BAB 10 KONSEP PERUNDANGAN ISLAM - PowerPoint PPT Presentation

About This Presentation
Title:

BAB 10 KONSEP PERUNDANGAN ISLAM

Description:

BAB 10 KONSEP PERUNDANGAN ISLAM Kandungan: Definisi perundangan Islam Matlamat perundangan Islam Perbezaan syariah dan undang-undang ciptaan Mazhab fekah dalam Islam – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:620
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 22
Provided by: anjungilm
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: BAB 10 KONSEP PERUNDANGAN ISLAM


1
BAB 10KONSEP PERUNDANGAN ISLAM
  • Kandungan
  • Definisi perundangan Islam
  • Matlamat perundangan Islam
  • Perbezaan syariah dan undang-undang ciptaan
  • Mazhab fekah dalam Islam
  • Sumber hukum syariah
  • Undang-undang jenayah Islam

2
  • DEFINISI PERUNDANGAN ISLAM
  • Syariah
  • Bahasa
  • saluran air yang mengalir menjadi sumber minuman,
  • jalan yang lurus.
  • Istilah
  • segala hukum yang diperundangkan ke atas
    hambanya supaya mereka beriman dan beramal dengan
    apa yang boleh membawa kepada kebahagiaan hidup
    di dunia dan di akhirat.
  • Hukum-hukum dipanggil syariah kerana
  • Kedudukannya yang lurus
  • Sistem benar dan tidak menyimpang
  • Seperti jalan yang lurus
  • Jenis-jenis hukum yang terkandung didalam nas-nas
    al-Quran dan as-Sunnah dibahagikan kepada tiga
    bahagian. Iaitu hukum berkaitan
  • Itiqad atau kepercayaan kepada Allah S.W.T.
    Malaikat , Kitab , Rasul dan Hari Qiamat.
  • Tatatertib, akhlak dan kelakuan samada baik dan
    buruk.
  • Perbuatan orang mukallaf seperti ibadah,
    muamalah, jinayah dan seumpamanya.

3
  • Dalil tentang syariah

? ? ? ? ? ? ? ? ? ? ? ? ? ? Kemudian Kami
jadikan kamu berada di atas suatu syariat
(peraturan) dari urusan (agama itu), maka
ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti
hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui.
(al-Jathiyah 18)
4
  • Feqah
  • Makna feqah
  • Bahasa kefahaman / mengetahui
  • Istilah pengetahuan terhadap hukum2 syarak yang
    bersangkutan dengan amalan diambil dari dalil2
    terperinci
  • Perbezaan antara syariah dan Feqah
  • Syariah mempunyai pengertian yang lebih umum dari
    feqah.
  • Syariah merangkumi segala perkara yang telah
    ditetapkan oleh Allah melalui sunnah rasulnya dan
    juga al-Quran. Feqah hanya tertentu kepada
    sesuatu perkara yang khusus sahaja.
  • Feqah berkait rapat dengan perbuatan dan
    perlakuan manusia yang mukallaf, serta membantu
    manusia samaada suatu perkara itu baik atau
    sebaliknya atau ianya sah atau tidak.
  • Ilmu feqah itu sendiri merupakan disiplin bagi
    manusia yang mana ianya tidak mati selaras dengan
    berkembangnya perbuatan manusia.
  • Walaupun manusia berubah mengikut masa, peristiwa
    dan keadaan, feqah juga berubah tetapi tetap
    dengan hukum nasnya.
  • Disebabkan fahaman yang berbeza terhadap ayat
    yang sukar/kurang jelas, menjadi punca perbezaan
    pendapat maka lahirlah mazhab2 feqah

5
  • Contoh pemahaman ayat di kalangan ulama mazhab
  • ? ? ? ? ? ? ? ? ? ? ? ? ? ? ? ? ? ? ? ? ? ?
  • Dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir
    atau datang dari tempat buang air atau kamu telah
    menyentuh perempuan, kemudian kamu tidak mendapat
    air, maka bertayamumlah kamu dengan tanah yang
    baik (suci) sapulah mukamu dan tanganmu.
    (an-Nisa 43)

6
  • Undang-undang ciptaan
  • Terbahagi 2
  • Undang2 semulajadi iaitu ditetapkan oleh Allah
    dan tidak boleh dipinda kerana ianya hak mutlak
    Allah
  • Undang2 ciptaan manusia
  • Dibentuk oleh pemerintah / parlimen spt Malaysia
    tujuan menjaga kepentingan umum. Perlembagaan
    dianggap undang2 tertinggi.
  • Boleh dipinda mengikut kesesuaian keadaan

7
  • Matlamat Utama Syariah (Perundangan Islam)
  • Untuk mengatur kehidupan manusia atas asas-asas
    ma'ruf dan menjauhi segala bentuk kemungkaran.
  • Manusia bebas membuat undang-undang baru yang
    sesuai dengan keperluan dan suasana semasa dengan
    syarat tidak melampaui batasan haram dan tidak
    terkeluar dari batasan wajib.
  • Dalam menggubal undang-undang, Islam menyarankan
    dua kaedah
  • mengutamakan keselamatan umum
  • membawa kesenangan dan kemudahan kepada manusia.
  • Perkara-perkara yang menjadi kawajipan matlamat
    tersebut ialah
  • Memelihara agama atau hak dan kebebasan.
  • Memelihara jiwa atau nyawa .
  • Memelihara akal fikiran.
  • Memelihara kehormatan dan keturunan.
  • Memelihara harta-benda.

8
Perbezaan Syariah vs Undang Ciptaan Manusia
  • UNDANG-UNDANG MANUSIA
  • Peraturan yang dibentuk oleh badan yang mempunyai
    kuasa politik tertinggi dan kedaulatan.
  • Boleh diubah mengikut kehendak majoriti atau
    pemerintah
  • Sering memberi pengecualian kepada Raja atau
    pemerintah atau kumpulan kumpulan individu yang
    tertentu.
  • Berdasarkan konsep bahawa kedaulatan itu
    ditumpukan kepada negara, raja atau rakyat
    (majoriti).
  • SYARIAH ISLAM
  • Bersumberkan al-Quran dan as Sunnah
  • Bersifat tetap, tidak boleh diubah oleh manusia
  • Tiada memberi sebarang pengecualian kepada
    individu-individu yang khas sehinggalah
    Rasulullah s.a.w. sendiri
  • Berlandaskan konsep kedaulatan itu hanya pada
    Allah S.W.T.
  • Hak yang diberi kepada lelaki atau perempuan
    menurut syariat tidak boleh ditarik balik atau
    ditambah oleh sebarang badan perundangan.

9
Mazhab-mazhab Fikah dalam Islam
  • Mazhab jalan
  • Mazhab2 fikah berbeza jalan (fahaman) dalam
    mengeluarkan hukum
  • 4 mazhab dlm sunnah wal jamaah Hanafi, Maliki,
    Syafei, Hambali
  • Sebab berbeza pendapat
  • Kefahaman terhadap nas
  • Hadis nabi tidak terkumpul dlm satu teks
  • Berbeza tempat tinggal dan keperluan

10
  • Mazhab Hanafi
  • Pengasas - An-Numan bin Tahbit dan dikenali
    sebagai Abu Hanifah (80H-150H).
  • Berketurunan Farsi dan dilahirkan di Kufah.
  • Beliau mengajar dengan mengutamakan perbahasan
    dan perbincangan serta penggunaan rasional secara
    meluas.
  • Dasar istinbatnya (hukum) mengikut tertib
    keutamaan ialah Al-Quran, As-Sunnah, Pendapat
    sahabat dan Al-Ijtihad (iaitu Al-Ijmak, Al-Qias,
    Al-Istihsan dan Al-Uruf).
  • Fiqah Hanafi telah ditulis dan dikembangkan oleh
    murid-murid Abu Hanifah antaranya - Abu Yusuf
    dan Muhammad Hassan.
  • Mazhab Maliki
  • Pengasas - Imam Malik bin Anas (93H-179H).
  • Berketurunan Arab dan dilahirkan di Madinah.
  • Beliau mengajar dengan cara penyampaian tanpa
    banyak perbincangan.
  • Kitabnya yang terkenal - Al-Mawatha.
  • Dasar istinbatnya mengikut tertib keutamaan ialah
    Al-Quran, As-Sunnah, Al-Ijmak, Amalan penduduk
    Madinah (zaman Rasulullah s.a.w.), Al-Qias,
    Pendapat Sahabat, Al-Musalih Al-Mursalah,
    Al-Uruf. Sad ul-Dzarai, Al-Istihsan dan
    Al-Istishab.
  • Muridnya yang masyhur yang menulis fiqah Maliki -
    Imam Al-Qarafi.

11
  • Mazhab Syafie
  • Pengasas - Imam Abu Abdullah Muhammad bin Idris
    As-Syafie (150H-204H).
  • Berketurunan Arab dan dilahirkan di Gaza,
    Palestine.
  • Pernah berguru dengan Imam Malik di Madinah dan
    Imam Muhammad bin Hassan di Baghdad.
  • Beliau dikatakan pertengahan di antara cara Imam
    Abu Hanifah dan Imam Malik dalam mengeluarkan
    hukum fiqah.
  • Dasar istinbatnya mengikut tertib keutamaan ialah
    Al-Quran, As-Sunnah, Al-Ijmak, Pendapat Sahabat
    (dengan mengutamakan Khulafa Ar-Rasyidin) dan
    Al-Qias.
  • Kitabnya yang terkenal Ar-Risalah dan Al-Umm
  • Mazhab Hanbali
  • Pengasasnya - Abu Abdullah Ahmad bin Hanbal
    As-Syaibani (164H-241H).
  • Dilahirkan di Baghdad dan pernah berguru dengan
    Imam Syafie di Baghdad.
  • Ujian besaryang pernah dihadapnya - mengingkari
    kata Khalifah Makmun bahawa Al-Quran itu makhluk.
  • Kitab hadisnya yang terkenal ialah al-Musnad Imam
    Ahmad.
  • Beliau tidak suka menjawab soalan bagi
    perkara-perkara yang belum berlaku lagi.
  • Dasar istinbatnya mengikut tertib keutamaan ialah
    Al-Quran, As-Sunnah, Pendapat sahabat yang
    disepakati, pendapat sahabat yang lebih dekat
    kepada Al-Quran dan As-Sunnah, Hadis Mursal,
    Hadis Dhaif, dan Al-Qias.

12
Sumber Hukum Syariah
  • Terbahagi 2
  • Sumber asli al-Quran dan al-Sunnah
  • Sumber sekunder al-ijmak dan al-ijtihad
  • Sumber Asli
  • Al-Quran
  • Iaitu sebuah kitab yang diturunkan oleh Allah
    s.w.t. kepada umat manusia melalui Nabi Muhamad
    s.a.w. untuk mereka jadikan panduan dalam
    menjalani kehidupan didunia ini, membacanya
    berupa ibadah.
  • Terdapat kira-kira 330 ayat yang berhubung
    soal-soal hukum yang boleh dibahagikan kepada
  • Mengenai ibadah dan taharah ) bersuci )140 ayat
  • Urusan keluarga/nikah kahwin, pusaka 70 ayat
  • Urusan jual beli, gadaian, sewa-menyewa,
    syarikat, hutang piutang 70 ayat
  • Hukum jinayah 30 ayat
  • Urusan kehakiman 20 ayat

13
  • As-Sunnah
  • Iaitu segala yang disandarkan kepada Rasulullah
    s.a.w. sama ada perkataan, perbuatan dan
    pengakuan serta sifat kejadian, akhlak dan
    riwayat hidup baginda, sebelum dan sesudah
    baginda dilantik menjadi Rasul.
  • Ia diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w. oleh
    para Sahabat, Tabiin dan seterusnya sehingga
    ditulis oleh ulamak Hadis.
  • Peranan al-Sunnah terhadap al-Quran
  • Menegaskan hukum yang terdapat dalam al-Quran
  • Menjelaskan ayat yang tidak diperincikan dalam
    al-Quran
  • Menetapkan hukum yang tiada dalam al-Quran

14
  • Sumber sekunder
  • al-Ijmak
  • Iaitu kata sepakat semua ulamak Islam yang
    mujtahid pada suatu masa selapas zaman Rasulullah
    mengenai suatu hukum syarak
  • Terbahagi 2
  • Soreh semua ulama mujtahid memberi persetujuan
  • Sukuti sebahagian setuju yang lain diam dan
    tidak membantah

15
  • Al-Ijtihad
  • Al-Qiyas
  • Menyandarkan suatu yg tidak ada hukum dari nas
    kpd sesuatu yg ada hukumnya dari nas oleh
    persamaan illah (sebab musabab). Cth pengharaman
    dadah
  • Al-Istihsan
  • Penetapan hukum terhadap suatu masalah berlainan
    dari ketetapan yang diterapkan pada masalah2 yang
    ada persamaan dengannya kerana ada alasan yang
    lebih kuat yang menghendaki kelainan itu
    dilakukan
  • Cth orang bodoh wajib dihalang menguruskan
    hartanya (menjual/melabur) demi kebaikan diri
    melainkan kelulusan walinya. Tetapi boleh
    mewasiatkan hartanya kepada kebaikan. Alasan
    wasiat terlaksana selepas mati
  • Al-Masalih al-Mursalah
  • Maslahah/manfaat yang tidak dinyatakan halal /
    haramnya oleh syariah. Cth pengumpulan al-Quran
    dlm bentuk mushaf
  • Sadd al-Dharai
  • Penutupan jalan yang membawa kepada kerosakan.
    Cth haram menyewakan bangunan kepada pengusaha
    perjudian

16
  • Al-Urf
  • Adat kebiasaan yang tidak bercanggah dengan Islam
  • Cth
  • urf qauli panggilan aulad kepada anak lelaki,
    sedangkan dari sudut bahasa ianya merangkumi anak
    lelaki dan perempuan
  • Urf amali berjual beli tanpa akad
  • Al-Istishab
  • menghukum dengan ada atau tiadanya sesuatu itu
    pada masa kini atau masa akan datang, berdasarkan
    kepada ada atau tiadanya sesuatu itu pada masa
    yang lalu, kerana tiada bukti yang menunjukkan
    bahawa sesuatu itu telah berubah keadaan.
  • Cth Semua jenis binatang laut halal dimakan pada
    hukum asalnya, kecuali apabila ianya didapati
    mendatangkan kemudharatan

17
Undang-Undang Jenayah Islam
  • Al-Jinayah segala bentuk tindakan yang dilarang
    dan merosakkan ke atas badan, harta atau
    sebagainya.
  • Menurut Al-Mawardi segala bentuk kesalahan
    menurut syariah yang boleh dihukum berdasarkan
    hukum Allah qisas, hudud dan takzir
  • Pencabulan ke atas lima perkara (agama, nyawa,
    akal, harta, maruah) adalah jenayah yang perlu
    dihukum.
  • Elemen suatu tindakan itu jenayah
  • Perundangan peruntukan tentang kesalahan
    jenayah
  • Tindakan melakukan kesalahan jenayah
  • Kelayakan dari segi umur, kelayakan dan
    tanggungjawab

18
Hukuman Kesalahan Jenayah dalam Islam
  • Hudud
  • Qisas
  • Tazir
  • Hudud
  • Pengertian
  • Bahasa menahan / mencegah
  • Keseksaan yang telah ditetapkan oleh nas-nas
    al-Quran dan al-Sunnah yang wajib dilaksanakan
    sebagai hak Allah. Kadar hukuman tidak boleh
    dipinda.
  • ? ? ? ? ? ? ? ? ? ?
  • Dan pencuri lelaki dan pencuri perempuan maka
    potonglah tangan mereka sebagai satu balasan
    dengan sebab apa yang mereka telah usahakan,
    (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari
    Allah.(al-Maidah 38)

19
  • Bentuk kesalahan hudud
  • Sariqah (mencuri)
  • Zina
  • Qazaf (membuat tuduhan zina)
  • Syurb (minum arak)
  • Hirabah (menyamun)
  • Irtidad / ridd
  • Qisas
  • Pengertian
  • Bahasa memotong atau pembalasan
  • Istilah Suatu hukuman yang telah ditetapkan
    Allah yang wajib dilaksanakan bagi menunai hak
    manusia.
  • Bererti membunuh hendaklah dibunuh balas,
    mencederakan maka dibalas cederakan.
  • Kesalahan jenayah qisas membunuh dengan segaja
    dan mencederakan
  • Diat denda yang wajib dibayar sebagai ganti
    qisas

20
  • Takzir
  • Pengertian
  • Bahasa menghalang / menolak
  • Istilah hukuman yang bertujuan untuk menghalang
    pencerobohan kepentingan awam / individu oleh
    mahkamah / pemerintah
  • Bentuk hukuman tidak ditentukan di dalam al-Quran
    dan al-hadis dan tertakluk kepada bidangkuasa
    hakim denda, penjara, sebat dsb.

21
Latihan
  1. Apakah makna syariah dari segi bahasa dan istilah
  2. Jelaskan jenis-jenis hukum yang terkandung dalam
    al-Quran dan al-sunnah.
  3. Nyatakan 3 perbezaan syariah dengan undang-undang
    ciptaan manusia
  4. Nyatakan sumber perundangan Islam.
  5. Huraikan bentuk hukuman jenayah Islam berikut
    berserta contoh.
  6. Hudud
  7. Qisas
  8. Tazir
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com