CAHAYA - PowerPoint PPT Presentation

About This Presentation
Title:

CAHAYA

Description:

CAHAYA Cahaya adalah satu bentuk tenaga Bahan-bahan yang menyala menghasilkan cahaya Cahaya bergerak amat pantas iaitu selaju 300000 kilometer sesaat – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:859
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 23
Provided by: skamanjay
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: CAHAYA


1
CAHAYA
  • Cahaya adalah satu bentuk tenaga
  • Bahan-bahan yang menyala menghasilkan cahaya
  • Cahaya bergerak amat pantas iaitu selaju 300000
    kilometer sesaat
  • Objek-objek yang mengeluarkan cahaya digelar
    punca cahaya
  • Punca cahaya yang utama bagi hidupan di Bumi
    ialah Matahari

2
Contoh punca-punca cahaya ialah
  • Lampu suluh
  • Lampu pendafluor
  • Mentol
  • Mancis
  • Lilin
  • Kayu api
  • Arang

3
(No Transcript)
4
Kegunaan Cahaya
  • Bumi mengalami siang apabila menrima cahaya
    matahari
  • Cahaya dari Matahri membekalkan haba kepada
    benda-benda hidup di Bumi
  • Tumbuhan hijau menggunakan cahaya dari Matahari
    untuk proses fotosintesis
  • Cahaya membolehkan kita melihat
  • Pada waktu siang, kita dapat melihat kerana
    Matahari memancarkan cahaya
  • Pada waktu malam, punca cahaya lain seperti
    mentol, lampu pendaflour, lampu suluh, lampu
    jalan raya dan lampu kereta menolong kita melihat.

5
Sifat-sifat Cahaya
  • Cahaya bergerak lurus
  • Cahaya boleh dipantulkan
  • Cahaya boleh dibiaskan

6
Cahaya Bergerak Lurus
7
Pantulan Cahaya
  • Cahaya boleh diserap dan dipantulkan
  • Cahaya yang dipantulkan mengubah arah
    pergerakannya
  • Pemantul yang baik ialah permukaan yang rata,
    licin dan berkilat
  • Objek berwarna putih adalah pemantul cahaya yang
    baik daripada objek berwarna hitam

8
Sinar tuju
Sinar pantulan
9
(No Transcript)
10
Pembiasan Cahaya
  • Apabila cahaya bergerak melalui medium yang
    berlainan, ia bergerak dengan kelajuan yang
    berbeza dan arah pergerakan cahaya berubah atau
    terpesong sedikit.
  • Cahaya dibiaskan apabila ia bergerak melalui
    udara ke air dan juga melalui kaca.

11
Apabila alur cahaya ditujukan kepada kaca jernih
cahaya akan dibiaskan dan arah cahaya akan
terpesong
12
Antara peralatan menggunakan prinsip pembiasan
cahaya
13
Penyebaran Cahaya Putih
  • Cahaya daripada Matahari kelihatan putih.
  • Akan tetapi cahaya daripada Matahari terdiri
    daripada tujuh warna iaitu
  • merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan
    ungu

Jalur warna ini dikenali spektrum
14
  • Isaac Newton ialah ahli sains yang berjaya
    memisahkan cahaya Matahari kepada spektrum dengan
    menggunakan prisma kaca
  • Proses pemisahan cahaya putih kepada spektrum
    disebut penyebaran cahaya.

Cahaya putih
Prisma kaca
15
Penembusan Cahaya Melalui Bahan
  • Cahaya dapat menembusi beberapa jenis bahan.
    Contohnya cahaya dapat menembusi kaca dan plastik
    jernih.
  • Ada juga bahan yang tidak dapat ditembusi
    cahaya. Contohnya papan.

16
Bahan Lut Sinar
  • Cahaya dapat menembusi bahan sepenuhnya seperti
    kaca.
  • Jika alur cahaya dihalakan kepada kaca alur
    cahaya itu akan kelihatan melaluinya.
  • Bahan yang dapat membenarkan keseluruhan cahaya
    menembusinya disebut bahan lut sinar.

17
Bahan Lut Sinar
Bekas yang terdiri daripada bahan lut sinar
18
Bahan Lut Cahaya
  • Hanya sebahagian cahaya dapat menembusi bahan
    seperti kertas surih.
  • Jika alur cahaya dihalakan kepada kertas surih
    hanya kecerahan cahaya yang dapat dilihat dan
    bukan alur cahayanya.
  • Bahan yang membenarkan sebahagian daripada
    cahaya menembusinya disebut bahan lut cahaya.

19
Bahan Lut Cahaya
Bekas yang terdiri daripada bahan lut cahaya
20
Bahan Legap
  • Ada bahan seperti papan tidak membenarkan
    cahaya menembusinya.
  • Jika cahaya dihalakan ke arahnya, bayang-bayang
    akan terbentuk.
  • Bahan yang tidak dapat ditembusi langsung oleh
    cahaya disebut bahan legap

21
Bahan Legap
Bekas yang terdiri daripada bahan legap
22
Pembentukan bayang-bayang
  • Apabila sinar cahaya yang bergerak lurus
    dihalang oleh sesuatu objek legap, bayang-bayang
    akan terbentuk
  • Bayang-bayang terbentuk kerana cahaya bergerak
    lurus dan cahaya tidak dapat menembusi objek legap
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com