rumput (Kunci) T
anah
10
1.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu
  • Peperiksaan SPM bagi mata pelajaran ICT
    dibahagikan kepada 2 kertas, iaitu Kertas 1
    (ujian bertulis) dan Kertas 2 (kerja kursus).
    Sebanyak 15 kerja kursus perlu dihasilkan oleh
    calon mata pelajaran ICT sepanjang tempoh
    pembelajaran di tingkatan 4 hingga tingkatan 5.
    Kerja kursus ICT diperuntukkan 30 markah,
    manakala 70 lagi adalah markah ujian bertulis
    daripada markah keseluruhan.

11
2.0 Isu Keperihatinan
  • Sesuatu yang amat membimbangkan adalah murid yang
    dipilih untuk mengambil mata pelajaran ICT sangat
    lemah dalam mata pelajaran bahasa dan matematik
    di peringkat PMR.
  • Contoh 1 Bahasa Melayu B, Bahasa Inggeris C,
    Matematik D
  • Contoh 2 Bahasa Melayu C, Bahasa Inggeris C,
    Matematik D
  • Contoh 3 Bahasa Melayu C, Bahasa Inggeris D,
    Matematik D.

12
3.0 Objektif Kajian
  • Fokuskan kajian adalah terhadap penguasaan murid
    dalam menghasilkan kabel rangkaian (Straigh
    Cable dan Crossed Cable) walaupun banyak
    kelemahan lain yang dihadapi oleh mereka.
  • 3.1 Objektif Am
  • Meningkatkan gred purata sekolah (GPS) dengan
    peningkatan pencapaian ke arah A dan pengurangan
    pencapaian E dan D.
  • 3.2 Objektif Khusus
  • Membantu pelajar menguasai kemahiran membuat
    kabel rangkaian dengan mudah.

13
4.0 Kumpulan Sasaran
  • Murid Tingkatan 4 ICT
  • Lelaki 10 orang
  • Perempuan 20 orang
  • Jumlah 30 orang

PROPOSAL
Cadangan Perlaksanaan Cadangan BAJET
14
5.0 Pelaksanaan Kajian
  • 5.1 Tinjauan Masalah
  • Tinjauan masalah dibuat berdasarkan ujian pra dan
    pos

15
5.0 Pelaksanaan Kajian
  • 5.1.1 Ujian Pra dan Ujian Pos
  • Ujian pra diberikan kepada kumpulan sasaran untuk
    mengesan sejauh mana kefahaman dan ingatan mereka
    mengenai subtopik Cable Crimping and Testing
    Membina Kabel Rangkaian dan Membuat Pengujian
    dalam menghasilkan Straigh Cable dan Crossed
    Cable mengikut susunan warna T568A dan T568B.
    Ujian pra diberikan kepada murid setelah seminggu
    membuat kabel rangkaian secara kaedah biasa ini.
  • Pada awal mingga kedua murid telah diperkenalkan
    dengan Hukum ALAM selama 80 minit (satu sesi
    pembelajaran). Lima hari selepas itu, ujian pos
    yang menggunakan set soalan yang sama dengan
    ujian pra telah memberikan.
  • Jawapan murid bagi soalan pra dan soalan pos di
    semak dan dibandingkan untuk mencari perbezaan
    dan perubahan kefahaman dan ingatan mereka.

16
5.0 Pelaksanaan Kajian
  • 5.2 Analisis Tinjauan Masalah
  • 5.2.1 Analisis Ujian Pra dan Ujian Pos
  • Perbezaan pencapaian murid dalam ujian pra dan
    ujian pos adalah seperti berikut

17
5.0 Pelaksanaan Kajian
  • 5.3 Tindakan yang dijalankan
  • Murid membuat kabel rangkaian (Straigh Cable)
    mengikut susunan warna T568B. Masa dicatatkan.
  • Ujian pra diberikan pada akhir minggu dan disemak
    mengikut ketepatan susunan warna T568B.
  • Pada awal mingga kedua murid telah diperkenalkan
    dengan Hukum ALAM selama 80 minit (satu sesi
    pembelajaran).
  • Murid membuat kabel rangkaian (Crossed Cable)
    mengikut susunan warna T568A dan T568B. Masa
    dicatatkan.
  • Pada akhir minggu kedua murid telah diberikan
    ujian pos menggunakan set soalan yang sama.
    Seterusnya disemak untuk dibandingkan.

18
5.0 Pelaksanaan Kajian
  • 5.4 Refleksi Kajian
  • Pencapaian murid dalam ujian pra dan ujian pos
    menunjukkan peningkatan yang agak ketara.
    Kebolehan menggunakan Hukum ALAM untuk mengingat
    skema warna merupakan kaedah yang amat membantu
    dalam proses menghasilkan kabel rangkaian.

19
6.0 Cadangan Untuk Kajian Seterusnya
  • Hasil dari kajian tindakan yang dijalankan ini
    pula, saya dapati terdapat perubahan yang positif
    dari segi amalan pembelajaran murid. Semoga hasil
    kajian saya ini dapat dimanfaatkan dalam proses
    pengajaran dan pembelajaran lebih menarik,
    berkesan dan menyeronokkan.
  • Seterusnya kajian yang berkaitan Hukum ALAM akan
    saya dijalankan pada masa akan datang dalam
    proses pengajaran dan pembelajaran berkaitan mata
    pelajaran ICT di mana yang difikirkan sesuai.

20
(No Transcript)
21
7.0 BIBLIOGRAFI
  • Kementerian Pelajaran Malaysia (2006). Manual
    Kajian Tindakan. Kuala Lumpur Penerbit Bahagian
    Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

TErIMA KASIH
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com