Title: Kursus Induksi
1Kursus Induksi
STRUKTUR ORGANISASI KEMENTERIAN PELAJARAN
MALAYSIA
2Pengenalan kepada struktur dan organisasi
- Definisi struktur
- Satu bentuk susunan secara berlapis dan setiap
lapisan mempunyai hirarki tertentu. - Susunan itu menjelaskan ranking jawatan,
fungsi, bidang tugas dan tanggungjawab. - Semakin tinggi susunan itu, semakin tinggi
jawatan yang disandang, semakin banyak fungsinya,
semakin besar bidang tugas dan tanggungjawab yang
perlu dilakukan.
3Definisi organisasi
- Satu kumpulan individu yang telah setuju
bekerjasama untuk satu-satu tujuan yang tertentu. - Jentera yang menggembleng kerja dan tenaga
manusia untuk mencapai sesuatu matlamat. - Mempunyai 5 unsur seperti
- 1. dasar yang tegas,
- 2. tujuan yang jelas,
- 3. adanya kepimpinan wakilan,
- 4. anggota yang konkrit serta
- 5. usaha yang positif dan kreatif.
4Model organisasi dan struktur.
- Kementerian Pelajaran Malaysia
- satu organisasi formal
- terbentuk dari unit-unit sosial yang kompleks
- mengandungi peraturan, peranan, dan matlamat,
yang berasaskan kepada pola-pola kewibawaan. - Setiap unit yang terdapat di dalam gabungan yang
kompleks itu adalah penting ia memberi makna ke
arah memahami Kementerian Pelajaran Malaysia
sebagai satu organisasi. - Perhubungan di antara unsur atau unit di dalamnya
ialah strukturnya. - Misalnya perhubungan di antara Ketua Pengarah
Pelajaran Malaysia dengan Pengarah Bahagian atau
di antara Pengetua dengan guru-gurunya.
5Model Organisasi dan Struktur.
2
1
Petunjuk 1-8 unit-unit yang terdapat di dalam
Kementerian Pelajaran Malaysia
3
8
4
7
5
6
Rajah 1 Model Struktur dan Organisasi
Kementerian Pelajaran Malaysia.
6Rasional Struktur dan Organisasi
- Berdasarkan Rajah 1.
- mencapai matlamat-matlamat yang khusus.
- setiap individu atau unit dapat memainkan
peranan masing-masing secara berkesan. - matlamatnya menolong dan memajukan pertumbuhan
dan perkembangan seseorang individu dari semua
aspek, iaitu jasmani, akal, emosi, sosial dan
moral. - maka individu yang terdapat di dalam organisasi
akan menjalankan tugas masing-masing demi
kepentingan masyarakat dan negara.
7Falsafah Pendidikan Kebangsaan, misi dan objektif
Kementerian Pelajaran Malaysia.
- Proses pendidikan menggalakkan
- perkembangan diri individu dan orentasi terhadap
masyarakat dan negara. - menjadi warganegara yang berguna, patriotik dan
bertanggungjawab. - Paksinya Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
- Bertindak mengikut misi dan objektif yang telah
ditetapkan.
8Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
- Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha
berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani , emosi dan jasmani
berdasarkankepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara.
9Misi Kementerian Pelajaran Malaysia.
- Membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti
bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi
individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara - Malaysia.
10Objektif Kementerian Pelajaran Malaysia
- Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan
bersatu padu. Melahirkan insan yang beriman,
berakhlak mulia, berilmu, berketrampilan dan
sejahtera. Menyediakan sumber tenaga manusia
untuk keperluan kemajuan negara. Memberi
peluang-peluang pendidikan kepada semua
warganegara.
11Carta organisasi Kementerian Pelajaran Malaysia.
- Perlembagaan Persekutuan telah menentukan bahawa
pendidikan adalah tanggungjawab kerajaan
persekutuan. - Di negara kita, sistem pentadbiran pendidikan
diawasi sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan. - Ketua Kementerian Pelajaran ialah Menteri
Pelajaran. - ahli kabinet dan bertanggungjawab kepada
Parlimen. - memastikan dasar pendidikan serta pentadbiran ke
seluruh sistem pendidikan itu berjalan dengan
berkesan.
12CARTA ORGANISASI JABATAN PELAJARAN NEGERI
Pengarah Pelajaran Negeri
Tim. Pengarah Pelajaran Negeri
Petunjuk 1. SPA 2. SPS 3. SPIM 4. SPPK 5.
SPP 6. SPS/PKhas 7. SJK 8. SKPP(2P) 9. Unit
ICT 10. Pegawai Pelajaran Daerah (11 )
1,2
3,4
5,6
7,8
9,
Sekolah Pengetua / Guru Besar
13CARTA ORGANISASI PEJABAT PELAJARAN DAERAH
Pegawai Pelajaran Daerah
Sektor Pengurusan Sekolah
Sektor Pengurusan Akademik
Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan dan
Khidmat Sokongan
Sektor Pengurusan Perkhidmatan Pendidikan
Sekolah Pengetua / Guru Besar
14CARTA ORGANISASI SEKOLAH
Pengetua/Guru Besar
Lembaga Pengelola Sekolah
PIBG
Lembaga Tatatertib
Guru-guru Penolong Kanan
Penyelia Petang
Ketua Bidang
Guru
Guru
Guru
Guru
Kakitangan sokongan
Kakitangan sokongan
15JABATAN-JABATAN UTAMA DI BAWAH
- KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
16JABATAN SEKOLAH
- KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
17CARTA ORGANISASI JABATAN PENDIDIKAN SEKOLAH
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan
Sekolah
Pengarah Bahagian Sekolah
Pengarah Bahagian Pendidikan Guru
Pengarah Pusat Perkembangan Kurikulum
Pengarah Bahagian Buku Teks
Pengarah Bahagian Sukan
18FUNGSIJABATAN SEKOLAH
Tim. Ketua Pengarah Jabatan Sekolah
- Bahagian Sekolah melaksanakan dasar pendidikan
melalui perancangan, penggubalan, penyelarasan,
pemantauan pelbagai program persekolahan dan
pengurusan persekolahan, guru dan pelajar. - Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK)
bertanggungjawab menggubal kurikulum kebangsaan
peringkat prasekolah, sekolah rendah dan
menengah. Usaha ini adalah bagi mencapai tahap
kurikulum yang relevan kepada keperluan negara,
koheren dan berkualiti secara berterusan,
berteraskan Falsafah Pendidikan Negara. - Bahagian Pendidikan Guru (BPG) merupakan bahagian
yang bertanggungjawab untuk mengendalikan Program
dan Kursus Pendidikan Perguruan Perkhidmatan dan
Dalam Perkhidmatan. - Bahagian Buku Teks bertanggungjawab menguruskan
pemerakuan buku teks, menetapkan harga dan
mengawal mutu fizikal buku teks, melaksanakan
Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) bagi semua Sekolah
Rendah, Sekolah Menengah dan Sekolah Menengah
Agama Rakyat, memastikan murid di luar SPBT
mendapat bekalan, mengawal penggunaan buku teks
di sekolah bantuan kerajaan dan menyemak semula
buku teks. - Bahagian Sukan berperanan melaksanakan pengurusan
Sukan Untuk Semua, Sukan Untuk Kecemerlangan Dan
Sukan Untuk Integrasi Nasional di
sekolah-sekolah.
19JABATAN
20CARTA ORGANISASI JABATAN PENDIDIKAN TEKNIKAL
Tim. Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Teknikal
Pengarah Bahagian Pengurusan Teknikal dan
Vokasional
Pengarah Bahagian Kurikulum Teknikal Vokasional
Pengarah Bahagian Pengurusan Politeknik
Pengarah Bahagian Perancangan Penyelidikan
Teknikal Vokasional
Pengarah Bahagian Latihan Kemajuan Staf
Pengarah Bahagian Kolej Komuniti
21FUNGSIJABATAN PENDIDIKAN TEKNIKAL
Tim. Pengarah Jabatan Pendidikan Teknikal
- Bertanggungjawab mengawal selia
- Bahagian Pengurusan Teknikal dan Vokasional,
- Bahagian Kurikulum Teknikal dan Vokasional,
- Bahagian Pengurusan Politeknik,
- Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Teknikal
dan Vokasional, - Bahagian Latihan dan Kemajuan Staf Bahagian Kolej
Komuniti.
22JABATAN
- JABATAN PENDIDIKAN AGAMA DAN MORAL
23CARTA FUNGSI JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL
Tim. Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Islam dan
Moral
Pengarah Bahagian Pendidikan Islam dan Moral
Pengarah Bahagian Pendaftaran Piawaian
Pengarah Bahagian Penguatkuasaan
24FUNGSIJABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL
Tim. Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Islam dan
Moral
- Bertanggungjawab mengendalikan
- pengurusan dasar Pendidikan Islam dan Bahasa Arab
dalam sistem pendidikan kebangsaan. - Tanggungjawab tersebut meliputi
- perancangan pembangunan dan penyelenggaraan
kemajuan pendidikan Islam dan Bahasa Arab di
semua peringkat persekolahan, selaras dengan
falsafah dan aspirasi pendidikan negara.
25JABATAN
26CARTA ORGANISASI JABATAN PENDIDIKAN SWASTA
Tim. Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Swasta
Pengarah Bahagian Perancangan Penyelidikan
Pengarah Bahagian Pendaftaran Piawaian
Pengarah Bahagian Penguatkuasaan
27FUNGSIJABATAN PENDIDIKAN SWASTA
Tim. Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Swasta
- Jabatan Pendidikan Swasta (JPS) berperanan
- menguruskan penubuhan dan pendaftaran semua jenis
institusi pendidikan swasta (IPS) - menjalankan pemantauan dan pengawalseliaan untuk
memastikan dasar dan peruntukan perundangan
dipatuhi. - 2. Juga dipertanggungjawabkan untuk
- mengubal peruntukan perundangan yang berkaitan,
- menguruskan data dan maklumat pendidikan swasta,
- menjalankan penyelidikan ke arah penggubalan
dasar dan mempromosikan pendidikan swasta ke luar
negara. -
- 3. Pelaksanaan semua fungsi dan tanggungjawab
tersebut dijuruskan kepada pencapaian matlamat
untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat
kecemerlangan pendidikan.
28JABATAN
29CARTA FUNGSI JABATAN PENDIDIKAN KHAS
Tim. Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Khas
Pengarah Bahagian Perancangan Penyelidikan
Khas
Pengarah Latihan Khidmat Bantu
Pengarah Bahagian Perkhidmatan Pendidikan Khas
30FUNGSI JABATAN PENDIDIKAN KHAS
Tim. Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Khas
- Jabatan Pendidikan Khas bertanggungjawab
merancang dan melaksanakan aspek-aspek yang
berkaitan - perancangan dan pengurusan dasar,
- pengurusan kurikulum,
- pengurusan kokurikulum,
- pengurusan murid,
- pembangunan,
- penyenggaraan dan perolehan,
- latihan dan perkembangan staf,
- khidmat sokongan,
- pengurusan dan pentadbiran, dan
- pengurusan kewangan bagi murid-murid kurang
upaya.
31BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR
PENDIDIKAN(EPRD)
32FUNGSI BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN
DASAR PENDIDIKAN (EPRD)
Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
Dasar Pendidikan
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan berperanan sebagai urusetia
Jawatankuasa Perancangan Pendidikan dan
perancangan perkembangan dan pembangunan
pendidikan.
33LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA
34 FUNGSI LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA
Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia
- Lembaga Peperiksaan Malaysia sebagai badan
peperiksaan kebangsaan dengan mengendalikan
peperiksaan UPSR, PMR, SPM (Bertulis), STAM
(Bertulis) dan SPM (Matematik dan B. Melayu).
Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
juga diperkenalkan mulai tahun 2000. - Lembaga Peperiksaan Malaysia mengendalikan
peperiksaan-peperiksaan luar negeri iaitu
University of London, Associated Board of the
Royal School of Musics (ABRSM), City and Guilds
of London Institute, Institute of Chartered
Secretaries and Administrators (ICSA), The
Chartered Association of Certified Accountants
(CACA), Institute of Transport, Institute of Fire
Engineers, London Chamber of Commerce and
Industry (LCCI), Association of Certified
Accountants (London), Association of Business
Executives (ABE), University of Michigan,
Institute of Building, Institute of Chartered
Shipbrokers, Institute of Quantity Surveyors dan
Institute of Statisticians.
35BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN
36 FUNGSI BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN
Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan
- Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP)
bertanggungjawab - meningkatkan akses bagi pelajar-pelajar khususnya
di luar bandar kepada bahan-bahan pengajaran dan
pembelajaran dalam pelbagai media yang bermutu - memperkayakan persekitaran pembelajaran khususnya
di sekolah-sekolah luar bandar dengan media dan
teknologi pendidikan - meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran dengan memastikan guru-guru dan
pelajar-pelajar menggunakan media dan teknologi
pendidikan.
37INSTITUT AMINUDDIN BAKI
38 FUNGSI INSTITUT AMINUDDIN BAKI
Pengarah Institut Aminuddin Baki
- Institut Aminuddin Baki (IAB) bertanggungjawab
- memperbaiki kualiti pendidikan di samping
mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan
operasi sistem pendidikan negara. - IAB turut membina dan membangunkan
profesionalisme dalam kepemimpinan dan pengurusan
pendidikan dalam semua program latihan yang
dilaksanakan setiap tahun. - IAB menyediakan program-program latihan
berkualiti, khidmat perundingan, penerbitan,
penyelidikan serta berusaha secara berterusan
mempertingkat tahap pengurusan dan kepemimpinan
pendidikan di kalangan pemimpinan-pemimpinan di
pelbagai peringkat sistem pendidikan.
39JABATAN
40FUNGSI JABATAN PELAJARAN NEGERI
PENGARAH PELAJARAN NEGERI
- Jabatan Pelajaran Negeri adalah
bertanggungjawab - melaksanakan dasar pendidikan Malaysia serta
menyelaraskan perkara-perkara yang berkaitan
dengan kurikulum, sukatan pelaqjaran,
kokurikulum, pinjaman buku teks, perpustakaan,
pendidikan radio dan tv, majlis sukan
sekolah-sekolah, bantuan kewangan, pembangunan ,
penempatan, guru serta pencalonan guru untuk
latihan dan pelbagai kursus. - Diperingkat daerah pula diketuai oleh Pegawai
Pelajaran Daerah yang bertanggung jawabdidalam
semua hal pentadbiran dan semua sekolah di
satu-satu daerah
41BIDANG TUGAS
42BIDANG TUGAS
- Sebagai Ketua Eksekutif dan Pegawai Pengawal
- Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran
bertanggungjawab - menentukan pengurusan dan pentadbiran Kementerian
Pelajaran berada pada tahap kualiti yang tinggi. - Untuk tujuan ini, tugas utama Ketua Setiausaha
Kementerian Pelajaran adalah seperti berikut - Penggubalan, Perancangan dan Pelaksanaan Dasar
- Pengurusan kewangan
- Pengurusan Pembangunan dan Bekalan
- Pengurusan dan Pembangunan Personel
- Lain-lain tugas
43BIDANG TUGAS
- KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
44BIDANG TUGAS
- Penasihat utama Menteri Pelajaran berhubung
dengan dasar pendidikan negara dan pelaksanaannya
serta hal ehwal pendidikan pada amnya. - Merancang dan mengubal kurikulum persekolahan
kebangsaan, rancangan perkembangan keiktisasan
dan kenaikan pangkat pegawai perkhidmatan
pendidikan. - Menentukan fungsi Jabatan Pelajaran Negeri di
semua negeri di Malaysia berjalan lancar. - Bertanggungjawab menentukan semua Jabatan dan
Bahagian-Bahagian Profesional Kementerian
Pelajaran berfungsi dan berjalan lancar selaras
dengan keperluan negara. - Lain-lain tugas.
45SOALAN-SOALAN LATIHAN
- 1. Bina semula carta organisasi Kementerian
Pelajaran di peringkat Pejabat Pelajaran
Daerah dan Sekolah. - 2. Senaraikan 2 (dua) fungsi dari setiap
Jabatan utama Kementerian Pelajaran Malaysia. - 3. Anda memohon pertukaran antara negeri dengan
mengikut saluran yang ditetapkan. Untuk
mengetahui status permohonan tersebut, Jabatan
manakah anda perlu membuat rujukan. - 4. Nyatakan tugas Ketua Setiausaha Kementerian
Pelajaran dan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. - 5. Jika anda bertugas di sekolah, siapakah Ketua
Jabatan anda?
46SEKIAN TERIMA KASIH