TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL JOHN KRUMBOLTZ - PowerPoint PPT Presentation

1 / 21
About This Presentation
Title:

TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL JOHN KRUMBOLTZ

Description:

... membuat keputusan kerjaya teori pemilihan kerjaya teori tret dan faktor teori tipologi holland teori pemilahan kerjaya anne roe teori psikoanalitik bordin ... – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:665
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 22
Provided by: DRSID7
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL JOHN KRUMBOLTZ


1
TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL JOHN KRUMBOLTZ
  • OLEH
  • PROFESOR MADYA DR. SIDEK MOHD NOAH
  • JABATAN PENDIDIKAN KAUNSELOR PSIKOLOGI
    KAUNSELING
  • FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
  • UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
  • 43400 UPM SERDANG
  • SELANGOR, MALAYSIA
  • TEL. 603-89468118, 603-89468167 (OFFICE)
  • 012-2126312 (HP)
  • FAX 603-89435386
  • E-MAIL smn_at_educ.upm.edu.my
  • smnoah_at_hotmail.com

2
TEORI-TEORI KERJAYA
  • TEORI PEMILIHAN KERJAYA _at_ TEORI PENDEKATAN
    STRUKTUR
  • TEORI PERKEMBANGAN KERJAYA _at_ TEORI PENDEKATAN
    PROSES
  • TEORI MEMBUAT KEPUTUSAN KERJAYA

3
TEORI PEMILIHAN KERJAYA
  • TEORI TRET DAN FAKTOR
  • TEORI TIPOLOGI HOLLAND
  • TEORI PEMILAHAN KERJAYA ANNE ROE
  • TEORI PSIKOANALITIK BORDIN

4
TEORI PERKEMBANGAN KERJAYA
  • TEORI PERKEMBANGAN KERJAYA GINZBERG
  • TEORI PERKEMBANGAN KERJAYA SUPER

5
TEORI MEMBUAT KEPUTUSAN KERJAYA
  • TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL JOHN KRUMBOLTZ
  • TEORI TIEDEMAN DAN OHARA
  • TEORI GELATT
  • TEORI HILTON
  • TEORI HERHENSON

6
LATAR BELAKANG TEORI
  • DIPERKENALKAN OLEH JOHN KRUMBOLTZ DAN
    RAKAN-RAKANNYA
  • SEBUAH TEORI MEMBUAT KEPUTUSAN KERJAYA
  • TEORI INI ADALAH HASIL UBAHSUAI DAN PERKEMBANGAN
    TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL YANG DIPERKENALKAN OLEH
    ALBERT BANDURA (1977)
  • TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL MENGENAI TINGKAH LAKU
    ADALAH BERASASKN KEPADA TEORI PENGUKUHAN DAN
    BEHAVIURISME KLASIK

7
TUJUAN TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL DIPERKEMBANGKAN
ADALAH UNTUK MENJAWAB BEBERAPA SOALAN
  1. MENGAPA INDIVIDU MEMILIH PROGRAM PENGAJIAN DAN
    PEKERJAAN YANG TERTENTU DALAM KEHIDUPANNYA?
  2. MENGAPA INDIVIDU MENGUBAH PROGRAM PENGAJIAN ATAU
    PEKERJAAN PADA SUATU MASA YANG TERTENTU DALAM
    KEHIDUPANNYA?
  3. MENGAPA INDIVIDU MEMILIH BEBERAPA AKTIVITI
    PEKERJAAN YANG BERLAINAN PADA SUATU MASA YANG
    TERTENTU DI DALAM KEHIDUPANNYA?

8
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN
KERJAYA
  • PEMBAWAAN GENETIK DAN KEBOLEHAN ISTIMEWA MELIPUTI
    BANGSA, JANTINA, PARAS RUPA DAN CIRI-CIRI LAIN
    TERMASUKLAH KECACATAN YANG TIDAK BOLEH DIPULIHKAN
  • KEADAAN DAN PERISTIWA PERSEKITARAN MELIPUTI
    KEADAAN SOSIAL, KEBUDAYAAN, POLITIK, KUASA
    EKONOMI DAN KUASA SEMULAJADI SEPERTI BENCANA ALAM
    DAN KEDUDUKAN SUMBER ASLI

9
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN
KERJAYASAMBUNGAN
  • PENGALAMAN PEMBELAJARAN TERMASUKLAH PERKEMBANGAN
    KECENDERUNGAN KERJAYA, KEMAHIRAN-KEMAHIRAN DAN
    PEMILIHAN KERJAYA TERTENTU ADALAH DIPENGARUHI
    OLEH PENGALAMAN PEMBELAJARAN INDIVIDU DI MASA LALU

10
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN
KERJAYASAMBUNGAN
  • KEMAHIRAN PENDEKATAN TUGAS IAITU INTERAKSI ANTARA
    PENGALAMAN PEMBELAJARAN, CIRI-CIRI GENETIK,
    KEBOLEHAN ISTIMEWA DAN FAKTOR PERSEKITARAN
    MEMPENGARUHI KEPUTUSAN DALAM KEMAHIRAN PENDEKATAN
    TUGAS YANG AKHIRNYA AKAN MEMPENGARUHI HASIL AKHIR

11
PENERANGAN TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL
  • TEORI INI MENGANDAIKAN BAHAWA PERSONALITI DAN
    TINGKAH LAKU YANG INDIVIDU PEROLEH PADA ASASNYA
    ADALAH HASIL DARIPADA PENGALAMAN PEMBELAJARAN
    YANG UNIK DAN BUKAN DISEBABKAN OLEH PENGALAMAN
    SEMULAJADI ATAU PROSES-PROSES PSIKIK

12
PENERANGAN TEORI SAMBUNGAN
  • PENGALAMAN PEMBELAJARAN MEMPUNYAI PERTALIAN
    DENGAN ANALISIS KOGNITIF YANG BERKAITAN DENGAN
    PERISTIWA-PERISTIWA YANG DIKUKUHKAN SAMA ADA
    SECARA POSITIF ATAU NEGATIF

13
PENERANGAN TEORI SAMBUNGAN
  • PENGALAMAN PEMBELAJARAN INI AKHIRNYA AKAN
    MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN KECENDERUNGAN KERJAYA
    DAN KEMAHIRAN-KEMAHIRAN SERTA PEMILIHAN KERJAYA
    INDIVIDU

14
PENILAIAN TEORI
  • TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL OLEH JOHN KRUMBOLTZ
    TIDAK BEGITU BANYAK MENDAPAT SAMBUTAN BERBANDING
    DENGAN TEORI TIPOLOGI HOLLAND DAN TEORI
    PERKEMBANGAN KERJAYA SUPER

15
PENILAIAN TEORI SAMBUNGAN
  • WALAUPUN GAGASAN-GAGASAN TEORI PEMBELAJARAN
    SOSIAL TELAH DIDEFINISIKAN DENGAN JELAS DAN
    HUBUNGAN ANTARA GAGASAN TELAH DITENTUKAN SECARA
    TELITI, NAMUN TEORI INI TIDAK ATAU KURANG
    BERPENGARUH DALAM BIDANG BIMBINGAN DAN KAUNSELING
    KERJAYA

16
PENILAIAN TEORI SAMBUNGAN
  • TEORI INI ADALAH SEBUAH TEORI YANG PARSIMONIES.
    TEORI INI TELAH MEMBERIKAN ASAS KEPADA KAUNSELOR
    UNTUK MENGENALPASTI KESUKARAN DALAM PROSES
    MEMBUAT KEPUTUSAN KERJAYA
  • TEORI INI JUGA TELAH MENGINTERGRASIKAN GAGASAN
    EKONOMI DAN SOSIAL KE DALAM TEORINYA YANG
    MENJADIKAN TEORI INI SEBUAH TEORI YANG BEGITU UNIK

17
PENILAIAN TEORI SAMBUNGAN
  • AHLI-AHLI DAN PARA PENGIKUT TEORI PEMBELAJARAN
    SOSIAL JUGA TELAH MENGHASILKAN RATUSAN KAJIAN
    YANG BERHUBUNG DENGAN BERBAGAI-BAGAI FAKTOR YANG
    BERKAITAN DENGAN PERKEMBANGAN KERJAYA
  • SAYANGNYA TIDAK BANYAK YANG DAPAT DIBUKTIKAN
    BERHUBUNG DENGAN TEORI INI DARI KAJIAN-KAJIAN
    YANG TELAH DIJALANKAN

18
PENILAIAN TEORI SAMBUNGAN
  • TEORI INI ADALAH SEBUAH TEORI YANG BAIK DAN MASA
    DEPAN TEORI INI BANYAK BERGANTUNG KEPADA
    KAJIAN-KAJIAN LANJUTAN YANG AKAN DIBUAT DAN
    PENGHASILAN ALAT UKURAN YANG DAPAT MENGUKUR
    GAGASAN-GAGASAN YANG TERKANDUNG DI DALAM TEORI

19
PENILAIAN TEORI SAMBUNGAN
  • SEKIRANYA KAJIAN DAPAT MEMBUKTIKAN APLIKASI TEORI
    INI DALAM MENERANGKAN ASPEK-ASPEK PERKEMBANGAN
    KERJAYA DAN MAMPU MENANGANI MASALAH YANG
    BERKAITAN DENGAN PEMILIHAN KERJAYA, BESAR
    KEMUNGKINAN TEORI INI AKAN TERUS BERKEMBANG DAN
    DITERIMA RAMAI

20
PENILAIAN TEORI SAMBUNGAN
  • PENGHASILAN ALAT-ALAT UKURAN YANG DAPAT MENGUKUR
    GAGASAN-GAGASAN PENTING DALAM TEORI INI AKAN
    MENJADIKAN TEORI INI LEBIH PRAKTIKAL. JIKA INI
    DAPAT DILAKUKAN DENGAN BAIK, MASA DEPAN TEORI INI
    ADALAH LEBIH CERAH

21
SEKIAN SAHAJA MENGENAI TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL
TERIMA KASIH
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com