Fiqh Munakahat - PowerPoint PPT Presentation

1 / 53
About This Presentation
Title:

Fiqh Munakahat

Description:

... adil jika poligami Anak yang lahir dinasabkan kepada bapanya Mewarisi harta pusaka pasangan Sunat-sunat akad nikah Khutbah nikah sebelum akad nikah dimulakan ... – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:2750
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 54
Provided by: hom90
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: Fiqh Munakahat


1
Fiqh Munakahat
2
Topik-topik pengajian
  • Bab Munakahat
  • Pernikahan dalam Islam
  • Poligami dalam Islam
  • Nusyuz
  • Fasakh, talak, khuluk dan rujuk
  • Iddah
  • Nafkah dan penjagaan anak
  • Ila, zihar dan lian

3
Pengertian nikah
  • Dari segi bahasa Bersatu dan berkumpul
  • Dari segi syarak Satu akad yang menghalalkan
    penyatuan dan perkongsian hidup lelaki dan wanita
  • Dalil pensyariatan pernikahan ialah Surah
    An-Nisa 3, Surah An-Nur32, Surah Ar-Rum21

4
Hikmah-hikmah pernikahan
  • Menyahut seruan fitrah manusia
  • Melahirkan keturunan yang sholeh
  • Mewujudkan ketenangan jiwa
  • Memelihara akhlak dari keruntuhan
  • Memelihara kewujudan manusia
  • Meluaskan ikatan persaudaraan

5
Hukum pernikahan
  • Sunat Bagi yang mampu secara zahir dan batin
    dan ada keinginan
  • Makruh Bagi yang tidak mampu secara zahir dan
    batin tapi ada keinginan
  • Wajib Bagi yang mampu secara zahir dan batin
    dan ada keinginan kuat yang dikhuatiri jatuh zina
  • Haram Bagi yang tidak mampu secara zahir dan
    batin tapi bertujuan menzalimi isterinya
  • Harus Bagi yang mampu tapi tiada keinginan

6
Persediaan sebelum nikah
  • Memilih jodoh yang terbaik
  • Hadith Nabi s.a.w.Dinikahi wanita kerana empat
    perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya
    dan agamanya. Utamakan yang kuat beragama, pasti
    kamu selamat.

7
Ciri-ciri bakal isteri yang baik
  • Kuat pegangan agama
  • Memiliki sifat kasih sayang dan lemah lembut
  • Subur iaitu dapat melahirkan anak
  • Berasal keturunan yang mulia
  • Berilmu pengetahuan
  • Digalakkan yang masih perawan

8
Ciri-ciri suami idaman
  • Kuat pegangan agama
  • Berakhlak mulia
  • Mempunyai harta
  • Berilmu pengetahuan
  • Berketurunan mulia
  • Sihat jasmani

9
Tujuan pemilihan calon pasangan
  • Supaya rumahtangga yang bakal dibina menjadi
    harmoni
  • Supaya lahir perasaan kasih-mengasihi dan
    reda-meredai
  • Supaya melahirkan zuriat yang mulia dan berguna

10
Peminangan dan pertunangan
  • Peminangan adalah suatu proses untuk menyatakan
    keinginan daripada seorang lelaki kepada seorang
    wanita untuk dinikahi
  • Pertunangan adalah ikat janji tempoh pengenalan
    dan persiapan untuk berumahtangga

11
Jenis-jenis pinangan
  • Pinangan terus terang
  • Contoh berkata Saya ingin mengambil anak awak
    sebagai isteri saya. Ini dibenarkan untuk
    meminang anak dara, wanita yang tidak berada
    dalam iddah dan bukan mahram

12
Jenis-jenis pinangan
  • Pinangan sindiran/kiasan
  • Contoh berkata Anak awak cantik dan ramai
    orang sukakannya.
  • Pinangan ini dibenarkan untuk wanita yang dalam
    iddah kematian suaminya atau iddah talak
    bain(talak tiga atau fasakh)

13
Pinangan yang diharamkan
  • Kepada wanita yang bersuami
  • Kepada wanita yang mahram
  • Kepada wanita yang dalam iddah talak raji
  • Kepada wanita yang sudah dipinangi dan diterima
    pinangan

14
Minta pandangan orang tentang pasangan
  • Mesti menjelaskan dengan jujur kebaikan dan
    keburukan pasangan itu.
  • Dalilnya ialah hadith Fatimah binti Qais yang
    meminta pandangan Nabi saw mengenai dua lelaki
    yang meminangnya.
  • Nabi saw menceritakan keburukan mereka dan
    menyuruhnya bernikah dengan Usamah bin Zaid

15
Maskahwin
  • Harta yang wajib diberikan oleh suami kepada
    isterinya setelah akad nikah
  • Tujuannya ialah menunjukkan kemampuan dan
    kesungguhan suami memelihara keluarganya
  • Hukumnya wajib sebaik sahaja selesai akad nikah

16
Maskahwin
  • Dalilnya dalam Surah An-Nisa4
  • Menyebutkan kadar maskahwin ketika akad nikah
    adalah sunat
  • Maskahwin adalah milik mutlak seorang isteri
    tetapi wali akan menerimanya bagi pihak isteri
  • Tiada had minima dan maksima maskahwin.Ia
    bergantung kepada kemampuan suami.

17
Maskahwin
  • Maskahwin boleh disegerakan atau ditangguhkan
    menurut persetujuan kedua pihak
  • Maskahwin wajib diberikan sepenuhnya jika suami
    telah menyetubuhi isterinya atau salah seorang
    sama ada suami atau isteri meninggal dunia
    sebelum atau sesudah persetubuhan

18
Maskahwin
  • Maskahwin wajib diberikan separuh jumlahnya jika
    suami menceraikan isterinya selepas akad nikah
    sebelum dia menyetubuhi isterinya.
  • Maskahwin tidak wajib diberikan jika isteri
    berpisah dengan suaminya sebelum berlaku
    persetubuhan dan ianya berlaku disebabkan isteri
    seperti murtad atau kecacatan.

19
Syarat-syarat maskahwin
  • Mestilah benda yang suci
  • Memberi faedah seperti mengajar ilmu agama atau
    Al-Quran
  • Diketahui sifat dan jumlahnya
  • Ia adalah milik suami

20
Hantaran
  • Barang yang daripada maskahwin, persalinan,
    buah-buahan dan makanan.
  • Ia diberikan oleh pihak lelaki dan wanita dalam
    jumlah yang ganjil seperti 7,9,11 dulang.
  • Tiada kadar tertentu.Hukumnya harus
  • Bukan untuk menunjuk-nunjuk atau membazir.

21
Hikmah hantaran
  • Mengeratkan hubungan kekeluargaan
  • Memuliakan pengantin lelaki dan perempuan
  • Saling bertukar hadiah antara kedua belah pihak

22
Wanita yang haram dinikahi
  • Pengharaman ini kerana beberapa sebab seperti
    penghormatan, fitrah semulajadi manusia dan
    membina hubungan kekeluargaan.
  • Wanita seumpama ini digelar mahram.
  • Mereka terbahagi kepad dua golongan

23
Pembahagian mahram
  • Mahram muabbad iaitu mereka yang haram dinikahi
    selamanya
  • Mahram muaqqat iaitu mereka yang haram dinikahi
    untuk sementara waktu sahaja
  • Sebab-sebab pengharaman selamanya
  • Hubungan keturunan

24
Mahram muabbad
  • Ibu, nenek moyang ke atas sebelah bapa atau ibu
  • Anak perempuan, cucu cicit ke bawah
  • Adik-beradik kandung atau sebapa atau seibu
  • Anak saudara kandung atau sebapa atau seibu

25
Mahram muabbad
  • Emak saudara kandung atau sebapa atau seibu
    (sebelah bapa)
  • Emak saudara kandung atau sebapa atau
    seibu(sebelah ibu)
  • Pengharaman kerana susuan
  • Golongan wanita ini adalah sama seperti mahram
    keturunan

26
Mahram muabbad
  • Pengharaman dengan susuan disebabkan pernikahan,
    contoh
  • Ibu mertua susuan
  • Anak tiri susuan
  • Isteri bapa susuan
  • Isteri menantu susuan

27
Mahram muabbad
  • Pengharaman kerana pernikahan
  • Isteri bapa,datuk ke atas(ibu tiri)
  • Isteri anak,cucu ke bawah (menantu)
  • Ibu mertua
  • Anak tiri

28
Mahram muaqqat
  • Wanita yang diharamkan dinikahi untuk sementara
    waktu kerana ada halangan
  • Adik-beradik isteri (ipar)
  • Emak saudara dan anak saudara isteri
  • Isteri yang kelima
  • Wanita kafir penyembah berhala
  • Isteri orang lain
  • Isteri dalam iddah
  • Isteri talak tiga

29
Rukun-rukun nikah
  • Ijab dan kabul
  • Ijab adalah ucapan wali pengantin wanita kepada
    pengantin lelaki
  • Kabul ialah balasan pengantin lelaki kepada
    ucapan wali pengantin wanita
  • Tujuannya ialah menzahirkan kerelaan pasangan
    pengantin terhadap pernikahan itu

30
Syarat-syarat ijab kabul
  • Menggunakan lafaz nikah atau kahwin
  • Ijab kabul bersambung ucapannya
  • Wali dan pengantin lelaki waras sehingga selesai
    akad nikah
  • Tidak bersyarat
  • Tidak bertempoh

31
Rukun kedua nikah
  • Pengantin wanita, syarat-syaratnya
  • Beragama Islam atau ahli Kitab
  • Bukan mahram,dalam iddah,isteri orang lain atau
    sudah dipinang
  • Ditentukan siapakah orangnya
  • Bukan dalam ihram haji atau umrah

32
Rukun ketiga nikah
  • Pengantin lelaki, syarat-syaratnya
  • Beragama Islam
  • Bukan mahram
  • Ditentukan siapakah orangnya
  • Bukan dalam ihram haji atau umrah
  • Tidak mempunyai empat orang isteri

33
Rukun keempat nikah
  • Wali iaitu ahli keluarga lelaki yang hampir
    dengan pengantin wanita
  • Wali terbahagi kepada dua golongan wali mujbir
    dan wali bukan mujbir
  • Wali mujbir ialah bapa atau datuk sebelah bapa
    kepada seorang gadis
  • Wali bukan mujbir ialah wali-wali selain bapa dan
    datuk sebelah bapa

34
Hikmah adanya wali
  • Menjaga keselamatan dan kehormatan wanita dari
    dipermainkan
  • Menonjolkan sifat prihatin dan tanggungjawab ahli
    keluarga wanita
  • Memelihara sifat malu wanita

35
Keistimewaan wali mujbir
  • Bapa atau datuk berhak mengahwinkan anak gadisnya
    tanpa kebenaran dan kerelaannya kerana sifat
    kasihsayang yang mendalam
  • Ada tiga syarat wali mujbir
  • Tiada permusuhan ketara antara wali dan wanita
    itu
  • Pernikahan hendaklah sekufu
  • Bakal suami mampu segera bayar maskahwin

36
Hukum nikah tanpa wali
  • Nikahnya tidak sah. Pasangan wajib dipisahkan.
  • Jika berlaku persetubuhan, wanita itu berhak
    mendapat mahar misil
  • Pasangan akan dikenakan hukuman tazir sama ada
    penjara, denda atau sebat

37
Susunan wali-wali nikah
  • Bapa
  • Bapa kepada bapa (datuk)
  • Adik-beradik lelaki kandung
  • Adik-beradik lelaki sebapa
  • Anak saudara lelaki kandung
  • Anak saudara lelaki sebapa

38
Susunan wali-wali nikah
  • Bapa saudara kandung sebelah bapa
  • Bapa saudara sebapa sebelah bapa
  • Sepupu lelaki kandung
  • Sepupu lelaki sebapa

39
Syarat-syarat wali
  • Islam
  • Adil iaitu tidak buat dosa besar atau berterusan
    buat dosa kecil
  • Baligh
  • Berakal
  • Bukan dalam keadaan ihram haji atau umrah

40
Hukum wali enggan kahwinkan wanita
  • Jika pilihan wanita itu seorang lelaki yang
    setaraf dengannya dengan mahar misil, wali mesti
    mengahwinkannya. Jika tidak, wanita berhak
    mengadu kepada hakim yang akan menikahkannya.
  • Jika pilihan itu tidak setaraf atau maharnya
    bukan misil atau wali ada pilihan setaraf, maka
    berhak wali menghalanginya dan hakim tidak boleh
    masuk campur.

41
Hukum jika wali dekat tiada
  • Jika wali terdekat dengan wanita berada di tempat
    yang jaraknya dua marhalah atau lebih, maka hak
    wali berpindah kepada wali hakim.
  • Jika wali terdekat berada kurang dua marhalah,
    maka tiada siap boleh mengahwinkan wanita itu
    tanpa izinnya atau perwakilannya.

42
Dua wali yang sama taraf
  • Contohnya dua adik beradik kandung, dua anak
    saudara kandung,dua pakcik
  • Dalam hal ini,disunatkan jadi wali
  • Orang yang paling faham hal pernikahan
  • Orang yang lebih warak
  • Orang yang lebih tua

43
Tiada wali langsung
  • Dalam hal ini, wanita itu akan dinikahkan oleh
    wali hakim atau seorang muslim di tempat itu.

44
Rukun kelima nikah
  • Dua orang saksi,syarat-syaratnya
  • Islam
  • Lelaki
  • Berakal dan baligh
  • Adil
  • Mendengar dan melihat

45
Hak dan tanggungjawab
  • Hak bagi suami isteri bersetubuh dalam keadaan
    yang dibenarkan
  • Isteri wajib mentaati dan melayan suami dengan
    baik
  • Suami wajib menyerahkan maskahwin
  • Suami wajib memberi nafkah

46
Hak dan tanggungjawab
  • Suami wajib berlaku adil jika poligami
  • Anak yang lahir dinasabkan kepada bapanya
  • Mewarisi harta pusaka pasangan

47
Sunat-sunat akad nikah
  • Khutbah nikah sebelum akad nikah dimulakan
  • Mendoakan kebaikan untuk pengantin
  • Menghebahkan pernikahan dan memukul gendang
  • Membaca doa ketika ingin bersatu

48
Sunat akad nikah
  • Mengadakan walimah (kenduri kahwin)
  • Hukumnya adalah sunat muakkad
  • Kadarnya menurut kemampuan
  • Hikmahnya ialah untuk merapatkan persaudaraan dan
    mengelakkan fitnah
  • Hukum menghadiri majlis walimah adalah wajib

49
Poligami
  • Hukum asal adalah harus.
  • Hukumnya menjadi sunat jika isteri pertama sakit
    atau mandul dan suami mampu berlaku adil.
  • Hukumnya makruh jika sekadar berseronok dan suami
    meragui kemampuannya berlaku adil
  • Hukumnya haram jika suami yakin tidak mampu
    berlaku adil

50
Maksud keadilan
  • Keadilan yang diwajibkan bagi suami yang
    berpoligami adalah dari segi nafkah zahir seperti
    makan minum, tempat tinggal, giliran tidur dan
    pergaulan yang baik
  • ( Surah An-Nisa 3 )
  • Suami tidak diwajibkan berlaku adil dari segi
    perasaan kasih sayang selagi ianya tidak membawa
    kepada tindakan zalim
  • ( Surah An-Nisa 129 )

51
Hikmah poligami
  • Menjaga kesucian lelaki yang mampu
  • Mengelakkan wanita dari menjadi andartu atau
    wanita simpanan
  • Terdapat keadaan di mana poligami membawa faedah
    yang besar seperti keadaan di mana ada keinginan
    yang tinggi sedangkan isterinya sakit tidak mampu
    melayan suaminya dan keadaan di mana bilangan
    lelaki berkurangan dibandingkan dengan wanita
    disebabkan peperangan atau musibah

52
Peringatan
  • Penyalahgunaan orang-orang yang zalim terhadap
    konsep poligami tidak menafikan hikmah diharuskan
    poligami. Islam tidak bertanggungjawab atas
    tindakan mereka.Poligami disyariatkan untuk
    menyahut keperluan, melindungi masyarakat dan
    menghapuskan maksiat.

53
Perbincangan minggu depan
  • Apa erti nikah mutah?
  • Apa hukumnya dan mengapa ianya berubah-ubah?
  • Golongan mana yang mengharuskan nikah ini?
  • Keburukan nikah mutah.
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com