ILMU - PowerPoint PPT Presentation

About This Presentation
Title:

ILMU

Description:

ilmu pengenalan pengertian & konsep ilmu kedudukan ilmuan/cendikiawan disisi islam peranan ilmu dalam pembentukan keluarga dan masyarakat pengenalan ilmu adalah asas ... – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:116
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 22
Provided by: sham86Fil
Category:
Tags: ilmu | politik | sistem

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: ILMU


1
ILMU
PENGENALAN
PENGERTIAN KONSEP ILMU
KEDUDUKAN ILMUAN/CENDIKIAWAN DISISI ISLAM
PERANAN ILMU DALAM PEMBENTUKAN KELUARGA DAN
MASYARAKAT
2
PENGENALAN
  • Islam merupakan satu-satunya agama yang amat
    menekan dan
  • memberatkan ilmu pengetahuan
  • Islam mengajar kita bahawa tiap-tiap satu
    perkara yang ingin kita
  • laksanakan dengan sempurna mestilah didahului
    dengan ilmu
  • Ilmu adalah asas kepada kesempurnaan.
  • Contoh Perlaksanaan solat tidak akan sempurna
    jika seseorang itu
  • tidak mengetahui tentang cara-cara mengambil
    wuduk,
  • bersuci, membaca al-Quran dengan betul dan
    segala rukun
  • solat .

3
PENGERTIAN
  • Ilmu berasal dari perkataan Arab iaitu 'ilm yang
    bermaksud tahu
  • Menurut Kamus Dewan ilmu membawa maksud
    pengetahuan, kepandaian
  • (dalam perkara dunia, akhirat, zahir, batin
    dan lain-lain) dan kajian
  • berkenaan sesuatu perkara.
  • Menurut Profesor Syed Naquib al-Attas
  • - ilmu yang dianugerahkan oleh Allah kepada
    manusia melalui wahyu.
  • - ilmu tentang sains ('ulum) yang lain dan boleh
    didapati melalui
  • pemerhatian, pengalaman,
    penyelidikan dan ru-musan.
  • Ulama Islam
  • - ilmu fardu ain
  • - ilmu fardu kifayah

4
RUMUSAN
Melalui definisi ini boleh dirumuskan bahawa ilmu
bukan sahaja pengetahuan tentang apa yang dilihat
ditanggapi oleh pancaindera kita tetapi ia juga
turut merangkumi pengetahuan terhadap hal-hal
kebenaran dan mengekalkan kebenaran dengan
petunjuk dari Allah s.w.t. iaitu al-Quran.
Kedua-dua jenis ilmu ini penting kerana ia
saling lengkap-melengkapi di antara satu sama
lain dan gabungan kedua-dua ilmu ini akan
melahirkan insan baik yang akan menjadi model
kepada masyarakat keseluruhannya.
5
KONSEP ILMU
MENGIKUT TAMADUN ISLAM
6
ISLAM meletakkan beberapa ciri istimewa konsep
ilmu Islam yang membezakannya dengan konsep ilmu
lain.
1. Ketuhanan
2. Terbuka
3. Syumul
7
Ciri ketuhanan (Rabbaniah)
  • Sumber - segala ilmu yang diperolehi
    oleh manusia datangnya
  • daripada Allah, sama
    ada secara terus (wahyu) atau
  • secara tidak langsung (penelitian
    pengkajian)
  • Penggunaan - ilmu yang diperolehi
    hendaklah dilaksanakan selaras
  • dengan syariat
    islam tanpa penyelewengan.
  • Matlamat ilmu - pencapaian ilmu hendaklah
    digunakan untuk memenuhi
  • keperluan hidup manusia. Ilmu
    bukan bersifat monopoli/
  • untuk kepentingan individu bagi menjadikan
    dirinya manusia
  • yang agung, berkuasa dan terkenal.

8
2. Ciri terbuka
  • terbuka dalam memperolehi ilmu dan penggunaan
    ilmu, tidak
  • membataskan sumber perolehan dari
    al-Quran/Hadis sahaja.

Dr. Yusuf al-Qaradawi
Ilmu yang berkaitan dengan syariat ( akidah,
ibadah, akhlak )
Ilmu yang berkaitan dengan pengurusan
pembangunan Tamadun dunia
Hikmah (ilmu yang berguna) adalah barang mukmin
yang hilang, maka di mana sahaja ia menjumpainya
maka dia adalah berhak mendapatkannya- hadis
9
( akidah, ibadah, akhlak )
3. Ciri syumul
  • keseluruhan ilmu yang memberikan manfaat kepada
    manusia sama ada
  • ilmu syariat/ilmu pengurusan tamadun dunia.

Ibnu Khaldun
naqliyyah
( meliputi ilmu yang terhasil daripada
pemerhatian, penelitian dan kajian akal tentang
alam sekeliling )
aqliyyah
10
KEDUDUKAN ILMUAN/CENDIKIAWAN
DISISI ISLAM
11
Galakan agama yang terunggul
Menurut Islam Ilmu merupakan pembeza antara
manusia daripada haiwan dan menyebabkan manusia
itu lebih mulia, mengatasi segala makhluk
ciptaan Allah di atas muka bumi ini . Islam
merupakan agama wahyu, agama ilmu dan
cahaya Firman Allah
Bacalah dengan nama tuhanmu yang menjadikan.
Menjadikan manusia dari
segumpal darah Surah al-Alaq
12
Galakan al-Quran
1. Firman Allah Diangkat oleh Allah
orang-orang yang beriman daripada kamu
dan orang-orang yang diberi ilmu dengan
beberapa darjat atau
kelebihan al-mujadalah ayat 11
  • ? Pematuhan umat Islam kepada perintah Allah dan
    Rasul dalam menuntut
  • Ilmu membolehkan mereka mencipta tamadun yang
    unggul dan kuat dengan
  • bersumberkan al-Quran dan Sunah serta berasaskan
    akidah,syarak dan akhlak.
  • Ilmu telah membina kekuatan kerohanian, akhlak,
    mental, jasmani,
  • kebendaan, matematik, vokasional, teknik,
    kemahiran sains dan sebagainya.

13
Galakan as-Sunnah
Sabda Rasulullah s.a.w menuntut ilmu
itu wajib ke atas tiap-tiap muslimin dan
muslimat riwayat Ibn Majah dan Baihaqi
Siapa yang menginginkan dunia (kebahagian
dunia), maka hendaklah Ia berilmu dan siapa yang
menginginkan akhirat (kebahagian akhirat) Maka
hendaklah belajar dan berilmu dan siapa yang
menghendaki kedua- Duanya, makadia pun harus
berilmu


(al-Hadis)

14
PERANAN ILMU
DALAM PEMBENTUKAN KELUARGA DAN MASYARAKAT
15
PEMBENTUKAN KELUARGA
1. Pengenalan
Menurut Islam institusi keluarga merupakan asas
kepada pembentukan sesuatu masyarakat. Institusi
keluarga berperanan penting dalam pembentukan
peribadi individu kerana peribadi yang baik akan
membentuk keluarga yang baik, dari keluarga yang
baik akan melahirkan masyarakat yang baik dan
seterusnya Akan tertegaklah sebuah negara yang
cemerlang. Pengabaian dalam pembentukan
institusi keluarga akan membawa kepada keruntuhan
dan kehancuran sesebuah masyarakat.
16
2. Perkahwinan
Perkahwinan merupakan ikatan antara dua individu,
lelaki dan wanita melalui akad nikah dan ijab
kabul. ? Dalam pemilihan jodoh, kebiasaannya
seseorang akan memilih berdasarkan kepada 4
ciri utama - berharta - keturunan
yang baik - kecantikan - beriman
(berakhlak) ? Undang- undang keluarga islam juga
memberi garis panduan mengenai pasangan yang
boleh dikahwini dan dan mereka yang haram
dikahwini. Yang haram dikahwini hukumnya
terbahagi kepada 2 - haram abadi - haram
sementara
17
  • ? Menurut mazhab Syafihukum nikah terbahagi
    kepada 5
  • 1. Harus
  • 2. Sunat
  • 3. Wajib
  • 4. Haram
  • 5. Makruh
  • ? Tujuan perkahwinan
  • Memperolihi zuriat dan mengekalkan baka
  • Memelihara kehormatan diri
  • Mencapai ketenangan hati dan jiwa
  • Menyalurkan naluri cinta dan kasih sayang.

18
3. Hak dan tanggungjawab dalam keluarga
3.1 Hak dan tanggungjawab suami isteri
Dalam institusi keluarga, suami dan isteri
memiliki hak dan tanggungjawab sama ada
bagi pihak - suami, - isteri atau -
tanggungjawab bersama
3.1 Tanggngjawab keibubapaan Dalam konteks
ini, Islam melihat tanggungjawab dua hala
iaitu - Tanggungjawab ibubapa terhadap anak -
Tanggungjawab anak terhadap ibubapa
19
KONSEP KEMASYARAKATAN ISLAM
Masyarakat Islam ialah kelompok manusia yang
beragama Islam dan mengamalkan ajaran Islam iaitu
melaksanakan suruhan dan meninggalkan larangan
Allah s.w.t. Masyarakat Islam yang pertama
terbentuk berdasarkan kepada tamadun islam ialah
masyarakat yang didirikan oleh Rasulullah s.a.w
dan para sahabat di Madinah dan menjadi contoh
bagi masyarakat selepasnya. Dalam proses
pembentukan masyarakat Islam ia didasarkan kepada
asas- asas ajaran Islam. - Syariah
(undang-undang Islam) - Akhlak - Ibadah -
Persaudaraan
20
Hak dan tanggungjawab anggota masyarakat
  • Dalam kehidupan sesuatu masyarakat Islam,
    seseorang individu berhak
  • ? untuk hidup dengan aman dan tenteram menurut
    peruntukan undang-
  • undang.
  • ? maruah, peribadi nilai diri dan nama baik
    setiap anggota masyarakat tidak
  • boleh dihina dengan sesuka hati.
  • ? Bebas untuk memilih agama yang dianuti dan
    melahirkan pendapat.
  • Perlindungan politik mestilah diberikan kepada
    sesiapa sahaja yang dianiayai
  • tanpa mengira bangsa, pegangan agama,dan warna
    kulit.
  • ? Memilih pemerintah secara bebas
  • ? Mengusahakan sesuatu/bekerja untuk mencari
    rezeki dan kekayaan
  • secara halal.

21
Islam dan masyarakat berbilang kaum
Islam mempunyai pendekatan tersendiri dalam
mengendalikan masyarakat majmuk seperti yang
telah dilaksanakan dan dibuktikan di
Madinah. Masyarakat islam wajib tunduk kepada
semua peruntukan dalam sistem perundangan islam
(agama dan politik). Bagi masyarakat bukan
islam - mereka yang tinggal dengan aman di
bawah pemerintahan islam bertanggungjawab untuk
tunduk kepada undang-undang islam kerana
ia tertakluk kepada tanggungjawab politik, bukan
tanggungjawab akidah atau Agama.
Sekian
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com