BAB 6 - PowerPoint PPT Presentation

About This Presentation
Title:

BAB 6

Description:

CYCLOCONVERTER TAKRIFAN KAWALAN CYCLOCONVERTER Iaitu satu kawalan yang menukar tenaga secara terus dengan berdasarkan litar siklo kepada frekuensi yang berbeza iaitu ... – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:51
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 49
Provided by: KPTM
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: BAB 6


1
BAB 6
LAIN-LAIN JENIS KAWALAN
2
PENGENALAN
  • Pelajaran yang lepas
  • - ketahui dan pelajari kawalan voltan dalam
    penyongsang yang menggunakan kawalan lebar
    denyut dan pemodulatan lebar denyut.
  • - pendedahan tentang kawalan laju dengan voltan
    stator yang menggunakan tiristor dan kawalan
    kelajuan motor sangkar tupai menggunakan
    penyongsang frekuensi bolehubah.

3
CYCLOCONVERTER
  • TAKRIFAN KAWALAN CYCLOCONVERTER
  • Iaitu satu kawalan yang menukar tenaga secara
    terus dengan berdasarkan litar siklo kepada
    frekuensi yang berbeza iaitu secara mensintesis
    keluaran frekuensi rendah daripada sumber
    frekuensi yang tinggi .

4
CYCLOCONVERTER
  • RAJAH BLOK CYCLOCONVERTER

V
Rajah 6.1
5
CYCLOCONVERTER
  • BENTUK GELOMBANG BEBAN IDEAL

Vo
t
Rajah 6.2
6
CYCLOCONVERTER
  • Bagi menghasilkan isyarat keluar yang menyerupai
    sinusoidal ialah dengan melengahkan picuan
    tiristor dibahagian awal dan akhir bagi setiap
    separuh kitar operasi.
  • Rajah 6.1 merupakan rajah blok yang mengandungi
    litar asas Cycloconverter. Litar asas ini akan
    menghadapi satu masalah kitaran arus. Kitaran
    arus ini berlaku apabila satu kumpulan penukar
    akan dipicu semasa satu kumpulan penukar sedang
    beroperasi. Fenomena ini dinamakan circulating
    current.

7
CYCLOCONVERTER
  • Bagi mengatasi masalah ini, komponen regang
    seperti peraruh boleh dimasukkan antara
    kumpulan penukar. Kaedah ini dinamakan block
    group. Operasi block group membentuk
    pertahanan picuan sesuatu kumpulan sehingga arus
    pada kumpulan penukar yang lain adalah sifar.
    Kaedah ini digunapakai pada litar
    cycloroconverter untuk motor aruhan sangkar
    tupai. Jika beban adalah induktif maka terdapat
    perbezaan isyarat keluaran voltan dan arus.

8
KAWALAN CYCLOCONVERTER DENGAN GAMBARAJAH LITAR
Rajah 6.3 Penyongsang Tiristor 1 Fasa
9
KAWALAN CYCLOCONVERTER DENGAN GAMBARAJAH LITAR
  • Rajah 6.3, di atas menunjukkan penyongsang
    tiristor 1-fasa yang membekalkan beban rintangan
    dan menghasilkan bentuk gelombang keluaran
    seperti yang ditunjukkan pada Rajah 6.5. Jika
    penyongsang tiristor disambungkan seperti di
    Rajah 6.4 dibawah, arus akan mengalir ke beban
    untuk separuh (½) kitar pada arah yang sama dan
    kemudiannya berpatah balik untuk bilangan yang
    sama sebanyak separuh (½) kitar lagi.

10
KAWALAN CYCLOCONVERTER DENGAN GAMBARAJAH LITAR
Rajah 6.4 Litar Asas Kawalan Cycloconverter
11
KAWALAN CYCLOCONVERTER DENGAN BENTUK GELOMBANG
Rajah 6.5 Gelombang Keluaran
12
KAWALAN CYCLOCONVERTER DENGAN BENTUK GELOMBANG
  • Berpandukan pada Rajah 6.6, bentuk gelombang
    keluaran pada beban, dapat diperolehi dengan
    memicu kumpulan tiristor iaitu P1 dan P2 untuk
    lima (5) separuh kitar dan kemudiannya diikuti
    dengan kumpulan N. Cycloconverter ini terhad
    kepada julat frekuensi keluaran yang rendah,
    frekuensi keluaran maksima adalah lebih kurang
    satu per tiga (1/3) daripada frekuensi masukan.

13
KAWALAN CYCLOCONVERTER DENGAN BENTUK GELOMBANG
Rajah 6.6 Voltan Beban
14
KAWALAN CYCLOCONVERTER DENGAN BENTUK GELOMBANG
  • Isyarat atau gelombang keluaran jelas menunjukkan
    bahawa fo (frekuensi keluaran) bersamaan dengan
    satu per lima (1/5) daripada f1 (frekuensi
    bekalan masukan).
  • Penghampiran yang paling dekat gelombang sain
    yang diperolehi iaitu dengan melengahkan picuan
    tiristor dibahagian awal dan akhir bagi setiap
    separuh (½) kitar keluaran seperti yang
    ditunjukkan pada Rajah 6.7. Di dapati lengah
    picuan juga boleh mengubah voltan keluaran punca
    purata ganda dua (PPGD).

fo 1/5 f1
15
KAWALAN CYCLOCONVERTER DENGAN BENTUK GELOMBANG
Rajah 6.7 Lengah picuan dikenakan kepada
bahagian awal dan akhir
bagi setiap separuh (½) kitar
keluaran.
16
MOTOR ARUHAN SANGKAR TUPAI YANG MENGGUNAKAN
KAWALAN CYCLOROCONVERTER
Rajah 6.7 Motor aruhan sangkar tupai menggunakan
Cycloroconverter tiga (3) denyut
17
MOTOR ARUHAN SANGKAR TUPAI YANG MENGGUNAKAN
KAWALAN CYCLOROCONVERTER
  • Rajah 6.7, menunjukkan motor aruhan sangkar tupai
    tiga-fasa disambungkan kepada keluaran
    cycloroconverter tiga denyut. Untuk memahami
    operasi cycloroconverter ini berdasarkan kepada
    penukar siklo fasa A. Voltan yang melintangi
    belitan ialah Ea dan arus ulangalik yang
    melaluinya ialah Ia. Ini kerana motor sangkar
    tupai jenis beraruhan, Ia mendulu daripada Ea
    dengan 30o . Cycloroconverter akan menghasilkan
    frekuensi 15 Hz.

18
MOTOR ARUHAN SANGKAR TUPAI YANG MENGGUNAKAN
KAWALAN CYCLOROCONVERTER
  • Merujuk kepada Rajah 6.7, arus Ia positif hanya
    boleh dibekalkan dengan penukar 1 kerana tiristor
    Q1, Q3 dan Q5 berada dalam keadaan yang sepadan.
    Penukar ini boleh bertindak samada sebagai
    penerus atau penyongsang. Apabila Ea positif, ia
    bertindak sebagai penerus dan kuasa penghantaran
    kepada belitan fasa A. Sebaliknya apabila Ea
    negatif, cycloroconverter bertindak sebagai
    penyongsang dan kuasa penghantaran daripada
    belitan fasa A ke talian tiga - fasa.

19
MOTOR ARUHAN SANGKAR TUPAI YANG MENGGUNAKAN
KAWALAN CYCLOROCONVERTER
  • Begitu juga, arus negatif Ia hanya boleh
    mengalir melalui penukar 2. Penukar ini akan
    bertindak sebagai penerus apabila Ea negatif dan
    pada ketika ini penukar membekalkan kuasa ke
    belitan. Apabila Ea positif penukar 2 akan
    memindahkan kuasa daripada belitan ke talian
    tiga-fasa.
  • Perlu diingat, pada keadaan ini hanya salah satu
    penukar akan beroperasi dalam satu masa. Apabila
    penukar 1 beroperasi, maka penukar 2 tidak di
    hidupkan. Begitulah sebaliknya, apabila penukar 2
    beroperasi, penukar 1 tidak dihidupkan.

20
MOTOR ARUHAN SANGKAR TUPAI YANG MENGGUNAKAN
KAWALAN CYCLOROCONVERTER
  • Pengoperasian penerus atau penyongsang
    ditunjukkan pada Rajah 6.8. Fungsi penukar pada
    fasa B dan C adalah sama seperti pada fasa A
    kecuali tiristor. Pada penukar fasa B adalah
    120odan penukar C, sudutnya ialah 240o .

21
KAWALAN CYCLOROCONVERTER TIGA (3) DENYUT
  • Cycloroconverter 3 denyut berbeza dengan
    menambahkan bilangan fasa masukan berserta dengan
    lengah pemicuan membolehkan kita memperolehi
    penghampiran gelombang sinus dengan lebih baik.
    Gambarajah di bawah menunjukkan litar
    cycloroconverter 3 denyut.

22
KAWALAN CYCLOROCONVERTER TIGA (3) DENYUT
ia
Rajah 6.8 Cycloroconverter 3 Denyut Satu Fasa
23
KAWALAN CYCLOROCONVERTER TIGA (3) DENYUT
  • Frekuensi keluaran maksima secara umumnya
    dihadkan kepada separuh (½) atau satu per tiga
    (1/3) frekuensi masukan. Tujuan sambungan denyut
    yang tinggi adalah untuk membenarkan frekuensi
    yang lebih tinggi dapat memperbaiki bentuk
    gelombang keluaran.
  • Satu keburukan daripada penukar siklo ini ialah
    melibatkan kos yang tinggi kerana memerlukan
    tiristor dan litar kawalan yang banyak.

24
MOTOR ARUHAN SANGKAR TUPAI MENGGUNAKAN KAWALAN
PENUKAR SIKLO DENGAN BENTUK GELOMBANG
Ea
Ia
Rajah 6.9 Mod Operasi Penukar 1 dan Penukar 2
apabila arus Ia Mendulu
Voltan Ea dengan sudut 30o
25
MOTOR ARUHAN SANGKAR TUPAI MENGGUNAKAN KAWALAN
PENUKAR SIKLO DENGAN BENTUK GELOMBANG
  • Dari Rajah 6.9, Ia menentukan kumpulan mana yang
    beroperasi.
  • Manakala pada 6.10, menunjukkan bentuk gelombang
    keluaran penukar siklo tiga denyut pada beban.

26
MOTOR ARUHAN SANGKAR TUPAI MENGGUNAKAN KAWALAN
PENUKAR SIKLO DENGAN BENTUK GELOMBANG
27
MOTOR ARUHAN SANGKAR TUPAI MENGGUNAKAN KAWALAN
PENUKAR SIKLO DENGAN BENTUK GELOMBANG
Rajah 6.10 Gelombang Keluaran Bagi Voltan
Maksimum Pada Beban
28
KAWALAN CYCLOROCONVERTER TIGA (3) DENYUT
  • Kebaikan Cycloroconverter 3 Denyut
  • i. Pemanasan minimum
  • ii. Kecekapan tinggi
  • iii. Keupayaan pembalikan motor yang tinggi
  • iv. Pemacu yang ekonomi untuk beban yang
    tinggi pada kelajuan rendah.
  • v. Seperti mesin pembuatan kertas motor
    hoist dan sebagainya.

29
KAWALAN CYCLOROCONVERTER TIGA (3) DENYUT
  • Keburukan Cycloroconverter 3 Denyut
  • Keluaran berfrekuensi rendah bila sistem pemacu
    dikendalikan daripada sistem bekalan komersil.
  • Kegunaan Cycloroconverter 3 Denyut
  • Pemacu arus ulangalik tanpa gear yang
    menggunakan sebuah motor segerak dengan kelajuan
    rendah yang dibekalkan oleh cycloconverter boleh
    menggantikan pemacu konvensional atau yang lebih
    rumit.

30
Contoh Pengiraan
Motor aruhan sangkar tupai tiga (3) fasa beban
penuh berkadar 25 kuasa kuda (k.k), 480 V, 1760
r.p.m., 60 Hz dan mempunyai tiga (3) belitan yang
setiap satunya berkemampuan membawa arus pada
kadar 20 A. Sambungan motor ditunjukkan pada
Rajah 6.7. Penukar siklo telah disambungkan pada
tiga (3) fasa talian 60 Hz dan menjana frekuensi
8 Hz. Anggapkan kelajuan segerak adalah kelajuan
tanpa beban (anggapkan tiada kehilangan kelajuan
pada keadaan tanpa beban). Kirakan i. Voltan
berkesan melintangi setiap belitan ii. Kelajuan
tanpa beban iii. Kelajuan pada dayakilas kadaran
(1760 r.p.m) iv. Arus berkesan setiap belitan
pada dayakilas kadaran v. Voltan berkesan bagi
talian 60 Hz
31
Penyelesaian
  • i. Voltan berkesan antara belitan
  • E ( 8 Hz / 60 Hz ) x 480 V 64 V
  • ii. Kelajuan beban penuh pada 60 Hz 1760
    r.p.m.
  • Kelajuan segerak (motor 4 kutub) 1800
    r.p.m.
  • ? Kelajuan tanpa beban
  • n ( 8 Hz / 60 Hz ) x 1800 r.p.m.
    240 r.p.m.
  • iii. Kelajuan pada dayakilas kadaran (1760
    r.p.m.)
  • Gelinciran pada dayakilas kadaran 1800
    r.p.m. 1760 r.p.m. 40 r.p.m.
    (apabila motor beroperasi pada
    60 Hz)
  • ? n 240 r.p.m. - 40 r.p.m.
    200 r.p.m.
  • iv. Fluks di dalam motor adalah sama pada 8 Hz
    dan 60 Hz. Oleh itu arus berkesan setiap belitan
    pada dayakilas kadaran 20 A iaitu sama dengan
    arus kadaran dalam stator.
  • v. Voltan talian (60 Hz) Voltan keluaran
    penukar siklo 64 V

32
SYNCHROCONVERTER
  • KAWALAN SYNCROCONVERTER
  • Kelajuan motor segerak boleh dikawal dengan
    menggunakan kawalan frekuensi pada bekalan kuasa.
  • Satu daripada kaedah kawalan kelajuan ini
    digunakan ialah dengan menukarkan voltan keluaran
    dan frekuensi dari penyongsang atau
    cycloconverter.

33
SYNCHROCONVERTER
Rajah 6.11 Kawalan Frekuensi Dengan Menggunakan
Penyongsang
34
SYNCHROCONVERTER
Rajah 6.12 Kawalan Frekuensi Dengan Menggunakan
Cycloconverter
35
SYNCHROCONVERTER
  • Rajah 6.11 dan 6.12, menunjukkan kawalan kelajuan
    gelung buka bagi motor segerak dengan mengubah
    frekuensi keluaran dan voltan pada penyongsang
    dan cycloconverter.
  • Rajah 6.11, menunjukkan litar penyongsang
    menerima frekuensi pelbagai julat yang besar.
  • Rajah 6.12, menunjukkan litar penukar segerak
    yang membenarkan frekuensi pelbagai julat di
    bawah nilai satu per tiga (1/3) daripada nilai
    frekuensi bekalan.

36
FORMULA BAGI KUASA DAN DAYAKILAS
  • Formula di bawah menunjukkan pengiraan untuk
    kuasa dan dayakilas.
  • P T wm 3 Vt Ef Sin ?
    Xs
  • di mana wm 4 ? f dan
  • P
  • Xs 2 ? f Ls

37
FORMULA BAGI KUASA DAN DAYAKILAS
  • Seandainya arus medan (If) tetap, maka voltan
    medan Ef seperti di bawah
  • Ef K If
  • di mana K adalah tetap, dayakilas (T) adalah
    seperti di bawah
  • T K Vt Sin ?
  • f

38
FORMULA BAGI KUASA DAN DAYAKILAS
  • di mana K Pemalar dayakilas
  • Vt Voltan Talian
  • f Frekuensi
  • Kelajuan dasar boleh didapati apabila nilai Vt
    dan f adalah nilai kadaran bagi motor. Jika julat
    bagi Vt / f yang menyamai kelajuan dasar
    dikekalkan pada kelajuan yang rendah (dilakukan
    dengan cara menukar voltan dengan frekuensi),
    dayakilas maksima dikekalkan bagi menyamai
    kelajuan dasar tadi.

39
BENTUK GELOMBANG ATAU LENGKUK KAWALAN PENUKAR
SEGERAK
Rajah 6.13 Menunjukkan ciri-ciri operasi bagi
kelajuan dayakilas untuk voltan pelbagai,
frekuensi pelbagai (VVVI) untuk motor segerak.
40
BENTUK GELOMBANG ATAU LENGKUK KAWALAN PENUKAR
SEGERAK
  • Bagi pembrekan penjanaan semula untuk motor
    segerak, kejatuhan kuasanya adalah tersongsang /
    terbalik. Untuk mengelakkan kejatuhan kuasa yang
    terbalik ini. Diod pada penyongsang adalah
    diperlukan. Untuk penukar sinkro kejatuhan
    kuasanya adalah terbalik.
  • Frekuensi dinaikkan dan nilai voltan terminal
    dikekalkan pada nilai kadaran bagi mempelbagaikan
    kelajuan di bawah kelajuan dasar 0. Keadaan ini
    akan menyebabkan dayakilas puncak (pull out
    torque) meningkat pada kelajuan yang tinggi
    seperti Rajah 13.2 di atas.

41
BENTUK GELOMBANG ATAU LENGKUK KAWALAN PENUKAR
SEGERAK
  • Jika frekuensi ditukarkan kepada kelajuan yang
    tinggi, kutub rotor mungkin tidak akan dapat
    mengikuti pusingan medan berputar stator dan akan
    mengakibatkan motor hilang kesegerakannya.
  • Untuk mengelakkan keadaan ini, nilai kadaran pada
    mana-mana kadaran frekuensi yang hendak ditukar
    perlulah dihadkan. Penukaran dayakilas beban
    secara mengejut atau tiba-tiba akan membuat motor
    hilang kesegerakkannya.

42
CARA MEMPERLAHANKAN MOTOR ARUHAN MELALUI KAEDAH
PEMBREKAN SUNTIKAN (INJECTION BRAKING)
  • Kaedah pembrekan suntikan (injection braking)
    adalah cara yang paling luas penggunaannya untuk
    pembrekan elektrik dan mempunyai keupayaan yang
    tinggi dalam mempertahankan motor aruhan tiga (3)
    fasa di industri.

43
GAMBARAJAH LITAR
Rajah 6.14 Litar Asas Untuk Pembrekan
Suntikan Arus Terus (A.T)
44
GARIS LENGKUNG
Rajah 6.15 Lengkuk Dayakilas - Kelajuan
Untuk Pembrekan Suntikan A.T
45
KENDALIAN LITAR
  • Merujuk kepada Rajah 6.14, apabila butang henti
    ditekan maka bekalan arus ulangalik (A.U.) tiga
    (3) fasa akan diputuskan dan arus terus (A.T.)
    akan disuapkan kepada stator melalui dua
    terminal. Bekalan voltan A.T. ini diperolehi dari
    suap penerus melalui transformer voltan rendah
    dan arus tinggi.
  • Arus A.T. akan mengalir melalui gelung stator dan
    menjadi medan magnetik stator pegun. Perbezaan
    kelajuan di antara medan stator pegun dan
    pergerakan rotor adalah negatif. Bekalan voltan
    tiga fasa akan terbalik polaritinya dan juga
    turutan fasanya di dalam rotor (berbanding
    pemotoran dalam arah yang sama). Hasilnya, arus
    rotor tiga fasa akan menyebabkan medan berputar
    dan menggerakkan rotor dalam arah yang
    berlawanan.

46
KENDALIAN LITAR
  • Tindakan ini akan menyebabkan medan rotor menjadi
    pegun. Bila medan stator dan rotor menjadi pegun,
    arus rotor akan mengalir ke arah yang terbalik.
    Pada masa ini, dayakilas pembrekan mantap
    terhasil dalam semua julat kelajuan. Arus A.T.
    yang mengalir melalui stator, bergantung kepada
    nilai rintangan di mana nilai rintangan yang
    rendah memerlukan voltan A.T. yang rendah juga.
  • Diketahui bahawa kelajuan pusingan medan sela
    udara adalah berkadar terus dengan frekuensi
    bekalan. Oleh kerana A.T. adalah berfrekuensi
    sifar, maka medan sela udara akan menjadi pegun.

47
KENDALIAN LITAR
  • Juga diketahui bahawa rotor sentiasa cuba
    berputar pada kelajuan yang sama dengan medan.
    Jika medan adalah pegun dan rotor tidak pegun,
    maka dayakilas pembrekan akan dikenakan.
  • Merujuk kepada Rajah 6.15, dayakilas pembrekan
    adalah negatif. Ianya menurun ke nilai sifar
    apabila rotor sampai ke keadaan rehat.

48
PERBANDINGAN
KAWALAN CYCLOCONVERTER KAWALAN SYNCHROCONVERTER
Kawalan yang menukar tenaga secara terus kepada frekuensi-frekuensi yang berbeza. 2. Membenarkan frekuensi yang lebih tinggi untuk memperbaiki bentuk gelombang keluaran. Kawalan kelajuan motor yang menggunakan kawalan frekuensi pada bekalan kuasa. 2. Keupayaan yang tinggi dalam sistem mempertahankan motor aruhan 3 fasa di industri.
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com