Title: Tujuan Cadangan Penyelidikan
1Tujuan Cadangan Penyelidikan
- Membentangkan soalan yang ingin diselidiki dan
kepentingannya - Untuk membincangkan usaha penyelidikan orang lain
yang pernah mengkaji soalan yang berkaitan - Untuk mencadangkan data yang perlu bagi
menyelesaikan soalan penyelidikan
2Proses Pembentukan Cadangan Penyelidikan
3Penaja Penyelidikan
- Semua penyelidikan mempunyai penaja
- Dalam persekitaran korporat, pihak pengurusan
menaja penyelidikan - Dalam persekitaran akademik, pelajar
bertanggungjawab kepada pengajar
4Faedah Cadangan Penyelidikan kepada Penaja
- Memastikan penyelidik memahami masalah yang perlu
di kaji - Bertindak sebagai mekanisme kawalan
- Membenarkan pengurus menilai kaedah penyelidikan
yang dicadangkan - Membantu pihak pengurusan menilai nilai relatif
dan kualiti penyelidikan yang dicadangkan
5Faedah Cadangan Penyelidikan kepada Penyelidik
- Memastikan bahawa masalah yang di kaji adalah
masalah yang pihak pengurusan ingin mengkaji - Membenarkan penyelidik untuk merancang dan
menilai langkah-langkah dalam projek - Bertindak sebagai panduan bagi jangkamasa kajian
- Memaksa anggaran masa dan belanjawan
- Menyatakan persetujuan di antara pihak pengurusan
dan penyelidik
6Jenis Cadangan Penyelidikan
7Tahap Kompleks
- Terdapat 3 tahap betapa kompleksnya cadangan
penyelidikan - Kajian Penerokaan digunakan oleh cadangan
penyelidikan yang mudah - Kajian Skala-Kecil adalah yang lebih kompleks dan
selalu digunakan - Kajian Profesional Skala-Besar adalah yang paling
kompleks, menelan belanja berjuta ringgit
8Bagaimana menstruktur Cadangan Penyelidikan?
- Bentuk modul cadangan
- Gabungkan berbagai modul untuk menyesuaikan
cadangan kepada pelanggan anda
9Modul dalam Cadangan Penyelidikan
- Ringkasan Eksekutif
- Pernyataan Masalah
- Objektif Penyelidikan
- Lintasan Susastera
- Kepentingan Kajian
- Rekebentuk Penyelidikan
- Analisis Data
10Bersambung ...
- Sifat dan bentuk Penemuan
- Kelayakan Penyelidik
- Belanjawan
- Skedul
- Kelengkapan dan Sumber Khas
- Pengurusan Projek
- Bibliography
- Appendiks
11Ringkasan Eksekutif
- Membenarkan seorang pengurus yang sibuk untuk
memahami fokus kajian - Matlamat utama ringkasan ini adalah untuk menarik
perhatian eksekutif dan membentuk penilaian yang
positif - Mestilah mengandungi dilema pengurusan, soalan
pengurusan, objektif penyelidikan/soalan
penyelidikan dan faedah pendekatan yang anda
cadangkan
12Pernyataan Masalah
- Masalah mungkin hanyalah usaha/minat terhadap
sesuatu isu di mana objektif mendapatkan jawapan
yang betul mungkin membantu memperbaiki situasi
yang sedia ada. - Definisi
- Apa sahaja situasi/keadaan di mana terdapat
jurang antara keadaan sebenar dan keadaan yang
ideal
13Pernyataan/Definisi Masalah
- 1. Masalah sedia ada di mana pengurus ingin
mencari penyelesaian - 2. Situasi yang tidak merupakan masalah pada masa
kini tetapi pengurus merasakan situasi itu boleh
di perbaiki - 3. Bidang di mana clarity konsepsual di
perlukan untuk pembentukan teori yang lebih baik - 4. Situasi di mana penyelidik yang berminat
kepada sesuatu topik ingin menjawab soalan
penyelidikan secara empirik
14Objektif Penyelidikan
- Bahagian ini menjelaskan tujuan penyelidikan
- Berkaitan dengan modul pernyataan masalah,
memberikan penaja gol yang spesifik dan konkrit
yang boleh dicapai - Senaraikan objektif dari yang am kepada yang
spesifik - Sahkan konsistensi dengan menilai sama ada setiap
objektif dibincangkan dalam bahagian rekabentuk
kajian, analisis data dan hasil penemuan
15Lintasan Susastera
Lintasan susastera melibatkan pengenalpastian
secara sistematik, mencari dan menganalisis
dokumen yang mengandungi maklumat berkaitan
dengan masalah penyelidikan
16Pembentukan Lintasan Susastera
Set Data B
Isu Berkaitan
Set Data A
Topik/Isu Utama
Sub-tema X
Teori A
Sub-tema Y
Teori B
17Dokumen
- Dokumen termasuklah
- ? Sumber Am
- suratkhabar, majalah, dsb
- ? Sumber Sekunder
- Buku, penilaian penyelidikan, dsb
- ? Sumber Primer
- Jurnal, abstrak, dsb
18Menjalankan Lintasan Susastera
- Kenalpasti sumber yang relevan
- Pengkalan data bibliografi
- Pengkalan data abstrak
- Pengkalan data teks penuh
- Pengekstrakan maklumat yang relevan
- Menulis lintasan susastera
19Tujuan Lintasan Susastera
- Kenalpasti apa yang sudahpun dilakukan
- Membantu kita merancang apa yang perlu dilakukan
- Memberikan rasional dan justifikasi untuk
penyelidikan seterusnya - Menonjolkan strategi penyelidikan dan prosedur
spesifik serta kaedah pengukuran yang berkesan
untuk mengukur masalah yang ingin di kaji - Membantu penyelidik mengelakkan kesilapan dan
membina pada kekuatan penyelidikan lampau - Membantu mentafsir data dan hasil penyelidikan
20Jenis Lintasan Susastera
- Inclusive
- Kenalpasti dan senaraikan semua yang telah pun
bertulis mengenai sesuatu topik - Inclusive/Evaluative
- Memanjangkan kaedah pertama dengan memberikan
komentar mengenai liputan dan sumbangan kepada
pengetahuan dan kefahaman mengenai topik yang
ingin di kaji - Penerokaan
- Cuba mencari penyelidikan yang sedia ada yang
boleh membantu dalam menyelesaikan soalan
penyelidikan yang spesifik atau isu
21Jenis Lintasan Susastera
- Instrumental
- Fokus utama adalah isu perniagaan dan lintasan
digunakan sebagai punca ide bagaimana soalan
penyelidikan boleh dijawab. Kenalpasti metodologi
yang bersesuaian. - Analisis Kandungan
- Menilai kandungan lintasan.
- Mengira berapa kali istilah management of
change disebut dalam sesuatu lintasan
22Pertimbangan semasa menulis Lintasan Susastera
- Banyak tak semestinya lebih baik
- Bahagian penyelidikan yang telah banyak di kaji
tidak perlu penekanan yang panjang lebar - Bahagian yang baru perlu diberikan penekanan yang
lebih terperinci
23Kebaikan Lintasan Susastera
- Lintasan yang baik memastikan
- Pembolehubah yang penting tidak ditinggalkan dari
kerangka penyelidikan - Memberikan ide yang lebih jelas mengenai
penyelidikan - Kebolehujian dan pengulangan hasil penemuan
penyelidikan boleh ditingkatkan - Pernyataan masalah boleh dilakukan dengan lebih
jelas - Tidak perlu membuang masa menyelidiki sesuatu
yang sudahpun diselidiki - Masalah yang diselidiki mempunyai nilai dari segi
saintifik
24Menulis Lintasan Susastera
- Baca lintasan susastera lain
- Bentuk suatu tema menyeluruh bermula dari
lintasan am sehingga berakhir dengan lintasan
spesifik - Guna suatu sistem yang tersusun. Perbincangan
mengikut soalan penyelidikan - Gunakan rangka ringkas sebagai panduan
- Latihan membawa kepada kesempurnaan
25Kenapa Lintasan Penting?
- Menunujukkan penyelidik mempunyai pengetahuan
mengenai topik penyelidikan - Kerangka teori dibina atas penyelidikan lampau
dan diperkuatkan dengan pengetahuan terkini
26Kepentingan/Faedah Penyelidikan
- Nyatakan faedah yang boleh diperolehi daripada
penyelidikan yang bakal dijalankan - Tekankan kenapa peneylidikan perlu dilakukan
pada masa sekarang (now) - Bahagian ini memerlukan anda memahami apakah
masalah yang dihadapi oleh penaja anda - Modul ini sangat penting dalam cadangan luaran
kerana anda perlu meyakinkan penaja bahawa plan
anda akan memenuhi keperluan mereka
27Rekabentuk Penyelidikan
- Modul ini menerangkan secara teknikal apa yang
anda akan lakukan - Berikan maklumat mengenai rekabentuk yang
dicadangkan termasuk pemilihan sampel, kaedah
kutipan data, instrumen, prosedur dan keperluan
etika - Jika terdapat beberapa pendekatan yang boleh
digunakan, berikan sebab mengapa anda menolak
pendekatan yang lain
28Analisis Data
- Kaedah yang akan digunakan untuk menganalisis
data (perisian dan teknik) - Bahagian ini menjelasakan kaedah/teknik analisis
data yang akan digunakan dan andaian teoritikal
penggunaan teknik pilihan - Paling sukar untuk dibentuk
- Penting terutamanya dalam cadangan luaran
29Jenis dan Bentuk Penemuan
- Bahagian ini mestilah selaras dengan soalan
pengurusan dan objektif penyelidikan - Nyatakan data yang perlu dikutip dan tafsiran
yang akan di lakukan - Kesimpulan berstatistik, applikasi penemuan,
cadangan. Plan tindakan, model, plan strategik
adalah contoh dalam modul ini
30Kelayakan Penyelidik
- Kemahiran penyelidikan profesional
- Pengalaman pengurusan yang relevan
31Belanjawan
32CPM (Critical Path Method)
33Apa yang patut di masukkan dalam Appendiks?
- Glosari konsep, konstruk dan definisi
- Sampel alat pengukuran
- Lain-lain bahan yang mengukuhkan badan (body)
penyelidikan
34Menilai Cadangan Penyelidikan
- Mestilah di tulis dengan kemas
- Topik utama mestilah senang ditemui dan tersusun
secara logik - Cadangan mestilah menepati garis panduan yang
ditetapkan oleh penaja - Gaya penulisan teknikal mestilah boleh difahami
dan diterangkan secara jelas
35Senarai 10 kelemahan kajian lampau
- Prosedur kutipan data tidak di kawal dengan baik
- Terdapat kelemahan dalam rekabentuk kajian
- Had-had penyelidikan tidak di nyatakan
- Rekebentuk kajian tidak menjawab soalan
penyelidikan - Kaedah pemilihan responden tidak sesuai
36Bersambung ...
- Hasil kajian tidak dibentangkan dengan jelas
- Kaedah yang salah di gunakan untuk analisis data
- Kertas penyelidikan tidak ditulis dengan jelas
- Andaian penyelidikan tidak jelas
- Kaedah yang digunakan untuk membuat kajian hanya
ringkas atau tidak dinyatakan