Pengumpulan dan Penulisan - PowerPoint PPT Presentation

1 / 23
About This Presentation
Title:

Pengumpulan dan Penulisan

Description:

Apabila menulis berita perniagaan, ... - * agihan jualan francais saham agensi pemasaran cek palang urus niaga baki debit harga mutlak kredit anggaran kos ... – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:149
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 24
Provided by: UPMUn
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: Pengumpulan dan Penulisan


1
  • UNIT 6
  • Pengumpulan dan Penulisan
  • Berita Khusus

2
  • Pengumpulan dan Penulisan Berita Khusus terbahagi
    kepada 4 iaitu
  • 1.Berita musibah (seperti kebakaran, kemalangan)
  • 2. Berita sukan
  • 3. Berita ekonomi
  • 4. Berita jenayah

3
  • 1. Berita Musibah
  • Laporan musibah yang menimpa individu, masyarakat
    yang melibatkan kesan emosi kepada mangsa dan
    orang yang melihat, membaca dan mendengar.

4
  • Menurut Jeniri (2011), apabila menulis berita
    musibah, perkara yang perlu diberi fokus
  • 1. Siapa yang terlibat
  • 2 Berapa yang terkorban
  • 3. Berapa orang yang cedera parah
    dan ringan
  • 4. Usia
  • 5. Bagaimana berlaku
  • 6. Mengapa berlaku
  • 7. Di mana berlaku
  • 8. Pukul berapa ia berlaku

5
Contoh 1 Berita MusibahTajuk 2 remaja lemas
dihanyut ombak
  • Bandar Penawar Kegembiraan empat sahabat
    berkelah pada hujung minggu di Pantai Awam Desaru
    di sini petang kelmarin, bertukar tragedi apabila
    dua daripada mereka lemas selepas dihanyutkan
    ombak. 
  • Sumber Berita Harian (12 Mac 2013)

6
  • Contoh 2
  • Tajuk Ibu, anak rentung
  • BELURAN 29 Nov. - Seorang ibu bersama dua anak
    perempuannya rentung dalam kebakaran membabitkan
    sebuah kedai peralatan di bandar ini, malam tadi.
  • Mayat Siti Jainah Ajak, 39, bersama dua anak
    perempuannya Siti Aznizah Hussin, sembilan tahun,
    dan Siti Azikah Hussin, tiga tahun, ditemui dalam
    keadaan berpelukan di bilik mandi tingkat atas
    kedai itu, tempat keluarga itu tinggal, kata
    Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan
    Jemishin Ujin.

7
  • 2. Berita Sukan
  • Berita sukan sama penting dengan berita politik,
    ekonomi, pendidikan dan jenayah. Menurut Mustakim
    (2010), berita sukan bermula sebagai bahan bacaan
    ringan dan sekadar hiburan.

8
  • Akhbar sukan pertama dunia American Turf Register
    telah diterbitkan pada 1829 (Walse, 1966) dan
    dikhaskan bagi membuat liputan acara pertandingan
    lumba kuda.

9
  • Menurut Herbert (2000), apabila menulis berita
    sukan harus fokus -
  • 1 Nama pasukan yang terlibat
  • 2. Di mana perlawanan berlangsung
  • 3. Bila ia berlangsung
  • 4. Key players
  • 5. Kenyataan drpd pemain
  • 6. Siapa yang tercedera
  • 7. Kesan perlawanan kepada pihak
    lawan
  • 8. Skor perlawanan

10
  • Contoh
  • Hoki Malaysia ikat Australia 1-1
  • IPOH 12 Mac - Penyerang lincah, Faizal Saari
    muncul wira negara apabila jaringannya
    membolehkan Malaysia mencatat keputusan seri 1 -
    1 menentang Australia dalam Kejohanan Hoki Piala
    Sultan Azlan Shah ke-22 di Stadium Azlan Shah,
    Ipoh.
  • Sebelum itu Australia berjaya membolosi pintu gol
    Malaysia melalui tolakan deras Trent Mitton pada
    minit ke-34.

11
  • 3. Berita Ekonomi
  • Adalah laporan tentang ekonomi, dan sistem
    kewangan negara. Apabila menulis berita
    perniagaan, wartawan harus mempunyai fakta
    maklumat dan laras bahasa yang betul. Sebarang
    kesilapan laporan seperti titik perpuluhan dan
    laras bahasa akan memberi kesan kepada berita
    tersebut.

12
  • Ini kerana berita ekonomi dibaca oleh dua
    kelompok-
  • a. Pembaca biasa
  • b.Pembaca yang terdiri di kalangan pakar ekonomi

13
  • Laras bahasa ekonomi biasanya digunakan dalam
    dunia korporat terutamanya bidang perusahaan,
    perindustrian, perakaunan, perbankan, perniagaan
    dan perdagangan.
  • Contoh-contoh Laras Bahasa dari segi ekonomi
    ialah-

agihan jualan  francais saham
agensi pemasaran  cek palang urus niaga
baki debit  harga mutlak  kredit
anggaran kos  eksport  komposit
14
  • Menurut Herbert (2000), apabila menulis berita
    ekonomi
  • 1.Jika guna istilah ekonomi, terangkan sebaik
    mungkin.
  • 2. Kurangkan kadar statistik dalam ayat.
  • 3. Jadikan statistik dalam bentuk ayat.
  • 4.Nyatakan signifikan berita kepada pembaca.

15
Contoh Berita Ekonomi
  • Rizab Antarabangsa BNM RM429b
  • KUALA LUMPUR 7 Mac - Rizab antarabangsa Bank
    Negara berjumlah RM429 bilion atau AS140.3
    bilion setakat 28 Februari.
  • Dalam satu kenyataan, bank pusat itu berkata,
    kedudukan rizab mencukupi untuk membiaya 9.5
    bulan import tertangguh dan 4.6 kali hutang luar
    jangka pendek. - BERNAMA
  •  

16
Contoh ayat dan perkataan ekonomi yang kurang
difahami
  • Dalam petikan berita tersebut, terdapat
    perkataan khusus bagi laras laras ekonomi
    seperti  Rizab,   import tertangguh, hutang luar
    jangka pendek. Istilah ini hanya difahami oleh
    orang yang terlibat dalam aktiviti ekonomi.

17
4. Berita
Jenayah
  • Berita jenayah adalah laporan kes-kes jenayah
    yang mengejutkan dan mengganggu kedamaian negara.
    Contoh kes jenayah adalah kes pembunuhan rasuah,
    rompakan, dan sebagainya.

18
  • Menurut Faridah Ibrahim dan Mohd Safar (2005),
    dalam penulisan berita jenayah, para wartawan
    dikehendaki mengumpul maklumat daripada pelbagai
    pihak seperti-
  • individu yang terlibat secara langsung (mangsa)
  • sumber-sumber rasmi seperti polis, SPRM dan
    sebagainya.

19
  • Walaupun, wartawan dikehendaki mengumpul lebih
    banyak maklumat bagi memastikan penulisan berita
    padat, menarik tetapi, oleh sebab terlalu ingin
    mendapat perhatian pembaca dan ingin meningkatkan
    jualan akhbar, kadang kala pengamal media ini
    dikritik kerana mensensasikan penulisan
    pemberitaan jenayah.

20
  • Apakah Pemberitaan Sensasi
  • Perkataan sensasi ini bermaksud sesuatu
    (kejadian, keadaan dan lain-lain) yang
    menggemparkan dan menarik perhatian orang ramai.

21
  • Pemberitaan sensasi dilihat sebagai satu
    keperluan untuk menjadikan sesuatu berita itu
    lebih hidup khususnya liputan jenayah. Ia
    meliputi gambar mangsa pembunuhan dan cara
    penulisan yang menunjukkan betapa zalimnya si
    pembunuh (Fahmi, 2011).

22
  • Gaya penulisan dan bentuk penceritaan sensasi
    dapat menarik minat pembaca untuk mengikuti
    sesuatu isu yang ditulis (Hariyati Arrifin, 2011)

23
  • Contoh Berita Jenayah-
  • Tajuk Gaduh sampai Mati
  • Port Dickson Akibat pertengkaran mulut, seorang
    lelaki membelasah bapanya dengan kayu hingga mati
    dalam kejadian di rumah mereka di 37A, Kampung
    Kuala Lukut, di sini, malam kelmarin.
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com