Title: PANDUAN MEMBUAT
1 PANDUAN MEMBUAT PENILAIAN PRESTASI TAHUNAN
Cawangan Pengurusan Sumber Manusia Jabatan
Tenaga Manusia
2SKOP TAKLIMAT
- Punca kuasa
- Objektif penilaian prestasi
- Definisi PYD, PPP dan PPK
- Tafsiran markah PYD
- Kesan keingkaran berkaitan LNPT
- Kecuaian-kecuaian berkaitan LNPT
- Senario penentuan pegawai penilai
- LNPT melalui HRMIS
3PUNCA KUASA
- PERATURAN-PERATURAN
- PEGAWAI AWAM
- (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT
- DAN PENAMATAN PERKHIDMATAN) 2005
- P. U. (A) 176 / 2005
4- Pergerakan Gaji Tahunan
- Pergerakan Gaji Tahunan seseorang pegawai
hendaklah berasaskan pencapaian kerja tahunan
pegawai itu atau apa-apa syarat lain yang
ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong dari semasa
ke semasa. - Para 23
- P. U. (A) 176 / 2005
5 PEKELILING PERKHIDMATAN BIL 4 TAHUN 2002
(PELAKSANAAN SISTEM SARAAN MALAYSIA BAGI
ANGGOTA PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN) menyatakan
bahawa
6 Pergerakan Gaji Biasa ialah pergerakan gaji
daripada matagaji semasa ke matagaji berikutnya
di peringkat yang sama tertakluk kepada syarat
mencapai prestasi yang memuaskan dan diperakukan
oleh Ketua Jabatan.
Para 50 PP Bil 4 / 2002
7MENGAPA PENILAIAN PRESTASI PERLU DIBUAT?
8TUJUAN PENILAIAN PRESTASI
- Menentukan kesesuaian dan kelayakan untuk
kenaikan pangkat, pemangkuan, pinjaman dan
pertukaran sementara - Menentukan kelayakan atau kesesuaian untuk
pergerakan gaji - Menentukan kelayakan atau kesesuaian untuk
anjakan gaji
9TUJUAN PENILAIAN PRESTASI
-
- Menentukan penganugerahan Anugerah Perkhidmatan
Cemerlang (APC), darjah kebesaran, bintang dan
pingat serta pemberian surat penghargaan - Mengenalpasti dan merancang keperluan latihan
dan - Memberi kaunseling dengan tujuan memperbaiki dan
mempertingkatkan prestasi serta motivasi pegawai.
10TAFSIRAN TERHADAP PRESTASI PYD
- MENGIKUT KATEGORI MARKAH LNPT
11 Prestasi yang memuaskan bermaksud mencapai
markah 60 dan ke atas, sama ada dalam kategori
Cemerlang, Baik atau Sederhana. SURAT
PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 2 TAHUN
2009 Lampiran D Kategori Pencapaian Prestasi
Pegawai
12 Perolehan markah LNPT di bawah 60 adalah
ditafsirkan sebagai kurang memuaskan SURAT
PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 2 TAHUN
2009 Lampiran D Kategori Pencapaian Prestasi
Pegawai
13 PYD yang memperolehi markah LNPT di bawah 50
adalah ditafsirkan sebagai lemah dan tidak
mencapai standard yang ditetapkan. SURAT
PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 2 TAHUN
2009 Lampiran D Kategori Pencapaian Prestasi
Pegawai
14PENYEDIAAN JUSTIFIKASI DAN ULASAN BAGI MARKAH
LNPT90 DAN KE ATAS
- Surat Edaran JPA
- JPA(S)K 256/6/27 klt.2 (12)
- 13 Disember 2007
- Pengurusan Penilaian Prestasi Tahunan Pegawai Awam
15MARKAH LNPT 90
- Bagi mana-mana PYD yang diberikan markah 90 dan
ke atas, pemberian markah tersebut perlu
melibatkan ulasan bagi perkara-perkara berikut - Pembaharuan / inovasi yang diperkenalkan.
- Penyediaan dan pembentangan kertas kerja di
peringkat nasional / antarabangsa. - Mewakili jabatan di peringkat antarabangsa.
- Apa-apa sumbangan yang memberikan nilai kepada
organisasi, perkhidmatan awam atau negara (pada
tahun yang dinilai).
16MARKAH LNPT 90
- PPP dan PPK perlu membuat pengesahan bersama bagi
maklumat pencapaian PYD berkenaan. Ulasan
tersebut perlu dibuat menerusi helaian berasingan
dan perlu menjelaskan tentang pencapaian PYD
berkenaan serta justifikasi mengapa PYD tersebut
layak diberikan markah 90 dan ke atas. - Justifikasi / ulasan bagi PYD yang diberikan
markah 90 dan ke atas ini tidak boleh dibuat
dengan hanya menyenaraikan beban tugas pegawai
sahaja (senarai tugas).
17DEFINISI
- Pegawai Penilai Pertama (PPP)
- Pegawai Penilai Kedua (PPK)
18Pegawai Penilai Pertama (PPP) Pegawai atasan
atau penyelia yang terdekat kepada Pegawai Yang
Dinilai dan mempunyai hubungan kerja secara
langsung atau yang mengawasi kerjanya.
19Pegawai Penilai Kedua (PPK) Pegawai atasan yang
terdekat kepada Pegawai PPP dan mempunyai
hubungan kerja dengan PYD.
20CONTOH-CONTOH SENARIO BAGI TUJUAN PENENTUAN
PEGAWAI PENILAI
21PENENTUAN PEGAWAI PENILAI
22PENENTUAN PEGAWAI PENILAI
Tanggung Kerja
NOTA Penolong Pegawai Daerah (Tanah) yang
menanggung kerja Ketua Penolong Pegawai Daerah
tidak layak menjadi PPP kepada Penolong Pegawai
Daerah.
23PENENTUAN PEGAWAI PENILAI
Nota Gred Pegawai Penilai Pertama hendaklah
lebih tinggi daripada gred Pegawai Yang Dinilai.
Dalam contoh ini gred yang sama boleh menilai.
Ini kerana, beliau merupakan pegawai atasan atau
penyelia.
24ELEMEN KRITIKAL
- PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIBERIKAN PERHATIAN
SEBELUM MEMBUAT PENILAIAN
25PERINGATAN
Dalam menentukan Pegawai Penilai, prinsip
hubungan kerja atau penyeliaan perlu sentiasa
dijadikan panduan.
26PERINGATAN
Sekiranya hanya terdapat satu peringkat
penyeliaan, maka penilaian perlu dibuat oleh
Pegawai Penilai Pertama (PPP) sahaja.
27PERINGATAN
Kedudukan PYD dalam carta organisasi jabatan
dapat membantu dalam menentukan PPP dan PPK
kepada PYD berkenaan.
28APAKAH TINDAKAN YANG PATUT DIAMBIL KE ATAS
PEGAWAI YANG ENGGAN MENGISI BORANG LNPT?
29TINDAKAN KE ATAS PYD YANG ENGGAN ISI LNPT
Tindakan Tatatertib kerana ingkar perintah
berdasarkan Peraturan 4 (2)(i) Peraturan-Peraturan
Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993
P.U. (A) 395.
30APAKAH TINDAKAN YANG PATUT DIAMBIL KE ATAS PPP
DAN PPK YANG ENGGAN MEMBUAT PENILAIAN?
31TINDAKAN KE ATAS PPP DAN PPK YANG ENGGAN MEMBUAT
PENILAIAN
Tindakan Tatatertib kerana cuai dan tidak
bertanggungjawab berdasarkan Peraturan 4 (2) (g)
dan (j) dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam
(Kelakuan dan Tatatertib) 1993 P.U. (A) 395.
32Apakah yang dimaksudkan dengan penilaian secara
OBJEKTIF, ADIL dan TELUS?
33PENILAIAN PRESTASI HENDAKLAH SECARA OBJEKTIF,
ADIL DAN TELUS
- 1. Penilaian secara berterusan berdasarkan
pencapaian kerja sebenar Pegawai Yang Dinilai
sepanjang tahun yang dinilai - 2. Penilaian tidak dibuat secara tergesa-gesa
atau dilakukan di saat akhir - 3. Penilaian dibuat tanpa dipengaruhi oleh
prestasi pada tahun-tahun sebelumnya
34PENILAIAN PRESTASI HENDAKLAH SECARA OBJEKTIF,
ADIL DAN TELUS
- 4. Penilaian dibuat dengan keyakinan bahawa PYD
merupakan aset terpenting yang perlu dan boleh
dimajukan dari semasa ke semasa - 5. Penilaian tidak dipengaruhi oleh faktor yang
boleh dianggap sebagai pilih kasih - 6. Pegawai penilai tidak bersifat terlalu murah
hati (lenient) atau sebaliknya
35PENILAIAN PRESTASI HENDAKLAH SECARA OBJEKTIF,
ADIL DAN TELUS
- 7. Pegawai Penilai tidak mengambil jalan mudah
dengan memberi markah dalam lingkungan
pertengahan sahaja dan - 8. Tidak memberi perhatian yang lebih kepada
perkara yang baru berlaku sama ada bersifat
positif atau negatif, yang boleh mempengaruhi
penilaian keseluruhan seseorang pegawai.
36KECUAIAN-KECUAIAN SEMASA MENGISI BORANG LNPT
37PEGAWAI YANG DINILAI (PYD)
- Tidak mengisi / lambat mengembalikan Borang LNPT.
- Tidak mencatatkan nombor kad pengenalan.
- Tidak mengisi kegiatan / sumbangan dan aktiviti
luar. - Tidak menandatangani borang.
38PEGAWAI PENILAI PERTAMA (PPP)
- Lambat membuat penilaian.
- Tidak membuat penilaian dengan tepat.
- Memberikan markah perpuluhan.
- Memberikan markah kepada kegiatan yang tidak
disenaraikan oleh PYD. - Tidak memaklumkan pencapaian prestasi kepada PYD.
39PEGAWAI PENILAI KEDUA (PPK)
- Lambat membuat penilaian.
- Memberikan markah perpuluhan.
- Tidak memaklumkan kepada PPP berhubung perubahan
markah yang ketara, khususnya bagi perbezaan
markah 3 dan ke atas.
40PENAMBAHBAIKAN LNPT
- PENGGUNAAN LNPT MELALUI APLIKASI HRMIS
41LNPT MELALUI HRMIS
- Nama pegawai dan nombor kad pengenalan tidak
perlu diisi. Ini telah dijana melalui data
peribadi pegawai. - Pengiraan markah keseluruhan dijana terus oleh
sistem tanpa perlu membuat pengiraan secara
manual. - Tidak ada markah berbentuk perpuluhan dalam LNPT
versi HRMIS. - PYD perlu memastikan gred jawatan dan skim
perkhidmatan sebenar adalah betul sebelum
menghantar LNPT kepada PPP.
42PERKARA-PERKARA KRITIKAL
- PYD perlu memastikan Data Peribadi lengkap dan
dikemaskini. - Jabatan perlu memastikan bahawa PYD telah
disandangkan mengikut Waran Perjawatan sebelum
memulakan penilaian. - Memastikan bahawa PPP dan PPK telah ditetapkan
bagi PYD berkenaan. Penetapan aliran kerja ini
perlu dilaksanakan sebelum proses penilaian
dilakukan.
43PERKARA-PERKARA KRITIKAL
- Telah melengkapkan SKT bagi tahun yang dinilai.
- Mengisi LNPT melalui HRMIS. Bermula tahun 2011,
tidak ada lagi penilaian prestasi yang dibuat
secara manual. - Kegagalan mengambil tindakan-tindakan di atas,
khususnya diperingkat penyediaan SKT akan
memberikan kesan terhadap Pergerakan Gaji Tahunan
kepada PYD.
44ISU-ISU
- Isu-isu berkaitan dengan urusan LNPT
45ISU-ISU
ISU-ISU HURAIAN
PYD enggan mengisi Borang LNPT. Berlaku bagi PYD yang berada pada penghujung perkhidmatan atau yang merasakan mereka tidak pernah diberikan perhatian menerusi LNPT sejak sekian lama.
Penilaian yang dibuat tidak selari dengan pencapaian PYD. Pencapaian PYD sebenarnya pada tahap biasa sahaja, malah tidak memberikan sebarang impak kepada penambahbaikan kerja namun markah yang diberikan adalah pada tahap cemerlang.
Pemberian markah selamat. Terdapat PPP dan PPK yang memberikan markah yang selamat atau markah pertengahan seperti 5 dan 6. Ini biasanya berlaku apabila pemantauan terhadap kerja PYD tidak dilakukan secara menyeluruh.
46ISU-ISU
ISU-ISU HURAIAN
PPP berahsia tentang markah yang diberikan kepada PYD. PPP tidak mahu memberitahu markah kepada PYD atas pelbagai alasan. Bimbang jika mengguris perasaan atau melemahkan motivasi PYD.
PPP dan PPK tidak berbincang dari aspek pemarkahan. Terdapat PPP dan PPK yang tidak berbincang khususnya apabila berlaku situasi dimana markah yang diberikan kepada PYD berbeza secara ketara. Ini menimbulkan rasa tidak puas hati kepada PYD berkenaan.
Pengaruh elemen-elemen kemanusiaan. Elemen-elemen seperti rasa kasihan, segan dan rasa bersalah biasanya mengganggu pemarkahan. Ini berlaku khususnya apabila PPP rapat dengan PYD.
47RUJUKAN DAN PANDUAN
Pekeliling Perkhidmatan Bil 4 Tahun 2002
Pelaksanaan Sistem Saraan Malaysia Bagi Anggota
Perkhidmatan Awam Persekutuan. Surat Pekeliling
Perkhidmatan Bil 2 Tahun 2009 Pemantapan
Pengurusan Sistem Penilaian Prestasi Pegawai
Perkhidmatan Awam. Pekeliling Kemajuan
Perkhidmatan Awam Bil 2 Tahun 2002 Garis Panduan
Pemberian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Anggota
Perkhidmatan Awam.
48SEKIAN