Title: KONSEP ASAS TAMADUN ISLAM
1KONSEP ASAS TAMADUN ISLAM
2PENGENALAN
- Pembinaan tamadun Islam bermula selepas lahirnya
Rasulullah SAW beserta turunnya wahyu daripada
Allah SWT di Gua Hira di kaki bukit an-Nur pada
17 Ramadhan 610 Masihi. - Tamadun Islam dibahagikan tiga peringkat iaitu
peringkat awal di Mekah, peringkat pertengahan,
dan peringkat akhir. Nabi Muhammad SAW mengajak
masyarakat Arab kembali kepada nilai akhlak dan
kemanusiaan yang murni.
3DEFINISI TAMADUN ISLAM
- Perkataan tamadun berasal darpada perkataan Arab
iaitu madana yang bermaksud kehalusan budi dan
kesopanan tingkah laku. - Daripada perkataan madana, terbit pula perkataan
madinah yang bermaksud Bandar dan juga madani
iaitu orang yang berkelakuan seperti orang Bandar
yang bersifat halus dalam berbudi bahasa dan
beradap sopan dalam tingkah laku. -
4CIRI-CIRI TAMADUN
5Rabbani
- Nilai ketuhanan dan keagamaan dalam tamadun Islam
adalah nilai tertinggi sekali. - Matlamat kehidupan manusia telah ditetapkan oleh
Allah SWT iaitu mengabdikan diri hanya kepada
Allah semata-mata disamping melakukan tugas-tugas
khalifah dan Al-Quran menjadi sumber asasnya.
6Keseimbangan dan kesederhanaan.
- Iaitu keseimbangan dalam segala aspek kehidupan,
rohani dan jasmani, masyarakat dan individu,
dunia dan akhirat. - Kesederhanaan pula perlu ada dalam melaksanakan
segala perintah Allah tetapi tidak pula
mempermudahkan segala urusan.
7Universal
- Tidak terikat dengan bangsa, tempat atau tempoh
tertentu, bahkan ia milik seluruh manusia. - Tamadun Islam menepati keperluan segala situasi
dan peredaran zaman.
8Ideal dan realistik
- Ideal bermaksud meletakkan manusia di tempat
paling tinggi dengan mengawasi setiap gerak geri
manusia. - Realistik pula bermaksud menabil kira hakikat
yang berlaku iaitu di dunia yang nyata.
9Syumul atau menyeluruh
- Merangkumi akidah, syariah, akhlak, hubungan
dengan Allah, dengan sesama manusia dan alam. - Satu seruan keadilan untuk semua sama ada Islam
mahupun bukan Islam, musuh atau kawan, termasuk
hubungan antarabangsa, ilmu dan ibadah.
10DASAR-DASAR TAMADUN ISLAM
11Memelihara nyawa dan hak-hak untuk hidup
- Tamadun Islam meletakkan nyawa sebagai dasar yang
paling utama. - Allah SWT telah menggubal perundangan paling
terperinci dalam jaminan keselamatan terhadap
nyawa.
12- Contohnya dalam ayat Al-Maidah ayat 32 firman
Allah SWT yang bermaksud - Bahawa sesiapa yang membunuh seseorang bukan
kerana hukuman pembunuhan atau kerana membuat
bencana dalam negeri, maka bererti orang itu
telah membunuh manusia seluruhnya.
13Memelihara akal fikiran
- Akal adalah anugerah paling sempurna daripada
Allah yang sangat berharga. - Dengan akal manusia menjadi makhluk Allah yang
paling mulia dan sempurna. - Oleh itu, Allah SWT telah mewajibkan setiap
manusia menjaga akal fikirannya dengan baik. - Contohnya dengan menuntut ilmu dan mengharamkan
manusia merosakkan akal fikirannya, seperti
meminum minuman yang memabukkan dan mengambil
dadah.
14- Firman Allah SWT Wahai orang-orang yang
beriman, sesungguhnya arak, judi, berhala dan
bertilik nasib adalah perbuatan keji termasuk
perbuatan syaitan. Maka jauhilah
perbuatan-perbuatan itu agar kamu dapat
memperolehi keuntungan.
15Memelihara keturunan ( maruah )
- Tamadun Islam memelihara kesucian keturunan
manusia. - Kerana hasil yang baik hanya akan terbina dari
benih yang baik. - Oleh itu, Allah SWT telah mengharamkan semua
perbuatan yang merosakkan keturunan manusia
seperti zina, homoseksual dan lesbian. - Firman Allah SWT yang bermaksud Dan janganlah
kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu
adalah satu perbuatan yang keji dan hina serta
seburuk-buruk jalan yang buruk.
16Memelihara harta benda
- Kekayaan dan kemewahan adalah idaman setiap
manusia dan Islam mengiktirafkan keinginan
tersebut. - Oleh itu, tamadun Islam meletakkan pemeliharaan
harta benda sebagai dasar penting di dalamnya. - Dalam hal ini, Al-Quran menjelaskan, lelaki dan
perempuan yang mencuri wajib dipotong kedua-dua
belah tangan sebagai balasan kesalahannya dan
sebagai seksa daripada Allah. - Abdullah bin Umar berkata Saya telah
mendengar Rasullullah SAW bersabda bahawa sesiapa
yang terbunuh kerana mempertahankan hartanya,
maka ia mati syahid. -
- ( Riwayat Bukhari )
17Memelihara hak dan kebebasan.
- Maksud kebebasan manusia ialah tiada pengabdian
kepada seseorang atau sesuatu melainkan hanya
kepada Allah SWT. - Oleh itu, setiap orang mestilah diberikan
kebebasan daripada segala unsur kezaliman yang
merupakan kongkongan kebendaan dan nafsu yang
jahat. - Setiap manusia perlu diberi kebebasanuntuk
berfikir, kebebasan memberi pandangan, kebebasan
bergerak, bersuara dan lain-lain.
18SUMBER-SUMBER TAMADUN ISLAM
19- Ziauddin Sardar telah mendefinisikan tamadun
sebagai pelahiran keseluruhan budaya spiritual
dan material. - Ia mengandungi pelbagai aspek iaitu
- Budaya
- Organisasi sosial
- Politik
- Nilai dan norma
- Sains dan teknologi
20- Tamadun Islam akan tetap wujud selagi teras
tamadun tersebut iaitu agama Islam terus wujud. - Tamadun Islam tidak semata-mata bergantung kepada
tokoh-tokoh tertentu. - Sebagai contohnya
- Tamadun Islam tetap wujud dan berkembang walaupun
pengasasnya Nabi Muhamad Saw telah wafat.
21Sumber dalam Tamadun Islam
- Beberapa sumber perlulah digunakan bagi mendalami
lagi pemahaman mengenai Tamadun Islam. - Ia juga penting bagi mengelakan berlakunya
sebarang ajaran sesat dalam agama. - Bagi tamadun Islam terdapat dua sumber yang
penting iaitu Al-Quran dan Sunnah Nabi.
22Al-Quran
- Sumber asas yang terpenting dalam kewujudan
Tamadun Islam. - Merupakan ibu segala kitab malah menjadi petunjuk
yang amat berguna bagi manusia. - Mukjizat yang paling istimewa berbanding
mukjizat lain yang diturunkan oleh Allah swt.
23- Al-Quran telah diturunkan dengan pengertian serta
lafaznya. - Kesahihan Al-Quran tidak terusik sehingga ke saat
ini. - Allah sendiri telah memberi jaminan bahawa
kesahihan Al-Quran akan terpelihara dan segala
usaha untuk menyelewengannya akan menemui
kegagalan.
24Kandungan Al-Quran
- Membicarakan mengenai persoalan ibadat.
- Menyeru umat manusia melakukan kebaikan dan
meninggalkan kejahatan. - Menyeru umat manusia membangunkan isi alam bagi
kebaikan bersama. - Menghormati hak orang lain.
- Menghormati hak orang bukan muslim.
25Contoh Firman Allah swt
- wahai manusia sesungguhnya kami menciptakan
kamu dari seorang lelaki dan perempuan dan kami
jadikan kamu pelbagai bangsa dan suku-suku supaya
kamu berkenal-kenalan, sesungguhnya yang paling
mulia antara kamu di sisi Allah ialah yang lebih
bertaqwa.
26Sunnah/Hadis
- Merupakan sumber kedua yang membolehkan pemahaman
yang lebih mendalam mengenai Tamadun Islam. - Dari sudut pandangan Islam sumber ini boleh
diterima sebagai sumber yang benar dan
autoritatif. - Bertindak sebagai penafsir dan pengulas yang
paling sahih.
27- Sunnah atau haddis yang sahih sahaja boleh
diterima pakai. - Terdapat lima kriteria dalam penerimaan sunnah
atau Haddis iaitu - Kesinabungan rantaian Sahad
- Keadilan para perawi
- Kesahihan ingatan para perawi
- Keselarasan dan persamaan Hadis
- Ketiadaan cacat dalam Hadis
28Sumber-sumber lain
- Penulisan oleh intelektual yang mampu memberi
penjelasan mengenai Tamadun Islam juga dianggap
sebagai salah satu sumber. - Antara kitab atau bahan yang mengkaji mengenai
Tamadun Islam ialah Kutub al-Ansab, Kutub
al-Tabaqat, Kutub al-Adat dan sebagainya
29MATLAMAT TAMADUN ISLAM
HUBUNGAN MANUSIA DENGAN TUHAN
HUBUNGAN MANUSIA DENGAN ALAM SEKITAR
HUBUNGAN MANUSIA DENGAN MANUSIA
30HUBUNGAN MANUSIA DENGAN TUHAN
Berdasarkan Rukun Iman
Tuhan sebagai pencipta
Tuhan yang wajib disembah
Aqidah
Syariah
31HUBUNGAN MANUSIA DENGAN MANUSIA
Sentiasa bersikap mulia terhadap orang lain
Menjaga maruah orang lain
Menghormati hak orang lain
Menjaga tingkah laku
Akhlak
32HUBUNGAN MANUSIA DENGAN ALAM
Mencetuskan nilai spiritual Terhadap alam
Menjaga alam
Menghormati setiap benda hidup/alam
33KESIMPULAN
- Dalam menghadapi cabaran alaf baru, umat Islam
perlu merancang agenda yang lebih futuristic,
iaitu berdasarkan perkembangan dan pembangunan
yang bakal berlaku dalam alaf baru itu. - Kritikan yang dilontarkan oleh Imam Al-Ghazali
adalah satu tahap kemodenan berfikir secara islam
yang melihat kejumudan masyarakat untuk berfikir,
secara islam yang dicetuskan oleh islam. - Masyarakat islam mesti berusaha membina
keseoaduan dan kekuatan dalaman beradasarkan
persamaan agama, tamadun dan budaya. - Ia adalah salah satu cara untuk meminimunkan
penjajahan barat dalam segala aspek kehidupan
mereka pada hari ini.
34