BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH - PowerPoint PPT Presentation

1 / 15
About This Presentation
Title:

BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH

Description:

bahagian pengurusan sekolah berasrama penuh dan sekolah kecemerlangan (bpsbpsk) kementerian pelajaran malaysia * * * * * * * * * * * * * * * bilangan calon mencapai ... – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:465
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 16
Provided by: KEMENTERIA45
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH


1
DASAR, SYARAT DAN KRITERIA PENGAMBILAN MURID
TINGKATAN EMPAT SEKOLAH BERASRAMA PENUH TAHUN
2012
BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN
SEKOLAH KECEMERLANGAN (BPSBPSK) KEMENTERIAN
PELAJARAN MALAYSIA
2
Latar Belakang Pengambilan dan Penempatan
Murid Tingkatan 4 Tahun 2011
  • Bilangan Calon Mencapai 8A/9A 9,782
  • (yang memohon SBP)
  • Bilangan Permohonan 2011 45,684
  • Bilangan SBP menawarkan Tingkatan 4
    60
  • Bilangan penawaran tempat di 60 buah SBP
    5,505

3
Latar Belakang Pengambilan dan Penempatan
Murid Tingkatan 4 Tahun 2011
  • Enam buah SBP yang menawarkan kemasukan bermula
    dengan Tingkatan Empat
  • Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang
  • SM Sains Muar, Johor
  • SMS Kuala Terengganu, Terengganu
  • SM Sains Alam Shah, Kuala Lumpur
  • SM Sains Seri Puteri, Kuala Lumpur
  • SM Sains Tuanku Munawir, Seremban.

4
Dasar Pemilihan Dan Penempatan Murid Tingkatan
Empat 2012
  • Status Murid Projek Khas
  • diberi kepada murid-murid dari keluarga miskin
    yang berpendapatan isi rumah kurang daripada
    Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2007.
  • murid diperuntukkan tempat di mana-mana SBP.

5
Dasar Pemilihan Dan Penempatan Murid Tingkatan
Empat 2012
  • Program Integrasi Nasional
  • peruntukan tempat di SBP terpilih di Semenanjung
    diberikan kepada murid tajaan Yayasan Sabah dan
    Yayasan Sarawak.
  • Anak Orang Asli dan Kaum Pribumi murid-murid
    yang layak diberi keutamaan untuk ditempatkan di
    SBP.

6
Syarat Pemilihan ke Sekolah Berasrama Penuh
  • Kewarganegaraan
  • Murid mestilah warganegara Malaysia.
  • Jenis Sekolah
  • Murid dari Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan
    Kerajaan.

7
Syarat Pemilihan ke Sekolah Berasrama Penuh
  • 3. Memperoleh keputusan Penilaian Menengah
    Rendah (PMR) 2011 dengan pencapaian minimum
    seperti berikut
  • i. Mendapat sekurang-kurangnya Gred A bagi 6 mata
    pelajaran tidak termasuk mata pelajaran Bahasa
    Antarabangsa / Bahasa Ketiga seperti Bahasa Arab,
    Perancis, Jerman, Iban , Jepun, Mandarin, Tamil
    atau seumpamanya
  • ii. Mesti mendapat Gred A bagi mata pelajaran
    Sains dan Matematik
  • iii. Mendapat sekurang-kurangnya Gred B bagi mata
    pelajaran yang lain dan
  • iv. Untuk ke tingkatan empat Aliran Sains Tulen
    Agama dan Aliran Agama, calon mesti memperoleh
    Gred A bagi mata pelajaran Pendidikan Islam, dan
    sekurang-kurangnya Gred C bagi mata pelajaran
    Bahasa Arab.

8
Syarat Pemilihan ke Sekolah Berasrama Penuh
  • 4. Aktif dalam kokurikulum
  • Penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum.

9
Prosedur Permohonan dan Pemilihan Murid ke
Tingkatan Empat SBP Tahun 2012
1 Sept 15 Okt 2011
1. Murid/Pemohon membuat permohonan secara online
melalui laman web KPM http//www.moe.gov.my
2. Murid/Pemohon mencetak maklumat permohonan dan
mendapat pengesahan Pengetua sekolah asal.
10
Prosedur Permohonan dan Pemilihan Murid ke
Tingkatan Empat SBP Tahun 2012
16 31 Okt 2011
3. Pengetua mengesahkan maklumat pemohon dan
menghantar salinan kepada PPD / JPN
4. Pegawai di PPD / JPN melaksanakan proses
pengesahan maklumat secara online melalui sistem
SPAT4.
11
Prosedur Permohonan dan Pemilihan Murid ke
Tingkatan Empat SBP Tahun 2012
5. Proses pemilihan dan penempatan murid
Tingkatan Empat oleh BPSBPSK.
Januari 2012
6. Pengumuman keputusan pemilihan dan penempatan
murid secara online melalui laman web KPM
http//www.moe.gov.my
Jan Feb 2012
7. Rayuan permohonan ke SBP secara online
(e-rayuan) oleh pemohon yang tidak berjaya.
6 Februari 2012
8. Pendaftaran murid Ambilan Pertama di SBP
ditawarkan.
12
Keputusan Pemilihan dan Penempatan
  • Keputusan pemilihan dan penempatan murid akan
    diumumkan selewat-lewatnya dalam tempoh 30 hari
    setelah keputusan PMR diumumkan
  • Semakan keputusan tersebut boleh dibuat melalui
    ketetapan berikut
  • Laman Web Kementerian Pelajaran Malaysia
    http//www.moe.gov.my
  • Kaunter BPSBPSK
  • Talian hotline BPSBPSK
  • Kaunter JPN/PPD yang berhampiran

13
Pakej Aliran Mata Pelajaran
Aliran Mata Pelajaran Ditawarkan Bilangan Mata Pelajaran
Sains Tulen Bahasa Melayu, English , Mathematics, Additional Mathematics, Physics, Chemistry, Biology, Sejarah, Pendidikan Islam /Moral 9
Sains Tulen Agama Bahasa Melayu, English , Mathematics, Additional Mathematics, Physics, Chemistry, Biology, Sejarah, Bahasa Arab Tinggi, Pendidikan Al-Quran dan Sunnah, Pengajian Syariah 11
Agama Ikhtisas Bahasa Melayu, English , Mathematics, Additional Mathematics, Prinsip Akaun, Ekonomi Asas, Sejarah, Bahasa Arab Tinggi, Pendidikan Al-Quran dan Sunnah, Pengajian Syariah 10
Teknikal Bahasa Melayu, English , Mathematics, Additional Mathematics, Physics, Chemistry, Sejarah, Pendidikan Islam /Moral, Lukisan Kejuruteraan, Teknologi Kejuruteraan 10
Sains Sosial Bahasa Melayu, English , Mathematics, Additional Mathematics, Ekonomi Asas, Prinsip Akaun, Sejarah, Pendidikan Islam /Moral, Science 9
14
Syarat Tawaran ke SBP
  • Tawaran ke SBP adalah tertakluk kepada
    syarat-syarat seperti yang dinyatakan dalam
    Lampiran Tawaran dan Syarat Kemasukan ke
    Tingkatan Empat SBP
  • Tawaran kepada murid-murid yang berjaya adalah
    muktamad. Walau bagaimanapun BPSBPSK berhak
    membuat pindaan atau membatalkan tawaran
    berdasarkan sebab-sebab yang munasabah
  • Sebarang permohonan bertukar SBP dan aliran yang
    ditawarkan tidak akan dipertimbangkan
  • Tawaran kepada murid yang berjaya akan terbatal
    sekiranya murid tidak mendaftar dalam tempoh 7
    hari bekerja dari tarikh pendaftaran

15
  • Terima Kasih

Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan
Sekolah Kecemerlangan Kementerian Pelajaran
Malaysia
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com