Bab 7 - PowerPoint PPT Presentation

1 / 35
About This Presentation
Title:

Bab 7

Description:

Bab 7 Kenalpasti Kehendak dan Spesifikasi Keperluan – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:81
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 36
Provided by: fae62
Category:
Tags: bab | persekitaran | umum

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: Bab 7


1
Bab 7
  • Kenalpasti Kehendak dan Spesifikasi Keperluan

2
Overview
  • Kepentingan spesifikasi keperluan
  • Jenis-jenis keperluan
  • Pengumpulan data
  • Penerangan tugas
  • Senario
  • Kes guna (use case)
  • Analisis Tugas Analisis Tugas Berhirarki (HTA)

3
Apa yang ingin kita capai?
  • Dua matlamat
  • Memahami sebaik mungkin tentang pengguna, tugas
    dan konteks penggunaan
  • Menghasilkan suatu set keperluan yang stabil

4
Bagaimana kita melakukannya?
  1. Aktiviti pengumpulan data
  2. Aktiviti analisis data
  3. Mengungkapkan kehendak sebagai keperluan
  4. Proses yang berlaku secara berulangkali

5
Kenapa proses ini penting?
  • Mendefinasikan keperluan ? adalah suatu tahap di
    mana banyak kesilapan berlaku
  • Keperluan yang tepat dan betul adalah perkara
    yang sangat penting

6
Keperluan
  • Apa yang pengguna hendak?
  • Apa yang pengguna perlukan?
  • Proses menentukan dan mengenalpasti keperluan
    melibatkan penelitian dan penghalusan
  • Input dokumen yang telah ada (mungkin) dan
    maklumbalas pengguna
  • Output Keperluan yang stabil

7
Pelbagai Jenis Keperluan
  • Fungsian
  • Apa yang sistem patut lakukan
  • Kebiasaannya menjadi fokus utama
  • Bukan-fungsian saiz ingatan, masa tindakbalas,
    dll..)
  • Data
  • Apa jenis data yang perlu disimpan?
  • Bagaimana data-data ini disimpan? (cth pangkalan
    data)

8
Pelbagai Jenis Keperluan
  • Persekitaran atau konteks penggunaan
  • Fizikal berhabuk? bising? Bergetar? Cukup
    cahaya? Panas? (contoh ATM)
  • Sosial perkongsian fail, paparan, pada kertas,
    jarak yang jauh, kerja sendiri, sulit
  • Organisasi hirarki, attitud jabatan IT, sokongan
    pengguna, struktur komunikasi dan infrastruktur,
    latihan

9
Pelbagai Jenis Keperluan
  • Pengguna Siapa mereka?
  • Kriteria kebolehan, latar belakang, atitud
    terhadap komputer
  • Penggunaan sistem novis, pakar, kasual, kerap
  • Novis langkah demi langkah (berpandu), sedikit
    kekangan, maklumat yang jelas
  • Pakar fleksibel, kuasa capaian
  • Kerap jalan pintas (short cuts)
  • Kasual/jarang arahan yang jelas, spt. menu

10
Pelbagai Jenis Keperluan
  • Kebolehgunaan
  • Kebolehbelajaran
  • Kebolehlenturan
  • Ketahanan
  • Ingat bahawa keperluan pengguna dan keperluan
    kebolehgunaan merujuk kepada perkara yang berbeza

11
Jenis-jenis Keperluan
  • Apakah faktor-faktor (persekitaran, pengguna,
    kebolehgunaan) yang akan mempengaruhi sistem
    berikut?
  • Sistem pengisian dan pembayaran petrol secara
    layan diri
  • Sisten analisis data atas kapal untuk ahli
    geologi mencari sumber minyak
  • Website untuk fesyen pakaian

12
Teknik Pengumpulan Data
  • Terdapat beberapa jenis teknik pengumpulan data
  • Soal selidik
  • Temubual
  • Bengkel atau kumpulan fokus
  • Pemerhatian
  • Kajian dokumentasi

13
Teknik Soal Selidik
  • Satu siri soalan direkabentuk untuk mendapatkan
    maklumat yang spesifik
  • Soalan mungkin memerlukan pelbagai bentuk
    jawapan
  • YA/TIDAK pilihan jawapan komen
  • Selalu digunakan bersama teknik yang lain
  • Boleh menghasilkan data bentuk kualitatif dan
    kuantitatif
  • Bagus untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan
    yang spesifik dari populasi yang besar

14
Teknik Temubual
  • Forum untuk bercakap dengan pengguna
  • Berstruktur, tidak berstruktur atau
    semi-berstruktur
  • Sampel senario dan prototaip boleh digunakan
    seasa temubual
  • Bagus untuk mengkaji isu
  • Tetapi memakan masa dan mungkin sukar untuk
    berjumpa dengan semua

15
Teknik Bengkel / Kumpulan Fokus
  • Temubual secara berkumpulan
  • Bagus untuk mendapatkan pandangan secara
    konsensus atau untuk menangani isu atau konflik
    tertentu

16
Pemerhatian
  • Meluangkan masa dengan pemegang taruh
    (stakeholders) dalam tugas seharian mereka,
    memerhati perjalanan kerja
  • Mendapatkan maklumat dalaman tentang tugas
    pemegang taruh
  • Bagus untuk memahami tabii dan konteks tugas
  • Memerlukan masa dan komitmen dari seorang ahli
    pembangun
  • Boleh mneghasilkan data yang banyak

17
Kajian Dokumentasi
  • Prosedur dan petua / undang-undang biasanya
    ditulis di dalam manual / dokumentasi
  • Sumber data yang baik tentang langkah yang
    terlibat dalam suatu aktiviti
  • Tidak harus digunakan sebagai satu-satunya cara
  • Bagus untuk memahami peraturan, dan mendapatkan
    maklumat latar belakang
  • Tidak melibatkan masa pemegang taruh

18
Memilih Teknik yang Sesuai
  • Teknik pengumpulan data berbeza dari dua segi
  • Jumlah masa, paras perincian maklumat dan risiko
    yang berkait dengan hasil
  • Pengetahuan yang diperlukan oleh penganalisa
  • Pilihan teknik juga dipengaruhi oleh jenis tugas
    yang dikaji
  • Langkah yang berjujukan atau suatu siri subtugas
    yang bertindih?
  • Maklumat yang mudah atau kompleks?
  • Tugas seorang biasa (layman) atau seorang yang
    mahir?

19
Masalah Teknik Soal Selidik
  • Mengenalpasti pemegang taruh pengguna, pengurus,
    pembangun, wakil pelanggan, wakil persatuan,
    pemegang saham ?
  • Penglibatan pemegang taruh bengkel, temubual,
    kajian tempat kerja, kolaborasi dalam pembangunan
  • Pengguna sebenar, bukan pengurus masalah
    tradisional, tetapi semakin berkurang sekarang

20
Masalah Teknik Temubual
  • Pengurusan keperluan kawalan versi, hak milik
  • Komunikasi di antara pelbagai pihak
  • Dengan kumpulan pembangun
  • Dengan pelanggan / pengguna
  • Di antara pengguna
  • Domain pengetahuan teragih dan implisit
    (tersirat)
  • Sukar untuk dikaji dan difahami
  • Ketersediaan (availability) pihak yang penting

21
Masalah Teknik Bengkel
  • Masalah politik dalam organisasi
  • Dominasi pemegang taruh tertentu
  • Perubahan persekitaran ekonomi dan perniagaan
  • Mengimbangi permintaan fungsian dan kebolehgunaan

22
Beberapa Garis Panduan Asas
  • Fokus kepada mengenalpasti kehendak pemegang
    taruh
  • Libatkan semua kumpulan pemegang taruh
  • Libatkan lebih dari seorang wakil bagi setiap
    kumpulan pemegang taruh
  • Gunakan kombinasi teknik dalam mengumpulkan data

23
Beberapa Garis Panduan Asas
  • Gunakan bantuan seperti prototaip dan deskripsi
    tugas
  • Jalankan sesi larian (pilot session)
  • Lakukan kompromi di antara data yang dikumpul
    dengan analisa yang akan dilakukan, pastikan
    terlebih dahuylu matlamat yang dikehendaki
  • Pertimbangkan dengna hati-hati bagaimana hendak
    merekodkan data

24
Interpretasi dan Analisis Data
  • Lakukan sejurus selepas pengumpulan data
  • Lakukan interpretasi awal sebelum analisa yang
    lebih terperinci
  • Pendekatan yang berbeza menekankan elemen yang
    berbeza cth. Rajah kelas untuk sistem
    berorientasikan objek, rajah hubungan-entiti
    untuk sistem data yang intensif

25
Penerangan Tugas
  • Senario
  • Suatu penceritaan secara tidak formal, mudah,
    natural, dan untuk kes tertentu, tidak umum
  • Kes Guna
  • Andaian tentang interaksi dengan sistem
  • Andaian pemahaman yang terperinci tentang
    interaksi

26
Contoh Senario 1
  • Katakan saya hendak mencari sebuah buku yang
    ditulis oleh A. Samad Said. Saya tak ingat
    tajuknya, tetapi saya tahu buku itu telah
    diterbitkan sebelum tahun 1998. Saya pergi ke
    sistem katalog, dan memasukkan katakunci
    pengguna. Tapi, saya tak faham kenapa saya perlu
    memasukkan katakunci ini kerana orang tidak
    dibenarkan menggunakan sistem ini sudah tentu
    tidak boleh masuk ke perpustakaan dan telah
    dihalang oleh penjaga keselamatan. Setelah
    katakunci saya disahkan, saya diberi pilihan
    untuk menggelintar samada menggunakan nama
    penulis atau tahun penerbitan. Tetapi, tidak ada
    pilihan untuk menggunakan gabungan kedua-duanya.
    Saya kemudian memilih untuk menggelintar
    menggunakan nama.

27
Contoh Senario 1 (samb)
  • Selepas 30 saat, skrin memaparkan mesej yang
    mengatakan tidak ada senarai yang mengandungi
    nama tersebut, dan sebaliknya memberikan senarai
    buku yang ditulis oleh penulis yang hampir sama
    namanya dengan yang saya minta. Setelah saya
    teliti, barulah saya tersedar yang saya telah
    tersilap semasa memasukkan nama penulis. Saya
    telah memasukkan A. Samad Saad, dan bukan A.
    Samad Said. Sayapun memilih item yang saya
    kehendaki dari senarai, dan skrin memaparkan
    maklumat lokasi rak di mana buku itu boleh
    dijumpai.

28
Contoh Senario 2
  • Seorang ahli perniagaan sedang membuat
    perjalanan dari Kuala Lumpur ke Paris. Dalam
    perjalanannya, beliau nyaris terperangkap dalam
    kesesakan lalulintas. Beliau berjaya mengelakkan
    kesesakan ini kerana Smartphonenya memberi
    amaran berbentuk bunyi beep, dan mesej yang
    memberitahu tentang suatu kemalangan jalanraya
    yang berlaku di jalan yang biasa dilaluinya untuk
    ke lapangan terbang KLIA.

29
Contoh Senario 2 (samb)
  • Setibanya beliau di lapangan terbang,
    Smartphonenya yang boleh mengesan lokasi semasa
    telah menghantar mesej kepada kaunter check-in
    yang menyatakan beliau akan mendaftar dalam
    beberapa minit lagi. Maka, seorang kakitangan
    syarikat penerbangan tersebut terus pergi
    mendapatkan ahli perniagaan ini dan mengambil
    bagasi beliau untuk didaftarkan dan seterusnya
    dihantar ke kapal terbang. Selepas mendaftar di
    kaunter chack-in, paparan pada Smartphone beliau
    menunjukkan bahawa penerbangan akan berlepas
    mengikut waktu yang telah ditetapkan. Pada waktu
    yang sama, peta untuk ke pintu berlepas yang
    berkaitan dipaparkan. Dalam perjalanan ke pintu
    berlepas, ahli perniagaan ini memuat-turun semua
    maklumat pelancongan seperti peta dan peristiwa
    yang berlaku di Paris semasa beliau berada di
    sana menggunakan Smartphone ini.

30
Contoh Senario 2 (samb)
  • Setelah duduk di dalam kapal terbang, beliau
    terus membaca maklumat yang telah dimuat-turun
    tadi. Beliau mendapati persembahan opera yang
    yang diminatinya akan diadakan. Beliau terus
    menempah tiket untuk ke pertunjukan opera
    tersebut. Smartphone membuat penempahan
    menggunakan nombor kad kreditnya yang telah
    disimpan di dalam telefon tersebut. Terdapat
    perisian keselamatan di dalam Smartphone ini
    yang boleh mengelak dari berlakunya kes pemalsuan
    kad kredit.

31
Contoh Senario 2 (samb)
  • Smartphone tersebut menyimpan maklumat berkenaan
    penempahan opera dan beberapa lagi emel yang
    telah ditulis oleh ahli perniagaan ini semasa
    berada di dalam kapal terbang. Sebaik sahaja
    beliau turun dari kapal terbang, Smartphone
    secara automatik membuat panggilan dan menghantar
    mesej email tadi. Sebaik sahaja beliau keluar
    dari lapangan terbang, Smartphone memaparkan peta
    yang menunjukkan arah ke hotel yang disewanya.

32
Contoh Kes Guna
  • Tindakan normal
  • Pengguna memilih untuk merancang pertemuan
  • Sistem mengarahkan pengguna memasukkan nama
    mereka yang diminta hadir
  • Pengguna menaip senarai nama
  • Sistem menyemak samada nama-nama itu sah
  • Sistem mengarahkan pengguna memasukkan kekangan
    pertemuan
  • Pengguna memasukkan kekangan pertemuan
  • Sistem mencari tarikh di dalam kalendar yang
    menepati kekangan
  • Sistem memaparkan tarikh-tarikh yang boleh
    diadakan pertemuan
  • Pengguna memilih tarikh yang dikehendaki
  • Sistem menulis temujanji ke dalam kalendar
  • Sistem menghantar emel kepada nama-nama tadi
    memberitahu tentang temujanji tersebut

33
Contoh Kes Guna (samb)
  • Tindakan alternatif
  • 4. Jika senarai nama-nama itu tidak sah,
  • 4.1. Sistem memaparkan mesej ralat
  • 4.2. Sistem kembali ke langkah 2.
  • 8. Jika tiada tarikh yang sesuai,
  • 8.1. Sistem memaparkan mesej yang sesuai
  • 8.2. Sistem kembali ke langkah 5.

34
Contoh HTA
  • 0. Untuk meminjam sebuah buku dari perpustakaan
  • 1. pergi ke perpustakaan
  • 2. cari buku yang dikehendaki
  • 2.1 capai katalog perpustakaan
  • 2.2 capai skrin gelintar
  • 2.3 masukkan ciri-ciri gelintar
  • 2.4 kenalpasti buku yang dikehendaki
  • 2.5 catatkan lokasi
  • 3. pergi ke rak yang betul dan dapatkan buku
  • 4. ambil buka dan bawa ke kaunter pinjaman
  • pelan 0 lakukan 1-3-4. Jika buku tiada pada
    rak, lakukan 2-3-4.
  • Pelan 2 lakukan 2.1-2.4-2.5. Jika buku tidak
    boleh dikenalpasti, lakukan 2.2-2.3-2.4-2.5.

35
Contoh HTA
0 Pinjam buku dari Perpustakaan
Pelan 0 Lakukan 1-3-4 Jika buku tiada di rak,
lakukan 2-3-4
1 Pergi ke perpustakaan
2 Cari buku yang dikehendaki
3 Ambil buku Dari rak
4 Bawa buku ke kaunter
Pelan 2 Lakukan 2.1-2.4-2.5 Jika buku tidak
dapat dikenalpasti dari maklumat yang ada,
lakukan 2.2-2.3-2.4-2.5
2.1. Capai katalog
2.2 Capai skrin carian
2.3 Masukkan Kriteria carian
2.4 Kenalpasti Buku yang dikehendaki
2.5 Catat lokasi
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com