BBM 3104-Kuliah 8 Teks Bustanus al-Salatin Fasa ke-13 - PowerPoint PPT Presentation

1 / 22
About This Presentation
Title:

BBM 3104-Kuliah 8 Teks Bustanus al-Salatin Fasa ke-13

Description:

Title: Teks Bustanus al-Salatin Author: User Last modified by: Valued Acer Customer Created Date: 1/19/2006 11:42:00 PM Document presentation format – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:196
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 23
Provided by: vodpplUp
Category:
Tags: bbm | bustanus | fasa | kuliah | salatin | teks

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: BBM 3104-Kuliah 8 Teks Bustanus al-Salatin Fasa ke-13


1
BBM 3104-Kuliah 8 Teks Bustanus al-SalatinFasa
ke-13
  • Prof. Madya Dr. Zaitul Azma bt Zainon Hamzah
  • Jabatan Bahasa Melayu, FBMK,
  • UPM

2
Keistimewaan BS
  • Dikarang oleh Syeikh Nurudin al Raniri, seorang
    ulama terkenal di Acheh pada 1638 M 917 Syawal
    1047 H)
  • Digolong sbg buku ketatanegaraan, juga sebagai
    karya histografi.
  • Mempunyai nilai keagamaan yang tinggi dan nilai
    moral yang baik

3
Pendapat Hooykaas 1977
  • Kitab ini lebih bersifat pengetahuan jika
    dibandingkan dengan karya-karya lain dalam bidang
    kesusasteraan Melayu tradisional. Usaha
    menerbitkan BS ini dianggap penting dari sudut
    sejarah, kesusasteraan dan bahasa. Tidak dapat
    dinafikan bahawa kitab ini mempunyai pengaruh
    besar terhadap masyarakat Melayu dan banyak
    salinan kitab ini tersebar di seluruh Nusantara.

4
  • Struktur Pemerintahan
  • 1. Sultan Ali Mughayat Syah H 913 H928
    (14 t 7 bln).
  • 2. Sultan Salahuddin ibn Sultan Ali Mughayat Syah
    (H 946 H 955) (17 th 11 bln)
  • 3. Sultan Alauddin Riayat Syah ibn Sultan Ali
    Mughayat Syah
  • 4. Sultan Hussain ibn Sultan Alauddin bergelar
    Sultan Ali Riayat Syah
  • 5. Sultan Muda ibn Sultan Ali Riayat Syah (masih
    berusia 4 bulan) 15 J. Akhir , H 984 (dalam
    kerajaan 7 bulan).

5
  • 6. Abangta Raja Pariaman bergelar Raja Seri Alam
    (Ahad 10 Muharam dalam kerajaan selama 2 bulan
    5 hari/ 5 bulan)
  • 7. Sultan Zainal Abidin ibn Sultan Abdullah ibni
    Sultan Alauddin Riayat Syah naik takhta pada
    5 Rabiulawal (selama 10 bulan 10 hari). Terbunuh
    pada tahun H 985.
  • 8. Sultan Alauddin Perak ibn Sultan Ahmad naik
    takhta pada hari Jumaat 10 Muharam. Memerintah
    selama 8 tahun 11 hari. Terbunuh pada hari Isnin
    10 Muharam, waktu duha H 993.
  • 9. Sultan Ali Riayat Syah ibn Sultan Munawar
    Syah, naik takhta pada hari Selasa 11 Muharam.
    Memerintah selama 2 tahun 11 bulan. Terbunuh
    pada H 996.

6
  • 10. Sultan Alauddin Riayat Syah ibn Sultan
    Firman Syah, naik takhta pada hari Isnin 15
    Zulkaedah. Memerintah selama 15 hari ( H 1012
    diganti oleh anaknya)



  • 11. Sultan Ali Riayat Syah ibn Sultan Alauddin
    Riayat Syah naik takhta pada hari Isnin 15
    Zulkaedah, memerintah selama 2 tahun 11 bulan.
    Hilang pada H 1015.
  • 12. Sultan Raja Iskandar Muda Johan Berdaulat.
    Naik takhta pada 6 Zulhijjah. Mangkat pada hari
    Sabtu, waktu dohor H 1046. Memerintah selama 37
    tahun 7 bulan 24 hari. Bergelar Marhum Mahkota
    Alam.
  • 13. Paduka Seri Sultan Iskandar Thani Alauddin
    Mughayat Syah Johan Berdaulat zil Allah sil- alam
    ibn Sultan Ahmad Syah. Naik takhta pada hari
    Sabtu 29 Rejab pada waktu dohor.

7
Struktur Penulisan
  • Mula dengan pujian kepada Allah SWT
  • Menerangkan kedudukan manusia di sisi Tuhan
  • Memasukkan hadis dan ayat-ayat Al-Quran dan unsur
    nasihat dan pengajaran
  • Nama watak tidak disebut tetapi perkara sebenar
    ditonjolkan

8
Bahasa dan ejaan
  • Terdapat pengaruh Acheh (rujuk m.s 66-76)
  • Melakukan pembetulan secara senyap terhadap
    kesilapan dari teks asal
  • Penggunaan vokal tidak digunakan dengan
    sepatutnya. Huruf hamzah digunakan apabila
    terdapat vokal berturut-turut.

9
Ejaan
  • Diftong au dan ai ditulis sebagai wau dan ya
  • E pepet digantikan dengan fathah seperti
    berserban, kerana, kercu dan pertuha.
  • Alif menggantikan e
  • Dammad sebagai e
  • Ya digandakan dalam ejaan

10
Bahasa Acheh
  • Tidak terdapat sengau dalam bentuk awalan men
    pada kata-kata yang dimulai dengan letusan
    bersuara. Letusan bersuara hilang sesudah sengau
  • Contoh kameng --- kambing
  • teumaga --- tembaga
  • upama --- umpama
  • Tanpa me
  • Ngadap, ngape, ngiring.

11
Pengaruh Acheh yang lain
  • Pengaruh leksikal seperti antusan (utusan), dalam
    (istana), entat (antar) kandang (makam), kedidi
    (gelut), kelah (simpati) luam (intai), pertuha
    (ketua) ruhai (berceritera), salup (bungkus),
    taham (tahan, tangkap)
  • Bentuk arkaik contoh anugeraha (anugraha), arta
    (artha)
  • Beniaga ( banija atau vanijaka) dan manusyia
    (manusya)

12
Rumusan
  • Terdapat pengaruh Arab dan Parsi.
  • Kitab-kitab Arab dan Parsi diterjemahkan dan
    dijadikan sumber atau contoh untuk menghasilkan
    karya-karya BMK

13
Syeikh Nuruddin al Raniri
  • Dilahirkan di Ranir, Gujerat, India dari sebuah
    keluarga keturunan Quraish.
  • Mempelajari bahasa Melayu semasa di Gujerat.
  • Mengikut Voorhoeve (1951), SNR pernah menetap di
    Pahang dan mendalami beberapa karya bahasa Melayu
    seperti Hik.Iskandar Zulkarnian, Taj al Salatin
    dan Sejarah Melayu- yg mempengaruhi kepengarangan
    beliau dalam menghasilkan BS
  • Kitab yang pernah dihasilkan Durrat al-Faraid
    dan Hidayat al-Habib (1045H)
  • Akrab dengan Sultan Iskandar Thani sehingga
    dilantik menjadi ulama dan penasihat baginda.

14
  • Dengan kedudukan yang ada, SNR telah
    mempengaruhi Sultan supaya menghapuskan fahaman
    Wujudiah yang disebarkan oleh Hamzah Fansuri(HF)
    di Acheh ketika itu. Sultan telah terpengaruh
    dengan fahaman tua yang disebarkan oleh SNR dan
    mengarahkan semua buku karangan HF yang lebih
    mirip kepada golongan muda dibakar.
  • Pendapat sarjana- BS dijangka siap pada tahun
    1640 M.
  • SNR turut menghasilkan buku Asrar al-Insan fi
    marifat al-ruh wal-rahman selepas BS
  • Apabila Sultan Tajul Alam memerintah, SNR dipecat
    dan dihantar pulang ke Ranir
  • meninggal dunia pada tahun 1658.

15
ContohAnalisis Kandungan Bustanus Salatin
16
Aspek Kandungan 1
  • Shahdan maka ada-lah di-ilhamkan Allah Taala
    dalam hati Raja Iskandar Muda memileh Sultan
    Mughal akan ganti-nya itu saperti Nabiul-lah
    Daud memileh dalam antara segala anak-anaknya
    Nabiul-lah Sulaiman akan ganti-nya (BS hlm 43)

17
Aspek kandungan 2
  • Maka genderang berangkat akan tuan puteri naik
    ka-atas metai suasa pun berbunyi-lah. Sa-telah
    itu maka inai, pakaian dan ayer mandi pun di-arak
    Kadhi Malikul-Adil dan Perdana Menteri. Dan
    segala hulubalang masing-masing mengarak.
    Sa-tengah daripada mereka itu ka-Mahligai Dewa
    Raksa Madapa akan Sultan Hussain Shah, dan
    sa-tengah ka-Maligai Daulat Khana (BS hlm 40)

18
Aspek kandungan 3
  • Bab kedua Bustanus Salatin mengandongi dua fasal
    yang meriwayatkan sejarah Semenanjong Tanah
    Melayu dan Acheh. Fasal 12 merupakan sadoran
    Sejarah Melayu dan mengandongi salasilah raja2
    Pahang.
  • Fasal ini di-maksudkan sa-bagai pengantar bagi
    fasal 13 mengenai sejarah kerajaan Acheh yang
    menchapai puncak-nya dengan pemerentahan Sultan
    Iskandar Thani yang berasal dari Pahang.
    (BS hlm 5)

19
Aspek kandungan 4
  • Meriwayatkan tentang kerajaan sultan ini
    di-hiasi-nya karangan-nya itu dengan suatu
    rubai
  • Ia-lah perkasa terlalu berani
  • turun temurun nasab sultani
  • ia-lah menyanjong inayat rahmani
  • bergelar Sultan Iskandar Thani.
  • (BS hlm 5)

20
Aspek kandungan 5
  • Kemudian dari itu maka datang mereka itu sa-kali
    lagi ka-bandar Darus-Salam, maka nyata
    kianat-nya dan sangat-lah mghrur-nya. Maka
    datang-lah ka-atas mereka itu murka Allah taala,
    maka sakalian mereka itu pun habis di-titahkan
    Paduka Seri Sultan Iskandar Thani Alaud-Din
    Mughayat Shah Johan Berdaulat penggal batang
    leher-nya
  • (BS hlm 47)

21
Kesimpulan
  • Kajian aspek kandungan teks BS menceritakan
  • Aspek kebudayaan Melayu
  • Hubungan politik
  • Terjemahan kitab-kitab Arab dan Parsi
  • Pengaruh Arab dan Parsi dalam BM

22
Sekian, terima kasih.
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com