AKIDAH 1 - PowerPoint PPT Presentation

1 / 37
About This Presentation
Title:

AKIDAH 1

Description:

Sebuah titian yang berada di atas neraka Jahanam Lebih halus dari rambut dan lebih tajam dari pedang Jaraknya sama seperti perjalanan kaki 3 ribu tahun Menjadi laluan ... – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:722
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 38
Provided by: ami133
Category:
Tags: akidah | titian

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: AKIDAH 1


1
AKIDAH 1
2
  • RINGKASAN MUKJIZAT NABI SAW

3
Mukjizat Risalah Nabi Muhammad saw
  • Pengkhabaran kedatangan baginda di kitab yang
    terdahulu
  • Firman Allah
  • Iaitu orang-orang yang mengikut Rasulullah,
    Nabi yang ummi, yang mereka dapati tertulis di
    dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka
    (al-Araaf 157)
  • Orang yang Kami beri Kitab sebelum turunnya
    Al-Quran, mereka beriman kepadanya (al-Qasas 52)

4
Mukjizat Al-Quran
  • Kefasihan lafaz, uslub (gaya bahasa) dan
    susunannya
  • Mengandungi berita-berita tentang perkara ghaib
    yang telah dan akan berlaku
  • Mengesani jiwa manusia dan terasa yang
    berkata-kata kepada kita ialah Allah swt
  • Hukum-hakam di dalamnya telah menghasilkan umat
    yang terbaik diantara umat manusia
  • Mengandungi ilmu dan fakta yang bertetapan dengan
    peredaran zaman
  • Kandungan yang meliputi pelbagai bidang sedangkan
    yang membawanya adalah Nabi yang ummi

5
Pertolongan Allah Terhadap RasulNya
  • Menurunkan rasa mengantuk yang memberi keamanan
    (perang Badr)
  • Ribut yang mengalahkan tentera kafir (perang
    Ahzab)
  • Memperbanyakkan makanan yang sedikit
  • Membelah bulan
  • Menjadikan pokok berkata-kata
  • Menyembuhkan orang yang didoa Rasul
  • Menurunkan padanya barakah

6
  • KEFASIHAN DAN BALAGHAH AL-QURAN

7
Al-Quran Menjadi Saksi Terhadap Kerasulan Nabi saw
  • Firman Allah
  • Muhammad ialah Rasulullah dan mereka yang
    bersamanya bersikap keras dan tegas terhadap
    orang kafir yang memusuhi Islam dan sebaliknya
    bersikap kasih sayang serta belas kasihan sesama
    umat Islam (al-Fath 29)

8
Balaghah Dan Kefasihan Al-Quran
  • Hanya orang yang pakar bahasa Arab akan
    memperakui kebenaran Al-Quran apabila
    mendengarnya
  • Tidak ada yang mampu meniru kalam Al-Quran
  • Kata-kata hebat ini mustahil keluar dari seorang
    yang ummi

9
Cara Orang Kafir Menghalang Dari Terkesan Dengan
Bacaan Al-Quran
  • Mengakatan Al-Quran sebagai sihir
  • Firman Allah
  • Kemudian ia berpaling dan berlaku sombong
    serta berkata, Al-Quran ini tidak lain hanyalah
    sihir yang dipelajari. Ini tidak lain hanyalah
    kata-kata manusia (al-Mudaththir 23-25)

10
Cara Orang Kafir Menghalang Dari Terkesan Dengan
Bacaan Al-Quran
  • Melarang sesiapa sahaja dari mendengarnya
  • Firman Allah
  • dan orang yang kafir berkata, Janganlah kamu
    mendengar Al-Quran ini dan tentanglah dia supaya
    kamu berjaya (Fussilat 26)

11
Al-Quran Tidak Menjemukan
  • Bukti mukjizat Al-Quran ini dapat diketahui oleh
    Alim dan orang awam
  • Contoh Surah Fatihah
  • diulang 17 kali setiap hari hanya untuk solat
    fardu

12
Pengakuan Orang Eropah Yang Jujur
  • Al-Quran dianggap sebuah kitab yang mulia dan
    tinggi kerana selama 14 kurun ia diturunkan, kita
    tidak berupaya mencari kecacatan uslubnya
    walaupun sedikit dan ia sentiasa segar
    seolah-olah ia baru diturunkan semalam -
    orientalis Lyon
  • Tidak ada sesuatu pun yang menyamai Al-Quran
    dari segi kekuatannya meyakinkan manusia,
    balaghahnya dan susunannya. Ia juga merupakan
    punca perkembangan ilmu dalam semua bidang di
    dunia Islam - Harsyfield

13
Al-Quran Mencabar Manusia
  • Firman Allah
  • Dan kalau kamu meragui tentang apa yang Kami
    turunkan kepada hamba Kami, maka cubalah buat
    satu surah yang sebanding dengan Al-Quran, dan
    panggillah mereka yang boleh membantu kamu selain
    dari Allah, jika betul kamu orang yang benar.
    Maka kalau kamu tidak mampu membuatnya, dan sudah
    tentu kamu tidak akan mampu membuatnya, maka
    peliharalah diri kamu dari api neraka yang bahan
    bakarnya adalah manusia dan batu yang disediakan
    untuk orang kafir (al-Baqarah 23-24)

14
  • AL-QURAN MENDAHULUI ILMU MODEN

15
Al-Quran Adalah Kitab Petunjuk
  • Firman Allah
  • Pada bulan ramadan yang diturunkan padanya
    Al-Quran sebagai petunjuk untuk manusia
    (al-Baqarah 185)
  • Ia bukan kitab perubatan jampi
  • Ia bukan kitab untuk dibuat musabaqah
  • Ia bukan kitab untuk dijadikan tangkal

16
Al-Quran Mendahului Ilmu Moden
  • Al-Quran diturunkan berdasarkan ilmu Allah
  • Al-Quran menjelaskan fakta-fakta sains yang tidak
    dapat difahami manusia dahulu
  • Fakta-fakta tersebut hanya difahami dengan
    bantuan kemajuan teknologi dan ilmu sains
  • Ini menjadi mukjizat yang membuktikan kebenaran
    Al-Quran pada zaman moden
  • Ia tidak dapat dipalsukan dari apa jua segi

17
Contoh
  • Berlaku sesak nafas apabila naik semakin tinggi
    ke langit
  • Firman Allah
  • dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk
    menyesatkannya, maka Dia menjadikan dadanya sesak
    sempit, seolah-olah ia sedang naik ke langit.
    Demikianlah Allah menimpakan azab keatas orang
    yang tidak beriman (al-Anaam 125)

18
  • BERIMAN DENGAN HARI AKHIRAT

19
Pembahagian Kehidupan Manusia
  • DUNIA
  • Tempat hidup sementara bertujuan untuk beramal
    dan mencari bekalan untuk kehidupan bahagian
    kedua dengan tempoh masa yang telah ditetapkan
  • AKHIRAT
  • Tempat pembalasan. Manusia akan menerima hasil
    dari apa yang diamalkan semasa di dunia ke syurga
    ataupun neraka

20
Mati
  • Mati adalah perpindahan dari tempat amalan
    (dunia) ke tempat pembalasan (akhirat)
  • Firman Allah
  • Katakanlah! Nyawa kamu akan diambil oleh
    malakul maut yang ditugaskan berbuat demikian
    ketika sampai ajal kamu, kemudian kamu akan
    dikembalikan kepada Tuhanmu. Dan sekiranya engkau
    melihat ketika orang yang berdosa itu menundukkan
    kepalanya di hadapan Tuhan mereka seraya merayu,
    Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar
    maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami
    dapat mengerjakan amal yang baik, sesungguhnya
    kami telah yakin (as-Sajdah 11-12)

21
Akhirat Tanda Keadilan Allah
  • Dalil naqli kebenaran akhirat Hadis Jibril
    datang berjumpa Nabi menanyakan tentang Iman
  • Dalil aqli kebenaran akhirat
  • Manusia cintakan keadilan
  • Keadilan Tuhan adalah lebih sempurna
  • Maka Allah memberikan balasan ke atas setiap
    kesalahan dan ganjaran kepada setiap kebaikan
    dengan apa yang Dia kehendaki

22
  • SUASANA HARI AKHIRAT

23
Nama-nama Hari Akhirat
  • Yaum al-Kiamat
  • Yaum al-Aakhir
  • Al-Saaah
  • Yaum al-Baath
  • Yaum al-Khuruuj
  • Al-Qaariah
  • Yaum al-Fasl
  • Yaum al-Din
  • Al-Saakhah
  • Al-Thoomatul Kubra
  • Al-Ghaashiah
  • Yaumul Khulud

24
Alam Barzakh
  • Ia adalah alam kubur
  • Balasan amalan bermula di alam Barzakh
  • Firman Allah
  • Mereka didedahkan kepada bahang api neraka
    pada waktu pagi dan petang dan pada hari Kiamat
    diperintahkan kepada malaikat, Masukkanlah Firaun
    dan pengikutnya ke dalam azab seksa neraka yang
    seberat-beratnya (al-Mumin 46)

25
Tiupan Sangkakala
  • Firman Allah
  • Dan ditiuplah sangkakala, maka matilah siapa
    yang di langit dan di bumi kecuali siapa yang
    dikehendaki Allah, kemudian ditiup sangkakala itu
    sekali lagi maka tiba-tiba mereka berdiri
    menunggu (keputusan masing-masing) (az-Zumar
    68)
  • Mereka tidak menunggu melainkan satu teriakan
    saja yang akan membinasakan mereka ketika mereka
    sedang bertengkar. lalu mereka tidak kuasa
    membuat suatu wasiatpun dan tidak pula dapat
    kembali kepada keluarganya (Yasin 50)

26
Tiupan Sangkakala
  • Peniup Sangkakala Israfil  
  • Hari Ditiup Sangkakala Jumaat. 
  • Dalil Sabda Nabi saw
  • Sebaik2 hari di mana terbitnya matahari ialah
    hari Jumaat, padanya diciptakan Adam, padanya
    juga Adam dimasukkan ke syurga, padanya juga Adam
    dikeluarkan daripada syurga, dan tidak akan
    berlaku kiamat melainkan pada hari Jumaat Hadis
    riwayat Muslim 
  • Secara zahirnya Israfil meniup sangkakala
    sebanyak 2 kali.
  • Yang pertama semuanya akan mati dan yang kedua
    semuanya akan dibangkitkan.

27
Al-Ba'ath (Kebangkitan Dari Kubur)
  • Firman Allah
  • Dan ditiuplah sangkalala , maka tiba-tiba
    mereka keluar dengan segera dari kuburnya
    (menuju) kepada Tuhan mereka. Mereka berkata
    "Aduhai celakalah kami! Siapakah yang
    membangkitkan kami dari tempat-tidur kami
    (kubur)?". Inilah yang dijanjikan (Tuhan) Yang
    Maha Pemurah dan benarlah Rasul-rasul(Nya)
    (Yasin 51)
  • Sabda nabi s.a.w
  • Aku penghulu anak2 adam pada hari kiamat aku
    adalah orang pertama yang akan dibangkitkan dari
    kubur

28
Mahsyar (Hari Manusia Dikumpulkan)
  • Firman Allah
  • Katakanlah Sesungguhnya orang-orang yang
    terdahulu dan orang-orang yang terkemudian,
    banar-benar akan dikumpulkan di waktu tertentu
    pada hari yang dikenal (al-Waaqiah 50)

29
Keadaan Orang Yang Dibangkitkan
  • Sabda Nabi s.a.w
  • manusia akan dikumpulkan pada hari kiamat
    berkaki ayam dan telanjang Berkata Aishah
    wahai Rasulullah! Lelaki dan perempuan? Rasul
    menjawab Wahai Aishah keadaan terlalu teruk
    sehingga seseorang tidak ada keinginan untuk
    melihat sesama sendiri

30
Bumi Mahsyar
  • Tempat di mana manusia dikumpulkan berbeza dgn
    tempat kita di bumi sekarang
  • Firman Allah
  • Iaitu pada hari ketika bumi diganti dengan bumi
    yang lain dan demikian pula langit, dan mereka
    semuanya di padang Mahsyar berkumpul menghadap ke
    hadirat Allah yang Maha Esa lagi Maha Perkasa
    (Ibrahim 48)

31
Pembentangan Buku Amalan
  • Firman Allah
  • dan buku amalan dibentangkan. Maka engkau akan
    melihat yang berdosa merasa takut akan apa yang
    tersurat di dalamnya dan mereka berkata Ah!
    Celakalah kami. Mengapa buku ini begini rupanya!
    Ia tidak meninggalkan yang kecil mahupun yang
    besar melainkan semua dihitungnya! Dan mereka
    dapati semua yang mereka kerjakan itu tertulis
    didalamnya dan Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada
    sesiapa (al-Kahfi 49)

32
al-Mizan (Neraca Timbangan)
  • Firman Allah
  • Oleh itu sesiapa yang berat timbangan amal
    baiknya, mereka itulah yang berjaya dan sesiapa
    yang ringan timbangan amal baiknya, merekalah
    yang merugikan diri sendiri. Mereka kekal di
    dalam neraka Jahanam (al-Mukminun 102-103)

33
Al-Haudh (Kolam Air)
  • Setiap nabi mempunyai haudh untuk umatnya sendiri
  • Terletak di Mahsyar
  • Haudh Rasulullah saw dinamakan sebagai al-Kaustar
  • Sifat air al-Kaustar
  • Lebih putih dari susu, lebih manis dari madu,
    lebih wangi dari kasturi

34
As-Sirat (Titian)
  • Sebuah titian yang berada di atas neraka Jahanam
  • Lebih halus dari rambut dan lebih tajam dari
    pedang
  • Jaraknya sama seperti perjalanan kaki 3 ribu
    tahun
  • Menjadi laluan bagi setiap orang selepas
    perhitungan
  • Ahli syurga akan lalu di atasnya menuju ke syurga
  • Ahli neraka pula akan jatuh ke dalam neraka

35
Syurga
  • Perhentian terakhir bagi orang-orang yang beriman
  • Perhentian yang penuh nikmat
  • Ia adalah ganjaran bagi yang beriman
  • Kekal di dalamnya
  • Rasulullah mensifatkan syurga
  • di dalamnya terdapat nikmat-nikmat yang tidak
    pernah dilihat mata, tidak pernah didengar
    telinga dan tidak terlintas di hati manusia

36
Syurga
  • Syurga yang tertinggi ialah Firdaus
  • Antaranya yang lain
  • Jannatun Naim
  • Jannatu And

37
Neraka
  • Tempat pembalasan dan azab
  • Disediakan bagi orang-orang kafir dan munafiq
  • Balasan di atas kekufuran mereka
  • Keadaan orang beriman yang berdosa
  • Orang-orang beriman yang berdosa akan dimasukkan
    ke dalam neraka sementara tidak kekal
    mengikut kadar dosa yang mereka lakukan, kemudian
    dikeluarkan menuju ke syurga
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com