Title:
1Â
bahang ramadhan kian terasa saat syaaban
menampil diri dan tanpa sedar berlari
meninggalkan kita merentas hari dan waktu
tanpa perlu kita menghitung dalam kiraan
panjang kehidupan
2Â
ramadhan bakal datang menjengah diri dalam
rekahan nafsu insan yang bergelodak sepanjang
musim dalam diam meriak kesedaran buat mukmin
yang patuh pada yang maha khalik
3Â
ramadhan datang lagi untuk mengulangi tuntutan
hakiki sambil berputar fikiran ini bertanya
pada diri apakah ramadhan kali ini sama seperti
akhir kali yang banyak di biarkan berlalu tanpa
di isi dengan iqra dan zikir tanpa tasbih dan
takbir...
4Â
syukur pada ilahi kerana ramadhan masih sempat di
tempuhi...
54.00 a.m.
- Bangun berdoa kepada ALLAH dengan doa
- Segala puji bagi ALLAH yang telah
menghidupkan aku setelah DIA mematikan aku dan
kepadanyalah aku akan dikembalikan. - Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak
kebaikan hari itu. - Mandi dan membersihkan diri.
- Mengambil whudu' dan memakai pakaian yang suci
untuk beribadah, berwangi-wangian.
64.20 a.m.
- Solat sunat Taubat Niatnya Sahaja aku
sembahyang sunat taubat 2 rakaat kerana ALLAH
Taala. - Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah
Al-Kafirun, - Rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah
Al-Ikhlas. - Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon
ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali
dosa-dosa. - Â
- Solat sunat Tahajjud Niatnya Sahaja aku
sembahyang sunat tahajjud 2 rakaat kerana ALLAH
Taala. - Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah
Al-Kafirun, - Rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah
Al-Ikhlas. - Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa
kepada ALLAH.
74.20 a.m.
- Solat sunat Hajat Niatnya Sahaja aku sembahyang
sunat hajat 2 rakaat kerana ALLAH Taala - Rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali
Selepas Al-Fatihah - Rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali
- Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan
di dalam hati segala hajat-hajat kita. - Â
- Solat sunat Witir Niatnya Sahaja aku sembahyang
sunat witir 2 rakaat kerana ALLAH Taala Selepas
salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1
rakaat. - Â
- Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh
rasa kehambaan, rendah diri, meminta-minta,
merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa
kita, terima taubat kita, terima amalan kita,
memperkenankan doa dan permintaan kita.
85.00 a.m.
- Makan sahur
- Mengosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan
di mulut.
95.30 a.m.
- Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca
Al-Quran atau berselawat. Sembahyang sunat
Subuh, sembahyang Subuh berjemaah Selesaikan
wirid harian di tikar sembahyang atau baca
Al-Quran hingga terbit matahari. - Â
- Elakkan tidur selepas Subuh, kerana waktu itu
adalah waktu paling berkat untuk memulakan
pekerjaan.
107.00 a.m.
- Membuat persiapan ke tempat kerja. Melangkah ke
tempat kerja dengan membaca Bismillah dan
dengan berniat dengan niat yang baik-baik. - Mulakan kerja dengan Bismillah dan doa kepada
ALLAH agar semua aktiviti kita diberkatiNYA,
Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW
samada menyebutnya atau di hati. - Banyakkan istighfar/meminta ampun. Melaksanakan
kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggung
jawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH
sentiasa memerhati kerja-kerja yang dilakukannya
dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan
yang kita buat.
1110.00 a.m.
- Sembahyang sunat Dhuha, Ia adalah sumber rezeki
yang berkat kalau istiqamah diamalkan. Niatnya
Sahaja aku sembahyang sunat dhuha 2 rakaat kerana
ALLAH Taala. - Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah
ilmu atau membaca Al-Quran. Elakkan
sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun
kecil dan perkara yang sia-sia. - Â Contoh dosa-dosa Mengumpat mengutuk,menyindir
yang menyakitkan orang,bergaul bebas tanpa
menjaga syariat seperti berbual dengan yang bukan
muhrim mengenai perkara yang tiada sangkut paut
dengan kerja
1212.45
- Bersiap untuk solat Zohor.
- Menunggu waktu sembahyang dengan berselawat.
Solat Zohor berjemaah. - Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud
syukurlah setelah selesai sembahyang sunat
dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH
yang memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.
134.15 p.m.
- Bersedia untuk solat Asar.
- Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat
Qabliyah. - Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang
sunat dan wirid sebagai berterima kasih
kepada ALLAH yang memberi kita nikmat besar
dapat menyembahNYA
145.30 p.m.
- Membeli barang-barang keperluan berbuka dan
sahur tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun
Syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dalam
diri kita!
156.30 p.m.
- Memperbanyakkan doa sebelum berbuka kerana di
waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah
sabda Rasulullah SAW "Ramai orang yang
berpuasa, yang mereka dapat hanya lapar dan
dahaga", merintihlah kepada ALLAH memohon agar
amalan kita diterima. - Apabila masuk waktu Maghrib, bacalah doa berbuka
- Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa,
kepada Engkaulah aku beriman dan dengan rezki
engkaulah aku berbuka. - Berbuka puasa dengan makanan yang manis seperti
buah kurma dan jangan makan terlalu banyak. - Seeloknya setelah memakan kurma dan meminum
air, terus menunaikan solat - maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan
makanan yang berat.
168.00 p.m.
- Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat
Taraweh - Cuba pertahankan solat taraweh walau
bagaimana keadaan sekalipun kerana fadhilatnya
amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh
tawadhuk, seeloknya baca dengan bertadarus
(berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang
lain menyemaknya), cuba khatamkan membaca
Al-Quran paling kurang satu kali sepanjang
ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar
mengkhatamnya dua kali dalam sehari (60 kali
sebulan RamadhanÂ
1711.00 p.m.
- Memperbanyakkan istighfar sebelum tidur.
- Berniatlah untuk puasa esok hari dengan berniat
Sahaja aku berpuasa hari esok, untuk
menunaikan Puasa Ramadhan yang wajib ke
atasku, tahun ini kerana ALLAH Taala. Â - Tidur awal agar dapat bangun awal untuk
beribadah. - Bacalah doa tidur Ertinya Dengan namaMU
Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur
adalah mati yang sementara, kemungkinan
kita dipanggil ALLAH ketika tidur.
18(No Transcript)