PENGENALAN KEPADA ILMU LINGUISTIK TERAPAN - PowerPoint PPT Presentation

1 / 17
About This Presentation
Title:

PENGENALAN KEPADA ILMU LINGUISTIK TERAPAN

Description:

Misalnya olah vokal dalam seni drama ... penilaian program bahasa Bidang linguistik terapan mencakupi disiplin-disiplin ilmu yang lain seperti antropologi ... – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:165
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 18
Provided by: MARZ160
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: PENGENALAN KEPADA ILMU LINGUISTIK TERAPAN


1
PENGENALAN KEPADA ILMU LINGUISTIK TERAPAN
2
LINGUISTIK TERAPAN SECARA UMUM
  • Linguistik terapan salah satu bidang baru yang
    kajian penting tentang sifat-sifat kemanusiaan.
  • Antara disiplin dalam linguistik terapan -
    integrasi sains, sains sosial, dan kemanusiaan.
  • Bukan mengkaji pelbagai bahasa tetapi mengkaji
    bahasa secara umum sifat asas mana-mana bahasa
    manusia.

3
KONSEP LINGUISTIK TERAPAN
  • Kamus Linguistik(1997), penerapan ilmu linguistik
    dalam bidang yang berkaitan seperti linguistik
    pedagogi, leksikografi, psikolinguistik, dan
    terjemahan.
  • Arbak Othman (1986), menjelaskan bahawa
    linguistik gunaan ialah apabila seseorang
    pengkaji itu berusaha menggunakan teori
    linguistik untuk menyatakan sumbangannya terhadap
    bidang-bidang ilmu yang lain.

4
  • Nik Hassan Basri Nik Abdul Kadir (2005), ilmu
    linguistik terapan digunakan untuk mengkaji
    bidang pengajaran dan pembelajaran bahasa,
    mengkaji kaedah mengajar bahasa, menguji
    kemahiran bahasa, membentuk bahan mengajar,
    mencari satu sistem yang baik untuk mengajar
    kanak-kanak membaca unsur-unsur linguistik
    khususnya bidang fonetik, fonemik dan digunakan
    juga untuk menolong mengatasi masalah gagap di
    kalangan sesetengah penutur khasnya kanak-kanak.

5
  • Abdullah Hassan (2005), Linguistik terapan
    merujuk kepada penggunaan penyelidikan linguistik
    dalam pengajaran bahasa, linguistik terapan
    memanfaatkan teori, deskripsi, kaedah dan hasil
    kajian linguistik dalam mengajar bahasa dan
    menullis buku-buku teks.
  • Geoffrey Finch (2005), the study of language
    teaching. You will sometimes find that stylistics
    and comparative linguistics are treated as
    sub-brunches of applied linguistics)

6
LINGUISTIK TERAPAN SECARA UMUM
  • Linguistik terapan salah satu bidang baru yang
    kajian penting tentang sifat-sifat kemanusiaan.
  • Antara disiplin dalam linguistik terapan -
    integrasi sains, sains sosial, dan kemanusiaan.
  • Bukan mengkaji pelbagai bahasa tetapi mengkaji
    bahasa secara umum sifat asas mana-mana bahasa
    manusia.

7
  • Linguistik terapan kajian tentang bahasa secara
    lebih praktikal, berkaitan dengan masalah-masalah
    sebenar seperti
  • pengajaran dan pembelajaran bahasa
  • asing sebagai bahasa kedua,
  • polisi dan perancangan bahasa,
  • penilaian program bahasa

8
  • Bidang linguistik terapan mencakupi
    disiplin-disiplin ilmu yang lain seperti
    antropologi, pendidikan, linguistik, psikologi
    sosiologi.
  • Bukan sekadar menerap linguistik - linguistik
    terapan menjana penyelidikan dan teorinya yang
    tersendiri.

9
  • Pakar dalam bidang linguistik terapan dan
    linguistik mempunyai organisasi profesional dan
    identiti mereka yang tersendiri.
  • Terdapat perkaitan antara ahli linguistik terapan
    dan ahli linguistik.

10
BIDANG LINGUISTIK TERAPAN
  • Linguistik terapan merangkumi subbidang berikut
  • Fonetik Terapan,
  • Perancangan Bahasa,
  • Pembinaan Bahasa,
  • Pengajaran Bahasa,
  • Penterjemahan,
  • Grafonomi atau Ortografi,
  • Grafologi,
  • Leksikografi,
  • Mekanolinguistik,
  • Medikolinguistik,
  • Sosiolinguistik Terapan (Pragmatik),
  • Leksikostatistik

11
  • Fonetik Terapan Mempelajari bunyi bahasa dan
    penggunaannya dalam praktisnya. Misalnya olah
    vokal dalam seni drama dan seni muzik, dan untuk
    membetulkan bunyi bahasa kanak-kanak.
  • Perancangan Bahasa Mempelajari bahasa dalam
    konteks perkembangan bahasa. Misalnya aspek
    pembakuan bahasa.
  • Pembinaan Bahasa Mempelajari bahasa dalam
    konteks penggunaan bahasa yang baik dalam acuan
    kaedah dan pendekatan yang telah dikenal pasti
    dan diamalkan oleh penutur jati.
  • Pengajaran Bahasa Mempelajari bahasa ibunda,
    bahasa kedua atau bahasa asing mengikut
    pendekatan, kaedah dan teknik tertentu.

12
  • Penterjemahan Mempelajari bahasa untuk
    kepentingan pengalihbahasaan daripada satu bahasa
    kepada bahasa yang lain.
  • Grafonomi Mempelajari cara-cara mewujudkan
    bahasa dalam bentuk tulisan. Grafonomi atau
    Ortografi dinamakan juga sebagai ilmu ejaan.
  • Grafologi Mempelajari tulisan dengan tujuan
    untuk mengetahui sifat, nasib, kesesuaian dan
    keberuntungan penulis.
  • Leksikologi Mempelajari bahasa dalam konteks
    penulisan leksikon dalam bentuk kamus,
    ensiklopedia, dan tesaurus. Dinamakan juga
    sebagai ilmu perkamusan. Fokusnya pada cara
    penyusunan kamus.

13
  • Mekanolinguistik Mempelajari bahasa yang
    digunakan dalam penyusunan program mekanik.
  • Medikolinguistik Mempelajari bahasa untuk
    diterapkan dalam pengubatan. Misalnya pengubatan
    orang yang menghadapi tekanan perasaan yang
    serius,
  • Sosiolinguistik Terapan Mempelajari bahasa dalam
    konteks penggunaan bahasa dalam komunikasi
    sosial, iaitu dengan mengambil kira situasi,
    maksud, status penutur.
  • Leksikostatistik Ilmu yang mempelajari usia kata
    sejak dini kewujudannya dengan menggunakan rumus
    statistik. Penting untuk menentukan bahasa
    induk/proto.

14
PERSOALAN-PERSOALAN DALAM LINGUISTIK TERAPAN
  • 1. Bagaimanakah cara terbaik mengajar dan
    belajar bahasa boleh dilakukan?
  • 2.Bagaimanakah bahasa mempunyai hubungan dengan
    budaya dan masyarakat (sebagai contoh apakah
    hubungan antara identiti, bahasa dan budaya)?

15
  • 3.Apakah masalah-masalah yang akan timbul semasa
    kegagalan berbahasa? fizikal, psikologi.
  • 4. Bagaimanakah bahasa digunakan dalam bidang
    pendidikan (seperti belajar membaca, belajar
    menulis atau membaca, menulis, bertutur untuk
    tujuan akademik?

16
PERSOALAN-PERSOALAN YANG DIKEMUKAKAN OLEH AHLI
LINGUISTIK
  • 1. Bagaimanakah struktur linguistik dikatakan
    mempunyai perkaitan dengan apa yang dituturkan,
    dan bagaimana ini dikaitkan dengan makna yang
    disampaikan?
  • 2. Bagaimana kanak-kanak boleh menguasai bahasa
    dengan cepat, walaupun jumlah ayat-ayat kelihatan
    seolah-olah tidak dapat dikira?

17
  • 3. Bagaimanakah bahasa manusia berbeza daripada
    sistem komunikasi binatang?
  • 4. Bagaimanakah bahasa boleh berubah mengikut
    peredaran masa?
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com