PERANAN SENI DALAM PEMBANGUNAN UMMAH - PowerPoint PPT Presentation

1 / 30
About This Presentation
Title:

PERANAN SENI DALAM PEMBANGUNAN UMMAH

Description:

PERANAN SENI DALAM PEMBANGUNAN UMMAH Manusia adalah khalifah Allah di bumi. Tugas kekhalihafan meliputi dua dimensi: Keagamaan: sebagai hamba Allah di bumi. – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:60
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 31
Provided by: andalusSg
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: PERANAN SENI DALAM PEMBANGUNAN UMMAH


1
PERANAN SENI DALAM PEMBANGUNAN UMMAH
2
  • Manusia adalah khalifah Allah di bumi.
  • Tugas kekhalihafan meliputi dua dimensi
  • Keagamaan sebagai hamba Allah di bumi.
  • Keduniaan Membangunkan dunia berdasarkan acuan
    wahyu (agama).
  • Manusia dicipta dengan sebaik-baik kejadian dan
    dibekalkan dengan sifat-sifat istimewa yang
    membolehkan mereka melaksanakan tanggungjawab
    yang diamanahkan.

3
  • Manusia berbeza daripada Malaikat, haiwan dan
    jamadat (benda-benda beku).
  • Malaikat dikurniakan akal dan hikmah, tidak
    dikurniakan nafsu dan tabiat.
  • Haiwan dikurniakan dengan nafsu dan tabiat, tidak
    dikurniakan akal dan hikmah.
  • Jamadat (matahari, bumi, gunung-ganang dan
    lain-lain) tidak dikurniakan dengan akal, hikmah,
    nafsu dan tabiat.
  • Fitrah kejadian manusia meliputi akal, hikmah,
    nafsu dan tabiat.

4
Manusia dan Kesenian
  • Naluri asasi manusia adalah mengarahkan kepada
    keselamatan, kesejahteraan dan ketenangan hidup
    (al-Salamah).
  • Islam diturunkan untuk memimpin manusia dalam
    usaha mereka memenuhi keperluan asasi tersebut.
  • Agama Islam bersifat waqiie dan sesuai dengan
    fitrah manusia pada semua tempat dan keadaan.

5
Hubungan Agama dan Seni
  • Agama berfungsi mewujudkan kesenangan rohani demi
    mencapai kesejahteraan di dunia dan akhirat.
  • Politik, ekonomi, dan bidang-bidang teknikal
    memberikan keselamatan kepada manusia di dunia,
    di samping perhitungan di akhirat.
  • Kesenian memberikan kesenangan dan kesejahteraan
    kepada manusia di dunia.

6
Konsep Seni
  • Kesenian boleh didefinisikan sebagai usaha untuk
    mencipta bentuk-bentuk yang menyenangkan.
    Manakala objek kesenian ialah karya yang
    menimbulkan perasaan senang dan tenang pada diri
    seseorang . Karya pula adalah ciptaan yang berupa
    suara, bahasa, rupa benda dan lain-lain.

7
  • Al-Farabi menjelaskan seni sebagai ciptaan yang
    berbentuk keindahan.
  • Al-Ghazali mengatakan seni adalah kerja
    berkaitan dengan rasa jiwa manusia yang sesuai
    dengan fitrah.

8
Pandangan Islam Mengenai Kesenian
  • Islam diturunkan untuk memenuhi fitrah dan
    keperluan asas manusia.
  • Jiwa manusia mengandungi 6 elemen iaitu rasa
    agama, rasa intelek, rasa etika, rasa estetika,
    rasa sosial dan rasa diri.
  • Dalam kehidupan seharian manusia tidak terlepas
    daripada mencari dan memilih sesuatu yang indah
    baik dalam berpakaian, menghias diri, rumah,
    memilih benda dan lain-lain.

9
  • Ajaran Islam meliputi hubungan manusia dengan
    Allah (hablun min Allah) (ibadat) dan hubungan
    manusia sesama manusia (Hablun min al-Nas)
    (kebudayaan).
  • Dalam ibadat kesenian tidak diperlukan kerana
    yang diperlukan dari seorang hamba terhadap
    Tuhannya adalah taqwa.

10
  • Dalam kebudayaan, seni diperlukan malah kesenian
    adalah bahagian daripada kebudayaan.
  • Asas segala perkara (selain ibadat) adalah harus
    kecuali bila terdapat nash yang mengharamkannya.

11
  • Secara umumnya hukum seni terbahagi kepada lima
  • Wajib Jika kesenian itu sangat diperlukan oleh
    Muslim seperti untuk menyeru manusia kepada solat
    dan lain-lain.
  • Sunat Untuk menyatukan atau menaikkan semangat
    umat Islam seperti melalui qasidah, nasyid dan
    lain-lain.

12
  • Harus Apa sahaja bentuk seni yang mana tidak ada
    nash yang mengharamkan. Firman Allah
  • ???? ???? ??????? ??????? ????? ???? ???????
    ??????????? ????????????? ??? ???????? .
  • Siapakah yang berani mengharamkan perhiasan dari
    Allah yang telah dikeluarkan-Nya untuk
    hamba-hamba-Nya dan (siapa pula yang
    mengharankam) rezeki yang baik Al-Araaf,73
    2
  • Makruh Jika kesenian itu membawa kepada unsur
    lagha (sia-sia). Seperti karya seni yang tidak
    diperlukan oleh manusia.

13
  • Haram. Jika kesenian itu berbentuk hiburan yang
  • Menjadikan manusia mengabaikan tanggungjawab yang
    fardu.
  • Membawa khayalan kepada manusia sehingga tidak
    dapat membezakan mana yang hak dan batil.
  • Dicampuri dengan benda-benda haram seperti
    syirik, arak, judi, dadah dan lain-lain

14
  • Ada percampuran lelaki dan perempuan yang bukan
    mahram tanpa batas.
  • Objek atau ukiran dalam bentuk patung.
  • Seni dalam bentuk yang tidak bermoral.
  • Seni yang boleh merosakkan akhlak dan
    memudharatkan.

15
Ciri-ciri Kesenian Islam
  • Keindahan
  • Sabda Rasulullah bermaksud
  • ?? ???? ???? ??? ??????
  • Sesungguhnnya Allah itu Maha indah dan sukakan
    kepada keindahan
  • Plato, Plotinus dan Hegel berpegang bahawa
    keindahan dapat disamakan dengan kebenaran,
    kebaikan dan kesempurnaan

16
  • Unsur Moral
  • Menurut Islam seni dan moral saling berkait rapat
    antara satu sama lain.
  • Allah memerintahkan supaya manusia melakukan
    perkara yang baik dan malarang daripada yang
    mungkar.
  • Islam menghendaki supaya seni dicipta menurut
    acuan akidah, syariat dan akhlak.

17
  • Kepelbagaian Dalam Kesatuan
  • Islam adalah agama yang universal dan dianuti
    oleh semua bangsa.
  • Perbezaan bangsa dan budaya membentuk kelainan
    dari sudut kesenian yang dihasilkan.
  • Islam datang dengan prinsip-prinsip asas dan umum
    sifatnya.
  • Seniman Muslim dituntut untuk menghasilkan seni
    yang tidak terkeluar daripada prinsip umum
    tersebut meskipun berbeza dari segi bentuk.

18
  • Hubungan Antara Agama, Etika Dan Estetika
  • Dalam falsafah Barat (sekular)
  • manusia bebas melakukan aktiviti seni mengikut
    kekreatifan dan imaginasi seseorang.
  • Seni dianggap sebagai imitation (peniruan), play
    (permainan), empathy (kemahiran), communication
    (komunikasi), expression (pernyataan) dan
    experience (pengalaman).
  • Seni tidak ada hubungan dengan seniman. Oleh itu
    ia boleh mengikut aliran nihilisme,realisme-
    sosialis, hedonisme, existentialisme,
    romantisisme, humanisme sekular dll.
  • Dalam Islam seni tidak boleh dipisahkan daripada
    prinsip agama dan moral.

19
Jenis-Jenis Seni Islam
  • Bahasa dan Kesusasteraan
  • Puisi, cerpen, sajak, novel, lirik lagu, pantun,
    gurindam dan lain-lain.
  • Seni suara
  • Azan, taranum al-Quran, seni lagu, nasyid,
    qasidah, berzanji dan lain-lain.

20
  • Kaligrafi
  • Seperti tulisan khat, dan lain-lain.
  • Ukiran
  • Ukiran serami, ayat-ayat al-Quran pada kayu dan
    batu, dan lain-lain material seni.
  • Sulaman
  • - Sulaman dan tenunan yang tertera di kain,
    sejadah, permaidani, sutera dan lain-lain.

21
  • Seni binaan
  • Dapat dilihat melalui pembinaan masjid, mihrab,
    mimbar, bangunan, kubu, empangan dan lain-lain.
  • Seni lukis
  • Lukisan alam (bukan arca).

22
  • Seni hiasan
  • Seperti kerawang dan bentuk-bentuk geometri,
    landskap dan lain-lain.
  • Seni pertahan diri
  • Seni memanah, menunggang kuda dan lain-lain.

23
Peranan Seni
  • Meninggikan tamadun manusia.
  • Sarjana Islam dan Barat dalam bidang tamadun
    seperti Jurji Zaidan, Husni Abd al-Wahab,
    Muhammad al-Bahi, Will Durant dan lain-lain
    meletakkan seni sebagai salah satu daripada ciri
    tamadun.
  • Tingginya nilai seni sesuatu bangsa membuktikan
    tingginya nilai tamadun bangsa tersebut.

24
  • Memberikan nilai al-falah (kemenangan) dan
    al-Saadah (kebahagian) dalam kehidupan.
    Contohnya
  • Melalui seni suara ketenangan yang tidak
    melalaikan.
  • Melalui karya sastera boleh membangunkan minda
    ummah untuk menghargai kebaikan, keamanan,
    perpaduan dan lain-lain nilai murni.
  • Seni sastera yang tinggi nilainya ialah yang
    boleh mendorong manusia untuk mencapai tingkat
    ketaqwaan, kemakrufan, kesalihan, dan tinggi budi
    pekerti.

25
  • melalui seni bina memenuhi skop keperluan
    al-Daruriyyah, al-haajiah dan al-tahsiniyyah.
    Ciri-cirinya ialah
  • Ruang masuk udara seluas-luasnya.
  • Menerapkan tulisan khat/kaligrafi yang
    menenangkan.
  • Ruang bilik yang memisahkan lelaki dan perempuan.
  • Reka bentuk sesuai dengan iklim.
  • Memanifestasikan luahan perasaan, keamanan,
    ketenangan.
  • Mengutamakan keselamatan dan kesejahteraan.

26
  • Menjadi media penghubung antara pelbagai budaya
    manusia.
  • Menjadi salah satu media dakwah. Contoh
  • Seni suara boleh dilihat melalui.
  • Azan untuk menyeru manusia kepada solat.
  • Bacaan al-Quran bertaranum melembutkan hati
    manusia yang keras.
  • Nasyid dan Qasidah menjadi bahan pengajaran dan
    renungan selain sebagai hiburan alternatif.

27
  • Firman Allah bermaksud
  • ??? ??? ???? ??? ??????? ????????
  • ?????? ??????? ????? ?? ????.
  • Dan serulah kepada Tuhanmu dengan penuh hikmah
    dan nasihat yang baik, dan berdebatlah dengan
    mereka dengan cara yang terbaik.
  • - Konsep hikmah sangat luas, meliputi alat, cara
    dan situasi yang paling sesuai untuk menyampaikan
    dakwah

28
Tanggungjawab Seniman Pencinta Seni
  • Seniman dan pencinta seni perlu mendalami dan
    menghayati ilmu-ilmu agama yang berkaitan dengan
    akidah, syariat dan akhlak agar tidak berlaku
    pertembungan antara tuntutan agama dan tuntutan
    fitrah insani.
  • memahami konsep seni yang sebenar menurut
    kacamata Islam agar tidak terperangkap dengan
    falsafah seni Barat.
  • Memahami konsep dan falsafah asas ajaran Islam
    agar dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam
    kesenian yang dihasilkan.

29
  • Sentiasa membuat kajian dan penyelidikan dari
    semasa ke semasa mengenai keperluan umat Islam
    supaya ia dapat dipenuhi mengikut keperluan
    semasa tanpa mengorbankan nilai-nilai yang tetap
    dan sebati (thabat) dalam Islam.

30
Al-Hikmah
  • Untuk mengelakkan kapal daripada dilanda ribut
    taufan, labuhkan sahaja ia di pelabuhan. Tetapi
    ingat kapal dicipta bukan hanya untuk berlabuh.
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com