Title: KEMAHIRAN PSIKOLOGI UNTUK ATLIT
1TEORI KAUNSELING TEORI PSIKOANALISIS
Oleh PROF.MADYA DR. SIDEK MOHD NOAHJABATAN
PENDIDIKAN KAUSNELOR PSIKOLOGI
KAUNSELING FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN UNIVERSITI
PUTRA MALAYSIA 43400 UPM SERDANG SELANGOR,
MALAYSIA TEL. 603-89468118, 603-89468167
(OFFICE) 012-2126312 (HAND PHONE) E-MAIL
smn_at_educ.upm.edu.my smnoah_at_hotmail.com
21
2
3
4
5
A
B
C
MINDA SEDAR
MINDA SEDAR
D
E
F
SISTEM KEPERCAYAAN
MINDA BAWAH SEDAR
TABIAT
MINDA BAWAH SEDAR
KONSEP KENDIRI
ARAHAN
JASAD
JASAD
TINDAKAN
NATIJAH
3MAZHAB DALAM TEORI KAUNSELING
TEORI KAUNSELING BOLEH DIPECAHKAN KEPADA
- TEORI KOGNITIF
- TEORI AFEKTIF
- TEORI TINGKAH LAKU
- TEORI TINGKAH LAKU-KOGNITIF
- TEORI PSIKOANALISIS
ADA TEORI YANG BERSIFAT DIRECTIVE DAN ADA TEORI
YANG BERSIFAT NON-DIRECTIVE
4TEORI KOGNITIF
INTIPATI UTAMA TEORI KOGNITIF
-
- FOKUS KEPADA ASPEK PEMIKIRAN ATAU ASPEK KOGNITIF
INDIVIDU - PEMIKIRAN RASIONAL V.S. PEMIKIRAN TIDAK RASIONAL
- KONSEP A, B, C, D E
- TEKNIK KAUNSELING BERSIFAT DIRECTIVE DAN
MEMFOKUS KEPADA MEMBETULKAN PEMIKIRAN YANG TIDAK
RASIONAL
5TEORI AFEKTIF
INTIPATI UTAMA TEORI AFEKTIF
- MEMBERI FOKUS KEPADA PERASAAN
- KENDIRI-IDEAL VS KENDIRI-REAL
- TEKNIK KAUNSELING NON DIRECTIVE
- MENYEDIAKAN SUASANA UNTUK PERKEMBANGAN KONSEP
KENDIRI INDIVIDU SEPERTI TIDAK MENGHUKUM,
MENERIMA TANPA SYARAT, MESRA, DAN TULIN.
6TEORI TINGKAH LAKU
INTIPATI UTAMA TEORI TINGKAH LAKU
- KONSEP PEMBELAJARAN DI MANA MANUSIA ADALAH HASIL
DARIPADA PROSES PEMBELAJARAN - MENEKANKAN KEPADA KONSEP PENGUKUHAN DAN
JENIS-JENIS PENGUKUHAN - MASALAH BERLAKU KERANA INDIVIDU TERSALAH BELAJAR
- TEKNIK KAUNSELING MEMENTINGKAN KONTRAK SERTA
MODEL GANJARAN DAN HUKUMAN - FLOODING DAN EXPOSURE
7TEORI PSIKOANALISIS
KANDUNGAN UTAMA TEORI PSIKOANASISIS
- KONSEP DUALISMA
- MINDA SEDAR, MINDA PRA-SEDAR MINDA BAWAH SEDAR
- JENIS PEMIKIRAN PRIMARY PROCESS THINKING AND
SECONDARY PROCESS THINKING - STRUKTUR PERSONALITI ID, EGO DAN SUPEREGO
- PERKEMBANGAN PERSONALITI ORAL, ANAL, FALIK,
PENDAMAN, GENITAL - MEKANISMA BELADIRI PENAPIAN, SUBLIMASI, REAKSI
FORMASI, RASIONALISASI, PROJEKSI DLL. - PROSES KAUNSELING FREE ASSOCIATION, HIPNOSIS
8STRUKTUR PERSONALITI
-
- ID ASPEK NAFSU, NALURI DAN FOKUS KEPADA
KESERONOKAN - EGO PEGAWAI EKSEKUTIF YANG MENGAWAL TUNTUTAN ID
DAN SUPEREGO - SUPEREGO ASPEK MORAL, NILAI-NILAI MURNI,
PERATURAN, UNDANG-UNDANG DAN KEIMANAN - EGO YANG BAIK IALAH EGO YANG DAPAT MENGIMBANGI
TUNTUTAN ID DAN SUPEREGO
9PERINGKAT PERKEMBANGAN PERSONALITI
-
- ORAL 0 HINGGA 1 TAHUN
- ANAL 1 HINGGA 2 TAHUN
- FALIK 3 HINGGA 4 TAHUN
- PENDAMAN 5 HINGGA 6 TAHUN
- GENITAL 7 HINGGA AKIL BALIGH
PERINGKAT PERKEMBANGAN PERSONALITI DIKATKAN
DENGAN ZON-ZON EROTIK KANAK-KANAK
10MEKANISMA HELAH BELA DIRI
11MEKANISMA BELA DIRI
- Proses yang berlaku tanpa disedari yang
mempertahankan individu daripada kebimbangan
mempertahan individu daripada ancaman luaran atau
kebimbangan dalaman dengan membantutkan realiti
dengan beberapa cara. - Mekanisma beladiri tidak berupaya mengubah
keadaan sesuatu bahaya atau ancaman tetapi ia
semata-mata mengubah cara seseorang itu berfikir
atau menanggap mengenai bahaya atau ancaman itu.
12MEKANISMA BELA DIRI
- Keutuhan sahsiah atau personaliti seseorang itu
adalah amat penting bagi membolehkan individu
menyesuaikan diri dan berinteraksi dengan alam
sekelilingnya dengan cara yang berkesan. - Kegagalan untuk mengatasi masalah dan dan
menyelesaikan pertentangan ini akan menghancurkan
organisasi sahsiah seseorang itu dan boleh
menyebabkan gangguan mental.
13MEKANISMA BELADIRI
- Rasionalisasi
- Regressi
- Projeksi
- Reaksi Formasi
- Sublimasi
- Fantasi
- Represi
- Penidakan - Denial
- Pengalihan Displacement
- Pengimbuhan Compensation
Projeksi/Pemancaran Menyalahkan orang lain di
atas kekurangan yang dialami sendiri atau
mengatakan yang orang lain juga mempunyai sifat
yang tidak baik seperti yang terdapat pada diri
sendiri.
14PENINDASAN(SUPRESSION)
- Satu tindakan memendamkan ke dalam hati secara
sengaja untuk mengelakkan daripada memikirkan
sesuatu masalah seperti kegagalan - Contohnya, pergi menonton wayang dengan
memendamkan rasa gagal peperiksaan semester.
Supresi adalah untuk masalah yang kecil. Lama
kelamaan ia akan menyebabkan kebimbangan yang
besar
15REPRESI (REPRESSION)
- Satu proses mental yang aktif di mana
seseorang itu sengaja melupakan sesuatu
peristiwa yang pahit dengan menolaknya ke
kawasan tidak sedar dalam otak.
Contohnya, seseorang yang pernah mencuri dahulu
telah menjadi bahan ejekan masyarakat. Maka
seseorang itu cuba melupakan peristiwa itu
16 PENARIKAN (WITHDRAWAL)
- Satu proses di mana seseorang individu itu
secara sedar menarik diri dari satu-satu situasi
yang kurang menyenangkan.
Contohnya, menghilangkan diri dari majlis
yang kurang selamat kerana bimbangkan ia tidak
pandai bergaul.
17FANTASI
- Fantasi berlaku apabila seseorang individu itu
cuba mengurangkan ketegangannya dengan cara
berkahayal dan membentuk satu situasi lain dalam
imaginasinya yang tidak begitu mengancam dan
lebih selesa daripada situasi yang sebenar
18REGRESI
Regresi berlaku apabila seseorang itu kembali
kepada jenis tingkah laku yang menjadi kebiasaan
di peringkat yang terdahulu daripada peringkat
kini.
Contohnya seorang remaja mula menangis,
menggit-gigit kuku dan menjerit apabila ia rasa
ia tidak diterima oleh rakan sebayanya
19RASIONALISASI
- Rasionalisasi ialah sejenis helah bela diri yang
berlaku apabila seseorang individu itu cuba
menipu diri dengan tujuan menjaga harga dirinya.
Ia merupakan satu alasan atau penjelasan mengapa
sesuatu keadaan itu tidak dapat diterima.
Contohnya seorang murid memberi alasan ia ada
masalah di tandas apabila gurunya bertanya
mengapa ia lambat masuk ke kelas
20PINDAHGANTIAN(DISPLACEMENT)
- Pindahgantian berlaku apabila perasaan marah
dipindahkan dari seorang individu kepada seorang
yang lain. Maksudnya, seseorang itu memerlukan
seorang mangsa yang lebih lemah untuk melepaskan
perasaan kekecewaannya.
Contohnya seorang guru yang telah dimarahi oleh
guru besarnya memindahkan marahnya kepada anaknya
apabila ia balik ke rumahnya
21PEMBENTUKAN REAKSI
- Satu cara melakonkan sesuatu yang berlawanan dgn
situasi yg tidak boleh diterimanya.
Contohnya, ababila seorang bapa yang enggan
memikul tanggungjawab untuk membesarkan anaknya
tiba-tiba menunjukkan kasih sayang yang melampau.
Sebenarnya bapa itu ingin menyembunyikan
keengganannya memikul tanggungjawab
22KOMPENSASI (IMBUHAN)
- Satu tindakan seseorang yang cuba mengimbuh atau
mencari pampasan akan kelemahannya dalam sesuatu
bidang dengan menunjukkan prestasi yang baik
dalam satu bidang yang lain.
Contohnya, apabila seorang pelajar lemah dalam
akademik dia cuba menunjukkan prestasi yang baik
dalam bidang sukan dan permainan dengan tujuan
mendapat pengiktirafan dari guru dan rakannya.
23SUBLIMASI
- Satu helah bela diri yang paling sihat. Seorang
individu itu akan menyalurkan rasa kekeciwaannya
kepada saluran atau bentuk yang boleh diterima
oleh masyarakat
Contohnya, seorang individu yang sukar
mendapatkan kawan mungkin menyalurkan perasaan
sunyinya dengan mengubah lagu atau mengarang
buku yang boleh diterima oleh masyarakat
sekeliling.
24PROJEKSI
- Satu jenis helah bela diri apabila seseorang itu
cuba melindungi harga dirinya dengan tidak
mengakui kualiti diri yang tidak baik malah ia
mengagihkan kualiti tersebut kepada orang lain.
Contohnya, seseorang itu menuduh orang lain suka
menipu tetapi sebenarnya ia cuba memprojeksikan
ciri-ciri menipu itu kepada orang lain.
25IDENTIFIKASI
- Helah bela diri ini berlaku apa-bila seseorang
itu cuba mem-buat penyesuaian dengan menyifatkan
dirinya seperti seorang lain yang lebih berjaya
atau lebih matang.
Contohnya, seorang remaja miskin menggunakan
identifikasi apabila ia membanggakan dirinya
kepada rakannya bahawa ayahnya kaya dan ada
sebuah kereta besar.
26KEAGRESIFAN
- Satu tindakan untuk mengeluarkan kemarahan,
mencederakan seseorang atau merosakkan harta
benda sebagai punca ancaman atau kekecewaan.
Contohnya, apabila seseorang kanak-kanak tidak
dapat mengikut ibu ke kedai ia akan meraung dan
menarik-narik tangan ibunya.
27PENAFIAN
- Ia berlaku apabila seseorang individu itu tidak
mahu menerima kenyataan yang sebenar kerana
kenyataan itu adalah sesuatu yang membuat ia rasa
bimbang atau tertekan.
Contohnya, apabila doktor memberitahunya bahawa
ia mengidap penyakit kanser ia terus menafikan
untuk mengelak ia dariapada rasa keciwa.
28INTELEKTUALISASI
- Intelektualisasi adalah berkaitan dengan
rasionalisasi. Ia melibatkan penaakulan di mana
perkataan-perkataan logik digunakan untuk
mengambil tempat perasaan untuk mengelak dari
rasa kebimbangan.
Contohnya, seorang kaunselor tidak boleh beremosi
terlalu sangat apabila mendengar perkataaan
klien. Ia perlu menggunakan perkataan bukan
perasaan untuk meneruskan bantuan kepada klien.
29SEKIAN SAHAJA
TERIMA KASIH