PENGGUNAAN DAN FUNGSI BAHASA - PowerPoint PPT Presentation

1 / 14
About This Presentation
Title:

PENGGUNAAN DAN FUNGSI BAHASA

Description:

PENGGUNAAN DAN FUNGSI BAHASA Dalam konteks semasa, penggunaan bahasa Melayu yang sempurna adalah berdasarkan hakikat: Bahasa yang baik, mudah, dan praktis. – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:486
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 15
Provided by: Amin165
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: PENGGUNAAN DAN FUNGSI BAHASA


1
PENGGUNAAN DAN FUNGSI BAHASA
  • Dalam konteks semasa, penggunaan bahasa Melayu
    yang sempurna adalah berdasarkan hakikat
  • Bahasa yang baik, mudah, dan praktis.
  • Bahasa yang berkesan.
  • Bahasa yang indah.
  • MINGGU 3

2
  • Untuk memastikan bahasa Melayu dapat digunakan
    dalam pelbagai bidang dan menjadi bahasa wahana
    ilmu, dua aspek perlu diusahakan, iaitu
    keintelektualan dan kesempurnaan bahasa.
  • Keintelektualan Bahasa
  • Dimaksudkan dengan keupayaan menyampaikan buah
    fikiran dan hujah dengan tepat dan berkesan,
    berkeupayaan mengungkapkan kesinambungan dan
    kerumitan fikiran.
  • Mengikut Havranek (1984), klimaks pencapaian
    tahap keintelektualan bahasa dapat dicapai
    melalui pembinaan dan pengayaan kosa kata serta
    struktur tatabahasa.

3
  • Kesempurnaan Bahasa
  • Antara ciri bahasa yang mencapai tahap
    kesempurnaan ialah
  • Kecendekiaan
  • Kepelbagaian
  • Kelenturan
  • Kepraktisan
  • Keberkesanan
  • Ketertiban
  • Kesederhanaan
  • Ketekalan
  • Keberadaban
  • Keindahan

4
  • Fungsi Bahasa
  • Fungsi bahasa Melayu dalam konteks kini dapat
    diperlihatkan berasaskan dasar dan motif
    penggunaan bahasa itu sendiri yang dianggap
    sebagai fungsi am, iaitu sebagai
  • Penglahiran maksud, perasaan, ekspresi, dan
    penunjang minda.
  • Alat komunikasi.
  • Alat integrasi (penyatuan) dan adaptasi
    (penyesuaian) sosial.
  • Alat kawalan sosial.

5
  • Fungsi Khusus Bahasa
  • Secara khusus, fungsi utama bahasa Melayu dalam
    konteks negara kita adalah seperti yang berikut
  • Sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa komunikasi,
    iaitu bahasa yang melambangkan kedaulatan negara,
    seperti yang termaktub dalam para 152
    Perlembagaan Malaysia.
  • Sebagai bahasa perpaduan negara dilaksanakan
    melalui Dasar Pendidikan Negara.
  • Sebagai bahasa pentadbiran, bahasa perhubungan,
    dan bahasa media massa.
  • Sebagai bahasa ilmu pengetahuan, wahana ilmu, dan
    sebagai asas tamadun tinggi.

6
PEMBAKUAN BAHASA
  • Pembakuan bahasa dapat didefinisikan sebagai
    usaha, tindakan atau proses mengetengahkan bentuk
    bahasa yang benar dan yang dapat menjadi dasar
    ukuran (Awang Sariyan, 1996 3).
  • Pembakuan bahasa meliputi seluruh sistem bahasa,
    iaitu sistem sebutan, ejaan, peristilahan,
    tatabahasa, dan kosa kata (perkamusan).

7
  • Konsep Bahasa Baku dan Pembakuan Bahasa
  • Bahasa baku dan pembakuan bahasa adalah dua
    istilah yang berkait rapat. Kata baku telah lama
    wujud dalam kamus Melayu, iaitu telah tercatat
    dalam Kamus Umum Bahasa Indonesia susunan W.J.
    S.Poerwadarminta yang diterbitkan pada tahun
    1953. Dalam kamus tersebut, kata baku dijelaskan
    sebagai
  • Yang menjadi pokok, yang sebenarnya.
  • Sesuatu yang dipakai sebagai dasar, ukuran.

8
  • Kamus Dewan (1970) pula memberikan erti baku
    sebagai
  • Yang pokok, yang dasar, yang sebenar.
  • Yang diterima umum sebagai bentuk yang sah dan
    betul, dan dijadikan asas perbandingan (berkenaan
    bahasa, sebutan, ejaan, dsbnya.), standard.
  • Dalam konteks perancangan bahasa, bahasa baku
    adalah bahasa yang menunjukkan norma baku dalam
    suatu kawasan akibat perbezaan sosial dan daerah
    (kedudukan geografi) yang wujud.

9
  • Bahasa baku pula dimaksudkan sebagai bahasa yang
    seragam, variasi bahasa yang menjadi norma
    penggunaan bahasa Melayu dalam situasi rasmi (Nik
    Safiah Karim, 19881). Awang Sariyan (198938)
    pula memberi pengertian bahasa baku sebagai satu
    ragam bahasa yang digunakan untuk suasana dan
    keperluan rasmi atau formal.
  • Bentuk Penggunaan Bahasa
  • Dalam konteks pendidikan bahasa, pemilihan perlu
    dilakukan untuk menentukan variasi bahasa yang
    perlu dibakukan. Bernstein (1968) membahagikan
    bahasa kepada dua variasi utama, iaitu
  • Bahasa terhad (restricted code)
  • 2. Bahasa terbina (elaborated code)

10
Ciri Bahasa Terhad
  1. Bersifat ringkas
  2. Mengandungi kependekan atau singkatan
  3. Amat bergantung pada konteks
  4. Rujukan dibuat kepada perkara atau peristiwa yang
    dialami bersama oleh anggota masyarakat.
  5. Tidak memerlukan huraian yang mendalam dan
    terperinci tentang sesuatu topik atau perkara
    yang dibincangkan.

11
Ciri Bahasa Terbina
  • Bersifat kompleks.
  • Mempunyai susunan yang teratur dan rapi.
  • Tidak didasarkan kepada latar belakang atau
    pengalaman yang dialami atau difahami bersama.
  • Setiap topik atau tajuk perbincangan perlu
    dihuraikan atau dinyatakan dengan terperinci.
  • Dalam konteks perancangan dan pembakuan bahasa,
    variasi yang menjadi norma atau ukuran penggunaan
    bahasa yang baku ialah bahasa terbina.

12
  • Perancangan Korpus Bahasa
  • Perancangan korpus bahasa sebenarnya adalah
    pembinaan bahasa, dan dalam konteks pembakuan
    bahasa boleh diteliti melalui beberapa proses,
    iaitu
  • Pemilihan (selection)
  • Pengekodan (codification)
  • Peluasan fungsi (elaboration of function)
  • Penerimaan (acceptance)

13
Ciri Bahasa Baku
  • Sesuatu bahasa itu dianggap bahasa baku
    (standard) jika mempunyai ciri yang berikut
  • Bersifat terbuka
  • Bersifat stabil
  • Bersifat cendekia (intelektual)
  • Bersifat pemersatu
  • Bersifat pemisah
  • Berprestij
  • Bersifat rangka rujukan
  • Kekerapan penggunaan
  • Sejarah atau tradisi penggunaan
  • Pengaruh penggunaan

14
Aspek Penting dalam Pembakuan Bahasa
  • Sistem ejaan
  • Sebutan
  • Peristilahan
  • Kosa kata (perkamusan)
  • Tatabahasa
  • 6. Laras Bahasa
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com