Penyakit Mental Akibat Stres dan Penyakit Neurotik - PowerPoint PPT Presentation

About This Presentation
Title:

Penyakit Mental Akibat Stres dan Penyakit Neurotik

Description:

GTJ 302 Penyakit Mental Akibat Stres dan Penyakit Neurotik Dr. Muhd. Najib b. Mohd. Alwi Jabatan Psikiatri najib_at_kck.usm.my Objektif Mengenalpasti dan menerangkan ... – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:878
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 59
Provided by: DrMuhdNa
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: Penyakit Mental Akibat Stres dan Penyakit Neurotik


1
Penyakit Mental Akibat Stres dan Penyakit Neurotik
GTJ 302
  • Dr. Muhd. Najib b. Mohd. Alwi
  • Jabatan Psikiatri
  • najib_at_kck.usm.my

2
Objektif
  • Mengenalpasti dan menerangkan penyakit mental
    akibat stres dan neurotik
  • Memahami rawatan dan jenis-jenis terapi, termasuk
    perkhidmatan masyarakat untuk penyakit stres dan
    neurotik
  • Merancang perawatan untuk penyakit stres dan
    neurotik

3
Apa itu Stres?
  • Hans Selye
  • kadar wear and tear di dalam tubuh
  • James Mills
  • reaksi dalaman seseorang terhadap sesuatu yang
    berlaku pada dirinya atau tuntutan yang
    diletakkan ke atas dirinya

4
  • Sedikit tekanan (stres) adalah normal (baik)
    malahan amat perlu untuk memastikan seseorang itu
    cukup bermotivasi dan boleh menumpukan sepenuh
    perhatian kepada sesuatu tugasan.

5
  • OVER-
  • STIMULATION ZONE
  • IRRATIONAL PROBLEM SOLVING
  • EHXAUSTION
  • ILLNESS
  • LOW SELF-ESTEEM
  • OPTIMUM STIMULATION ZONE
  • CREATIVITY
  • RATIONAL PROBLEM SOLVING
  • PROGRESS
  • CHANGE
  • SATISFACTION
  • UNDERSTIMULATION
  • ZONE
  • BOREDOM
  • FATIGUE
  • FRUSTRATION

PERFORMANCE
Lifeline
Death from Lack of Stress
Death from Stress
STRESS
6
Penyakit Mental Akibat Stres
7
Jenis-Jenis Masalah
  • Reaksi Stres Akut (Acute Stress Reaction)
  • Kecelaruan Stres Pasca Trauma (Post-Traumatic
    Stress Disorder)

8
Reaksi Stres Akut
9
Reaksi Stres Akut
  • Definisi reaksi akut seseorang (beberapa jam
    sehingga beberapa hari) terhadap sesuatu insiden
    yang boleh mendatangkan stres
  • Biasa berlaku selepas
  • Kemalangan motor
  • Kebakaran
  • Serangan fizikal (termasuk rompakan, rogol
    dsbnya)
  • Berita yang sangat mengejutkan/menyedihkan

10
Reaksi Stres Akut
  • Gejala-gejala
  • Anxieti
  • Kemurungan
  • Rasa kaku, terpingga-pingga, sukar tidur, hilang
    konsentrasi, marah-marah dan gejala-gejala
    hiperarousal (keresahan, mudah terkejut,
    ketakutan)

11
Reaksi Stres Akut
  • Rawatan
  • Mengurangkan gerakbalas emosi
  • meluahkan perasaan, drug anti-anxieti
  • Menggalakkan mengingati insiden berkenaan
  • mengelakkan sengaja menghindari (avoidance)
  • Mempelajari kemahiran menghadapi masalah (coping
    skills) yang efektif

12
Kecelaruan Stress Pasca Trauma
Traumatic Neurosis
Combat Neurosis
Shell-shock Syndrome
13
Kecelaruan Stres Pasca Trauma
  • Definisi reaksi yang ekstrim kepada sesuatu
    stresor yang berat (yang biasanya akan
    mengakibatkan penderitaan kepada sesiapa sahaja)

14
Kecelaruan Stres Pasca Trauma
  • Gejala-gejala
  • berulangkali mengalami semula (re-experiencing)
    insiden traumatik tersebut
  • berterusan mengelak diri dari perkara-perkara
    yang boleh mengingatkan tentang trauma itu
  • gejala-gejala hiperarousal
  • kemerosotan fungsi psikososial

15
Kecelaruan Stres Pasca Trauma
  • Prevalens jangkahayat 1 - 9
  • Kes kronik 1 lelaki, 5 wanita
  • Ko-morbiditi yang tinggi dengan kemurungan,
    anxieti, kecelaruan personaliti dan
    penyalahgunaan bahan
  • Prognosìs lebih baik jika
  • fungsi pra-morbid yang sihat
  • trauma singkat yang kurang berat
  • sokongan sosial yang baik
  • tiada sejarah keluarga berpenyakit psikiatri

16
Kecelaruan Stres Pasca Trauma
  • Faktor Penyebab
  • Insiden yang menyebabkan stres yang melampau
  • Genetik 1/3 kes
  • Personaliti yang vulnerable
  • Kelainan sistem limbik otak akibat pendedahan
    kepada situasi traumatik yang ekstrim

17
Kecelaruan Stres Pasca Trauma
  • Rawatan
  • Pencegahan perancangan khusus untuk mengurangkan
    kesan psikologikal selepas sesuatu bencana

18
Kecelaruan Stres Pasca Trauma
  • Rawatan
  • Rawatan khusus
  • Kaunseling sokongan emosi ketakutan, rasa
    bersalah dsb.nya
  • Terapi tingkahlaku flooding
  • Psikoterapi
  • Drug anti-anxieti dan anti-kemurungan

19
Penyakit Neurotik
20
Definisi Penyakit Neurotik
  • Penyakit Neurotik Sejenis penyakit mental yang
    kronik yang ciri utamanya ialah simptom-simptom
    yang menyusahkan seseorang dan dianggapnya
    menggangu dan ego-distonik.
  • Simptom-simptom itu tidaklah mengakibatkan
    pesakit tidak siuman dan secara kasarnya ianya
    tidaklah mengganggu norma-norma sosial. Ia
    biasanya berterusan dan berulang.

21
  • Ciri Utama Penyakit Neurotik Kecelaruan yang
    kronik dan berulang yang dicirikan oleh simptom
    anxieti

22
Ciri-ciri Umum Anxieti
  • Suatu keadaan emosi melibatkan perasaan resah dan
    takut yang subjektif
  • Emosi yang tidak selesa dan keresahan yang
    mungkin disertai perasaan seumpama menghampiri
    mati
  • Merasai sesuatu yang buruk akan berlaku pada masa
    akan datang
  • Mungkin melibatkan ketidakselesaan tubuh badan
    (bodily discomfort) seperti berdebar, sesak
    nafas, kerengsaan perut, kekeringan mulut, tangan
    terketar-ketar dll

23
Pengkelasan Penyakit Neurotik
  • Kecelaruan Panik dan Fobia (Panic and Phobic
    Disorders)
  • Kecelaruan Anxieti Menyeluruh (Generalized
    Anxiety Disorder)
  • Kecelaruan Obsesif Kompulsif (Obsessive
    Compulsive Disorder)
  • Kecelaruan Disosiatif (Konversi) (Dissociative /
    Coversion Disorder)
  • Kecelaruan Somatoform (Somatoform Disorder)

24
Kecelaruan Panik dan Fobia
25
Kecelaruan Panik
  • Definisi
  • serangan panik berulang yang berlaku secara
    tiba-tiba dan tidak diduga dan biasanya
    didominasi oleh gejala fizikal yang mungkin
    dirasakan boleh menyebabkan akibat yang serius
    seperti serangan jantung dan sebagainya

26
Kecelaruan Panik
  • Gejala-gejala serangan panik
  • Susah bernafas
  • Berdebar-debar
  • Nyeri atau sakit dada
  • Berpeluh
  • Pening, mahu pitam
  • Loya-loya / sakit perut
  • Depersonalisasi / derealisasi
  • Kebas-kebas
  • Menggigil
  • Takut nak mati
  • Takut hilang kawalan / jadi gila

27
Kecelaruan Panik
  • Prevalen tahunan 13/1000 lelaki, 32/1000 wanita
  • Prevalen jangkahayat 56/1000
  • Prognosis
  • berkala dan kronik, mungkin sehingga 20 tahun
    jika tidak dirawat
  • Boleh mendapat kemurungan / agorafobia (selepas
    ini!)

28
Kecelaruan Panik
  • Faktor penyebab
  • Kelainan biokimia di dalam otak reseptor
    serotonin dan noradrenalin
  • Hipotesis hiperventilasi serangan panik
    hiperventilasi involuntari
  • Hipotesis kognitif ketakutan terhadap penyakit
    yang menokok

29
Kecelaruan Panik
  • Rawatan
  • Drug
  • Anti-anxieti
  • Anti-kemurungan
  • rebreathing
  • Untuk pesakit yang berhiperventilasi
  • Terapi Kognitif

30
Fobia
  • Definisi
  • Ketakutan berlebihan dari yang sepatutnya pada
    sesuatu keadaan
  • Tidak boleh dijelaskan secara rasional
  • Tidak dapat dikawal oleh individu berkenaan
    (bukan disengajakan)
  • Ketakutan akhirnya menyebabkan pengelakkan
    daripada menghadapi situasi/benda berkenaan
    (avoidance behaviour)

31
Fobia
  • Pengkelasan
  • Agorafobia
  • Fobia Sosial (Social Phobia)
  • Fobia Spesifik

32
Agorafobia
  • Definisi
  • ketakutan kepada ruang terbuka / tempat awam /
    berada jauh dari rumah secara bersendirian
  • Biasanya dimulai dengan suatu serangan anxieti /
    panik
  • Prevalen jangkahayat 6-10
  • Prevalen tahunan 1.7 lelaki, 3.8 wanita
  • 66 pesakit wanita
  • Muncul di antara umur 15 35

33
Agorafobia
  • Prognosis
  • berkala dan bila telah sebati boleh berterusan
    sehingga beberapa tahun
  • Faktor Penyebab
  • Personaliti pasif, resah dan terlalu bergantung
  • Biasanya didahului oleh acara kehidupan yang
    major (major life events)
  • Insiden fobia semasa kanak-kanak
  • Serangan anxieti pertama seperti kecelaruan
    panik
  • Penghindaran tempat awam pelaziman yang
    dipelajari

34
Agorafobia
  • Rawatan
  • Terapi Tingkahlaku kombinasi pendedahan dan
    teknik menghadapi serangan panik
  • Drug
  • Anti-anxieti
  • Anti-kemurungan

35
Fobia Sosial
  • Definisi ketakutan yang tidak rasional tetapi
    berterusan terhadap, dan keinginan untuk,
    mengelak situasi yang boleh mendedahkan individu
    berkenaan kepada penilaian dan kritikan orang
    lain atau kebimbangan tentang berlakunya kelakuan
    yang akan memalukan dirinya di khalayak ramai

36
Fobia Sosial
  • Lelaki ? wanita
  • Prevalen tahunan 7 lelaki, 9 wanita
  • Biasanya muncul daripada umur baligh ke atas
  • Prognosis bertambah teruk mengikut masa dan
    boleh berterusan sehingga beberapa tahun

37
Fobia Sosial
  • Faktor penyebab
  • Genetik kerapkali terdapat ahli keluarga yang
    turut menghadapinya
  • Faktor kognitif kerisauan yang melampau terhadap
    kritikan orang lain
  • Rawatan
  • Terapi Kognitif dan Tingkahlaku pendedahan
    kepada situasi yang ditakuti dan pengurusan
    anxieti
  • Drug
  • Anti-anxieti
  • Anti-kemurungan

38
Fobia Spesifik
  • Definisi ketakutan yang tidak rasional tetapi
    berterusan terhadap, dan keinginan untuk,
    mengelak daripada bertembung dengan sesuatu objek
    atau situasi yang spesifik (selain daripada
    agorafobia dan fobia sosial)
  • Contoh-contoh fobia
  • Fobia binatang
  • Fobia penyakit
  • Fobia darah
  • Fobia suntikan
  • Fobia lif / kapalterbang
  • Fobia tempat tinggi / air

39
Fobia Spesifik
  • Insiden lelaki wanita kecuali fobia binatang
    gt wanita
  • Prevalens jangkahayat 4 lelaki, 13 wanita
  • Biasanya bermula dari kanak-kanak
  • Prognosis
  • Jika bermula dari kanak-kanak bertahun-tahun
  • Jika bermula umur dewasa, prognosa lebih baik
    terutamanya jika jelas berlaku selepas sesuatu
    insiden yang berstres (stressful)

40
Fobia Spesifik
  • Faktor penyebab
  • Genetik sedikit sahaja pengaruhnya
  • Psikoanalitik displacement sesuatu anxieti
    yang terlindung
  • Kebanyakan kes adalah penerusan daripada fobia
    ketika kanak-kanak pengkondisian situasi yang
    menakutkan
  • Rawatan
  • Terapi tingkahlaku pendedahan

41
Kecelaruan anxieti menyeluruh
42
Kecelaruan Anxieti Menyeluruh
  • Definisi anxieti yang menyeluruh dan berterusan
    tanpa sebarang gejala yang spesifik (seperti
    fobia atau panik)
  • Gejala utama
  • Kerisauan dan keresahan subjektif yang berlebihan
    dan tidak boleh dikawal
  • Tekanan motor (motor tension) keresahan,
    menggigil, sukar untuk relaks, sakit kepala
  • Hiperaktiviti autonomik berpeluh,
    berdebar-debar, kering mulut, ketidakselesaan
    epigastrik, kepeningan
  • Lain-lain mudah marah-marah, kurang konsentrasi,
    sensitif kepada kebisingan

43
Kecelaruan Anxieti Menyeluruh
  • Prevalen tahunan 2-6 (2 lelaki, 4 wanita)
  • Prognosa
  • biasanya pulih dalam tempoh 6 bulan hingga 3
    tahun
  • Kerap berlaku bersama kemurungan (depression)
  • Faktor penyebab
  • Genetik MZ(kembar seiras) 65, DZ(kembar tidak
    seiras) 13
  • Pengalaman semasa kecil perpisahan, penekanan
    berlebihan terhadap kejayaan dan konformasi

44
Kecelaruan Anxieti Menyeluruh
  • Rawatan
  • Umum kaunseling, membantu menyelesaikan situasi
    berstres
  • Psikoterapi terapi kognitif, latihan pengurusan
    anxieti
  • Drug anti-anxieti dan anti-kemurungan

45
Kecelaruan Obsesif Kompulsif
46
Kecelaruan Obsesif Kompulsif
  • Obsesi
  • idea, fikiran, imej atau impuls yang berulang dan
    berlaku secara berterusan
  • dianggap asing, tidak sepatutnya dilakukan dan
    tidak logik oleh seseorang
  • TETAPI pada masa yang sama disedari sebagai
    penghasilan mindanya sendiri
  • Biasanya usaha akan dilakukan untuk tidak
    memperdulikan atau untuk mensupresi perkara
    tersebut

47
Kecelaruan Obsesif Kompulsif
  • Kompulsi
  • Perbuatan yang dilakukan dengan perasaan terpaksa
    tetapi secara berterusan
  • walaupun dianggap asing, tidak sepatutnya
    dilakukan dan tidak logik
  • .Perbuatan berkenaan biasanya dilakukan berserta
    dengan keinginan untuk melawannya
  • Apabila individu berkenaan cuba untuk tidak
    melakukan kompulsi itu, akan wujud rasa tekanan
    yang meningkat yang hanya akan hilang apabila ia
    mengalah dan melakukan perbuatan tersebut

48
(No Transcript)
49
Kecelaruan Obsesif Kompulsif
  • Bentuk-bentuk biasa KOK
  • kewas-wasan obsesi 42
  • takut terkontaminasi 45
  • mempastikan keadaan bersimetri 31
  • fikiran agresif 28
  • kompulsi untuk memeriksa 63
  • membasuh (tangan, mandi) 50
  • membilang 36

50
Kecelaruan Obsesif Kompulsif
  • 65 pesakit bermula umur lt 25 tahun
  • lelaki wanita
  • prevalen 0.5 populasi umum

51
Kecelaruan Obsesif Kompulsif
  • Prognosis
  • kes ringan 70 pulih selepas 1-5 tahun
  • kes berat 33 pulih selepas rawatan
  • biasanya menunjukkan pola statik atau beransur
    berat, kadang-kadang boleh berkala
  • kompulsi yang pelik-pelik dan obsesi terhdapa
    simetri paling buruk prognosanya

52
Kecelaruan Obsesif Kompulsif
  • Faktor penyebab
  • Genetik
  • Kelainan struktur otak
  • lobus frontal, girus singulat dan nukleus kaudat
  • Kelainan biokimia fungsi serotonin
  • Psikoanalitik

53
Kecelaruan Obsesif Kompulsif
  • Rawatan
  • Kaunseling
  • Drug anti-anxieti / anti-kemurungan (SSRI)
  • Terapi Tingkahlaku
  • kombinasi penghalangan gerakbalas dan pendedahan
  • thought stopping kurang berkesan

54
Drug yang lazim digunakan dalam perawatan anxieti
  • Anti-anxieti
  • Kumpulan Benzodiazepine merangsang transmisi
    GABA
  • Masalah risiko ketagihan
  • Contoh Alprazolam, Diazepam, Lorazepam
  • Buspirone mengurangkan transmisi Serotonin
  • Masalah kesan tindakan hanya selepas beberapa
    hari
  • Tidak sesuai dalam Kecelaruan Panik

55
Drug yang lazim digunakan dalam perawatan anxieti
  • Anti-anxieti
  • Antagonis Beta Adrenergik mengurangkan gejala
    autonomik
  • Contoh Propranolol dan Atenolol
  • Masalah hipotensi, bronkospasm, asidosis
    metabolik

56
Drug yang lazim digunakan dalam perawatan anxieti
  • Anti-kemurungan meniggikan paras ketekolamin
    dalam reseptor otak
  • kesan mungkin lebih lambat tetapi tiada risiko
    ketagihan
  • Beberapa jenis dan contohnya
  • Trisiklik Amitriptiline, Imipramine, Dothiapine
  • SSRI Fluoxetine, Fluvoxamine, Citalopram
  • MAOI Phenelzine, Tranylcypromine, Moclobemide

57
Secara Ringkas
  • Kecelaruan Disosiatif / Konversi
  • histeria
  • Kecelaruan Somatoform
  • Somatization Disorder
  • Hypochondriacal Syndrome
  • Pain Disorder
  • Body Dysmorphic Disorder

58
Sekian
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com