Title: Penjelasan Kesalahan
1Penjelasan Kesalahan
Kesalahan Tatabahasa yang sering dilakukan.
2Ayat Pertama
Kedua mempelai bersanding di atas pelamin.
Ayat yang betul
Kedua-dua mempelai bersanding di atas pelamin.
3Ayat Kedua
Setengah orang perlu bekerja keras untuk menyara
hidup keluarganya.
Ayat yang betul
Setengah-setengah orang perlu bekerja keras untuk
menyara hidup keluarganya.
4Kata bilangan seperti setengah-setengah,
tiap-tiap, berbagai-bagai dan kedua-dua tidak
boleh disingkatkan. salaha. setengah orangb.
tiap muridc. berbagai warnad. kedua
mempelaibetul a. setengah-setengah
orang b. tiap-tiap murid c.
berbagai-bagai warna d. kedua-dua mempelai
5Ayat Ketiga
Para-para penduduk perlu bekerjasama antara satu
sama lain.
Ayat yang betul
Para penduduk perlu bekerjasama antara satu sama
lain.
6- Kata para tidak boleh diulang.
- Para-para penduduk perlu
- bekerjasama. ( salah )
- Para penduduk perlu
- bekerjasama. ( betul )
7Ayat Keempat
Dua setengah meter kain berharga RM 10.00.
Ayat yang betul
Dua meter setengah kain berharga RM 10.00.
8Ayat Kelima
Harga sekilo ikan kembong yang kecil hanya
berharga tiga setengah ringgit.
Ayat yang betul
Harga sekilo ikan kembong yang kecil hanya
berharga tiga ringgit setengah.
9Kata bilangan tentu seperti satu, dua, tiga dan
seterusnya tidak boleh didekatkan dengan kata
bilangan pecahan seperti suku dan setengah untuk
penghitungan. dua setengah meter ( salah )
dua suku jam ( salah ) tiga setengah ringgit
( salah ) dua meter setengah ( betul )
dua jam suku ( betul ) tiga ringgit setengah
( betul )
10Ayat Keenam
Setiap orang murid harus datang awal ke sekolah.
Ayat yang betul
Setiap murid harus datang awal ke sekolah.
11Ayat Ketujuh
Sekalian orang peserta kursus harus menepati masa
yang ditetapkan.
Ayat yang betul
Sekalian peserta kursus harus menepati masa yang
ditetapkan.
12Penjodoh Bilangan 1. Penjodoh bilangan
biasanya digunakan dengan kata bilangan.2.
Tetapi, ada kalanya penjodoh bilangan tidak perlu
digunakan.
SALAH BETUL
setiap orang murid semua orang pekerja seluruh buah kampung segala ekor binatang sekalian orang peserta para orang guru setiap murid semua pekerja Seluruh kampung segala binatang sekalian peserta para guru
13Ayat Kelapan
Pelbagai bentuk teguran telah dilakukan namun
perangainya masih tidak berubah.
Ayat yang betul
Pelbagai teguran telah dilakukan namun
perangainya masih tidak berubah.
143. Penjodoh bilangan tidak juga diperlukan
untuk menghitung kata nama abstrak.
SALAH BETUL
beberapa buah usul kedua-dua bentuk sifat setiap buah sumbangan semua buah pendapat segala butir cadangan tiap-tiap bentuk kenangan pelbagai bentuk teguran beberapa usul kedua-dua sifat setiap sumbangan semua pendapat segala cadangan tiap-tiap kenangan pelbagai teguran
15Ayat Kesembilan
Devi datang daripada Batu Kurau.
Ayat yang betul
Devi datang dari Batu Kurau.
16Ayat Kesepuluh
Baju yang dipakai oleh Nadia dibuat dari sutera.
Ayat yang betul
Baju yang dipakai oleh Nadia dibuat daripada
sutera.
17Ayat Kesebelas
Saya mendapat pengetahuan yang banyak dari buku
yang saya baca.
Ayat yang betul
Saya mendapat pengetahuan yang banyak daripada
buku yang saya baca.
18Ayat Keduabelas
Ely terima surat dari Elyas.
Ayat yang betul
Ely terima surat daripada Elyas.
19Kata Sendi 1.Kata sendi yang sering digunakan
dengan salah ialah dari dan daripada di dan
pada ke dan kepada . 2. Kata dari digunakan
untuk tempat dan waktu. Kata daripada digunakan
untuk orang, perbandingan, asal kejadian,
benda abstrak, dan untuk menunjukkan
keanggotaan.
SALAH BETUL
Devi datang daripada Batu Kurau. Saya menunggu Yatie daripada pukul dua. Ely terima surat dari Elyas Saya mendapat pengetahuan yang banyak dari buku yang saya baca. Baju yang dipakai oleh Nadia dibuat dari sutera. Dari 5 ekor anak ayam, hanya seekor yang hidup Devi datang dari Batu Kurau. Saya menunggu Yatie dari pukul dua. Ely menerima surat daripada Elyas. Saya mendapat pengetahuan yang banyak daripada buku yang saya baca. Baju yang dipakai oleh Nadia dibuat daripada sutera. Daripada 5 ekor anak ayam, hanya seekor yang hidup.
20Ayat Ketigabelas
Di musim durian, Zainal mendapat banyak wang.
Ayat yang betul
Pada musim durian, Zainal mendapat banyak wang.
21Ayat Keempatbelas
Buku cerita itu ada dengan Suzie.
Ayat yang betul
Buku cerita itu ada pada Suzie.
22Kata di digunakan untuk tempat sahaja. Kata pada
digunakan untuk masa, orang, binatang, benda
abstrak, dan benda konkrit tertentu.
Contoh a. Di musim durian, Zainal mendapat
banyak wang. ( salah ) Pada musim durian,
Zainal mendapat banyak wang. ( betul )
b. Ayu berkebun pada belakang rumah. (
salah ) Ayu berkebun di belakang rumah (
betul ) c. Dengan pendapat saya, kerja itu
perlu dibereskan. ( salah ) Pada
pendapat saya, kerja itu perlu dibereskan. (
betul ) d. Buku cerita itu ada dengan Suzie.
( salah ) Buku itu ada pada Suzie. ( betul
)
23Ayat Kelimabelas
Wang itu diberikan ke Rahmah.
Ayat yang betul
Wang itu diberikan kepada Rahmah.
24Kata ke digunakan untuk tempat, masa, dan benda
konkrit tidak bernyawa. Kata kepada pula
digunakan untuk benda bernyawa.
Contoh a. Wang itu diberikan ke Rahmah. (
salah ) - Wang itu diberikan kepada
Rahmah. ( betul ) b. Ibu pergi kepada pasar
setiap hari. ( salah ) - Ibu pergi ke
pasar setiap hari ( betul ) c. Latihan itu
akan diadakan dari semasa kepada
semasa. ( salah ) - Latihan itu akan
diadakan dari semasa ke semasa. (
betul )
25Ayat Keenambelas
Emak sedang goring ikan di dapur.
Ayat yang betul
Emak sedang menggoreng ikan di dapur.
26Semua kata kerja transitif ( kecuali makan,
minum, minta dan mohon) mesti berawalan men-
a. buang sampah ( salah ) membuang
sampah ( betul ) b. goring ikan ( salah
) menggoreng ikan ( betul )
27Ayat Ketujuhbelas
Hanim mengambilkan segelas air untuk Ishak.
Ayat yang betul
Hanim mengambilkan Ishak segelas air.
28Ayat Kelapanbelas
Baginda mengurniakan beliau bintang kebesaran.
Ayat yang betul
Baginda mengurniai beliau bintang kebesaran.
29Kata kerja transitif yang berapitan menkan dan
meni berbagai-bagai maknanya dan mesti digunakan
dengan berhati-hati. Contoh
SALAH BETUL
Hafizuddin memberikan Seha sekuntum bunga. Hanim mengambilkan segelas air untuk Ishak. Baginda mengurniakan beliau bintang kebesaran. Hakim menjatuhkan pencuri itu sebulan penjara. Sampah sarap mengotorkan Taman Tasik Taiping. Yatie menasihatkan saya agar rajin belajar. Hafizuddin memberi Seha sekuntum bunga. Hanim mengambilkan Ishak segelas air. Baginda mengurniai beliau bintang kebesaran. Hakim menjatuhi pencuri sebulan penjara. Sampah sarap mengotori Taman Tasik Taiping. Yatie menasihati saya agar rajin belajar.
30Ayat Kesembilanbelas
Kalau ingin tahu jalan pintas tanya kepada Ahmad.
Ayat yang betul
Kalau ingin tahu jalan pintas bertanya kepada
Ahmad.
31Kata kerja intransitif yang berawalan ber-, men-,
dan ter- tidak boleh ditiadakan awalannya.
Contoh - tanya kepada Hamidah ( salah
) bertanya kepada Hamidah ( betul )
- jangan lompat ( salah ) jangan
melompat ( betul ) - senyum kepada Kartina
( salah ) tersenyum kepada Kartina (
betul )
32Ayat Kedua puluh
Midah termenung bila menerima berita itu.
Ayat yang betul
Midah termenung apabila menerima berita itu.
33Ayat Kedua satu
Pandai-pandailah menjaga diri bila berada di
negeri orang.
Ayat yang betul
Pandai-pandailah menjaga diri apabila berada di
negeri orang.
34Kata hubung apabila selalu ditulis sebagai bila
sedangkan kata bila itu merupakan kata
tanya. Contoh Midah termenung bila
menerima berita itu. ( salah )
Din terkejut bila Seha menjerit. ( salah
) Pandai-pandailah menjaga diri bila
berada di negeri orang. ( salah )
Minumlah ubat ini bila terasa sakit. (
salah ) Bila mendengar berita itu, Ayu
terus pengsan. ( salah )