COMBI UNTUK CARA HIDUP SIHAT - PowerPoint PPT Presentation

1 / 16
About This Presentation
Title:

COMBI UNTUK CARA HIDUP SIHAT

Description:

COMBI UNTUK CARA HIDUP SIHAT VARUGES V.M ABRAHAM KETUA PENOLONG PENGARAH KANAN BAHAGIAN PENDIDIKAN KESIHATAN | Bahagian Pendidikan Kesihatan Kementerian Kesihatan ... – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:561
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 17
Provided by: infosihat
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: COMBI UNTUK CARA HIDUP SIHAT


1
  • COMBI UNTUK CARA HIDUP SIHAT

VARUGES V.M ABRAHAM KETUA PENOLONG PENGARAH
KANAN BAHAGIAN PENDIDIKAN KESIHATAN

Bahagian Pendidikan Kesihatan Kementerian
Kesihatan Malaysia
www.infosihat.gov.my
2
  • PENGENALAN

Revolusi promosi kesihatan perlu
diselaraskan dengan situasi semasa dan
perkembangan terkini di sekeliling kita.
Perkara ini perlu di beri perhatian untuk
memastikan penyampaian mesej lebih berkesan
dan relevan kepada masyarakat.
3
  • Kempen Cara Hidup Sihat
  • Fasa I 1991-1996. meningkatkan kesedaran dan
    pengetahuan masyarakat tentang penyakit-penyakit
    berkaitan gaya hidup yang tidak sihat.
  • Fasa II 1997 - 2002. Mempromosikan amalan
    tingkahlaku yang membawa kepada perubahan ke arah
    cara hidup sihat
  • Fasa III 2003 - 2009. memupuk serta
    memperkukuhkan amalan tingkahlaku sihat individu
    ke arah menjadikannya sebagai satu budaya hidup
    menggunakan pendekatan Setting.( setting tempat
    kerja, setting sekolah, setting komuniti).
  • Fasa IV 2010-2014 menekankan kepada kepentingan
    mencegah obesiti melalui (selaras dengan
    NSP-NCD)
  • i) Aktiviti fizikal -10,000 Langkah
  • ii) Amalan pemakanan sihat.

4
  • Promosi Tingkah laku melalui Kempen Kementerian
    Kesihatan

PENDEKATAN PENDEKATAN AKTIVITI
MEDIA MASSA MEDIA MASSA Kempen Media KCHS
SETTING SEKOLAH Pakej KCHS Sekolah Program Doktor Muda Program PROSTAR
SETTING TEMPAT KERJA Pakej KCHS (Garis Panduan Pelaksanaan KCHS Tempat Kerja)
SETTING KLINIK / HOSPITAL Pusat Sumber Pendidikan Hospital Quit Clinic di hospital Aktiviti Pendidikan Pesakit
5
PENDEKATAN PENDEKATAN AKTIVITI
SETTING KOMUNITI Pusat Promosi Kesihatan Komuniti Pusat Khidmat PROSTAR Program Bersama Pemimpin Aktiviti Pendidikan Kesihatan
SETTING TEKNOLOGI MAKLUMAT (ICT) Myhealth www.myhealth.gov.my Infosihat www.infosihat.gov.my Infoline Berhenti Merokok 03-8883 4400 Facebook
SETTING PROJEK KHAS Jom Kayuh (Aktiviti Fizikal) Jom Makan Secara Sihat Jom TAK NAK Merokok Jom Positif (Kesihatan Mental) 10,000 langkah Program Siswa Sihat 1Malaysia
6
  • Kempen media 2010
  • 61 rakyat Malaysia terdedah kepada KCHS melalui
    media.
  • 94 daripada mereka yang terdedah kepada kempen
    memahami akan mesej-mesej kempen.
  • 64 penduduk menyatakan hasrat untuk bersenam
  • 37 diantara mereka telah mengatakan bahawa
    mereka telah menambahkan senaman.

7
  • Oleh itu usaha yang berterusan tidak hanya
    tertumpu kepada penyampaian mesej oleh pihak
    Kementerian Kesihatan Malaysia sahaja, masyarakat
    perlu juga turut serta berganding bahu
    bersama-sama untuk menjalankan aktiviti promosi
    kesihatan agar impak yang lebih berkesan dapat
    diperolehi.

8
  • Communication for Behavioural Impact (COMBI)
    merupakan satu pendekatan yang diperkenal oleh
    Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang
    menggunakan strategi mobilisasi sosial dan
    komunikasi untuk mengubah tingkahlaku manusia ke
    arah hidup lebih sihat.
  • Tidak dinafikan COMBI sering dikaitkan
    dengan pencegahan denggi. Pendekatan ini bukanlah
    sesuatu yang baru bagi kita. Sebenarnya
    pendekatan ini boleh digunakan untuk semua
    program promosi kesihatan.

9
  • Adalah penting untuk kita mengetahui apakah mesej
    mesej yang sebenarnya diperlukan oleh masyarakat
    itu sendiri. Dengan merujuk kepada Garis Panduan
    Pemasaran Sosial Dalam Program Promosi Kesihatan
    terbitan Bahagian Pendidikan Kesihatan, sebelum
    sesuatu mesej atau tingkahlaku sihat dipromosikan
    kepada kumpulan sasar, analisis situasi perlu
    dilakukan untuk mengetahui dan memahami
    faktor-faktor yang boleh mempengaruhi pelaksanaan
    COMBI untuk cara hidup sihat ini.
  • Seterusnya pernyataan masalah dapat dikenalpasti
    dan kaedah yang relevan dapat dibentuk.

10
  • 5 STRATEGI COMBI
  • Advokasi pentadbiran
  • Mobilisasi sosial
  • Pengiklanan
  • Penyampaian peribadi
  • Promosi di pusat perkhidmatan dalam lokaliti

11
  • MATLAMAT COMBI UNTUK CARA HIDUP SIHAT
  • Menggerakkan komuniti untuk menjadi ajen promosi
    cara hidup sihat di peringkat komuniti
  • Memastikan penyampaian mesej cara hidup sihat
    lebih meluas dengan penglibatan ahli masyarakat
    itu sendiri
  • Mewujudkan satu titik persamaan diantara
    penyampai mesej dan penerima mesej. Secara tidak
    langsung akan mengurangkan jurang di antara
    kedua-dua belah pihak.

12
  • STRATEGI COMBI UNTUK
  • CARA HIDUP SIHAT
  • Menggunakan kumpulan COMBI sedia ada
  • Sebagai permulaan memilih satu lokaliti
  • COMBI di setiap negeri
  • Mengadakan mesyuarat dengan wakil
  • COMBI lokaliti yang dipilih
  • Mengenalpasti mesej untuk diterapkan
  • dalam pelaksanaan COMBI untuk cara
  • hidup sihat
  • Memantau pelaksanaan COMBI untuk
  • cara hidup sihat di setiap lokaliti yang
    terlibat.

13
  • SAMBUNGAN
  • PERINGKAT KOMUNITI
  • Mengadakan mesyuarat bersama AJK COMBI untuk
    memaklumkan mengenai pelaksanaan COMBI untuk cara
    hidup sihat
  • Berbincang dengan Pegawai Kesihatan Daerah untuk
    mengadakan taklimat COMBI untuk cara hidup sihat
    kepada komuniti.
  • Mengenalpasti kaedah penyampaian mesej
  • Menyediakan pelan pelaksanaan yang komprehensif
  • Menjalankan aktiviti mengikut jadual yang
    ditetapkan

14
  • PERUNTUKAN
  • Sejumlah RM 70,000 140,000
  • Perlis sebanyak RM60,000
  • Merangkumi projek projek seperti berikut
  • 10,000 langkah
  • Makan Secara Sihat
  • Cabaran Sihat
  • Kempen Kurangkan Gula
  • Siswa Sihat 1Malaysia
  • COMBI untuk CHS
  • Sebanyak RM 90,000 sebagai peruntukan tambahan
    diberikan kepada negeri Selangor untuk
    menganjurkan Program Bulan Sihat

15
  • KESIMPULAN

- Aktiviti COMBI perlu dilaksanakan dengan
melibatkan komuniti secara keseluruhannya. -
Pelbagai aktiviti boleh dijalankan yang bukan
sahaja boleh menyampaikan mesej mengenai cara
hidup sihat malah boleh mengeratkan
silaturrahim dan memupuk kemesraan di dalam
komuniti tersebut. Dengan menggerakkan komuniti
untuk menjalankan aktiviti berbentuk promosi
kesihatan, ini akan memupuk sikap masyarakat
yang terlibat untuk lebih komited dan mempunyai
semangat berdikari dan seterusnya mewujudkan
satu kerjasama yang baik diantara kerajaan dan
ahli masyarakat.
16
  • TERIMA KASIH
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com