Title: DISEDIAKAN OLEH :
1PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM KONTEKS HUBUNGAN
ETNIK DI MALAYSIA
- DISEDIAKAN OLEH
- MUHAMMAD HUSSEIRI BIN CHE HUSSEIN
- MOHAMAD KHAIRUL AMRIE BIN SABRI
- MOHAMAD IZHAM BIN ABD MAJID
- PENSYARAH PEMBIMBING
- EN. GHZALI BIN ISMAIL
2Pengenalan
- Perkara yang dianggap menguntungkan orang Melayu
dan bumiputera diimbangi dengan peruntukan lain
yang juga memberi kelebihan kepada bukan Melayu
seperti perkara di bawah - Islam agama persekutuan tetapi agama lain bebas
diamalkan - Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan tetapi
bahasa lain dibenarkan - Kedudukan Istimewa orang Melayu dan bumiputera
tetapi hak etnik lain tidak boleh dilucutkan
3Konsep Perlembagaan
- Definisi
- Perlembagaan ialah mengandungi satu set peraturan
tentang hak, kuasa dan prosedur serta
tanggungjawab pihak yang mengawal dan memandu
hubungan di antara satu autoriti dengan autoriti
yang lain dan juga antara autoriti dengan rakyat
awam - Ia juga boleh ditakrifkan sebagai dasar atau
formula yang menyatakan tugasan kuasa-kuasa awam
di dalam sesebuah negara dibahagikan dan
digunakan
4- Jenis Perlembagaan
- Perlembagaan terbahagi kepada dua jenis iaitu
- Bertulis - merupakan bentuk perlembagaan yang
dikumpul dan disusun dalam satu dokumen - Tidak bertulis - merangkumi semua prinsip
perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu
dokumen seperti undang-undang yang diluluskan
oleh parlimen dan keputusan-keputusan mahkamah
5- Perlembagaan Malaysia adalah
- Bertulis
- Mengandungi 15 Bab, 183 Perkara dan 13 Jadual
- Menyentuh bidang kuasa perundangan, kehakiman dan
eksekutif - Menyentuh juga aspek bahasa, agama,
kewarganegaraan, hak istimewa dan sebagainya
6- Tujuan Perlembagaan
- Bagi sesebuah negara yang berdaulat, perlembagaan
merupakan sumber undang-undang tertinggi
sesebuah negara dan setiap individu perlu
mematuhi keluhurannya. - Sebagai panduan mengatur dan menyelaras
pemerintahan sesebuah negara. - Sebagai satu panduan bagi pembentukan
undang-undang sama ada di pihak kerajaan atau
rakyat atau sesiapa sahaja
7Pindaan Perlembagaan (3)
- i. Perkara 159 (4) menjelaskan bahawa
sesetengah perkara boleh dipinda hanya memerlukan
sokongan lebih 2/3 setiap dewan tanpa mendapat
persetujuan sesiapa seperti sumpah dan ikrar taat
setia, pemilihan dan persaraan ahli-ahli Dewan
Negara dan meluputi perkara-perkara yang tidak
disebut dalam perkara lain.
8Pindaan Perlembagaan
- ii. Perkara 161 (E) menjelaskan sesetengah
perkara boleh dipinda, perlu mendapat sokongan
2/3 setiap dewan dan dipersetujui oleh Yang
dipertua Negeri Sabah dan Sarawak bagi melibatkan
kepentingan Sabah dan Sarawak seperti bidang
kuasa kerajaan negeri dan kedudukan istimewa
bumiputera, imegresen.
9Pindaan Perlembagaan
- iii. Perlu mendapat sokongan 2/3 setiap dewan dan
perkenan Majlis Raja-Raja yang melibatkan
perkara-perkara seperti kedaulatan raja-raja,
kedudukan istimewa orang Melayu, Bumiputera Sabah
dan Sarawak, bahasa kebangsaan dan agama
persekutuan.
10- Konsep Ketertinggian Perlembagaan
- Di Malaysia, tidak ada satu institusi pun yang
boleh mengatasi ketertinggian Perlembagaan
Malaysia. - Ketiga-tiga badan kerajaan iaitu perundangan,
kehakiman dan eksekutif mahupun Yang Di Pertuan
Agong adalah tertakluk kepada Perlembagaan
Malaysia - Contoh
- 1. Kuasa perundangan hendaklah dijalankan
tertakluk kepada sekatan-sekatan yang dikenakan
oleh Perlembagaan. - 2. Kuasa kehakiman iaitu mahkamah hendaklah juga
dijalankan tertakluk kepada sekatan-sekatan yang
dikenakan oleh perlembagaan
11- 3. Undang-undang persekutuan atau negeri mengenai
sesuatu perkara boleh diisytiharkan sebagai tidak
sah oleh mahkamah jika undang-undang itu
bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia setakat
mana ia bercanggah. - Ini kerana perlembagaan memperuntukkan dengan
nyata Perkara 4(1) bahawa perlembagaan Malaysia
adalah undang-undang utama persekutuan dan
apa-apa undang-undang yang diluluskan yang
berlawanan dengan perlembagaan adalah setakat
mana yang berlawanan itu terbatal.
12Sejarah Penggubalan
- Penentangan terhadap penjajah dipelopori oleh
orang Melayu - Perjuangan berdarah
- Antara perjuangan berdarah menentang penjajah
i. Penentangan terhadap penjajahan Siam di Zaman
Melaka. - ii. Penentangan terhadap penjajahan Portugis di
Melaka. - iii. Penentangan terhadap penjajahan Belanda di
Melaka. - iv. Penentangan terhadap penjajahan Inggeris di
Naning, Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Pahang,
Sarawak, Sabah, Kelantan dan Terengganu. - v. Penentangan terhadap penjajahan Jepun.
13- Begitu juga perjuangan orang Melayu menentang
penjajahan digerakkan melalui semangat
kebangsaan. - Menjelang abad ke 20 munculnya intelek-intelek
Melayu yang sedar bahawa perjuangan ke arah
kemerdekaan bukan sahaja melalui senjata tetapi
juga melalui perundingan. - Antaranya seperti Syed Syeikh al-Hadi, Rahim
Kajai, Pak Sako, Ibrahim Yaakob, Mohamad Eunos
dan ramai lagi telah bangkit menyedarkan orang
Melayu supaya bangun menuntut kemerdekaan.
14- Selain itu, lahirnya pertubuhan-pertubuhan
(Kesatuan Melayu Singapura, Kesatuan Melayu
Perak, Kesatuan Melayu Selangor) - Dalam masa yang sama, media massa (Al-Imam,
Majlis, Utusan Melayu, Saudara) digunakan sebagai
medium untuk menentang penjajah.
15- Dalam tempoh penyerahan Jepun dan kedatangan
semula British ke Tanah Melayu pula, telah
berlaku kekacauan dan huru-hara yang ditimbulkan
oleh Parti Komunis Malaya selama 14 hari. - Pada masa ini, berlaku pergaduhan yang melibatkan
orang Melayu dan Parti Komunis Malaya yang
majoritinya adalah orang Cina. - Akibatnya Inggeris telah memperkenalkan
Pentadbiran Tentera British (British Military
Administration BMA) dan seterusnya digantikan
dengan Malayan Union
16(No Transcript)
17- Malayan Union telah diluluskan oleh Parlimen
British pada 10 Oktober 1945. Sir Harold
MacMichael telah dilantik sebagai wakil British
untuk mendapatkan tandatangan dari Raja-Raja
Melayu. Berikut sebab-sebab Malayan Union
diperkenalkan - 1. Untuk menyatukan negeri-negeri dan
meningkatkan kecekapan pengurusan pentadbiran.
Negeri-negeri seperti Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu, Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri
Melayu Tidak Bersekutu memerlukan perbelanjaan
yang besar dan sistem pentadbirannyaa adalah
terpisah. - 2. British menyimpan perasaan anti-Melayu kerana
orang Melayu bekerjasama dengan Jepun sebelum ini
dan pengenalan Malayan Union dapat melemahkan
kuasa orang Melayu terutamanya Raja-Raja Melayu. - 3. Menjadi asas kepada British untuk masyarakat
tempatan bagi memerintah negara sendiri.
18(No Transcript)
19- Manakala ciri-ciri Malayan Union yang ingin
diperkenalkan ialah - 1. Semua negeri Melayu kecuali Singapura
disatukan di bawah pemerintahan Gabenor British.
Gabenor pula, dalam menjalankan kuasanya akan
dibantu oleh Majlis Mesyuarat Persekutuan dan
Majlis Undangan. - 2. Singapura dijadikan tanah jajahan berasingan.
- 3. Kedaulatan raja-raja Melayu dihapuskan. Sultan
hanya berkuasa dan boleh bersuara dalam soal yang
menyentuh agama Islam dan adat istiadat Melayu
sahaja. - 4. Hak kerakyatan yang sama bagi semua orang
tanpa mengambil kira bangsa dan keturunan. Bagi
yang telah menetap di Tanah Melayu sebelum
Malayan Union, boleh menjadi warganegara secara
automatik jika berumur 18 tahun ke atas dan telah
menetap selama 10 tahun. Pengenalan Malayan Union
telah memberikan hak warganegara kepada sesiapa
sahaja yang lahir di Tanah Melayu.
20- Tentangan orang Melayu kerana
- i. Kuasa Raja-Raja Melayu dilenyapkan dalam
urusan pentadbiran negeri dan hanya berkuasa
dalam soal agama Islam, adat istiadat Melayu dan
mengetuai Majlis Penasihat Melayu. - ii. Singapura dipisahkan dari Malayan Union dan
ia kekal sebagai tanah jajahan Inggeris. - iii. Hak kerakyatan diberikan berdasarkan prinsip
jus soli iaitu penduduk asing yang telah
bermastautin lebih sepuluh tahun dan lahir
selepas Malayan Union, secara terus menjadi
warganegara. - iv. Hak sama rata kepada semua warganegara tanpa
mengira bangsa iaitu penduduk peribumi tidak
memiliki apa-apa keistimewaan. - v. Cara Harold MacMichael mendapatkan tandatangan
raja-raja Melayu yang menggunakan cara paksaan
dan ugutan seperti Sultan Kedah telah diberi kata
dua iaitu menandatangani persetujuan Malayan
Union atau dilucutkan dari tahta pemerintahan.
21(No Transcript)
22- Penentangan hebat dari orang Melayu ini boleh
disaksikan apabila di Alor Setar pada Januari
1946, sejumlah 50,000 orang Melayu telah
mengadakan demontrasi, begitu juga di Kelantan
yang dihadiri lebih 10,000 orang dan di Johor
pada 10 Februari 1946, lebih 150,000 orang telah
mengadakan demontrasi. - Walaupun wujud tentangan daripada orang Melayu,
Malayan Union tetap diisytiharkan pada 11 April
1946 dan Sir Edward Gent sebagai Gabenor yang
pertama.
23(No Transcript)
24(No Transcript)
25- British telah membatalkan cadangan menubuhkan
Malaya Union lalu menubuhkan Jawatankuasa Kerja
pada Julai 1946 yang terdiri daripada empat wakil
raja-raja Melayu, dua wakil UMNO dan enam pegawai
British - Jawatankuasa ini bertanggungjawab merangka
sebuah perlembagaan baru yang boleh diterima oleh
orang Melayu. - Selepas itu, British telah menubuhkan
Jawatankuasa Perundingan pada Disember 1947 yang
terdiri daripada orang Eropah, Cina dan India
dengan tujuan untuk mendapatkan pandangan orang
bukan Melayu mengenai perlembagaan Persekutuan
Tanah Melayu.
26- British telah mengisytiharkan Persekutuan Tanah
Melayu pada 1 Februari 1948. Berikut adalah
ciri-ciri terpenting dalam Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu - 1. Sembilan negeri Melayu terlibat di dalam
persekutuan termasuk Pulau Pinang dan Melaka.
Manakala Singapura kekal menjadi tanah jajahan
yang berasingan. - 2. Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu akan
diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British dan
dibantu oleh Majlis Undangan Persekutuan dan
Majlis Mesyuarat Kerajaan Persekutuan. - 3. Majlis Mesyuarat Persekutuan akan dianggotai
oleh 17 ahli iaitu tujuh ahli rasmi, tujuh ahli
tidak rasmi dan tiga ahli ex-officio.
27- 4. Majlis Undangan Persekutuan dipengerusikan
oleh Pesuruhjaya Tinggi yang terdiri daripada 14
ahli rasmi, 9 orang Yang Dipertua Majlis Undangan
Negeri, dua wakil dari Majlis Mesyuarat Negeri
Melaka dan Pulau Pinang dan 50 ahli tidak rasmi
yang mewakili kaum-kaum asing. - 5. Sultan-sultan diberi semula hak dan kuasa
memerintah tetapi dengan nasihat Majlis Mesyuarat
Kerajaan Negeri dan Majlis Undangan Negeri. - 6. Syarat kewarganegaraan diketatkan iaitu
seseorang pemohon mestilah lahir di Tanah Melayu
dan telah bermastautin selama 8 hingga 12 tahun.
Selain itu, seorang pemohon asing mestilah
pemastautin selama 15 tahun. Umur minimum bagi
kedua-dua situasi tersebut adalah 18 tahun dan
mempunyai pengetahuan Bahasa Melayu yang baik. - 7. Orang Melayu diberi hak istimewa sebagai kaum
bumiputera dan mempunyai perwakilan terbesar
dalam Kerajaan Persekutuan dan Negeri.
28- Dengan pengenalan Persekutuan Tanah Melayu,
kerjasama antara orang Melayu dan bukan Melayu
semakin kuat. - Sebagai contoh, penubuhan Jawatankuasa
Perhubungan Masyarakat 1949 yang terdiri
daripada pelbagai etnik telah berusaha
menyelesaikan sesetengah masalah perlembagaan,
politik dan ekonomi yang wujud akibat permintaan
yang berlainan daripada pelbagai etnik. - Jawatankuasa ini merupakan satu organisasi
pertama ditubuhkan secara tidak rasmi bagi
membincangkan berbagai isu seperti
kewarganegaraan dan kedudukan istimewa orang
Melayu serta dasar pendidikan.
29- Melalui jawatankuasa ini, pemimpin dari pelbagai
etnik berbincang secara terbuka mengenai
permasalahan yang wujud dan dicari jalan
penyelesaiannya. - Antara tokoh-tokoh yang menganggotai jawatankuasa
ini ialah Dato Onn Jaafar, Dato Abdul Wahab
Abdul Aziz, Tan Cheng Lock, C.C. Tan, E.E.C
Thuraisingham dan ramai lagi. - Namun, ia tidak mendapat sambutan kerana
dicurigai objektif penubuhannya oleh orang Melayu
sendiri, tetapi ia adalah satu permulaan yang
baik dalam membentuk kerjasama antara etnik di
Tanah Melayu pada ketika itu.
30- Kerjasama antara etnik diteruskan melalui Sistem
Ahli bertujuan memberi peluang dan latihan kepada
pemimpin tempatan bagi mendapatkan pengalaman
memerintah secara demokrasi. - Seramai sembilan orang warga tempatan telah
dilantik iaitu - Menteri Jawatan
- Dato Onn Jaafar Ahli Hal Ehwal Dalam Negeri
- E.E.C Thuraisingham Ahli Pelajaran
- Tunku Yaakob Ahli Pertanian dan Perhutanan
- Lee Ting Keng Ahli Kesihatan
- Dato Mahmud Mat Ahli Tanah, Perlombongan
dan Perhubungan - J.D Mead Ahli Kerja Raya dan perumahan
- J.D Hodgkinson Ahli Perindustrian dan
Perhubungan Sosial - O.A Spencer Ahli Hal Ehwal Ekonomi
31- Kerjasama ini terus terjalin erat melalui
beberapa siri Pilihanraya dan pembentukan
Perikatan - Pada bulan Februari 1952, pilihanraya dalam
Majlis Perbandaran Kuala Lumpur telah diadakan
dan 12 kerusi dipertandingkan di mana UMNO dan
MCA telah membuat pakatan secara tidak rasmi,
yang akhirnya menjurus ke arah penubuhan
Perikatan pada tahun 1953 - Kemenangan dalam pilihanraya Majlis Perbandaran
Kuala Lumpur menyebabkan diadakan satu
Perundingan Meja Bulat antara UMNO dan MCA. Ia
bertujuan mencari persefahaman dan kerjasama
antara dua etnik terbesar dalam menuntut
kemerdekaan.
32- Perundingan Meja Bulat yang diadakan pada 3
Februari 1953 itu telah dihadiri oleh wakil UMNO
yang terdiri daripada Tunku Abdul Rahman, Tun Dr.
Ismail, Saadon Zubir, Bahaman Shamsuddin dan Syed
Nasir Ismail. - MCA diwakili oleh Tan Cheng Lock, H.S Lee, Leong
Yew Koh, S.M Yong dan T.H Tan.
33(No Transcript)
34- Pilihanraya 1955 (pilihanraya umum pertama)
memberi implikasi yang cukup besar kepada
hubungan etnik di Malaysia. - Ini disebabkan telah berlaku kerjasama dan
toleransi yang cukup tinggi antara Melayu dan
bukan Melayu khususnya yang melibatkan
pembahagian kursi pilihanraya seperti dalam Jadual
35- Jika dilihat dari segi pembahagian kerusi dan
calon, ternyata Perikatan yang didominasi oleh
UMNO telah membuat pengorbanan dan kompromi yang
cukup besar kerana telah meletakkan calon bukan
Melayu di kawasan majoriti pengundi Melayu dan
walaupun majoriti pengundi adalah Melayu (84.2).
-
- Tetapi demi perpaduan dan mengamalkan konsep
perkongsian kuasa, UMNO diperuntukkan 35 kerusi
sahaja, MCA 15 kerusi dan MCA sebanyak dua kerusi
36Parti Peruntukan Kerusi Peratusan Kerusi Peratusan Pengundi
UMNO 35 69 84.2
MCA 15 28 11.2
MIC 2 3 3.9
37- Semangat toleransi, rela berkongsi kuasa, sedia
berkorban dan persefahaman telah ditegaskan oleh
Tunku Abdul Rahman iaitu - " orang Melayu sedia memberikan hak-hak yang
munasabah dan patut kepada orang bukan Melayu.
Orang Melayu telah memberikan pengorbanan yang
begitu banyak daripada hak-hak sebagai bumiputera
Tanah Melayu kepada bangsa-bangsa bukan Melayu.
Belum ada satu bangsa anak negeri yang berbudi
sebegitu banyak seperti yang diperbuat oleh orang
Melayu".
38- Semangat ini juga telah diakui dan diiktiraf oleh
pemimpin bukan Melayu seperti yang dikatakan oleh
T.H. Tan - " mereka dengan penuh rela menyokong calon-calon
Perikatan berbangsa Cina dan India. Bukan sahaja
mereka melepaskan kerusi-kerusi yang tidak syak
lagi boleh menjadi milik mereka, malah mereka
bekerja keras, sedaya upaya untuk calon-calon
Cina dan India".
39- Pada Januari 1956, satu rombongan yang terdiri
dari lapan orang wakil yang telah dipersetujui,
berangkat ke London yang diketuai oleh Tunku
Abdul Rahman. Lapan orang wakil itu terdiri
daripada wakil Raja-raja Melayu dan Perikatan
iaitu - Wakil Raja-raja Melayu
- 1. Datuk Panglima Bukit Gantang, Menteri Besar
Perak sebagai ketua. - 2. En. Abdul Aziz bin Haji Abdul Majid, Menteri
Besar Selangor. - 3. Datuk Mohammad Seth Bin Mohammad Said, Menteri
Besar Johor. - 4. Datuk Nik Ahmad Kamil bin Haji Mahmood, Bekas
Menteri Besar Kelantan
40(No Transcript)
41- Wakil Perikatan
- 1. Tunku Abdul Rahman Putra, Ketua Menteri dan
Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri sebagai ketua. - 2. Datuk Abdul Razak bin Hussain, Menteri
Pelajaran. - 3. Kol. H.S. Lee, Menteri Pengangkutan.
- 4. Dr. Ismail bin Datuk Abdul Rahman, Menteri
Hasil Bumi. - Setiausaha T.H. Tan
42- Hasil daripada rundingan tersebut, Perjanjian
London telah ditandatangani pada 8 Februari 1956. - Berikut beberapa hasil persetujuan yang telah
dicapai iaitu - 1. British memberikan kemerdekaan Tanah Melayu
pada 31 Ogos 1957. - 2. Tanah Melayu berada dalam lingkungan Komanwel
dan menjalankan pemerintahan secara demokrasi. - 3. British mendapat hak menempatkan tenteranya di
Tanah Melayu. - 4. Sebuah badan bebas ditubuhkan bagi menggubal
Perlembagaan Tanah Melayu iaitu Suruhanjaya Reid. - 5. Jawatan Setiausaha Kewangan dan Pengarah
Gerakan akan diganti dengan Menteri Kewangan dan
Menteri Pertahanan dan dipegang oleh rakyat
tempatan.
43(No Transcript)
44(No Transcript)
45- Suruhanjaya Reid
- Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah
digubal oleh Suruhanjaya Reid yang ditubuhkan
pada 1956. - Keahliannya terdiri dari Lord Reid (British), Sir
Ivor Jennings (British), Sir William Mckell
(Australia), B. Malik (India) dan Hakim Abdul
Hamid (Pakistan). - Suruhanjaya ini telah menerima 131 memorandum
bertulis dan telah bersidang banyak kali dari
bulan Jun hingga Oktober 1956.
46- Perlembagaan ini menjadi kukuh dan praktikal
serta dihormati kerana Suruhanjaya ini telah
meminta cadangan dan pandangan daripada bukan
sahaja parti-parti politik tetapi juga orang
ramai, individu-individu dan Raja-raja Melayu. - Perkara ini menjelaskan bahawa Perlembagaan
Malaysia sekarang ini telah mendapat persetujuan
dan pandangan semua rakyat Malaysia. - Inilah yang dikatakan kontrak sosial iaitu kaum
Melayu dan bukan Melayu bersetuju atas beberapa
perkara yang sangat penting kepada kestabilan
negara.
47- Melalui kontrak sosial ini, orang bukan Melayu
telah diberikan hak kewarganegaraan yang longgar
berasaskan prinsip jus soli. - Manakala orang Melayu diperuntukkan dalam
perlembagaan mengenai agama Islam, Bahasa Melayu
dan kedudukan istimewa orang Melayu serta
kedudukan Raja-raja Melayu
48- Perjanjian London juga telah menetapkan agar
perlembagaan yang ingin digubal perlu
mengambilkira perkara-perkara berikut - Pembentukan sebuah persekutuan dengan kerajaan
pusat yang kuat. - Pemeliharaan kedudukan, keistimewaan, kehormatan
dan hak Raja-Raja Melayu. - Pewujudan jawatan ketua negara yang bergelar Yang
Di Pertuan Agong. - Pemeliharaan hak-hak istimewa orang Melayu serta
hak-hak yang sah milik kaum-kaum lain. - Pembentukan sebuah sistem kewarganegaraan yang
seragam untuk seluruh Persekutuan Tanah Melayu.
49Unsur-Unsur Tradisi
- Adalah satu kontrak sosial semasa penggubalan
perlembagaan yang meliputi - bahasa,
- agama,
- kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera
(Sabah dan Sarawak) dan - pemerintahan beraja
50- Unsur-unsur tradisi ini perlu kerana
- Ia telah wujud ratusan tahun sebelum perlembagaan
diwujudkan pada tahun 1957. - Berperanan menstabilkan sistem politik negara dan
laporan yang dibuat oleh Suruhanjaya Reid
menekankan betapa pentingnya perlembagaan
mengambil kira faktor-faktor sejarah, tradisi,
ekonomi dan sosial yang wujud sebelum tahun 1957 - Ini menunjukkan betapa pentingnya unsur-unsur
tradisi sehingga dilindungi di bawah Akta Hasutan
dan dianggap sebagai isu-isu sensitif yang
dilarang daripada dijadikan isu perbincangan
awam.
51- Ia juga merupakan satu pra-syarat dan
permuafakatan yang telah dipersetujui dan
diterima oleh orang Melayu dan bukan Melayu. Ini
bermakna - Orang Melayu diberikan hak istimewa,
- Islam menjadi agama persekutuan dan
- Bahasa Melayu diterima sebagai bahasa kebangsaan
sebagai pra-syarat penerimaan hak kewarganegaraan
oleh etnik bukan Melayu. - Pra-syarat ini menunjukkan bahawa pemimpin
terdahulu telah menerima satu formula bagi
menyelesaikan masalah yang wujud tanpa melibatkan
konflik antara etnik di Tanah Melayu pada ketika
itu.
52Unsur-Unsur Tradisi
- Perkara-perkara yang menyentuh hubungan etnik
dalam Perlembagaan Malaysia - I. Perkara 3 iaitu agama Islam, namun agama lain
bebas diamalkan - II. Perkara 8 iaitu persamaan dan hak sama rata
dan pengecualian peruntukan ini dalam soal agama,
kedudukan istimewa Melayu dan seumpamanya. - III. Perkara 10 (4) iaitu batasan hak kebebasan
bersuara daripada menyentuh kedudukan Raja-Raja,
Islam, orang Melayu, kewarganegaraan dan
seumpamanya. - IV. Perkara 38 iaitu kuasa Majlis Raja-Raja
menghalang Parlimen membuat undang-undang yang
menyentuh kedudukan Raja-Raja Melayu, orang
Melayu dan bahasa Melayu dan Islam.
53Unsur-Unsur Tradisi
- V. Perkara 150 (6a) iaitu kedudukan Agama Islam,
Adat istiadat Melayu dan Bumiputera Sabah dan
Sarawak, kewarganegaraan meskipun dalam keadaan
darurat. - VI. Perkara 152 iaitu kedudukan bahasa Melayu
sebagai bahasa Kebangsaan tanpa menafikan hak-hak
bangsa lain menggunakan bahasa mereka. - VII. Perkara 153 iaitu kedudukan istimewa
orang-orang Melayu tanpa menafikan kedudukan yang
sah kaum lain.
54- Begitu juga Perjanjian Malaysia yang dibuat pada
tahun 1963, merupakan satu persetujuan yang telah
disepakati antara pemimpin Tanah Melayu, Sabah
dan Sarawak. - Ia lebih dikenali sebagai Perkara Dua Puluh yang
mengandungi tuntutan Sabah dan Sarawak yang
bersetuju untuk menyertai Malaysia. - Antara yang terkandung dalam Perkara Dua Puluh
ialah mengenai imigresen, bahasa, kewangan dan
hak istimewa Bumiputera Sabah dan Sarawak. - Ia boleh dirujuk dalam Senarai II dan Senarai III
serta yang berkaitan dengan peruntukan tambahan
bagi Sabah dan Sarawak.
55Unsur-Unsur Tradisi
- Difokuskan kepada tiga
- Perkara 152 iaitu kedudukan bahasa Melayu sebagai
bahasa Kebangsaan tanpa menafikan hak-hak bangsa
lain menggunakan bahasa mereka. - Namun, perkara ini juga melindungi bahasa-bahasa
lain dan seterusnya memperuntukkan bahawa tiada
sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada
menggunakan (selain daripada maksud rasmi) atau
mengajar atau belajar apa-apa bahasa lain. - Begitu juga kerajaan berhak mengekalkan
penggunaan dan pembelajaran bahasa lain dalam
persekutuan.
56- Perkara 3 iaitu agama Islam ialah agama
persekutuan tetapi agama lain boleh diamalkan
dengan aman di mana-mana bahagian persekutuan. - Kebebasan beragama ini dijamin dalam perlembagaan
terhadap semua agama iaitu setiap orang mempunyai
hak untuk menganut dan mengamalkan agamanya dan
bahawa setiap agama mempunyai hak untuk - Menguruskan hal-ehwal agamanya sendiri.
- Menubuh dan menyelenggara institusi bagi maksud
agama atau khairat. - Memperolehi dan memiliki harta benda serta
memegang dan mentadbirnya mengikut undang-undang.
57- Kenyataan ini diperkukuhkan dengan beberapa
prinsip Islam yang termaktub di dalam
Perlembagaan Malaysia yang tercatat dalam
beberapa fasal lain yang harus dibaca secara
bersama dengan Perkara 3 (1) iaitu -
- Perkara 11 (4)
- Undang-undang Negeri dan mengenai
Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan
Labuan, undang-undang persekutuan boleh mengawal
atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau
kepercayaan ugama antara orang-orang yang
menganuti agama Islam.
58- Perkara 12 (2)
- ...adalah sah bagi Persekutuan atau sesuatu
Negeri menubuhkan atau menyelenggara
institusi-institusi Islam atau mengadakan atau
membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama
Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan yang
diperlukan bagi maksud berkenaan. - Perkara 121 (A)
- Mahkamah-mahkamah yang disebutkan dalam Fasal
(1) tidaklah boleh mempunyai bidang kuasa
berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidang
kuasa mahkamah syariah.
59- Perkara 153 iaitu kedudukan istimewa orang-orang
Melayu tanpa menafikan kedudukan yang sah kaum
lain. - Perkara ini juga melindungi kaum-kaum lain iaitu
adalah menjadi tanggungjawab Yang Di Pertuan
Agong untuk melindungi juga hak-hak mereka yang
sah menurut peruntukan lain. Begitu juga perkara
ini tidak boleh dilaksanakan jika ia
mengakibatkan kehilangan sebarang jawatan awam
yang dipegang oleh sesiapa atau penarikan
sebarang biasiswa atau keistimewaan yang
dinikmati oleh kaum lain atau perlucutan atau
penamatan permit lesen yang dipegang olehnya
60- Adalah perlu juga diperjelaskan siapakah yang
dikatakan orang Melayu dan bumiputera Sabah dan
Sarawak itu. Dalam Perlembagaan Malaysia (Perkara
160), Melayu itu ditakrifkan sebagai - Lazimnya bertutur dalam Bahasa Melayu.
- Menganut agama Islam.
- Mengamalkan adat istiadat Melayu.
61- Manakala takrifan bumiputera
- Sarawak
- terdiri dari mana-mana satu kaum asli iaitu
Bukitan, Bisayuh, Dusun, Dayak Laut, Dayak Darat,
Kadayan, Kalabit, Kayan, Kenyah, Kajang, Lugat,
Lisum, Melayu, Melanau, Murut, Penan, Sian,
Tagal, Tabun dan Ukit atau dia berketurunan
campuran dari kaum tersebut. - Sabah
- anak atau cucu kepada seorang dari suatu kaum
asli Sabah dan dia telah dilahirkan di Sabah.
62- Lain-lain kedudukan istimewa orang Melayu
termasuklah peruntukkan Perkara 86 dan 90
berhubung dengan tanah rizab orang Melayu, yang
mana memberi kuatkuasa undang-undang perlembagaan
kepada undang-undang sedia ada berkenaan perkara
melindungi tanah rizab orang Melayu dari
diselenggarakan oleh orang bukan Melayu.
63- Kemasukan perkhidmatan oleh orang Melayu ke dalam
Rejimen Askar Melayu, dengan pengecualian orang
bukan Melayu, dikuatkuasakan oleh Perkara 8 (5)
dan dengan demikian boleh juga dianggap sebagai
sebahagian dari kedudukan istimewa orang Melayu
64Kerasionalan Perkara 153
- Prinsip Jus soli dengan kerakyatan kepada 800,000
bukan Melayu. Manfaat serta merta sebagai
warganegara undi pilihanraya dan hak-hak lain
sebagai warganegara - Hak istimewa meliputi jawatan dalam perkhidmatan
awam, biasiswa, pendidikan, perniagaan dan
kemudahan khas lain yang diberikan. Seperti
bercanggah dengan Perkara 8 iaitu Hak sama rata,
maka ini prasyarat penerimaan kewarganegaraan
65Bilangan Orang Bukan Melayu Yang Menjadi
Warganegara Dengan Cara Pendaftaran
Sumber Pendaftar Besar Warganegara
66Peratusan Pengundi Mengikut Komposisi
Kaum Kaum 1955 1959 Melayu 84.2 56.2 Cina 11.
2 35.9 India / lain-lain 4.6
7.8 Jumlah 100 100 Sumber
Suruhanjaya Pilihanraya
67Kerasionalan Perkara 153
- Rasional Perkara 153 dipecahkan kepada tiga
- 1. Perkhidmatan Awam
- Menentukan rezab bilangan jawatan
- Diimbangi dengan tidak boleh melucut jawatan
sedia ada - Bilangan pegawai Melayu kecil meliputi 36 saja
(1968) - Rujuk Jadual IV
68 Perkhidmatan Melayu Bukan Melayu Jumlah
Perkhidmatan pentadbiran 706 515 1221
Akitek, jurutera dan pegawai profesional 73 370 443
Pegawai kesihatan dan perubatan 64 693 727
Ahli Sains Fizikal 13 51 64
Ahli sains Sejati 60 108 169
Prangkawan Profesional 38 166 204
Perkhidmatan Undang-Undang 70 37 107
Perkhidmatan beruniform 331 369 700
Pengangkitan dan media massa 67 188 255
Jumlah 1392 2447 3839
Sumber Kajian Semula Pelaksanaan Perkara 153,
Perlembagaan Malaysia Semenjak Tahun 1957 dengan
rujukan khas kepada Malaysia Barat.
69Kerasionalan Perkara 153
- 2. Ekonomi
- Kemiskinan orang Melayu 64.8 (1970) (rujuk
Jadual V) - Jurang Pendapatan melebar antara etnik
- Negeri majoriti Melayu miskin khususnya di pantai
timur - Pemilikan kekayaan negara bagi Melayu hanya 2.4
tahun 1970 - Pembahagian kekayaan dan agihan pendapatan
merupakan faktor terkuat mempengaruhi hubungan
etnik (13 Mei)
70Peratusan Hak Milik Modal Saham (Pada Nilai Tara)
Syarikat Berhad, 1995 dan 1999
Kumpulan Hak Milik 1995 1999
Bumiputera (Individu, Institusi dan Agengsi Amanah) 20.6 19.1
Cina 40.9 37.9
India 1.5 1.5
Rakyat Asing 27.7 32.7
Syarikat Nomini 8.3 7.9
Jumlah 100 100
Sumber Rancangan Malaysia Kelapan
71Pemilikan ekuiti Bumiputera sektor korporat
meningkat tetapi masih belum mencapai sasaran 30
Matlamat
Pencapaian
1970
1990
1990
2002
- Bumiputera
- Bukan Bumi.
- Cina
- India
- Lain-lain
- Asing
- Nomine
- JUMLAH
2.4 32.3 63.3 2.0 100.0
30.0 40.0 30.0 100.0
19.3 46.8 45.5 1.0 0.3 25.4 8.5 100.0
18.7 43.2 40.9 1.5 0.8 28.9 9.2 100.0
72Kemiskinan
Isi rumah Malaysia
Nota Pendapatan Garis Kemiskinan (PLI) untuk
2002 adalah RM529 sebulan di Semenanjung Malaysia
(saiz isi rumah 4.6) RM690 di Sabah (saiz isi
rumah 4.9) dan RM600 di Sarawak (saiz isi rumah
4.8). Ketermiskinan dianggarkan mengguna separuh
dari PLI.
73Jurang pendapatan antara kaum
Nisbah ketaksamaan pendapatan isirumah
1970
1980
1990
2002
1999
1 2.1 1 2.3 1 1.8
1 1.7 1 1.7 1 13
1 1.8 1 1.7 1 1.4
1 2.1 1 1.8 1 1.3
1 1.8 1 1.9 1 13
Luar Bandar Bandar Bumiputera
Cina Bumiputera India
74Kerasionalan Perkara 153
- Pendidikan
- Bilangan pelajar ijazah pertama di IPTA dalam
sosial dan sains adalah masih rendah antara
Melayu dan bukan Melayu - Peratusan golongan profesional, bumiputera hanya
4.9 berbanding bukan bumiputera 84.3 1970 - Pengekalan Sekolah Jenis Kebangsaan seolah
bercanggah dengan Penyata Razak seperti yang
terkandung dalam perenggan 12 iaitu tujuan dasar
pelajaran di dalam negeri ini ialah bermaksud
untuk menyatukan budak-budak daripada semua
bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu
peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa
dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai
bahasa pengantar, walaupun perkara ini tidak
dapat dilaksanakan dengan serta merta melainkan
hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur.
75Jumlah Pelajar Ijazah Pertama dan Diploma di
Institusi Pendidikan Awam Tempatan, 1995-2005
Peringkat Pendidikan 1995 2000 2005
Ijazah 75,709 170,794 244,527
Diploma 46,480 92,304 148,025
Jumlah 122,189 263,098 392,552
Sumber Rancangan Malaysia Kelapan
76Bilangan Institusi, Pelajar dan Tenaga Pengajar
Institusi Pendidikan Tinggi Swasta, Sehingga 31
Disember 2002
INSTITUSI BILANGAN INSTITUSI BILANGAN PELAJAR
IPTS Bertaraf Universiti 11 29,747
IPTS Bertaraf Universiti(Kolej Universiti) 1 488
IPTS Bertaraf Universiti (Kampus Cawangan Dalam Negara) 3 6,836
IPTS Bertaraf Universiti (Kampus Cawangan Luar Negara) 4 4,740
IPTS Bukan Bertaraf Universiti (Kolej) 518 252,789
Keseluruhan IPTS 534 294,600
Sumber Kementerian Pelajaran Malaysia
77Penyertaan golongan profesional Bumiputera
meningkat, 1990-2003
1990
2002
Profesion
Bumi
Cina
India
Cina
India
Bumi
- Akauntan
- Arkitek
- Doktor
- Doktor Gigi
- Doktor Veterinar
- Jurutera
- Juru Ukur
- Peguam
- JUMLAH
11.2 23.6 27.8 24.3 35.9 34.8 44.7 22.3 29.0
81.2 74.4 34.7 50.7 23.7 58.2 49.6 50.0 55.9
6.2 1.2 34.4 23.7 37.0 5.3 3.7 26.5 13.2
20.0 43.6 38.5 38.2 40.1 43.5 46.0 35.1 37.2
74.6 52.6 29.9 40.3 29.8 50.1 49.3 38.4 50.1
5.1 1.3 27.5 19.1 25.7 5.3 3.1 25.8 11.2
78Kerasionalan Perkara 153
- Pendidikan
- Kewujudan MRSM, Sekolah berasrama penuh dan
matrikulasi yang khusus orang Melayu turut dibuka
kepada bukan Melayu - IPT mengikut etnik dibenarkan UiTM, UTAR dan
Kolej Tafe - Kuota IPTA juga telah ditukar kepada meritokrasi
- Anggapan IPTA ramai bumiputera diimbangi dengan
IPTS - Biasiawa telah ditukar kepada PTPTN
79Rasional Perkara 152
- Bahasa kebangsaan sebagai alat perpaduan tanpa
menggugat bahasa ibonda lain - Menjadi bahasa lingua franca
- Zaman penjajah telah dijadikan bahasa rasmi
- Pegawai Eropah perlu belajar dan lulus bahasa
Melayu
80- Kata-kata Tan Siew Sin, Masyarakat bukan Melayu
menaruh harapan yang besar kebudayaan dan bahasa
mereka. Biar saya nyatakan, sebagai contoh,
Perlembagaan Reid sebagaimana rangka awalnya
tidak menyebut apa-apa tentang mengekal dan
mengembang bahasa Cina dan Tamil, ataupun
bahasa-bahasa lain. Apabila dicadangkan kepada
pemimpin Melayu bahawa perlembagaan sepatutnya
dengan eksplisit menyatakan pengekalan dan
perkembangan kedua-dua bahasa Cina dan Tamil
hendaklah digalak dan dipelihara, mereka
bersetuju. Saya sebutkan kejadian ini untuk
menunjukkan kepada mereka di luar bulatan bahawa
pemimpin Melayu pada asasnya adalah adil dan
berpandangan luas.
81Rasional Perkara 3
- Agama persekutuan tanpa menjejaskan kedudukan
agama lain - Telah bertapak 600 tahun lalu
- Perkara 160 mendefinisikan Melayu
- Zaman penjajah, bidang kuasa agama islam dan adat
istiadat Melayu tidak dicampuri oleh penjajah - Perlembagaan Malayan Union juga dan Perjanjian
Persekutuan Tanah Melayu mengecualikan perkara
ini - Dalam kes mahkamah telah mengiktiraf seperti
dalam kes Ramah lawan Laton, Mahkamah Rayuan
Selangor memutuskan bahawa undang-undang Islam
ialah undang-undang negeri dan mahkamah hendaklah
mengiktiraf dan menggunakan undang-undang
tersebut
82Kesimpulan
- Kita perlu mengambil iktibar dari pengorbanan
yang telah ditunjukkan oleh generasi terdahulu
dalam menghayati erti sedia berkorban, toleransi
dan rela berkongsi kuasa. - Perjanjian sosial atau social contract ini perlu
diterima oleh semua rakyat Malaysia tanpa perlu
mempersoalkannya lagi. - Melalui pembudayaan sikap ini, secara langsung ia
dapat menghindarkan negara Malaysia daripada
berada dalam keadaan tidak stabil yang boleh
merosakkan perpaduan yang sudah sedia terjalin