PENGENALAN ILMU TAFSIR - PowerPoint PPT Presentation

1 / 41
About This Presentation
Title:

PENGENALAN ILMU TAFSIR

Description:

Niat dan tujuan yang baik Berakhlak mulia Taat dan beramal Berjiwa mulia Bersikap tawadu dan lemah lembut Tegas dalam menyampaikan kebenaran Mendahulukan orang ... – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:2300
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 42
Provided by: FADLANB
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: PENGENALAN ILMU TAFSIR


1
PENGENALAN ILMU TAFSIR
2
Ilmu Tafsir
  • Bahasa
  • Penjelasan dan penerangan

3
  • Istilah
  • Imam al-Suyuti
  • Tafsir adalah ilmu yang dengannya dapat memahami
    al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad
    s.a.w dan menerangkan makna maksud serta
    hukum-hukum dan hikmat-hikmat yang ada di
    dalamnya.

4
  • al-Zarqani
  • Tafsir adalah satu ilmu yang mengkaji ayat-ayat
    al-quran dari segi petunjuk lafaznya mengikut
    kehendak allah sekadar kemampuan manusia.
  • Abu Hayyan
  • Tafsir ialah yang membahaskan tentang cara hendak
    menyebut lafaz al-Quran mengenai dalil-dalilnya,
    hukum-hakamnya makna-makna dari kata mufrad atau
    susunan ayat.

5
  • Kesimpulannya
  • Satu bidang ilmu yang membincangkan dan
    menjelaskan kehendak Allah yang tersemat di dalam
    kitabNya menurut kemampuan manusia. Lantaran itu
    tafsir mencakupi segala cara dan daya usaha untuk
    memahami pengertian kehendak kitab suci al-Quran
    al-Karim.

6
KELEBIHAN ILMU TAFSIR
  • Ilmu Tafsir adalah ilmu yang paling mulia kerana
    ia membicarakan tentang isi kandungan al-Quran
    yang merupakan Kalam Allah Taala.

7
Imam Suyuti (1992)telah menggariskan kemuliaan
mempelajari Ilmu Tafsir dari TIGA SUDUT
  • Pertama kemuliaan dari sudut tajuk (niche) yang
    dibicarakan kerana tajuknya adalah Kalam Allah
    yang mengandungi segala hikmah serta kelebihan.

8
  • Kedua, kemuliaan dari sudut matlamatnya iaitu
    untuk berpegang dengan Urwatul Wusqa dan
    mencapai kebahagiaan hakiki.
  • Manakala Khalid cAbdul Rahman al-cIk (1994) pula
    berpendapat kemuliaan dari segi matlamat ialah
    menghasilkan keupayaan untuk mengistinbatkan
    hukum, hikmah dan rahsianya mengikut kaedah dan
    usul serta kadar kemampuan manusia.

9
  • Ketiga kemuliaan dari sudut keperluan terhadapnya
    kerana kesempurnaan agama dan dunia tidak terbina
    tanpa ilmu dari Kitab Allah.

10
KEPENTINGAN ILMU TAFSIR
  • Mampu mengetahui isi kandungan al-Quran dengan
    lebih baik.
  • Mengetahui ilmu-ilmu lain yang ada di dalam
    al-Quran.
  • Memperakui kebesaran, keagongan dan kebijaksanaan
    Allah terhadap makhluknya.

11
  • Memperakui kebesaran, keagungan dan kebijaksanaan
    Allah terhadap makhluknya.
  • Mampu menjadi sumber asas dalam menyelesaikan
    permasalahan kehidupan manusia samada dari sudut
    politik, ekonomi, sosial dan agama.
  • Mempelajari serta mengetahui isi kandungan
    al-Quran merupakan satu kelebihan yang tinggi di
    sisi Islam.

12
  • Oleh kerana PENTINGNYA Ilmu tafsir menyebabkan
  • Pertama
  • Ia diberi perhatian yang sungguh-sungguh oleh
    ulama Islam dalam semua bidang, hinggakan Ilmu
    tafsir dijadikan sebagai salah satu daripada
    syarat untuk seseorang itu sampai ke taraf
    Mujtahid.

13
  • Kedua
  • Ilmu Tafsir adalah ilmu yang mula-mula disusun
    dalam Ulum al-Quran. Ini adalah kerana ia
    merupakan asal dalam memahami al-Quran serta
    mentadabburkannya, juga mengistinbatkan hukum dan
    mengetahui halal dan haram

14
PERKEMBANGAN ILMU TAFSIR
  • Tahap Pertama Dalam Perkembangan Ilmu Tafsir
    (Periwayatan atau Sebelum Pentadwinan)
  • Tahap Pertama ini meliputi zaman Rasulullah s.aw,
    Para Sahabat dan Tabiin. Tafsir pada tahap ini
    disampaikan secara riwayat atau talaqqi dimana
    Sahabat mengambil riwayat daripada Rasulullah
    s.a.w. dan Tabiin mengambil riwayat dari Sahabat
    r.a.

15
  • Tahap Kedua Dalam Perkembangan Ilmu Tafsir
    (Pentadwinan bersama Ilmu Hadith)
  • Bermula selepas zaman Tabiin dimana Tafsir masih
    merupakan sebahagian daripada cabang Ilmu Hadith.
  • Masih belum lahir talif khas mengenai tafsiran
    al-Quran mengikut surah atau ayat dari awal
    hingga akhir.

16
  • Ketika ini para ulama masih mengumpulkan Tafsir
    sebagaimana juga Hadith Rasulullah.
  • Antara ulama tersebut
  • Yazid bin Harun al-Sullami (wafat 117H)
  • Syucbah bin Hajjaj (wafat 160H)
  • Wakic bin Jarrah (wafat 197 H)
  • Sufyan bin Uyainah (wafat 198H

17
  • Tahap Ketiga Dalam Perkembangan Ilmu Tafsir
    (Pentadwinan sebagai ilmu khusus)
  • Bermula apabila Ilmu Tafsir dipisahkan dari Ilmu
    Hadith, menjadi suatu ilmu yang tersendiri
    (ditadwinkan).
  • Dikatakan pentadwinan Ilmu Tafsir ini berlaku di
    akhir Zaman Tabiin atau zaman Bani Umaiyyah.

18
  • Pada ketika ini tafsiran mula dilakukan mengikut
    susunan ayat dan surah dalam mashaf.
  • Di antara para ulama yang terlibat dalam
    pembukuan Ilmu Tafsir ialah
  • Ibn Majah (wafat 273H)
  • Ibn Jarir al-Tabari (wafat 310H),
  • Abu Bakr bin al-Munzir al-Naysaburi (wafat318H)
  • Ibn Abi Hatim (wafat 327H)
  • al-Hakim (wafat 405H)

19
  • Kesemua tafsir-tafsir ini disandarkan kepada
    Rasulullah, Sahabat, Tabiin dan Tabic Tabiin.
  • Pada tahap ini tidak bermakna terhentinya tahap
    pertama dan kedua, bahkan Tafsir sebenarnya masih
    mengalami proses tadarruj (pemeringkatan).

20
  • Tahap Keempat
  • (Tafsir diringkaskan Sanadnya)
  • Tafsir masih bersifat Tafsir Mathur. Walau
    bagaimanapun periwayatan semakin bertambah ramai
    lantas timbul usaha untuk meringkaskan sanad.
  • Banyak riwayat-riwayat Mathur dari Mufassir
    terdahulu disampaikan tanpa dinisbahkan kepada
    perawinya.

21
  • Banyak riwayat-riwayat Mathur dari Mufassir
    terdahulu disampaikan tanpa dinisbahkan kepada
    perawinya.
  • AKIBATNYA?

22
(No Transcript)
23
  • Tahap Kelima
  • (Percampuran antara
  • Tafsir Naql dgn Tafsir al-Rayi)
  • Lebih banyak kesalahan yang timbul
  • Tafsiran yang bercampur antara tafsir Naql dan
    tafsir Aqli (tafsir berdasarkan ijtihad dan
    pemikiran).

24
  • Kelahiran kumpulan-kumpulan politik,
    mazhab-mazhab fiqh yang berbeza, pelbagai
    ilmu-ilmu baru termasuk falsafah memberi kesan
    terhadap Ilmu Tafsir sehinggakan banyak perkara
    yang dimuatkan dalam kitab-kitab tafsir.
  • Ilmu Tafsir dipengaruhi budaya, falsafah dan
    ilmu-ilmu tertentu serta semakin jauh dari
    sifatnya sebagai Tafsir Mathur.

25
RUJUKAN
  • Al-Dhahabi, Muhammad Hussayn.1995. al-Tafsir wa
    al-Mufassirun. Juz Pertama. Qahirah Maktabah
    Wahbah.
  • Ibn Manzur. 3412 M. Lisan cArab. Dar al-Macarif. 
  • Ismail Yusoff.1995.Perkembangan Penulisan dan
    Terjemahan Kitab-Kitab Tafsir di Malaysia. Bab
    dalam buku Islamiyyat (Jurnal Pengajian Islam)
    Universiti Kebangsaan Malaysia.Jilid 16
  • Khalid cAbdul Rahman al-cIk.1994. Usul Tafsir wa
    Qawaciduh. Damsyik Dar al-Nafais.
  • Mannac al-Qattan. 1995. Mabahith fi Ulum
    al-Quran. Qahirah Maktabah Wahbah

26
  • Al-Suyuti, Jalal al-Din cAbd. Rahman. 1992.
    Al-Itqan fi Ulum al-Quran. Saudi Dar al-Hijrah
    li al-Nashr wa al-Tauzi c
  • Al-Zarqani, Muhammad Abd. Al-cAzim.1998. Manahil
    al-cIrfan fi Ulum al-Quran. Juz Pertama. Beirut
    Dar Ihya al-Thurath al-cArabi.
  • Al-Zarkashi, Badr al-Din Muhammad bin Abdullah.
    1994. al-Burhan fi cUlum al-Quran. Beirut Dar
    al-Macrifah. 

27
KEPENTINGAN MENGETAHUI USUL AL-TAFSIR
28
- DEFINISI USUL AL-TAFSIR
  • Kaedah-kaedah dan asas-asas yang mendokong Ilmu
    Tafsir merangkumi perkara yang berkaitan dengan
    Mufassir dari sudut syarat-syarat, adab-adab dan
    perkara yang berkaitan dengan Tafsir merangkumi
    kaedah-kaedah, metode dan sebagainya.
  • Suatu disiplin ilmu yang mendokong kefahaman
    absah terhadap al-Quran dan membongkar
    penyelewengan dan kesesatan dalam Tafsir.

29
- Perbezaan
30
- Kepentingan Ulum al-Quran, Usul al-Tafsir dan
Qawaid al-Tafsir
  • 1. Mengetahui manhaj yang sahih dalam pentafsiran
    al-Quran.
  • 2. Memahami erti al-Quran dengan kehafaman yang
    sahih dan membuahkan amalan salih.
  • 3. Mempunyai kekuatan untuk mempertahankan
    kesucian al-Quran.
  • 3. Mengikuti jejak langkah para ulama dalam
    menjaga kehebatan al-Quran.

31
SYARAT-SYARAT MUFASSIR
32
  • Akidah yang benar
  • Bersih daripada hawa nafsu
  • Mempunyai keahlian dalam bidang hadith, riwayat,
    dan dirayah
  • Mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang
    bahasa dan ilmu-ilmu yang berkaitan
  • Berpengetahuan dalam ilmu qiraat
  • Mengetahui dalam Ilmu Nahu dan Sarf
  • Berpengetahuan luas dalam bidang Ulum al-Quran

33
  • Mendalami ilmu Usuluddin dan ilmu tauhid
  • Berpengetahuan dalam ilmu Usul Fiqh
  • Mengetahui ilmu-ilmu lain seperti ilmu sosiologi
    dan antropologi, zoologi
  • Memulakan tafsir al-Quran dengan al-Quran itu
    sendiri

34
ADAB-ADAB MUFASSIR
35
  • Niat dan tujuan yang baik
  • Berakhlak mulia
  • Taat dan beramal
  • Berjiwa mulia
  • Bersikap tawadu dan lemah lembut
  • Tegas dalam menyampaikan kebenaran
  • Mendahulukan orang-orang yang lebih utama
    daripada dirinya sendiri
  • Menggaris dan mengemukakan langkah-langkah
    penafsiran secara baik

36
TINGKATAN PARA PENTAFSIR
37
TAFSIR AL-SAHABAH
  • al-Khulafa al-Arbaah
  • Ibn Masud
  • Ibn Abbas
  • Ubayy bin Kaab
  • Zaid bin Thabit
  • Abu Musa al-Asyary
  • Abdullah bin al-Zubair

38
TABAQAH AL-TABIIN
  • Tabaqah Ahl Makkah kerana mereka adalah
    sahabat-sahabat Ibn Abbas, seperti
  • Mujahid
  • Ata bin Abi Rabah,
  • Ikrimah Maula Ibn Abbas
  • Said bin Jubair
  • Thawuus bin Kaisan al-Yamani.

39
  • Tabaqah Ahl Madinah
  • Zaid bin Aslam
  • Abu al-Aliyah
  • Muhammad bin Kaab al-Qurazhi.

40
  • Tabaqah Ahl al-Iraq
  • Masruq bin al-Ajda
  • Qatadah bin Diamah,
  • Abu Said al-hasan al-Basri
  • Ata bin Abu Muslim al-Khurasaniyy

41
RUJUKAN
  • Al-Rumi, Fahd bin Abd al-Rahman bin Sulaiman.
    1420. Buhuth fi Usul al-Tafsir wa Manahijih.
    Al-Riyah Maktabat al-Tawbah.
  • Al-Suyuti, Jalal al-Din Abd. Rahman. 1992.
    Al-Itqan fi Ulum al-Quran. Saudi Dar al-Hijrah
    li al-Nashr wa al-Tauzi c
  • Al-Qattan, Mannac. 2002. Mabahith FI cUlum
    al-Quran. al-Qahirah Maktabah Wahbah.
  • Hasan Ayyub. 2002. al-Hadith fi Ulum al-Quran wa
    al-Hadith. al-Qahirah Dar al-Salam.
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com