Title: Akta Keselamatan
1Akta Keselamatan Kesihatan Pekerjaan
1994- Akta 514 -(OSHA 1994)
"SELF REGULATION"
approach
2- SKOP KANDUNGAN CERAMAH
- Konsep OSHA 1994
- Peruntukan-peruntukan Utama Akta
3- STRUKTUR PERUNDANGAN
- AKTA
- Tugas Kewajipan (Duties of Care)
- Organisasi Keselamatan Kesihatan
- Pegawai JKKP, Notis Pembaikan
Larangan
4- STRUKTUR PERUNDANGAN
- PERATURAN-PERATURAN
- Untuk memperincikan kehendak-kehendak khusus
AKTA. - KOD TATA AMALAN
- Panduan di dalam pematuhan AKTA.
5- Untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan
kebajikan orang-orang yang sedang bekerja.
- Untuk melindungi orang-orang di tempat kerja
(selain daripada orang-orang yang sedang bekerja).
- Untuk mengalakkan suatu persekitaran pekerjaan
yang bersesuaian dengan fisiologi dan psikologi
orang-orang yang sedang bekerja.
- Untuk mengadakan suatu sistem perundangan yang
berasas kepada peraturan-peraturan dan tata
amalan industri disamping peruntukan Akta.
6- FALSAFAH KONSEP AKTA
- Tangungjawab memastikan keselamatan dan
kesihatan di tempat kerja terletak di atas mereka
yang bekerja dengan bahaya tersebut (pekerja) dan
mereka yang mengujudkan bahaya tersebut (majikan) - Konsep setakat yang PRAKTIK atau MUNASABAH
7- FALSAFAH PRINSIP AKTA
- Peraturan Kendiri atau Pengurusan Tempat Kerja
Sendiri (Self Regulation) - Kerjasama Pekerja (Cooperation) dan,
- Perundingan (Consultation)
8- SKOP AKTA
- merangkumi dan melindungi semua orang yang
bekerja dalam semua aktiviti ekonomi termasuk
perkhidmatan awam, badan berkanun dan sektor
swasta kecuali -
- Mereka yang bekerja di atas kapal perdagangan
9- Pengilangan
- Perlombongan dan Kuari
- Pembinaan
- Pertanian, Perhutanan dan Perikanan
- Kemudahan Elektrik, Gas, Air dan Perkhidmatan
Kebersihan - Pengangkutan, Penyimpanan dan Komunikasi
- Perdagangan Borong dan Runcit
- Hotel dan Restoran
- Kewangan, Insurans, Hartanah dan Perkhidmatan
Perniagaan - Perkhidmatan Awam dan Pihak Berkuasa Berkanun
10- KEWAJIPAN AM MAJIKAN ORANG BEKERJA SENDIRI
- Bah. IV Seksyen 15 ( 1 )
Memastikan, setakat yang praktik, keselamatan,
kesihatan dan kebajikan semasa bekerja semua
pekerjanya.
11- KEWAJIPAN AM MAJIKAN ORANG BEKERJA SENDIRI
- Bah. IV Seksyen 15 ( 1 )
- SETAKAT YANG PRAKTIK
- Teruknya bahaya atau risiko terlibat
- Pengetahuan mengenai hazad, risiko dan cara
mengawalnya. - Kewujudan dan Kesesuaian kaedah pengawalan
- Kos yang terlibat bagi mengawal bahaya atau
risiko tersebut
12KEWAJIPAN AM MAJIKAN ORANG YG BEKERJA SENDIRI
- Mengada dan menyelenggara loji dan sistem kerja
yang selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan
- Membuat perkiraan tentang langkah-langkah
yang perlu diambil dalam penyimpanan,
pengendalian, penyimpanan dan pengangkutan loji
dan bahan.
- Menyediakan maklumat, arahan, latihan dan
pengawasan ke atas aktiviti-aktiviti berbahaya
- Menyelenggara tempat kerja serta menyediakan
laluan keluar dan masuk yang selamat.
- Menyediakan dan memelihara persekitaraan tempat
kerja yang selamat dan dengan kelengkapan yang
mencukupi.
13- KEWAJIPAN AM MAJIKAN ORANG BEKERJA SENDIRI
- Bah. IV Seksyen16
- Kewajipan majikan dan orang yang bekerja sendiri
menyediakan kenyataan bertulis mengenai DASAR
AMNYA berkenaan keselamatan dan kesihatan
pekerja-pekerjanya, ORGANISASI dan PERKIRAAN yang
sedang berkuatkuasa bagi menjalankan dasar itu
dan memberitahu pekerja-pekerjanya tentang dasar
tersebut.
14- KEWAJIPAN AM MAJIKAN ORANG BEKERJA SENDIRI
- Bah. IV Seksyen16
- Kewajipan menyediakan POLISI OSH
- Menyediakan dasar yg bertulis.
- Semakan dari masa ke semasa dasar bertulis.
- Mengadakan susunatur dan perkiraan di dalam
melaksanakan dasar tersebut. - Memaklumkan kepada pekerja.
15(No Transcript)
16- KEWAJIPAN AM MAJIKAN ORANG BEKERJA SENDIRI
- Bah. IV Seksyen17
Kewajipan majikan dan orang yang bekerja sendiri
terhadap orang lain selain dari pekerja mereka.
- Memastikan setakat yang praktik mereka tidak
terdedah kepada risiko bahaya dari tempat kerja - Memberi maklumat tentang aspek aktiviti di tempat
kerja
17KEWAJIPAN AM MAJIKAN ORANG BEKERJA SENDIRI
Bah. IV Seksyen18
Kewajipan seseorang penghuni tempat kerja
terhadap orang lain selain dari pekerja mereka.
18- PENALTI DI ATAS PELANGGARAN SEKSYEN 15 -18
- DENDA tidak melebihi RM 50,000.00
- PENJARA tidak melebihi 2 tahun
- atau KEDUA-DUANYA SEKALI
19- KEWAJIPAN MAJIKAN
- Bah. VII Organisasi Keselamatan Kesihatan
- Sek. 28 Pengawasan Perubatan
- Sek. 29 Pegawai Keselamatan Kesihatan
- Sek. 30 Jawatankuasa Keselamatan Kesihatan
- Denda RM 5,000.00 atau 6 bulan penjara atau
kedua-duanya sekali bagi setiap seksyen.
20- KEWAJIPAN MAJIKAN
- Bah. VII Organisasi Keselamatan dan Kesihatan
- JAWATANKUASA KESELAMATAN KESIHATAN - SEKSYEN 30
(1) - Tiap-tiap majikan hendaklah menubuhkan
Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan di tempat
kerja, jika -
- Terdapat 40 atau lebih orang di tempat kerja
- Diarah oleh Ketua Pengarah JKKP
21- OBJEKTIF PENUBUHAN JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN
KESIHATAN - Menggalakkan konsep perundingan dan kerjasama
bagi meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan
di tempat kerja. - Menyediakan forum atau saluran komunikasi dua
hala untuk menyampaikan teguran, pandangan,
maklumat dan maklumbalas mengenai isu-isu
keselamatan dan kesihatan. - Memupuk minat dan motivasi semua pihak
dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan
22FUNGSI-FUNGSI UTAMA JKK
- Membantu di dalam penyediaan langkah-langkah
keselamatan dan kesihatan serta sistem kerja
selamat - Menjalankan pemeriksaan
- Menjalankan siasatan kemalangan dan aduan
- Mengkaji semula polisi keselamatan dan kesihatan
di tempat kerja - Membantu menganjurkan program galakan dan
pendidikan
23- KEWAJIPAN MAJIKAN
- Bah VIII Pemberitahuan Mengenai Kemalangan,
Kejadian Berbahaya, Keracunan Pekerjaan dan
Penyakit Pekerjaan, dan Siasatan - Hendaklah memberitahu pejabat JKKP terdekat
- Pengamal Perubatan hendaklah melaporkan kepada
Ketua Pengarah JKKP - PENALTI UMUM
DENDA RM 10,000.00 atau PENJARA 1 TAHUN
atau KEDUA-DUA Kesalahan
berulang RM 1000.00/hari
24- KEWAJIPAN AM PEKERJA
- 24 . (1) Adalah menjadi kewajipan setiap pekerja
yang sedang bekerja - - memberi perhatian yang munasabah bagi keselamatan
dan kesihatan dirinya dan orang lain yang mungkin
terjejas oleh tindakan atau peninggalannya semasa
bekerja - memberi kerjasama samada kepada majikan atau
orang lain dalam hal berkaitan dengan pematuhan
terhadap OSHA 1994
25- KEWAJIPAN AM PEKERJA
- Memakai peralatan perlindungan diri yg dibekalkan
oleh majikan dan - Mematuhi mana-mana arahan keselamatan dan
kesihatan seperti yang dikehendaki di bawah OSHA
1994 dan peraturan-peraturan.
26- KEWAJIPAN AM PEKERJA
- 24 (2). DENDA Tidak melebihi RM 1,000.00 atau
PENJARA Tidak melebihi 3 bulan atau
kedua-duanya sekali.
27- KEWAJIPAN AM PEKERJA
- 25. Seseorang yang dengan sengaja, melulu, atau
cuai menganggu atau menyalahgunakan apa-apa jua
yang diadakan atau dilakukan untuk kepentingan
keselamatan, kesihatan dan kebajikan menurut Akta
ini adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila
disabitkan, boleh didenda tidak melebihi RM
20,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak
melebihi 2 tahun atau kedua-duanya.
28- CAJ DAN DISKRIMINASI TERHADAP PEKERJA
- Majikan tidak boleh mengenakan caj/levi ke atas
pekerja
- Majikan/Kesatuan Sekerja tidak boleh
mendiskriminasi (memecat, mendera atau mengubah
kedudukan)
29- PERATURAN-PERATURAN DI BAWAH OSHA 94
- Employers Safety and Health General Policy
Statements Exception Regulations 1995 - Control of Industrial Major Accident Hazards
Regulations 1996 - Safety and Health Committee Regulations 1996
- Classification, Packaging and Labeling of
Hazardous Chemical Regulations 1997
30- PERATURAN-PERATURAN DI BAWAH OSHA 94
- Safety and Health Officer Regulations 1997
- Safety and Health Officer Order 1997
- Use and Standard Exposure of Chemical Hazardous
to Health 2000 - Notification of Accident, Dangerous Occurrence,
Occupational Poisoning and Occupational Disease
Regulations 2004
31RINGKASAN KESAN OSHA 94 KEPADA ORGANISASI
- Integrasi (kesepaduan) OSH di dalam sistem
pengurusan organisasi tiada lagi pengasingan di
antara OSH dan aspek pengurusan yang lain. - OSH akan diuruskan sama seperti lain-lain fungsi
pengurusan di dalam organisasi.
32IMPAK OSHA 94 KEPADA ORGANISASI
- Penurunan kes kemalangan, penyakit dan keracunan
di tempat kerja - Pengurangan kadar ponteng
- Peningkatan daya pengeluaran dan qualiti
- Memperbaiki perhubungan industri (Industrial
Relation) - Imej korperat yang lebih baik dan mantap
- Kelebihan terhadap pesaing
- Data dan maklumat untuk menetapkan piawaian
33- Topik tamat
- Ada apa-apa SOALAN..????
Feel free to visit www.tokgajah.com