FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMEROLEHAN BAHASA - PowerPoint PPT Presentation

1 / 9
About This Presentation
Title:

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMEROLEHAN BAHASA

Description:

Title: BBM 5401 PEMEROLEHAN DAN PENGAJARAN BAHASA Author: Cashier Last modified by: FBMK Created Date: 7/30/2005 12:44:16 PM Document presentation format – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:116
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 10
Provided by: Cash156
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMEROLEHAN BAHASA


1
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMEROLEHAN BAHASA
MINGGU 4
2
ISI KANDUNGAN
  • 1.0 PENGENALAN
  • 2.0 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMEROLEHAN
    BAHASA
  • 2.1 FAKTOR VARIASI INDIVIDU
  • 2.2 FAKTOR BAKAT BAHASA
  • 2.3 FAKTOR BIMBINGAN DAN MOTIVASI
  • 2.4 FAKTOR-FAKTOR PERSEORANGAN
  • 2.4.1 FAKTOR JANTINA
  • 2.4.2 FAKTOR KESIHATAN
  • 2.4.3 FAKTOR KECERDASAN
  • 2.5 FAKTOR-FAKTOR PERSEKITARAN
  • 2.5.1 KEHIDUPAN DALAM RUMAH TANGGA
  • 2.5.2 RAKAN SEBAYA
  • 2.5.3 PERHUBUNGAN DALAM KELUARGA
  • 2.5.4 KEDUDUKAN SOSIO EKONOMI
  • 2.5.5 KAWASAN TEMPAT TINGGAL
  • 2.5.6 MEDIA MASSA
  • 2.5.7 PENDEDAHAN
  • 3.0 KESIMPULAN
  • 4.0 BIBILIOGRAFI

3
  • 1.0 PENGENALAN
  • Bahasa intipati aktiviti manusia.
  • Bahasa merupakan ciri-ciri minda yang unik dapt
    membezakan haiwan dengan manusia (Chomsky,1968)
  • Mengikut Chomsky lagi, alat pemerolehan bahasa
    (LAD) wujud dalam minda manusia sejak dia
    dilahirkan.
  • 2.0 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMEROLEHAN
    BAHASA
  • 2.1 FAKTOR VARIASI INDIVIDU
  • Jakobovits (1980) menyatakan beliau menerima
    perkembangan semulajadi membantu pemerolehan
    bahasa seseorang
  • Setiap individu mempunyai kelainan dalam
    mempelajari bahasa.
  • Kita hanya boleh mempengaruhi faktor luaran
    sahaja.
  • Perubahan yang berlaku dalam pemikiran individu
    di luar jangkaan kita.
  • 2.2 FAKTOR BAKAT BAHASA
  • Setiap individu memiliki kebolehan bahasa yang
    tersendiri.
  • Manusia tidak mempunyai kebolehan yang sama
    dalammempelajari bahasa.
  • Ia diperolehi melalui hubungan dalam keluarga,
    pengalaman di sekolah, berinteraksi dengan
    masyarakat, hubungan dengan rakan sebaya dan
    sebagainya.

4
  • 2.3 FAKTOR BIMBINGAN DAN MOTIVASI
  • Apabila menghadapi masalah atau ada sesuatu
    keperluan, kanak-kanak memerlukan bimbingan dan
    motivasi daripada keluarganya atau guru.
    Contohnya guru di sekolah tadikanya.
  • Bahasa akan digunakan untuk keperluan ini.
  • Oleh itu akan muncul satu tahap di mana
    kanak-kanak menggunakan masa yang banyak bercakap
    pada diri sendiri atau kepada siapa sahaja yang
    sedia mendengar masalahnya dalam usaha pertama
    mencari penyelesaian dalam menghadapi masalahnya.
  • Justeru itu, pemerolehan bahasanya akan bertambah
    dari masa ke semasa.

5
  • 2.4 FAKTOR PERSEORANGAN
  • 2.4.1 FAKTOR JANTINA
  • Menurut kajian,kanak-kanak perempuan mempunyai
    kelebihan dalam penguasaan bahasa daripada
    kanak-kanak lelaki.
  • Disokong Atan Long,iaitu kanak-kanak perempuan
    lebih dahulu bercakap daripada kanak-kanak lelaki
    kerana pergerakan jasmani (alat saraf)
    kanak-kanak perempuan lebih cepat.
  • 2.4.2 FAKTOR KESIHATAN
  • Mengikut hipotesis LAD
  • Pada waktu ini (umur 2-6 tahun) kanak2
    mempelajari bahasa secara tidak sedar.
  • Bebelan (vokalisasi),holotrasa, telegratik, ayat
    kompleks
  • Jika dijangkiti penyakit peringkat ini, ia akan
    mengganggu alat artikulasi (mengganggu kesihatan)
  • 2.4.3 FAKTOR KECERDASAN
  • Konsepnya sangat rapat dengan ujian mengukur
    kecerdasan seseorang
  • Hasilnya Kecerdasan berhubung rapat dengan
    kebolehan berbahasa.

6
  • 2.5 FAKTOR PERSEKITARAN
  • 2.5.1 KEHIDUPAN DALAM RUMAH TANGGA
  • Tidak jauh bezanya dengan kehidupan keluarga.
  • Ibubapa orang paling akrab nak-anak, pengaruhnya
    tentu mendalam.
  • Berlakunya komunikasi atau perhubungan bahasa.
  • Selalunya orang dewasa yang hadir akan memberi
    contoh membetulkan sebutan kanak-kanak. Sebutan
    yang didengar oleh kanak-kanak ini akan menjadi
    tiruan (Atan Long 1978295)
  • 2.5.2 RAKAN SEBAYA
  • Berlaku secara formal seperti di tadika atau
    semasa bermain sesama mereka.
  • Komunikasi yang berlaku sewaktu bermain itulah
    yang menyebabkan berlakunya proses pengambilan
    perkataan, sesama rakan sebaya.
  • 2.5.3 PERHUBUNGAN DALAM KELUARGA
  • Ia bermaksud perhubungan di antara individu di
    dalam sesuatu keluarga.
  • Apakah mereka mempunyai hubungan yang mesra,
    kurang mesra atau tidak ada kemesraan langsung.
  • Menurut Prof. Atan Long kanak-kanak daripada
    kelas atas dan menengah mendapat perhatian dan
    kasih sayang yang lebih daripada orang dewasa.
    Ini penting bagi kanak-kanak. Berlaku contohnya
    pada waktu makan bersama.
  • Anak tunggal selalunya mempunyai penguasaan
    bahasa yang lebih baik.

7
  • 2.5.4 KEDUDUKAN SOSIO EKONOMI
  • Ia berkait rapat dengan taraf pendidikan dan
    kelas masyarakat sesebuah keluarga.
  • Menurut Prof.Atan Long, kanak-kanak di dalam
    keluarga atasan dan pertengahan didapati bercakap
    lebih awal.Mereka lebih cepat berkebolehan untuk
    membentuk ayat dan mempunyai struktur ayat yang
    lebih matang, berbanding kanak sebaya mereka
    daripada kelas rendah.
  • Berpunca daripada pendapatan keluarga. Keluarga
    berpendapatan tinggi lebih berupaya menyediakan
    berbagai jenis kelengkapan dan alat-alat
    permainan untuk kanak-kanak.
  • Alat permainan boleh berfungsi sebagai agen
    pemerolehan bahasa. Mereka mengaitkan objek
    dengan makna. Dapat menambahkan perbendaharaan
    kata.
  • 2.5.5 KAWASAN TEMPAT TINGGAL
  • Yang ditekankan ialah dari segi geografinya,iaitu
    kaw. pinggir bandar, bandar, kampung, desa atau
    pedalaman.
  • Kanak-kanak tinggal di kaw. bandar mengetahui
    lebih banyak kata nama contohnya berkaitan dengan
    alat-alat elektrik, jenis-jenis kenderaan,
    pakaian dan peralatan moden.
  • Kanak-kanak yang tinggal di kampung
    berpengetahuan terhadap jenis-jenis binatang,
    nama pokok, nama serangga dan sebagainya.

8
  • 2.5.6 MEDIA MASSA
  • Yang banyak televisyen. Digemari oleh kanak-kanak
    kerana ia merangsang dua indera,iaitu pendengaran
    dan penglihatan,yang berlaku serentak.
  • Kanak-kanak meminati siaran kartun dan iklan. Ia
    ringkas dan bersesuian dengan kebolehan bahasa
    kanak-kanak.
  • 2.5.7 PENDEDAHAN DAN RANSANGAN
  • Kanak-kanak yang aktif pemerolehan bahasanya,
    biasanya banyak menerima ransangan dan pendedahan
    melalui pergaulannya.
  • Maksudnya kanak-kanak banyak memperoleh dorongan
    untuk berbahasa dan bersedia pula bekerjasama
    untuk menjayakan komunikasi tersebut.
  • Sekiranya tiada pendedahan, sukarlah bagi
    seseorang kanak-kanak itu menguasai bahasa. Kalau
    tiada pendedahan, maka penguasaan bahasa juga
    tidak akan berlaku. (Abdullah Hassan, 1980261)

9
  • 3.0 KESIMPULAN
  • Untuk memperoleh bahasa, kanak-kanak memerlukan
    hubungan terus dengan objek dan memerlukan
    kehadiran orang dewasa untuk memandunya
    (mengulang-ulang sebutan) supaya ia dapat menarik
    erti daripadanya.
  • Proses pemerolehan bahasa kanak-kanak tidak akan
    berlaku tanpa kehadiran faktor-faktor
    persekitaran di dalam kehidupan kanak-kanak itu.
  • Menurut Asmah Hj.Omar pengetahuan bahasa tidak
    akan tercapai oleh seseorang kanak-kanak jika dia
    tidak pernah mendengar orang lain bertutur.
    (Asmah Hj. Omar, 1981,273)
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com