BAB 4 - PowerPoint PPT Presentation

1 / 40
About This Presentation
Title:

BAB 4

Description:

Title: Slide 1 Author: DELL Last modified by: staff Created Date: 2/19/2003 2:30:17 AM Document presentation format: On-screen Show (4:3) Other titles – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:321
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 41
Provided by: Dell599
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: BAB 4


1
BAB 4
PENGORGANISASIAN
Disediakan Oleh Kolej Matrikulasi Perak
2
ISI KANDUNGAN
  • 4.1 Pengenalan Pengorganisasian
  • 4.1.1 Definisi Pengorganisasian
  • 4.1.2 Kepentingan Pengorganisasian
  • 4.2 Prinsip Pengorganisasian
  • 4.3 Struktur Organisasi
  • 4.3.1 Jenis-jenis Struktur Organisasi

3
4.1 Definisi Pengorganisasian
  • Proses di mana pengurus menyusun dan mengagihkan
    sumber-sumber organisasi untuk melaksanakan tugas
    yang telah ditetapkan agar dapat mencapai
    matlamat organisasi.

4
Organisasi Formal dan Tidak Formal
ORGANISASI FORMAL ORGANISASI TIDAK FORMAL
Dibentuk berdasarkan struktur peranan yang dikelolakan secara formal mengikut tingkat autoriti yang telah ditetapkan di dalam sesebuah syarikat atau pertubuhan. Contoh Kolej Matrikulasi Perak (rujuk carta organisasi KMPk) Hubungan tidak rasmi yang wujud akibat interaksi antara pekerja di dalam organisasi rasmi. Mereka yang lebih berketrampilan akan terlantik sebagai ketua atau pemimpin secara tak rasmi. Berlaku secara spontan bagi mencapai sesuatu kepentingan. Contoh Jawatankuasa Kelab Staf Kolej Matrikulasi Perak melibatkan pelbagai tahap pengurusan.
5
Kepentingan Pengorganisasian
  • Menghasilkan satu susunan tenaga kerja yang
    sistematik bagi mencapai matlamat organisasi.
  • Memastikan pengagihan sumber di antara jabatan
    dapat dilakukan dengan saksama.
  • Mengawal tingkah laku pekerja melalui prosedur
    dan sistem yang telah ditetapkan.

6
4.2 PRINSIP PENGORGANISASIAN
  • Pengkhususan Kerja
  • Pekerja hanya menumpukan kepada kerja yang
    tertentu sahaja.
  • Dapat meningkatkan kemahiran dan kebolehan dalam
    sesuatu kerja.
  • Dikenali juga sebagai pembahagian kerja
  • Contoh Pengkhususan kerja dalam bidang
  • kewangan/ pemasaran

7
  • 2. Kesatuan Arahan
  • Setiap pekerja hanya ada seorang ketua sahaja.
  • Pekerja hanya melapor kepada seorang ketua
    sahaja.

8
3. Rantaian Arahan
  • Garisan autoriti yang menghubungkan individu
    dalam organisasi dan menggambarkan secara khusus
    siapa melapor kepada siapa.
  • Rantaian arahan memudahkan hubungan autoriti
    iaitu tanggungjawab antara pihak pengurusan
    dengan orang-orang bawahan dalam keseluruhan
    organisasi dapat diketahui dengan jelas.

Pengarah Urusan
Pengarah Bahagian
Pengurus
Penyelia
Pekerja
9
  • 4. Kesatuan Objektif
  • Semua objektif jabatan, bahagian dan individu
    mengarah kepada objektif organisasi yang sama.
  • Contoh Syarikat APL SDN. BHD. menyasarkan
    keuntungan sebanyak 30 bagi tahun 2012.

10
  • 5. Jangkauan Kawalan
  • Merujuk bilangan staf bawahan yang melapor terus
    kepada seorang ketua/pengurus
  • Terdiri daripada
  • i. Jangkauan kawalan luas.
  • ii. Jangkauan kawalan sempit.

11
  • i. Jangkauan Kawalan Luas
  • Bilangan staf yang diletakkan dibawah kawalan
    pengurus/ ketua adalah ramai.

12
  • ii. Jangkauan Kawalan Sempit
  • Bilangan staf yang diletakkan dibawah seorang
    pengurus adalah sedikit.

13
  • 6. Autoriti
  • Autoriti adalah kuasa formal dan hak mutlak
    pengurus untuk membuat sesuatu keputusan, memberi
    arahan, mengagihkan sumber untuk mencapai
    matlamat organisasi.
  • Semua pengurus mempunyai autoriti tetapi darjah
    autoriti yang dimiliki itu adalah berbeza
    berasaskan peringkat pengurusan di mana mereka
    berada.

14
  • Autoriti yang dimiliki oleh seseorang pengurus di
    dalam sesebuah organisasi didefinisikan di dalam
    huraian kerja (job description)
  • Terdapat 2 jenis autoriti
  • Autoriti Lini
  • Autoriti Staf

15
  • Autoriti Lini
  • Pengurus mempunyai kuasa formal untuk memberi
    arahan dan mengawal pekerja bawahan ke arah
    mencapai matlamat organisasi.
  • Melibatkan aktiviti-aktiviti berdasarkan misi dan
    matlamat utama organisasi.
  • Autoriti ini bergerak terus ke bawah dari
    pengurus atasan sehingga pekerja bawahan.
  • Contoh pengurus pemasaran mengarahkan penyelia
    pemasaran untuk menjalankan penyelidikan
    pemasaran

16
  • Autoriti Staf
  • Kuasa pengurus untuk menasihati jabatan-jabatan
    lini yang melibatkan kemahiran dan tugas khusus
    bagi menyokong aktiviti-aktiviti jabatan.
  • Menggambarkan hubungan sebagai penasihat kepada
    organisasi. Mereka tiada kuasa untuk
    mengarah/memaksa ahli organisasi menerima nasihat
    mereka.
  • Contoh Pengurus pemasaran menasihati unit
    pengeluaran meningkatkan kualiti produk.

17
  • 7. Pemusatan
  • Autoriti dan keputusan tertumpu pada peringkat
    atasan dan hanya sedikit sahaja autoriti membuat
    keputusan diberi kepada peringkat bawahan.
  • Aktiviti antara unit dikoordinasikan bagi
    mewujudkan keseragaman.
  • Contoh Proses pembuatan keputusan banyak dibuat
    oleh ibu pejabat dan amat sedikit di cawangan.

18
  • 8. Pemencaran
  • Autoriti dan pembuatan keputusan diturunkan
    (didelegasikan) oleh pengurus atasan kepada
    pengurus bawahan.
  • Keputusan dapat dilakukan dengan cepat.
  • Pekerja lebih bermotivasi kerana terlibat dalam
    pembuatan keputusan.
  • Cth Proses pembuatan keputusan banyak dibuat di
    peringkat cawangan.

19
  • 9. Delegasi Tugas
  • Delegasi tugas berlaku apabila autoriti diagihkan
    secara penurunan kuasa kepada subordinat di dalam
    sesebuah organisasi.
  • Walau bagaimanapun keputusan akhir adalah dari
    pihak pengurus atasan.

20
4.3 Struktur Organisasi
  • Suatu sistem atau jaringan formal menunjukkan
    bagaimana aktiviti organisasi dibahagi, dikumpul
    dan diselaraskan.
  • Menggambarkan hubungan diantara pelbagai tahap
    pengurusan.
  • Membentuk struktur lini dan staf melalui carta
    organisasi.

21
Struktur Divisional
Struktur Fungsian
Jenis-Jenis Struktur Organisasi
Struktur Matrik
22
i. Struktur Divisional
  • Pembahagian jabatan dibuat mengikut
  • Geografik
  • Pelanggan
  • Produk.

23
Ciri-ciri struktur divisional
  • Struktur diagihkan mengikut produk, pengguna dan
    geografik.
  • Setiap division mempunyai sumber fungsi utama
    yang diperlukan dan tidak bergantung kepada
    division yang lain.

24
Struktur Divisional Mengikut Produk
Pengurus Besar
Pengurus Bahagian Pakaian Sukan
Pengurus Bahagian Peralatan Sukan
Pengurus Bahagian Kasut Sukan
Contoh Produk Adidas
25
Struktur Divisional Mengikut Pengguna
Pengurus Besar
Pengurus Pakaian Kanak-kanak
Pengurus Pakaian Remaja
Pengurus Pakaian Dewasa
Contoh Produk Demografik
26
Struktur Divisional Mengikut Geografik
Pengurus Besar
Pengurus Kawasan Utara
Pengurus Kawasan Tengah
Pengurus Kawasan Selatan
Contoh Perkhidmatan Bank
27
Kebaikan
  • Divisional Mengikut Produk
  • Meningkatkan kemahiran dalam pengeluaran produk
  • Meningkatkan produktiviti dan kreativiti kerana
    berlakunya pengkhususan kerja
  • Mudah untuk menangani perubahan dan masalah dalam
    proses pengeluaran produk.
  • Divisional Mengikut Pengguna
  • Meningkatkan tahap perkhidmatan dan kemahiran
    pekerja kerana dilatih untuk memenuhi kehendak
    pengguna.
  • Divisional Mengikut Georafik
  • Pengurus akan mempunyai pengetahuan yang luas
    tentang kehendak dan gelagat pengguna bagi
    kawasan masing-masing

28
Keburukan
  • Divisional Mengikut Produk
  • Kos adalah tinggi kerana setiap produk mempunyai
    piawaian yang tertentu.
  • Pekerja bimbang mereka mahir dalam keluaran
    tertentu sahaja.
  • Divisional Mengikut Pengguna
  • Pertindihan usaha dalam menguruskan operasi
    kerana penekanan kepada pengguna dan bukannya
    tugas.
  • Melibatkan kos yang tinggi untuk mengupah,
    melatih dan membangunkan ramai pengurus untuk
    setiap jenis pengguna.
  • Divisional Mengikut Georafik
  • Pengurus merasa kurang kuasa untuk mengawal
    pekerja cawangan
  • Kos yang tinggi akibat faktor demografi yang
    berbeza mengikut kawasan.

29
ii. Struktur Fungsian
  • Struktur yang diagihkan menurut tugas dan fungsi.
  • Merupakan penjabatan yang paling asas dan
    lazimnya digunakan oleh organisasi kecil yang
    mempunyai produk yang terhad.
  • Contoh pengeluaran, kewangan dan pemasaran.

30
Ciri-ciri struktur fungsian
  • Dikelaskan mengikut fungsi utama (kemahiran).
  • Kedudukan ahli organisasi adalah mengikut
    persamaan dalam kepakaran, kemahiran dan aktiviti
    kerja.
  • Contoh
  • - Pengeluaran aktiviti yang berkait tentang
  • pengilangan produk
  • - Pemasaran aktiviti promosi dan jualan produk
  • - Sumber Manusia bertanggungjawab
  • mendapatkan dan mempertahankan pekerja
  • yang berpotensi.
  • - Kewangan mendapatkan dan menguruskan
  • sumber dana

31
Struktur Fungsian
Pengurus Besar
Pengurus Kewangan
Pengurus Pengeluaran
Pengurus Pemasaran
32
Kebaikan
  1. Penumpuan kepada bidang tugas yang diberikan
    sahaja. (pengkhususan kerja)
  2. Dapat meningkatkan kemahiran kerana melakukan
    kerja yang sama dalam jabatan.
  3. Mudah melatih pekerja baru kerana bidang
    pengkhususan yang sama.
  4. Dapat mengurangkan kos dan masalah pengurusan
    kerana wujudnya perkongsian sumber .

33
Keburukan
  • 1. Tiada penekanan kepada kerjasama dan
    pertukaran idea dengan jabatan yang lain kerana
    bidang tugas yang berbeza.
  • Masalah yang timbul mempengaruhi jabatan lain dan
    ini akan meningkatkan kos dan masa yang panjang.
  • Contoh Kelewatan Bahagian Kewangan meluluskan
    bajet mengakibatkan masalah kepada jabatan lain.

34
iii. Struktur Matrik
  • Merupakan gabungan antara struktur divisional dan
    struktur fungsian.
  • Juga dikenali sebagai sistem berbilang arahan.
  • Staf membuat laporan kepada dua orang ketua iaitu
    ketua fungsian dan ketua jabatan divisional.

35
Ciri-ciri struktur matrik
  • Menggabungkan struktur division dan fungsian.
  • Mempunyai dua rantaian arahan menegak dan
    melintang.
  • Pekerja perlu membuat laporan kepada dua ketua
    (division dan fungsian)
  • Struktur ini bercanggah dengan prinsip kesatuan
    arahan (unity of command) menyebabkan ianya sukar
    untuk diuruskan.

36
Struktur Matrik
Pengarah Urusan
Pengurus Kewangan
Pengurus Pengeluaran
Pengurus Projek
Pengurus Projek A
Staf A Kewangan
Staf A pengeluaran
Pengurus Projek B
Staf B Kewangan
Staf B pengeluaran
Pengurus Projek C
Staf C Kewangan
Staf C pengeluaran
37
Kebaikan
  1. Kebolehan untuk mengendalikan 2 matlamat serentak
    kerana ada 2 penugas autoriti.
  2. Organisasi lebih peka kepada perubahan dalam
    persekitaran.
  3. Kerjasama antara bidang dapat dilakukan dengan
    lebih cekap dan berkesan.
  4. Peningkatan komunikasi antara pekerja, dapat
    meningkatkan pertumbuhan perniagaan dan
    kepelbagaian keluaran dapat dilakukan.

38
Keburukan
  1. Terlalu kompleks dan ini akan menimbulkan banyak
    masalah.
  2. Kos pengurusan yang tinggi, contohnya apabila
    lebih banyak perbincangan terpaksa dilakukan
    untuk mencapai kesepakatan.
  3. Ketua yang ramai akan menyebabkan pergaduhan dan
    perselisihan faham antara staf dan pengurus
    (percanggahan arahan).
  4. Kuasa selalunya didominasi oleh individu-individu
    yang ekstrovert (menonjol).

39
  • TAMAT BAB 4
  • SEKIAN
  • TERIMA KASIH

40
(No Transcript)
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com