Title: TEKNIK CANTASAN DAHAN
1(PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN
GETAH) KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR WILAYAH
- TEKNIK CANTASAN DAHAN
- PENANAMAN GETAH
2TUJUAN
- ? Memperbaiki bentuk dan kestabilan jemala pokok
- ? Menggelakkan kerosakan angin disebabkan oleh
jemala yang berat - ? Menjamin ketinggian batang yang cukup untuk
ditoreh - ? Mendapatkan batang yang licin dan kemas bagi
menyenangkan kerja penorehan.
3JENIS CANTASAN
- Terdapat dua jenis catntasan iaitu
- a) Cantasan Terkawal
- b) Cantasan Pembetulan
4CANTASAN TERKAWAL
- ? Tujuan
- - Mendapat pokok yang mempunyai batang utama
yang tegak dan kuat. - - Pokok mempunyai pendahanan seimbang, semua
dahan sisi lebih kecil dari batang dan
daha-dahan keluar dari batang pada sudut yang
lebar
5Pokok yang mempunyai jemala dan pendahanan yang
seimbang
6TEKNIK CANTASAN TERKAWAL
- ? Mula melakukan cantasan terkawal apabila pokok
mempunyai empat pusaran dahan kebiasaannya pokok
ketika ini berumur di antara 1.5 sehingga 3 tahun - ? Cantas semua dahan pada paras terendah supaya
pokok itu kekal dengan tiga pusaran dahan - ? Kekalkan pokok sentiasa mempunyai 3 pusaran
dahan sehingga ketinggian batang 300 sm. - ? Rangsangan dahan perlu dilakukan sekiranya
pokok tidak berdahan ketika pokok mencapai
ketinggian 200 sm. -
7TEKNIK CANTASAN TERKAWAL
- Langkah semasa membuat cantasan
- - Menggunakan kacip pokok yang tajam
- - Potongan di buat ke paras batang supaya tidak
tumbuh lagi dahan baru di situ - - Bekas cantasan di salut bahan pembalut luka
Shell Tree Dressing.
8TEKNIK CANTASAN TERKAWAL
- Pokok mempunyai satu atau dua pusaran tiada
cantasan diperlukan - Pokok yang telah membentuk tiga pusaran dahan
9TEKNIK CANTASAN TERKAWAL
Cantas semua dahan di pusaran yang terendah
10TEKNIK CANTASAN TERKAWAL
Cantasan dibuat dengan menggunakan kacip tajam
Bekas cantasan disapu bahan pembalut luka
11CANTASAN PEMBETULAN
- ? Tujuan
- - Memperbetulkan tabiat perdahanan yang tidak
memuaskan. - - Memastikan tunas baka dikehendaki hidup subur
menjadi pokok yang bakal ditoreh.
12KEADAAN JEMALA DAN TEKNIK CANTASAN PEMBETULAN
- Cabang berbentuk V di hujung batang
- - Cantas dahan yang kurang subur dan tinggalkan
satu dahan untuk menjadi batang utama.
13KEADAAN JEMALA DAN TEKNIK CANTASAN PEMBETULAN
Dahan sisi yang terlalu cergas
Dahan sisi yang telah dicantas
14KEADAAN JEMALA DAN TEKNIK CANTASAN PEMBETULAN
- Dahan sisi yang subur dan menyebabkan pokok
condong - - Pendekan dahan itu di pertengahan jemala
dengan menggunakan gergaji - - Potong di bawah kelompok mata tunas
- - Dahan yang berat hendaklah dipotong sedikit
demi sedikit bermula dipertengahan dahan supaya
kelengkang dahan itu tidak terkoyak
15KEADAAN JEMALA DAN TEKNIK CANTASAN PEMBETULAN
- Pusaran dahan tumbuh di satu tempat tanpa dahan
utama - - Bila keadaan berlaku di bahagian batang yang
bawah, cantas kesemua melainkan dahan yang paling
subur yang akan menjadi batang utama - - Bila keadaan berlaku di bahagian batang yang
atas, cantas dahan-dahan itu dan tinggalkan 3 4
dahan yang subur tetapi berjauhan antara satu
sama lain. - - Dahan yang subur akan menjadi batang utama
16KEADAAN JEMALA DAN TEKNIK CANTASAN PEMBETULAN
Dahan berlonggok di terminal tanpa dahan utama
Di tinggalkan dahan utama setelah cantasan
17KEADAAN JEMALA DAN TEKNIK CANTASAN PEMBETULAN
- Langkah semasa membuat cantasan
- - Menggunakan kacip pokok atau gergaji yang
tajam - - Potongan di buat ke paras batang supaya tidak
tumbuh lagi dahan baru di situ - - Potongan mesti menyerong sedikit supaya air
hujan tidak bertakung di atas permukaan luka. - - Elakkan pangkal dahan terkoyak daripada batang
utama. - - Bekas cantasan di sapu tar atau wound dressing
-
18KEADAAN JEMALA DAN TEKNIK CANTASAN PEMBETULAN
Mencantas dahan
Menyapu tar atau Wound Dressing
19RUJUKAN
- 1. Institut Penyelidikan Getah Malaysia ( 1994)
Teknologi Perladangan dan Pemprosesan Getah. - 2. Lembaga Getah Malaysia ( 2004 ) Manual
Teknologi Penanaman Getah - 3. Institut Penyelidikan Getah Malaysia (1991),
Ke arah menggalakkan Tumbesaran dan meningkatkan
Produktiviti Pokok-pokok Getah. - 4. Risalah Impak Getah Intisari maklumat untuk
pekebun kecil siri 1.1