PERKEMBANGAN PENULISAN DALAM TAMADUN DUNIA - PowerPoint PPT Presentation

About This Presentation
Title:

PERKEMBANGAN PENULISAN DALAM TAMADUN DUNIA

Description:

PERKEMBANGAN PENULISAN DALAM TAMADUN DUNIA Pusat Pengajian Umum – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:514
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 36
Provided by: DrSamsil
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: PERKEMBANGAN PENULISAN DALAM TAMADUN DUNIA


1
PERKEMBANGAN PENULISAN DALAM TAMADUN DUNIA
  • Pusat Pengajian Umum

2
Pengenalan
  • Menurut M.A.J.Beg, sesebuah masyarakat yang
    bertamadun memiliki ciri-ciri berikut
  • 1. Bentuk agama yang tinggi.
  • 2. Negara yang tersusun rapi.
  • 3. Terdapatnya sistem undang-undang.
  • 4. Kehidupan bandar.
  • 5. Sistem tulisan yang maju.
  • 6. Bentuk-bentuk kesenian dan senibina yang
    istimewa.

3
(No Transcript)
4
Perkembangan Penulisan Dalam Tamadun Islam
  • Perkara Penting dalam Penulisan
  • i. Pencarian ilmu
  • ii. Pengikatan perjanjian
  • iii. Peninggalan wasiat
  • iv. Pembahagian pusaka

5
Perkembangan Penulisan Dalam Tamadun Islam Zaman
Nabi Muhammad S.A.W (571M 632M)
  • Syair-syair Arab amat kaya dengan informasi yang
    berkaitan dengan peradapan mereka.
  • Contoh setiap tahun di pasar Ukadh ada
    pertandingan baca syair . Tujuh syair terbaik
    akan ditulis dengan tinta emas dan digantungkan
    di Kaabah
  • Al_Quran mempunyai nilai bahasa yang amat tinggi
  • Tekankan penulisan Para sahabat Nabi S.A.W
    seperti Zaid bin Tsabit, Ubay bin Kaab dan ramai
    lagi telah menulis wahyu di pelepah-pelepah
    kurma, belulang, kulit binatang dan lain-lain
  • Surah al-Alaq menyuruh membaca dan menulis
    Contoh, Tebusan Perang Badar

6
Zaman Khulafah Ar-Rasyidin (632M 661M)
  • Khalifah Abu Bakar telah menubuhkan jawatankuasa
    untuk membukukan al-Quran dalam bentuk mushaf
    yang diketuai oleh Zaid bin Tsabit
  • Disempurnakan sewaktu Khalifah Uthman Bin Affan.
  • Pada Zaman Umar al-Khattab banyak bandar-bandar
    baru di bina yang dilengkapi dengan prasarana
    seperti masjid, sekolah dan sebagainya bertujuan
    menyemarakkan lagi perkembangan ilmu pada ketika
    itu.
  • Usaha-usaha perkembangan ini diteruskan pula di
    Zaman Ali bin Abi Talib

7
Zaman Bani Umaiyyah(661M 749M)
  • Kerajaan Bani Umaiyyah berpusat di Damsyik.
  • Melaksanakan banyak berubahan serta perkembangan
    baru dalam Tamaddun Islam.
  • Contoh perkembangan dari sudut kesenian,
    kesusasteraan, pentadbiran, sosial, ekonomi dan
    sebagainya.
  • Umat Islam telah membina institusi pengajian
    Islam seperti di masjid, kuttab, istana dan rumah

8
Zaman bani Abbasyiah (750M 1258M)
  • Zaman keemasan dalam bidang pengetahuan dan
    pendidikan.
  • Di samping pusat pengembangan ilmu seperti di
    masjid, kuttab dan istana, kerajaan telah membina
    pusat pengajian yang dikenali sebagai madrasah
    mencakupi pengajian di peringkat rendah, menengah
    dan tinggi.
  • Kurikulum bagi institusi ini meliputi aqidah,
    syariah, matematik, sejarah, fizik, kimia,
    astronomi seni bina dll
  • Ini membuktikan dunia Islam telah mendahului
    dunia barat dalam pelbagai bidang ilmu.
  • Kota Bagdad Pusat ilmu. Dibina sebuah
    perpustakaan yang lengkap (Baitul hikmah).

9
Zaman Othmaniyah (1300M 1924M)
  • Perkembangan ilmu terus memuncak dengan sokongan
    pemerintah.
  • Hasilnya cabang ilmu pengetahuan seperti
    kesusasteraan, geografi, kesenian, tekstil dan
    sebagainya telah berjaya membuka mata benua
    Eropah pada ketika itu yang masih dalam kegelapan.

10
Sarjana Islam dan Penulisan
  • Tokoh agung Islam lampau terkenal dengan
    pelbagai ilmu dan kepakaran.
  • Mereka menghasilkan banyak tulisan sehingga
    menjadi rujukan dunia, termasuk dunia barat hari
    ini.
  • Ramai sarjana Islam telah lahir kesan daripada
    kepesatan ilmu pengetahuan
  • Al-Khawarizmi (Algorism), Ibn Sina (Avicenna),
    Jabir Ibn Haiyan (Geber), al-Kind (Alkindus),
    Thabit ibn Qurrah (Thebit), al-Battani
    (Albategnius), al-Farghani (Alfraganus), al-Razi
    (Rhazes), Ibn al-Hanitham (Alhazen) dll

11
Sarjana Islam dan Penulisan
  • Ibnu Sina
  • Abu Ali al-Hussein bin Abdullah bin Sina
    (Avicenna) lahir 370H (980) di Iran.
  • Tokoh perubatan agung Islam, menajdi doktor
    ketika berusia 17 tahun, selain kuasai fekah,
    biologi, falsafah, kimia, fizik, politik,
    kesusasteraan dan muzik.
  • Menggunakan library Raja Noah setelah berjaya
    pulihkan sakit ganjil baginda.
  • Sering mengembara untuk menuntut ilmu, selalu
    dipenjarakan.

12
Ibnu Sina
  • Menghasilkan al-Qanun fi al-Tibb (peraturan
    perubatan) dalam 14 jilid dan telah menjadi
    rujukan Islam dan barat.
  • Menjadi penasihat sains dan kesusasteraan serta
    menyertai gerakan ketenteraan di Isfahan. Di sini
    beliau menghasilkan kebanyakan karya pentingnya.
  • Beliau dianggap sebagai bapa kedoktoran moden
    dunia.
  • Karya beliau yang lain Puisi Arab tentang
    kemasukan roh dalam jasad, kitab al-Shifa
    (ensiklopedia), menghasilkan alatan sains dalam
    kitaran falak dan muzik memberi kesan fizikal
    dan psikologi pesakit.

13
  • Sarjana Islam dan Penulisan
  • Al-Ghazali
  • Abu Hamid Muhammad bin Muhammad, dilahirkan pada
    450H-505H di Thusia, Khurasan.
  • Beliau telah diserahkan kepada seorang ahli
    tasawwuf setelah ayahnya meninggal (sahabat
    ayahnya)
  • Belajar feqah dan bahasa Arab, seterusnya berguru
    dengan Imam Haramain.
  • Sangat alim dan digelar Imam al-SyafiI ke 2
  • Bijaksana dan hebat berdebat dengan tokoh dan
    sarjana Islam di Baghdad, di hadapan wazir
    Nizhamul-Mulk. Pernah dilantik menjadi guru besar
    di pusat pengajian.

14
Sarjana Islam dan Penulisan
  • Al-Ghazali
  • Menulis beberapa kitab dalam masa 4 tahun. Banyak
    menulis tentang feqah, usul, feqah, akhlak,
    tasawwuf, teori pemerintahan, tafsir al-Quran,
    aqidah dsb.
  • Hasilkan lebih 70 buah kitab seperti al-Basit,
    al-Wasit, Ihya Ulumuddin dan sebagainya.
  • Al-Ghazali menggalakkan perkembangan bidang seni
    yanga tidak bertentangan dengan Islam. Syair
    yang baik adalah baik, syair yang buruk adalah
    buruk.

15
      IBNU KHALDUN
  • Nama       Abdul Rahman Abu Zaid Waliyuddin b.
    Khaldun Al-Maliki al-Khadrami T/Lahir   
    733H _at_ 1332M di Naisabur M/Dunia   808H _at_
    1406M Umur       74 tahun
  • KETOKOHAN
  • - Pakar Sejarah - Pakar dalam iImu Siosologi
    (Kemasyarakatan) - Ahli Falsafah  
  • PENGIKTIRAFAN
  • IBNU KHALDUN CHAIR OF ISLAMIC STUDIES
  • UNIVERSITI IBNU KHALDUN

16
Sarjana Islam dan Penulisan IBNU KHALDUN
  • PENDIDIKAN
  • Pendidikan awal daripada bapanya tentang
    asas-asas agama seperti al-Quran, Feqh, Hadith
    dan Tauhid.
  • Hafaz al-Quran sejak kecil.
  • Dewasa belajar Lingustik Bahasa Arab (spt Nahu
    dan Saraf), Usuluddin dan Kesusasteraan. Belajar
    Mantiq, Sains, Falsafah, Matematik dan Sejarah
    daripada beberapa ulamak terkemuka pada masa itu.
  • Guru utama ialah Muhammad b. Abdul Muhaimin dan
    Abu Abdullah Muhammad b. Ibrahim Al-Abla
    (Siosologi, politik dan Pendidikan).

17
Sarjana Islam dan Penulisan IBNU KHALDUN
  • Sumbangan
  • 1. Mempelopori Ilmu sosiologi (orang pertama
    membicarakan pembangunan mental, akal, dan
    fizikal manusia)
  • 2. Bidang ekonomi. Pendapat
  • i. rezeki perlu dinikmati bersama (dikongsi
    sama rata) dan dibelanjakan untuk perkara-perkara
    baik bagi kesejahteraan umat sejagat.
  • ii. Kemajuan negara bergantung kepada kekuatan
    ekonomi
  • 3. Mahir dalam ilmu sejarah pengasas filosof
    sejarah (melalui kitab al-Ibar)
  • 4. Bidang politik
  • Berpendapat asas untuk membina peribadi dan
    negara adalah agama Islam.
  • Kemukakan teori yang mempengaruhi  karya
    pemikir politik (melalui kitab al-Ibar)
  • 5. Bidang sosiologi Pengasas dan guru terkemuka
    dalam bidang sosiologi
  • Kitab yang dihasilkan
  • i. al-Muqaddimah
  • ii. kitab al-Ibar (ekonomi dan sejarah)
  • iii. Al-Ta'rif (ekonomi)
  •  

18
Sarjana Islam dan Penulisan Al-Farabi
  • Nama Abu Nasr Muhammad Ibnu Muhammad Ibnu
    Tarkhan Ibnu Uzlaq Al Farabi.
  • Lahir pada 874M (260H) di Transoxia yang terletak
    dalam Wilayah Wasij di Turki.
  • Bapanya seorang anggota tentera yang miskin
    tetapi dia mendapat pendidikan di Baghdad.
  • Beliau telah mempelajari bahasa Arab di bawah
    pimpinan Ali Abu Bakr Muhammad ibn al-Sariy.
  • Madinah al-Fadhilah mengandungi pemikiran, idea,
    dan pandangan Al-Farabi mengenai falsafah
    politik.
  • Al-Musiqa pengajaran dan teori muzik Islam
    menjadi
  • buku yang terpenting dalam bidang itu.
  • Al-Madinah al-Fadilah dan al-Siasah
    al-Madaniyyah membincangkan mengenai kerajaan
    yang ideal (buku yang terkenal).

19
Perkembangan Penulisan Dalam Tamadun China
  • Sejarah kesusasteraan China bermula seawal kurun
    ke 14 SM
  • Berterusan lebih daripada 3,000 tahun di mana
    perkembangan kesusasteraan China ini tidak pernah
    menerima gangguan atau sekatan.
  • Sifat ini khasnya disebabkan bahasa pengantar
    bagi sastera China ialah bahasa Cina telah
    mengekalkan identitinya dari segi lisan dan
    tulisan walaupun China pernah diperintah oleh
    orang asing seperti Mongol dan Manchu.

20
Penulisan Dalam Tamadun China
  • Dalam abad-abad di antara 500-100 S.M. merupakan
    zaman kegiatan intelektual dan kesusasteraan yang
    hebat di negara China apabila terbentuknya
    pemikiran klasik Cina.
  • Semenjak zaman Han, orang Cina sendiri banyak
    menumpukan perhatian kepada pengkajian dan
    penulisan sejarah dan menyimpan rekod kronologi
    yang tepat. Selama tradisi kesusasteraan Cina,
    bentuk bahasa yang digunakan adalah Cina Klasik
    (wenyen)

21
  • Dinasti Sung banyak karya sastera baik yang
    ditulis dalam bahasa vernakular seperti  Water
    Margin, Journey to the West, Dream of Red Mansion
    dan lain-lain karya sastera.
  • Kesemua karya ini merupakan khazanah sastera
    China tetapi tidak diterima oleh golongan
    konservatif yang mengagungkan bahasa Cina klasik.
  • 1918, muncul seorang reformis sastera Cina klasik
    Lu Xun yang memulakan revolusi sastera dalam
    penulisan cerpen dengan cerpennya yang pertama
    dalam koleksi The Diary of a Madman yang
    bertujuan mengkritik sistem feudal Cina.
  • Cerpen Blessings pula memberi perhatian kepada
    kaum wanita dengan sistem perkahwinan tradisi
    yang begitu mengongkong.

22
  • Konfusius, seorang tokoh falsafah China yang
    agung, menegaskan bahawa perkara yang membawa
    kepada kejatuhan seorang pemerintah ialah apabila
    menyeleweng dalam tanggungjawab dan
    tingkahlakunya.
  • Antara karya penting karangannya ialah
  • Shu Ching
  • Catatan Musim Bunga Musim Luruh (Spring and
    Autumn Annals)
  • Buku Tentang Perubahan (Book of Change)

23
Sumbangan Sarjana Islam China Dalam Penulisan
  • Tiga Dinasti China iaitu Dinasti Tang, Dinasti
    Sung dan terutamanya Dinasti Yuan melahirkan
    ramai tokoh Islam terkenal yang mengamalkan
    budaya China dan kesetiaan terhadap negeri China
    tanpa berbelah bahagi.
  • Profesor Muhammad Pai Shao Yi dalam bukunya A
    Short History of Islam In China menulis tentang
    kedudukan orang-orang Islam di negeri China
    sebelum tahun 1950

24
  • Masyarakat Islam berjaya menubuhkan institusi
    pengajian agama di masjid-masjid dan akhirnya
    pendidikan agama dilakukan di sekolah-sekolah.
  • Contohnya, Imam Wang Kuan (Wang Hao Tan)
    mendirikan sebuah sekolah agama yang moden di Bei
    Jing (Peking) dan menggalakkan pembelajaran
    bahasa Mandarin dan juga al-Quran.

25
  • Dinasti Manchu, terdapat beberapa orang ahli
    falsafah Islam Cina yang terkenal. Antara mereka
    ialah Ma Ming Loong dan Sheikh Wang Tai Yu.
  • Pu Sung Ling menulis cerita bernama Liao Chai
    yang bermaksud rumah yang tidak dikehendaki
    atau rumah perbualan, sebuah novel berkenaan
    bidadari, musang dan hantu
  • Cerita yang ditulis oleh Pu Sung Ling dianggap
    setaraf dengan cerita Arab iaitu Seribu Satu
    Malam

26
Perkembangan Penulisan Dalam Tamadun India
  • Tamadun India banyak meninggalkan kesan khususnya
    yang berkaitan dengan perkembangan penulisan
    sehingga kini.
  • Banyak karya dan kitab suci dihasilkan
    menunjukkan bahawa penulisan dalam Tamadun India
    berkembang maju

27
Penulisan Dalam Tamadun India
  • Hasil kesusasteraan yang dicipta dan dihasilkan
    dalam bahasa Sanskrit menjadi karya sastera yang
    paling berjaya lagi menonjol pada zaman Klasik.
  • Sebagai contoh, terdapat beberapa kitab suci yang
    dihasilkan iaitu Rig Veda, Yajur Veda, Sama Veda
    dan Atharva Veda

28
  • Bagi Epik Mahabhrata pula ia dihasilkan oleh
    Vyasa antara tahun 400SM dan 400M.
  • Karya ini mengandungi lebih kurang 100,000 seloka
    dan merupakan karya puisi yang terbesar di dunia.
    Ia berkisar tentang peristiwa benar mengenai
    sesuatu peperangan antara dua pihak yang menuntut
    tahta kerajaan.
  • Epik Ramayana pula dihasilkan oleh Valmiki antara
    tahun 200SM hingga 200M. Epik ini mengandungi
    24,000 seloka. Ia menceritakan mengenai Rama
    seorang pendukung kewajipan, ideal pengorbanan
    diri, manusia yang penuh dengan kasih sayang
    serta pelindung kepada kebaikan.
  • Rama digambarkan sebagai anak yang setia, suami
    yang bertanggungjawab, abang yang dihormati,
    rakan yang setia, penegak keadilan dan
    sebagainya.

29
Sumbangan Sarjana Islam India dalam Penulisan
  • Amir Khusraw (1253-1325) merupakan seorang
    Indo-Muslim terulung dalam bidang persajakan dan
    sastera. Karya beliau yang berjudul Nuh Siphr
    (The Nine Skies) menggambarkan corak kehidupan
    masyarakat India, iklim, bunga-bungaan, binatang,
    agama serta bahasa-bahasa di India. Beliau
    dianggap salah seorang ahli persajakan Hindi yang
    agung
  • Dalam bidang sejarah, karya-karya penting pada
    zaman pemerintahan Islam di India adalah seperti
    berikut
  • i) Tarikh-i-Muzaftarim karya Muhammad Ali
    Ansari.
  • ii) Ibrat-Nama karya Khairuddin.
  • iii) Sair-ul-Mutakherin karya Ghulam Husain.
  • iv) Imad-ur-Saadat oleh Ghulam Ali Naqvi.

30
Perkembangan Dalam Tamadun Melayu
  • Kedatangan Islam membawa ilmu dan tulisan yang
    dikenali sebagai tulisan Jawi.
  • Pada Zaman Melaka kegiatan keilmuan terdapat di
    masjid-masjid dan istana.
  • Sultan Melaka telah mengalakkan Ulamak Islam
    datang ke Melaka dan menyebarkan Islam ke seluruh
    kepulauan Melayu
  • Tuhfat al-Nafis menyebut hampir tiap malam Yam
    tuan Muda Riau mengadakan majlis bercorak
    keagamaan di istana dan baginda sentiasa
    mengumpulkan lebai , guru agama dan tuan sayyid
    untuk bertukar-tukar pendapat .

31
  • Perkembangan Ilmu dan Sarjana Di Alam Melayu
  • Raja Ahmad bin Raja Haji Syair Ungku Puteri dan
    Tuhfat-al Nafis,
  • Raja Ali bin Raja Jaafar menulis Syair Nasihat
  • Raja Ali Kelana bin Raja Muhammad Yusof
    Percakapan Si Bakhil
  • Raja Ali Haji bin Raja Ahmad Kitab Pengetahuan
    Bahasa.
  • Penulis wanita daripada kerabat yang sama
  • Raja Safiah bin Raja Ali menulis Syair Kumbang
    Mengindera,
  • Raja Kalthum Syair Saudagar Bodoh
  • Raja Aisyah Hikayat Syamsul Anwar

32
Perkembangan Ilmu dan Sarjana Di Alam Melayu
  • Tokoh lain Samsudin al-Raniri, Abdul Rauf al-
    Singkil, Sheikh Sham-sud al- Din, Sheykh Ibrahim
    dll.
  • Golongan bangsawan dan para ulama telah
    menghasilkan kitab agama dan penulisan berbentuk
    kesusasteraan yang sangat tidak ternilai harganya
    yang ditinggalkan sebagai khazanah penting bangsa
    Melayu.
  • Contoh hasil penulisan
  • Hikayat Raja-raja Pasai
  • Hikayat Acheh
  • Raja Indera Purba
  • Kadi al Malik al Adil
  • Bustanus al- Salatin
  • Mir al-Tullab
  • Fath al-Mubin
  • Saif al- Rijal dll

33
  • Perkembangan Ilmu dan Sarjana Di Alam Melayu
  • ZABA
  • Nama Zainal Abidin Ahmad
  • Penerima Gelaran PENDITA pertama (1956) dalam
    Majlis Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu dI
    JOHOR BAHRU.
  • Satu-satunya anak Melayu yang meletakkan asas
    yang kukuh dalam tatabahsa Melayu.
  • Hasilkan
  • i. ILMU MENGARANG MELAYU(1934)
  • ii. PELITA BAHASA MELAYU I,II DAN III (1958)
  • iii. JOURNALISM IN MALAYA (Penggunaan BM dalam
    akhbar Melayu dari tahun 1900 1941).
  • iv. RENCANA mengenai agama, ekonomi dan sosial
    masyarakat melayu dalam Majalah Guru dan
    AL-Ikhwan

34
  • Perkembangan Ilmu dan Sarjana Di Alam Melayu
  • Tokoh-tokoh lain (Melayu Islam)
  • Hamzah Fansuri,
  • Abdul Rauf Sengkel
  • Daud Fatani
  • Munsyi Abdullah
  • Tun Seri Lanang
  • Al Farabi
  • Yusof Qardawi

35
Kesimpulan
  • Di dalam Legacy of Islam, Carra de Vaux
    aritmetik dan algebra turut berkembang
    bersama-sama astronomi. Inilah era al-Khawarizmi
    yang tersohor, yang mana namanya telah dirosakkan
    oleh penulis Latin di Barat sehingga dipercayai
    memberikan kita istilah algoritma.
  • Pandangan ini dipersetujui oleh F.G. Alfalo di
    dalam Rebuilding the Crescent.
  • Banyak nama tokoh-tokoh sains Islam telah ditukar
    kepada nama-nama Latin menyebabkan ramai yang
    tidak sedar bahawa mereka ini adalah orang Islam.
  • Di antaranya ialah al-Khawarizmi (Algorism), Ibn
    Sina (Avicenna), Jabir Ibn Haiyan (Geber),
    al-Kind (Alkindus), Thabit ibn Qurrah (Thebit),
    al-Battani (Albategnius), al-Farghani
    (Alfraganus), al-Razi (Rhazes), Ibn al-Hanitham
    (Alhazen) dan ramai lagi.
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com