PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI - PowerPoint PPT Presentation

About This Presentation
Title:

PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

Description:

Ujian Kecergasan Fizikal Kecergasan untuk kesihatan merangkumi aspek yang berkaitan dengan fungsi ... selamat dan berfungsi dengan baik Kawasan ujian mesti ... – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:149
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 26
Provided by: weeblyCom
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI


1
  • PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI
  • (Ujian Kecergasan)

2
Ujian Kecergasan Fizikal
  • Kecergasan untuk kesihatan merangkumi aspek yang
    berkaitan dengan fungsi fisiologi dan psikologi
    yang dipercayai memberi individu perlindungan
    dari ancaman penyakit hipokinetik seperti
    penyakit jantung, kegemukan dan pelbagai penyakit
    otot dan tulang

3
  • Kecergasan untuk prestasi mula merujuk kepada
    fungsi dan keupayaan individu untuk bertanding
    dalam aktiviti sukan dengan bertenaga, berdaya
    kuasa, kekuatan, berdaya tahan, kemahiran dan
    sebagainya

4
KECERGASAN
KOMPONEN BERASASKAN KESIHATAN
KOMPONEN BERASASKAN PERLAKUAN MOTOR
KOORDINASI
DT KARDIOVAKLULAR
DAYATAHAN OTOT
IMBANGAN
KEKUATAN OTOT
KETANGKASAN
FLEKSIBILITI
KUASA
KOMPOSISI BADAN
MASA REAKSI
KEPANTASAN
5
  • KONSEP
  • Ujian kecergasan fizikal ialah satu prosedur atau
    teknik yang digunakan untuk menguji tahap
    kecergasan individu
  • Prosedur dan teknik ujian hendaklah mengikut
    peringkat umur, kebolehan, serta peralatan dan
    tempat ujian dijalankan
  • Ujian yang dijalankan ini juga boleh digunakan
    sebagai aktiviti latihan kecergasan

6
  • Alatan ujian yang digunakan mesti lengkap,
    selamat dan berfungsi dengan baik
  • Kawasan ujian mesti selamat dan sesuai dengan
    jenis ujian yang hendak dijalankan
  • Individu juga telah berlatih secukupnya sebelum
    menjalani ujian
  • Memanaskan badan sebelum menjalani latihan

7
Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK)
  • Jenis-jenis ujian
  • 1. Ujian Komposisi Tubuh Badan
  • 2. Bangun Tubi Bervariasi
  • 3. Lari Ulang Alik 4 x 10 meter
  • 4. Tekan Tubi Tanpa Henti
  • 5. Lompat Jauh Berdiri
  • 6. Duduk dan Jangkau
  • 7. Larian 2.4 km

8
1. Ujian Komposisi Tubuh Badan
  • Mengukur lemak badan lelaki dan wanita
  • Indikator prestasi
  • 1. Lelaki
  • - Lilitan Abdomen (cm)
  • - Berat Badan (kg)
  • 2. Wanita
  • - Lilitan Pinggul (cm)
  • - Lilitan Abdomen (cm)
  • - Ketinggian (cm)

9
  • Prosedur
  • - Peserta bergerak ke tempat yang telah
    ditetapkan
  • - Ambil ukuran seperti yang telah ditetapkan
    - Kira peratus lemak badan dengan
    menggunakan borang yang disediakan.
  • - Catatkan skor dalam borang ujian.
  • - Kira jumlah skor mengikut borang yang telah
    ditetapkan
  • - Alatan 2 pita ukur dalam sentimeter
  • 2 alat penimbang dalam (Kg)
  • Borang Ujian

10
2. Bangun Tubi Bervariasi
  • Mengukur Kekuatan otot abdomen
  • Indikator prestasi
  • Variasi 1
  • - Kedua tangan lurus di sisi badan
  • - Bangun dan sentuh tapak tangan ke lutut
  • Variasi 2
  • - Kedua tangan lurus ke sisi badan
  • - Bangun dan cecah kedua siku ke lutut

11
  • Variasi 3
  • - Kedua tangan pegang siku yang berlawanan di
    atas perut
  • - Bangun dan rapatkan ke dada
  • Variasi 4
  • - Kedua tangan pegang siku dan
  • letakkan di atas kepala
  • - Bangun dan rapatkan dada ke peha
  • - Pergerakan tangan dan kepala serentak

12
  • Variasi 5
  • - Tangan disilang ke belakang kepala dan
    menyentuh skapula
  • - Bangun dan rapatkan dada ke peha

13
  • Prosedur
  • - Peserta baring terlentang di atas lantai.
  • - Lutut bengkok 90?.
  • - Tapak kaki rapat ke lantai.
  • - Setiap variasi hanya lakukan sekali sahaja.
  • - Alatan Tilam kecergasan
  • Borang Ujian

14
3. Lari Ulang Alik 4 X 10 Meter
  • Mengukur Ketangkasan
  • Indikator prestasi
  • - Peserta dikehendaki berlari pantas di antara
    garisan dengan garisan yang lain berjarak 10
    meter sambil mengambil dua potong kayu secara
    bergilir-gilir serta meletakkannya di belakang
    garisan mula setelah isyarat mula diberikan.
  • - Peserta akan diberikan 2 percubaan dengan
    sedikit masa rehat antara percubaan.
  • - Masa yang terbaik akan diambil dari 2
    percubaan yang telah dilakukan.

15
  • Prosedur
  • - Berdiri sedia di belakang garisan.
  • - Berlari apabila isyarat diberikan
  • - Masa dimulakan sebaik sahaja peserta mula
    berlari sehingga tamat larian.
  • - Peserta membuat percubaan kedua setelah
    berehat sebentar.
  • - Masa terbaik akan dikira sebagai masa
    pencapaian.
  • - AlatanDua potongan kayu 5 sm x 5 sm x 10 sm
  • Sebuah jam Randik
  • Borang Ujian

16
4. Tekan Tubi Tanpa Henti
  • Mengukur Dayatahan Otot Tangan
  • Indikator prestasi
  • Lelaki
  • - Dalam posisi meniarap, kedua tapak tangan
    berada di lantai dan siku lurus.
  • - Keduadua kaki lurus dan hujung jari kaki
    mencecah lantai.
  • - Mulakan aktiviti setelah isyarat diberikan
    dengan membengkokkan siku sambil membawa
    keseluruhan badan seolaholah mencecah lantai.
  • - Bawa naik semula badan dan ulang perlakuan
    sebanyak mungkin.

17
  • Wanita
  • - Dalam posisi melutut dengan kedua kaki
    disilangkan.
  • - Kedua tangan berada di atas lantai di
    hadapan.
  • - Bawa badan ke hadapan dengan membengkokkan
    siku
  • - Ulang perlakuan dan catatkan bilangannya
  • - Satu ulangan adalah dikira apabila badan
    dibawa turun dan naik.

18
  • Prosedur
  • - Peserta berada dalam keadaan sedia di atas
    floor mat.
  • i. lelaki Badan lurus dengan sokongan
    di atas kedua tangan.
  • ii. perempuan melutut dengan sokongan
    di atas kedua tangan
  • - Lakukan aktiviti tekan tubi apabila isyarat
    diberikan tanpa henti
  • - Perlakuan yang salah tidak akan dikira.
  • - Pencapaian akan dicatatkan ke dalam borang
    skor.
  • - Alatan Exercise mat
  • Borang Ujian

19
5. Lompat Jauh Berdiri
  • Mengukur Kuasa otot kaki
  • Indikator prestasi
  • - Peserta berdiri di belakang garisan mula
    dengan kedua belah kaki dibuka mengikut
    keselesaan.
  • - Peserta dikehendaki mengayunkan tangan ke
    belakang dan membengkokkan kedua-dua lutut.
  • - Peserta melompat dan mendarat di atas
    kedua-dua belah kaki.
  • - Peserta akan diberikan 2 percubaan dan
    percubaan yang terbaik akan dicatatkan.
  • - Ukuran lompatan akan diambil daripada garisan
  • lompatan hingga ke tumit kaki atau anggota
    badan yang menyentuh lantai yang terdekat
    sekali dengan garisan lompatan

20
  • Prosedur
  • - Peserta berdiri di belakang garisan mengadap
    tempat mendarat.
  • - Peserta membuat lompatan sebaik sahaja
    isyarat diberikan.
  • - Peserta diberikan 2 kali lompatan.
  • - Lompatan yang terbaik akan direkodkan.
  • - Alatan Kapur
  • Pita ukur
  • Pita pelekat
  • Borang Ujian

21
6. Duduk dan Jangkau
  • Mengukur Kelenturan tubuh badan
  • Indikator prestasi
  • - Peserta duduk berlunjur dengan pembaris/pita
    ukur sepanjang satu meter yang diletakkan di
    atas lantai serta pita pelekat diletakkan
    merintangi 90 kepada tanda 50 cm
  • - Kaki tegak bersudut tepat dengan garisan pita
    di lantai, jarak antara dua kaki adalah 30cm.
  • - Kasut hendaklah ditanggalkan dan tumit kaki
    menyentuh tepi garisan pita pelekat.
  • - Peserta dikehendaki menjangkau kedua-dua belah
    tangan (jari hantu bertindih) seberapa jauh ke
    hadapan di atas pembaris dan bertahan buat
    seketika.
  • - Jarak terbaik di antara 3 percubaan akan
    dicatatkan

22
  • Prosedur
  • - Peserta duduk sedia dengan keadaan kedua-dua
    kaki dilunjurkan ke hadapan.
  • - Mulakan ujian apabila isyarat diberikan.
  • - Peserta diberikan 3 kali percubaan.
  • - Pencapaian yang terbaik akan dicatat di dalam
    borang ujian.
  • - Alatan Pembaris atau pita ukur.
  • Pita pelekat.
  • Borang Ujian

23
7. Larian 2.4 km
  • Mengukur Dayatahan Kardiovaskular
  • Indikator prestasi
  • - Peserta dikehendaki berlari sejauh 2.4 km.
    atau 6 pusingan balapan 400 meter setelah
    isyarat mula diberikan.
  • - Masa akan dicatatkan setelah peserta
  • tamat berlari sejauh 2.4 km atau 6 pusingan.

24
  • Prosedur
  • - Peserta dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu
    A
  • dan B.
  • - Kumpulan A melakukan aktiviti larian.
  • - Kumpulan B membuat catatan pusingan dan masa
    pencapaian kawan setelah kumpulan A tamat
    berlari.
  • - Tukar pelaku setelah kumpulan A tamat berlari.
  • - Pencatat akan merekodkan masa peserta ke dalam
    borang ujian.
  • - Alatan 6 buah jam randik Trek
    400 meter
  • Borang Ujian

25
  • SKALA PEMARKAHAN UKJK
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com