Title: KURSUS
1JABATAN PELAJARAN TERENGGANU
KURSUS CEMERLANG BAHASA MELAYU PENULISAN UPSR
2009 BAHAGIAN 'B'
2BAHAGIAN B
- Tiga soalan yang melibatkan pelbagai jenis soalan
akan diberikan. - Dikehendaki menjawab satu soalan sahaja.
- Panjang karangan hendaklah tidak kurang daripada
80 patah perkataan. - Markah yang diperuntukkan adalah sebanyak 30
markah. - Masa yang dicadangkan ialan 15 minit.
3SEKILAS PANDANG
- UPSR
- OH
- UPSR
- KAUDATANG LAGI
4KELEMAHAN BAHASA MELAYU 012 BAHAGIAN B
- Tidak memahami kehendak soalan /tugasan yang
diberikan - Isi-isi yang diberikan tidak mencukupi
- Hanya mengemukakan pernyataan isi sahaja
- Huraian yang kurang jelas dan sukar difahami
- Lemah dalam penguasaan bahasa
- Banyak melakukan kesilapan dalam aspek tatabahasa
- Tulisan yang kurang menarik dan sukar untuk
dibaca - Mengemukakan format karangan yang salah
- Hanya menyalin soalan sahaja bagi calon yang
terlalu lemah
5KELEMAHAN-KELEMAHAN PEMERIKSAAN GURU
- Menggunakan satu jenis penandaan sahaja untuk
kesalahan-kesalahan bahasa yang berlainan. - Menggunakan satu tanda ( / ) panjang lalu
diberikan markah - Tidak meletakkan penandaan bagi kesalahan yang
dilakukan oleh calon - Penandaan bagi isi-isi yang diberikan oleh calon
tidak ditandakan dengan tepat - Masih menggunakan kaedah analitik dalam penandaan
- Markah yang diberikan kepada calon tidak
digenapkan - Kurang tepat dalam menentukan kesalahan dalam
aspek tatabahasa - Contohnya, antara kesalahan struktur ayat
dengan penggunaan perkataan. - 8. Markah yang diberikan kurang tepat, sama ada
terlalu tinggi / terlalu rendah untuk bahagian
A, B atau C
6APAKAH YANG CIKGU FAHAM DENGAN MAKSUD PENGAJARAN
BERKESAN ?
7PENGAJARAN PEMBELAJARAN BERKESAN B. MELAYU BHG B
- Dedahkan pelbagai soalan karangan karangan
mengikut jenis karangan - Dedahkan semua jenis contoh karangan
- Kuasai semua jenis format karangan
- Kaitkan tema karangan dengan pelbagai jenis
karangan yang berkaitan - Banyakkan aktiviti mencari isi karangan
- Tampalkan hasil karangan murid yang cemerlang di
tempat-tempat tertentu.
8PENGAJARAN PEMBELAJARAN BERKESAN B. MELAYU BHG B
- Baca satu karangan satu hari.
- Hafal kata-kata aluan / pendahuluan dan penutup
beberapa jenis karangan. - Banyakkan latihan membina ayat berdasarkan
isi-isi yang dibincangkan. - Latihan merangka karangan.
9CONTOH-CONTOH SOALAN YANG MENGUJI MINDA MURID
10TEKNIK MENJAWAB BAHAGIAN B
- 1. Baca dan fahamkan dahulu semua tajuk karangan
yang diberi. - 2. Pilih tajuk karangan yang benar-benar anda
faham. - 3. Sediakan isi karangan yang lengkap, tepat dan
sesuai. - 4. Sediakan rangka karangan supaya karangan lebih
sistematik. Rangka karangan perlu mempunyai - a) Pendahuluan - satu perenggan
- b) Isi-isi - empat perenggan
- c) Penutup - satu perenggan
11TEKNIK MENJAWAB BAHAGIAN B
- 5. Pendahuluan karangan mestilah berkaitan dengan
tajuk. - 6 Isi karangan mempunyai 4 perenggan. Perlu ada
isi utama, huraian bagi isi dan contoh sebagai
bukti huraian anda. - 7 Perenggan pendahuluan dan penutup memadai
dengan 2 ayat. Manakala perenggan isi
seelok-eloknya 3 atau lebih. - 8 Setiap karangan perlu ada kesinambungan.
Penggunaan penanda wacana seperti, oleh itu,
namun begitu, oleh hal yang demikian dan
sebagainya digunakan untuk menyambung isi.
12TEKNIK MENJAWAB BAHAGIAN B
- 9 Penutup karangan mengandungi kesimpulan atau
rumusan tentang tajuk untuk menegaskan pendirian
anda tentang tajuk karangan. - 10 Pastikan anda menyemak karangan, jika ada
tanda baca yang tertinggal, ejaan yang salah,
struktur ayat yang tidak betul dan sebagainya. - 11 Tulisan mesti kemas dan cantik.
13TANDA-TANDA DALAM PEMERIKSAAN
- Isi
- ( ) Kesalahan isi
- Kesalahan struktur ayat
- Kesalahan penggunaan perkataan
- Kesalahan penggunaan imbuhan
-
14- Kesalahan penggunaan imbuhan yang berulang
-
- Kesalahan tanda baca
- X Kesalahan tanda baca yang berulang
- / Kesalahan ejaan
- // Kesalahan ejaan yang berulang
15ANALISA SOALAN UPSR
01 02 03 04 05 06 07 08
Keperihalan /
Ucapan /
Syarahan
Catatan /
Dialog / /
Surat Rasmi
Surat tidak Rasmi
16ANALISA SOALAN UPSR
01 02 03 04 05 06 07 08
Laporan /
Fakta / / / /
Cereka / / /
Melengkap kan cerita / /
Berita /
Temu ramah /
Biografi /
17BAHAGIAN B MASA 40 MINIT
(CADANGAN) MARKAH 30 Pilih satu daripada
tajuk-tajuk karangan di bawahdan tulis sebuah
karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80
patah perkataan.
UPSR 2005
- Kamu telah mengikuti Program Motivasi UPSR yang
dianjurkan oleh sekolah kamu. - Ceritakan pengalaman kamu semasa mengikuti
program tersebut.
- Pada cuti sekolah yang lalu, kamu berpeluang
berkelah bersama-sama keluarga kamu di sebuah
tempat yang menarik. - Tulis catatn kamu tentang perkelahan tersebut.
- Rakan anda telah memenangi pertandingan bercerita
peringkat daerah. Anda diminta menemu ramah rakan
anda itu tentang kejayaannya untuk dimuatkan
dalam majalah sekolah. - Tulis temu ramah anda selengkapnya.
18BAHAGIAN B MASA 40 MINIT
(CADANGAN) MARKAH 30 Pilih satu daripada
tajuk-tajuk karangan di bawahdan tulis sebuah
karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80
patah perkataan.
UPSR 2006
- Penjagaan kesihatan diri sangat penting kepada
kita. - Tulis karangan tentang cara-cara menjaga
kesihatan diri.
- Kamu diminta untuk menyampaikan ucapan dalam
majlis meraikan kejayaan kamu dalam satu
pertandingan. - Tulis ucapan kamu selengkapnya.
- Kamu sedang berbual dengan seorang rakan tentang
lawatan yang akan kamu sertai. - Tulis perbualan kamu itu.
19BAHAGIAN B MASA 40 MINIT
(CADANGAN) MARKAH 30 Pilih satu daripada
tajuk-tajuk karangan di bawahdan tulis sebuah
karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80
patah perkataan.
UPSR 2007
- Selepas makan tengah hari, kami sekeluarga duduk
di ruang tamu sambil berbual-bual. Tidak lama
kemudian, sebuah teksi berhenti di hadapan rumah.
Aku menjenguk keluar. Aku melihat - Mulakan cerita kamu dengan Aku melihat
- Kamu mempunyai jiran-jiran yang baik.
- Tulis karangan tentang kebaikan jiran-jiran kamu
itu.
- Sempena sambutan Hari Kemerdekaan, satu
pertandingan melukis telah diadakan di tempat
tinggal kamu. Kamu telah ditugaskan untuk menulis
berita tentang pertandingan tersebut. - Tulis berita itu selengkapnya.
20BAHAGIAN B MASA 40 MINIT
(CADANGAN) MARKAH 30 Pilih satu daripada
tajuk-tajuk karangan di bawahdan tulis sebuah
karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80
patah perkataan.
UPSR 2008
- Kamu telah memenangi hadiah wang tunai sebanyak
RM500.00 dalam pertandingan lukisan. - Ceritakan cara-cara kamu menggunakan wang
tersebut.
- Tulis sebuah karangan yang bertajuk, Orang yang
Saya Sayangi. -
3 Ilmu sangat penting dalam kehidupan.
Tulis sebuah karangan tentang perlunya kita
menuntut ilmu.
21TEMA KARANGAN
- Hari Guru
- Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah
- Hari Kantin
- Sukan Sekolah
- Perkhemahan
- Lawatan
- Perhimpunan Mingguan
- Sambutan Maulidur Rasul
- Sambutan Hari Kemerdekaan
- Kepentingan Ko-Kurikulum
- Faedah Membaca
- Kebaikan Menonton Televisyen
- Karangan Tindakan
- Kem Motivasi
- Faedah Perpustakaan
- Gotong-royong
22 LAPORAN
CERITA
BERITA
SAMBUTAN HARI GURU
UCAPAN
DIALOG
CATATAN
23KARANGAN BERTEMA
Ucapan
Tarikh/tempat/tujuan
Perasaan
HARI GURU
Permainan
Penyampaian hadiah
Persembahan
Jamuan
24KARANGAN BERTEMA
Aturcara Perasmian
Tarikh/tempat/tujuan
Perasaan Harapan
HARI SUKAN
Acara sukan
Hadiah Pemenang
Sambutan Penglibatan
Jamuan
25KARANGAN BERTEMA
Barang Jualan
Tarikh/tempat/tujuan
Perasaan Harapan
HARI KANTIN
Penglibatan Sambutan
Hasil Jualan
26KARANGAN BERTEMA
Bil. Peserta Kumpulan
Tarikh/tempat/tujuan
PERKHEMAHAN
Aktiviti yang dijalankan
Perasaan Harapan
Pemenang hadiah
27KARANGAN BERTEMA
Bil peserta, guru Kenderaan dinaiki
Tarikh/tempat/tujuan
LAWATAN
Tempat yang dilawati
Pulang ketibaan
Perasaan Harapan
28KARANGAN BERTEMA
Ikrar / nyayian
Hari/Masa/tempat
doa
PERHIMPUNAN MINGGUAN
Laporan Guru bertugas
Aktiviti semasa
Ucapan GB
29KARANGAN BERTEMA
SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN
30KARANGAN BERTEMA
Memupuk semangat kepimpinan
Isi masa lapang Elak gejala sosial
Dapat ramai rakan
KEPENTINGAN KOKURIKULUM
Menyihatkan badan
Memupuk semangat kerjasama
Mengcungkil Bakat
31KARANGAN BERTEMA
FAEDAH MEMBACA
32KARANGAN BERTEMA
KEBAIKAN MENONTON TV
33KARANGAN BERTEMA
KEM MOTIVASI
34KARANGAN BERTEMA
FAEDAH PERPUSTAKAAN
35KARANGAN BERTEMA
GOTONG- ROYONG
36PENDAHULUAN DAN PENUTUP KARANGAN
37KEGIATAN KOKURIKULUM
- PENDAHULUAN
- Kegiatan kokurikulum dijalankan di semua
sekolah. Semua murid tahap dua diwajibkan
melibatkan diri dalam kegiatan ini. - PENUTUP
- Banyak faedah yang boleh kita dapati dengan
menyertai kegiatan kokurikulum. Oleh itu marilah
sama-sama kita menyertai kegiatan ini. -
38CARA-CARA MENJAGA KEBERSIHAN
- PENDAHULUAN
- Kebersihan asas keimanan. Kebersihan juga
menjamin kesihatan. - PENUTUP
- Kebersihan adalah asas kesihatan. Kita patut
menjaga kebersihan pada setiap masa.
39KATA ALUAN UCAPAN
- PENDAHULUAN
- Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, Yang
Berbahagia Tuan Guru Besar, yang dihormati
guru-guru dan seterusnya rakan-rakan yang
dikasihi sekalian. Salam sejahtera saya ucapkan. - PENUTUP
- Sekian sahaja ucapan saya. Saya berharap
- Sekian, terima kasih.
40SURAT RASMI
- KATA-KATA ALUAN
- Berhubung perkara di atas dengan hormatnya
dimaklumkan bahawa saya .. - PENUTUP
- Sekian untuk makluman tuan. Segala keprihatinan
tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih. - Sekian, terima kasih.
41SURAT TIDAK RASMI
- KATA ALUAN
- Menemui sahabatku yang kini berada di Sabah. Apa
khabar saudara/ri di sana. Saya berharap
saudara/ri sihat sejahtera. - PENUTUP
- Sekian dulu coretan saya pada kali ini. Lain
kali kita berjumpa lagi. Sekian, terima kasih. -
42MARKAH ISI KARANGAN YANG MAKSIMUM
43Contoh Huraian Isi
- Cara-cara menjadi murid cemerlang.
- - rajin membaca
- Kita mestilah rajin membaca untuk menambah
- pengetahuan.(memuaskan)
-
- Kita mestilah rajin membaca untuk menambah
- pengetahuan. Apabila ilmu
pengetahuan bertambah, kita - akan dapat menjawab soalan
peperiksaan dengan - baik dan tepat.(baik)
- Kita mestilah rajin membaca untuk menambah
- pengetahuan. Apabila ilmu
pengetahuan bertambah, - kita akan dapat menjawab soalan peperiksaan
dengan - baik dan tepat. Lantaran itu,
kita akan menjadi seorang - murid yang cemerlang.(cemerlang)
44CONTOH OLAHAN/HURAIAN ISI KARANGAN
Kita hendaklah bersukan supaya badan kita sihat
dan cergas. (memuaskan)
- Kita hendaklah bersukan supaya badan kita sihat
dan cergas. Apabila badan kita sihat dan cergas,
otak kita juga akan menjadi cerdas. (baik)
- Kita hendaklah bersukan supaya badan kita sihat
dan cergas. Apabila badan kita sihat dan cergas,
otak kita juga akan menjadi cerdas.Lantaran itu,
kita dapat belajar dengan sempurna. Hal yang
demikian, kita akan berjaya dengan cemerlang.
(cemerlang)
45- KESILAPAN DALAM PENULISAN
46Petikan 1
- Masaalah displin dikalangan remaja perlu di beri
perhatian serius. Hal ini demikian kerana jumlah
terbabit remaja di dalam kegiatan bukan bermoral
telah meningkat sejak akhir ini. - PEMBETULAN
- Masalah disiplin di kalangan remaja perlu diberi
perhatian serius. Hal ini demikian kerana jumlah
pembabitan remaja dalam kegiatan tidak bermoral
telah meningkat sejak akhir-akhir ini.
47Petikan 2
- Di hari persandingan tersebut, ramai
tetamu-tetamu yang hadir. Di antaranya berapa
orang kenamaan. Dua pengantin tersebut kemudian
di raikan dengan penuh adat istiadat. - PEMBETULAN
- Pada hari persandingan tersebut, ramai
tetamu/tetamu-tetamu yang hadir. Antaranya
beberapa orang kenamaan. Kedua-dua pengantin
tersebut kemudian diraikan dengan penuh adat
istiadat.
48Petikan 3
- Cikgu telah menghadiahkan kami beberapa batang
pen yang paling cantik sekali. Kami amat bangga
kerana telah menang pertandingan itu hasil
semangat saling bantu-membantu. - PEMBETULAN
- Cikgu telah menghadiahi kami beberapa batang pen
yang amat/sangat/sungguh cantik sekali. Kami amat
bangga kerana telah memenangi pertandingan itu
hasil semangat saling membantu.
49Petikan 4
- Kita semua akan menyambut ulangtahun kemerdekaan
yang ke 50 bulan ogos nanti. - PEMBETULAN
- Kita/semua akan menyambut ulang tahun kemerdekaan
yang ke-50 bulan Ogos nanti.
50Catat ejaan yang betul
- 1. Tengahari Tengah hari
- 2. Sama ada Samada
- 3. Masalah Masaalah
- 4. Ikhlas Iklas
- 5. Naskah Naskhah
- 6. Calon Calun
- 7. Perabut Perabot
- 8. Pameran Pamiran
- 9. Gambarajah Gambar rajah
51- 10. Segi tiga Segitiga
- 11. Tulen Tulin
- 12. Urus setia Urusetia
- 13. Lagenda Legenda
- 14. Ibu bapa Ibubapa
- 15. Ulangkaji Ulang kaji
- 16. Kereta api Keretapi
- 17. Tanda tangan Tandatangan
- 18. Klinik Kelinik
- 19. Sate Satay
- 20. Telefon Talipon
52 Semak Jawapan
- 1. Tengah hari
- 2. Sama ada
- 3. Masalah
- 4. Ikhlas
- 5. Naskhah
- 6. Calon
- 7. Perabot
- 8. Pameran
- 9. Gambar rajah
-
53Semak Jawapan
- 10. Segi tiga
- 11. Tulen
- 12. Urus setia
- 13. Legenda
- 14. Ibu bapa
- 15. Ulang kaji
- 16. Kereta api
- 17. Tandatangan
- 18. Klinik
- 19. Sate
- 20. Telefon
-
54KRITERIA PENSKORAN BAHASA MELAYU UPSR KERTAS
PENULISAN BAHAGIAN B
PENSKORAN KRITERIA
Cemerlang Cadangan A 26 - 30 i. Penyampaian atau persembahan yang jelas dan menarik untuk dibaca. Pengolahan idea yang sangat baik menggunakan pelbagai ayat yang gramatis bertetapan dengan tema. ii. Penggunaan pelbagai kata dan kosa kata yang meluas serta sesuai dengan tema.
55KRITERIA PENSKORAN BAHASA MELAYU UPSR KERTAS
PENULISAN BAHAGIAN B
PENSKORAN KRITERIA
Baik Cadangan B 16 - 25 i. Penyampaian atau persembahan yang jelas untuk dibaca. Pengolahan idea yang baik dengan menggunakan ayat yang gramatis dan bersesuaian dengan tema. ii. Penggunaan pelbagai kata dan kosa kata yang sederhana serta sesuai dengan tema. iii. Terdapat beberapa kesalahan dalam tanda baca dan ejaan tetapi tidak menjejaskan karangan.
56KRITERIA PENSKORAN BAHASA MELAYU UPSR KERTAS
PENULISAN BAHAGIAN B
PENSKORAN KRITERIA
Memuaskan Cadangan C 8 15 i. Penyampaian atau persembahan yang mudah dan ringkas. Menyatakan isi dengan menggunakan ayat dasar berdasarkan tema. ii. Penggunaan pelbagai kata dan kosa kata yang terhad dan sesuai. iii. Penggunaan tanda baca yang terhad (huruf besar, noktah(.) dan koma(,). Terdapat banyak kesalahan dalam tanda baca dan ejaan.
57KRITERIA PENSKORAN BAHASA MELAYU UPSR KERTAS
PENULISAN BAHAGIAN B
PENSKORAN KRITERIA
Pencapaian Tahap Minimum Cadangan D 1 - 7 i. Penyampaian atau persembahan yang tidak sesuai dengan tema. Isi tidak tepat, tidak berkaitan dengan tema atau sukar difahami. ii. Penggunaan perkataan yang terhad dan tidak sesuai dengan tema. iii. Tidak menguasai kemahiran tanda baca dan ejaan.
58KESALAHAN BAHASA BAHAGIAN B
- A Cemerlang (26 30 )
- Isi 4 - 5 ke atas
- 1 5 Kesalahan dalam pelbagai kategori
- B Baik ( 16 25 )
- Isi 3 - 4
- 6 10 Kesalahan dalam pelbagai kategori
- C Memuaskan ( 8 15 )
- Isi 2
- 11 15 Kesalahan dalam pelbagai kategori
- D Tahap minimum ( 1 7 )
- Isi 1 sahaja atau (tiada isi terpesong )
- 16 ke atas Kesalahan dalam pelbagai kategori
59SEKIAN TERIMA KASIH
- Anak ular oh anak ular,
- Guru mengajar jangan dok tidur.
- Anak tupai oh anak tupai,
- Rerajinlah mengajar supaya anak didik menjadi
pandai. - Anak didik oh anak didik,
- Dengarlah nasihat cikgu ni baik-baik.
-