TEORI TRET DAN FAKTOR - PowerPoint PPT Presentation

1 / 10
About This Presentation
Title:

TEORI TRET DAN FAKTOR

Description:

Title: ANALISIS KENDIRI: MINAT KERJAYA USAHAWAN Author. Last modified by: DR SIDEK MOHD NOAH Created Date: 6/24/2002 2:47:27 AM Document presentation format – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:177
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 11
Provided by: R183
Category:
Tags: dan | faktor | teori | tret | traits

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: TEORI TRET DAN FAKTOR


1
TEORI TRET DAN FAKTOR
  • Oleh
  • PROFESOR MADYA DR. SIDEK MOHD NOAH
  • Jabatan Pendidikan Kaunselor Psikologi
    Kaunseling
  • Fakulti Pengajian Pendidikan
  • Universiti Putra Malaysia
  • 43400 UPM SERDANG

BAGAIMANA BERKOMUNIKASI? TELEFON.
603-89468118/8167 (OFFICE) 012-2126312
(HP) E-Mail smn_at_educ.upm.edu.my smnoah_at_hotmail.co
m
2
TEORI TRET DAN FAKTOR
  • Teori ini diasaskan oleh Frank Parsons iaitu bapa
    pergerakan kaunseling kerjaya dan penulis buku
    Choosing the Vocation
  • Teori terawal yang cuba menerangkan proses
    pemilihan kerjaya berasaskan kepada teori
    perbezaan peribadi individu
  • Sebuah teori pendekatan struktur
  • Teori ini mengandaikan bahawa setiap individu
    mempunyai corak kemampuannya yang unik, tret-tret
    tertentu yang dapat diukur dengan tepat dan
    selaras yang mempunyai hubungan dengan
    keperluan-keperluan asas dengan beberapa jenis
    pekerjaan

3
MENURUT ZACCARIA
  • INDIVIDU MEMPUNYAI KEBOLEHAN DAN TRET-TRET YANG
    UNIK
  • TRET-TRET INI PULA MEMPUNYAI HUBUNGAN DENGAN
    KEPERLUAN-KEPERLUAN DALAM PELBAGAI JENIS
    PEKERJAAN
  • INDIVIDU MEMPUNYAI SATU SET KUALITI YANG AGAK
    HOMOGENIUS YANG PERLU UNTUK KEJAYAAN DALAM
    SESUATU JENIS PEKERJAAN
  • UJIAN IAITU PENGUKURAN TRET YANG OBJEKTIF DAN
    STANDARD ADALAH KAEDAH YANG TERBAIK UNTUK MERAMAL
    KEJAYAAN PEKERJAAN MASA DEPAN SESEORANG

(DLM. WEINRACH 197963)
4
KETERANGAN TEORI
  • SETIAP INDIVIDU AKAN BERUSAHA UNTUK MENGENALPASTI
    TRET-TRETNYA DAN MENCARI JALAN UNTUK HIDUP DAN
    BEKERJA YANG MEMBOLEHKAN IANYA MENGGUNAKAN SEGALA
    KEBOLEHAN-KEBOLEHAN YANG DIMILIKINYA SECARA
    BERKESAN
  • TEORI T-F ADALAH SEBUAH TEORI BERCORAK KOGNITIF
    YANG MANA PENGGUNAANNYA DAPAT MEMPERMUDAHKAN
    PROSES PEMILIHAN KERJAYA TERUTAMA JIKA MAKLUMAT
    YANG TEPAT MENGENAI DIRI INDIVIDU DIPEROLEH
  • TEORI INI JUGA DIKENALI SEBAGAI MINNESOTA POINT
    OF VIEW YANG ADA KAITAN EDMUND G. WILLIAMSON

5
  • PARSONS MENCADANGKAN PEMILIHAN KERJAYA YANG BAIK
    MELIBATKAN TIGA PERKARA IAITU KEFAHAMAN YANG
    JELAS MENGENAI DIRI, PENGETAHUAN MENGENAI
    PEKERJAAN DAN TAAKULAN TEPAT MENGENAI HUBUNGAN
    ANTARA KEDUA-DUA FAKTA TERSEBUT
  • ASAS DALAM BIMBINGAN KERJAYA IAITU UJIAN
    PSIKOLOGI, PEMBERIAN MAKLUMAT DAN MEMBUAT
    KEPUTUSAN SECARA TRUE REASONING YANG BERASASKAN
    KEPADA PENGAMBILAN KEPUTUSAN SECARA RASIONAL
  • WALAUPUN PADA ASASNYA PENDEKATAN INI ADALAH
    RASIONAL DAN LOGIKAL NAMUN IA MASIH DIKAITKAN
    DENGAN PERSONALISMA IAITU PENUMPUAN KEPADA
    KESELURUHAN INDIVIDU

6
  • MENURUT WILLIAMSON, MANUSIA SEBAHAGIAN BESARNYA
    ADALAH INDIVIDU YANG RASIONAL DAN BERKEBOLEHAN
    MEMBUAT PEMILIHAN YANG TERBAIK ASALKAN KETERANGAN
    DAN MAKLUMAT UNTUK MENGASASKAN PILIHAN ITU
    MENCUKUPI
  • TRET ADALAH STRUKTUR PSIKIK DAN NEUROLOGIKAL YANG
    TIDAK MUDAH LUNTUR YANG TERLETAK DI SUATU TEMPAT
    DI DALAM OTAK ATAU SISTEM SARAF
  • DENGAN ANDAIAN INI PSIKOLOGIS PERCAYA BAHAWA ALAT
    BOLEH DIBANGUNKAN DAN DICIPTA UNTUK MENGUKUR TRET
    ATAU KUALITI INTRINSIK TERSEBUT

7
  • MENURUT ANASTASI, TRET ADALAH ENTITI YANG
    DIPELAJARI YANG MEMPUNYAI KESAHAN HANYA PADA
    KERJA-KERJA ATAU SITUASI-SITUASI YANG SPESIFIK
    SAHAJA
  • TEORI TRET-FAKTOR INI TELAH DIJADIKAN ASAS
    PEMBENTUKAN RIBUAN ALAT UKURAN PSIKOLOGI YANG
    DIGUNA UNTUK MENGUKUR KUALITI INTRINSIK INDIVIDU
  • IA JUGA DIJADIKAN ASAS KEPADA PEMBENTUKAN SUMBER
    MAKLUMAT KERJAYA YANG DIKENALI SEBAGAI DICTIONARY
    OF OCCUPATIONAL TITLES

8
RUMUSAN TEORI TRET DAN FAKTOR
  • SETIAP INDIVIDU MEMPUNYAI SET TRET YANG UNIK YANG
    MANA BOLEH DIUKUR SECARA SAH DAN BOLEH DIPERCAYAI
  • SETIAP PEKERJAAN MEMERLUKAN SESEORANG PEKERJA
    MEMILIKI TRET-TRET TERTENTU UNTUK BERJAYA, NAMUN
    DEMIKIAN SESEORANG PEKERJA DENGAN CIRI-CIRI YANG
    AGAK LUAS BOLEH BERJAYA DALAM PEKERJAAN TERSEBUT

9
RUMUSAN TEORI TRET DAN FAKTOR
  • PEMILIHAN KERJAYA ADALAH SATU PROSES YANG AGAK
    MUDAH DIFAHAMI DAN PROSES PEMADANAN ADALAH
    MUNGKIN
  • SEMAKIN HAMPIR KESELARASAN ANTARA CIRI-CIRI
    PERSONAL DENGAN KEPERLUAN-KEPERLUAN DALAM SESUATU
    PEKERJAAN MAKA SEMAKIN BESAR KEMUNGKINAN
    SESEORANG ITU UNTUK BERJAYA DALAM PEKERJAAN
    TERSEBUT (PRODUKTIVITI DAN KEPUASAN TINGGI)

10
SEKIAN UNTUK HARI INI
TERIMA KASIH
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com